Wednesday, February 9, 2011

Bukan Lebai Malang

Aku menghela nafas lega bila kek yang ke 4 aku siap pagi itu. "Ok ini last....lepas ni tak boleh terima order. Cooking chocolate dah habeh!!!".Beritahu aku pada diri sendiri tetapi didengar oleh anak-anakku sambil mereka serentak berkata..."iye keeee......".



Alisya dari semalam dah siap dah mengemas baju yang mahu dibawa. Sungguh teruja dia!!.



"Ma, kita bertolak pukul 2 pm ya" jerit Liana dari depan laptop.Ok !!!!......jawap aku tanpa nada sedikit ragu pun.

Kejap!!! catatan nama pelanggan di whiteboard tepi pintu koboi dapurku semua dah settle, cuma belum ku padam. Kemudian aku capai henfon nokia kesayanganku lalu melihat balik semua sms inbox ku. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu sms dari suzai yang memesan triffle dan chocolate kek untuk besday anak dia. Ini mesti kes aku lupa nak salin balik sms ke whiteboard.



"Alamak...pengsan gurl....mama lupa ada orang order triffle dengan strawberry choc kek"...



"Ok mama duduk rumah, biar kita orang jer pergi!!"



Aku pun capai tu capai ni...tengek tu tengek ni...tung tang-tung tang...gedebak gedebuk....tepat jam 2 petang masih tak siap lagi....



"Ma nak pergi pukul berapa ni.....jadi pergi ke tidak?



"Jadi. Tunggu mama siap order orang ni".



Akhirnya tepat jam 4.30 petang aku berjaya keluar dari dapur kesayangan. Eh tidak...Liana yang berjaya membuat aku keluar dari dapur. Kalau ikut aku memang foreverla duduk dapur....

Sampai di Air Keroh lebih kurang jam 6. Sambil singgah di beberapa buah hotel kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka. Cantik Bandar Melaka. Dulu masa Lebuh Raya Utara Selatan belum ada, setiap kali balik kampung, lalu Bandar Melaka.

Tu dah 25 tahun yang lepas. Sekarang Melaka dah pesat membangun. Harga bilik hotel pun melambung tinggi. Satu bilik deluxe harga rm700 pun licin kena sapu. Nak booking online kena awal-awal. Kalau setakat main redah memang melopong. Ada lebih kurang 50-60 buah hotel kat Melaka ni satu bilik pun tak da yang kosong. Siap guard yang terpacak kat lobby hotel boleh beritahu kami dah dekat 50 orang datang tanyakan bilik tetapi hampa...walah.

Kalau terus terusan mencari bilik hotel mahunya kami terlepas Ikan Bakar Umbai dan ronda di Jonker Street.

Maka kami memutuskan untuk pergi makan ikan bakar di Umbai. Nasib kami baik kerana kami adalah pelanggan terakhir yang di terima. Beberapa orang lain yang lambat seminit dari kami hanya disambut dengan kata-kata "maaf kami dah tutup".

Walaupun muka masing-masing nampak macam kekenyangan tetapi taklah sampai macam rupa ular sawa kerana masih begitu bertenaga dan bersemangat seolah-olah nak borong semua barang di Jonker Street tu....

Mujurlah kami cepat sedikit. Sempat juga menyoppink walau pekerja kedai baju tshirt beberapa kali telan air liur sebab tengok kami macam nak tolong tutupkan kedai ke apa ntah.

Sebenarnya tak puas lagi di Jonker Street tu. Lagi-lagi Hafiiz. Satu barang pun dia tak dapat-dapat. Sungguh indecisive....

Kami menyambung semula perjuangan mencari bilik hotel atau apartment.Akhirnya lebih kurang jam 2.30 pagi kami temui sebuah apartment 3 bilik yang bernama De Nice Hotel. Mujurlah masih baru dan masih cantik. Dalam pada itu mujurlah kami tercepat seminit dari sebuah keluarga yang kebetulan mencari bilik hotel juga. Harga semalam rm268. Itu pun dah last.

Itulah namanya langkah kanan...walau macam mana last minit...kami berjaya mendapatkannya. Kalau tidak terpaksalah kami berpatah balik ke KL tanpa dapat makan nasi kenduri seorang kenalan di dewan Asmavilla.

Maka perjalanan ke Melaka adalah cuti yang paling menyeronokkan walaupun dari mula sampai habis asyik last minute tetapi inilah pertama kali dapat makan kek kahwin 5 tingkat dan menonton pengantin menari poco-poco kerana semua orang dah balik dan tinggal sedara mara pengantin sahaja. Kami adalah tetamu terakhir disebabkan kesesakan lalulintas di Bandar Melaka menuju ke Ayer Keroh


Cantikkan .......Bandar Melaka. Itupun aku lupa nak tangkap pemandangan waktu malam di depan Dataran Pahlawan. Happening beb!!!




Kedai lukisan artis...di T shirt-t shirt...aku tak masuk. Cuma berdiri diluar sambil seronok tengok gerai jual bangku kecik dan payung kertas zaman aku kecik2 dulu.
Galery Jonker Street. Jumpa pembaca blog di sini. Malu I......



Kalau nak harap tunggang yang hidup tak kot.....dapat naik replika kerbau pun ok dah...gayat jugak!!!
Berlagak jakun sebab kalau yang hidup...tak cukup tanah kot nak lari...

Melepaskan lelah yang panjang...eceh-ecehhh.
Prawn Butter yang pucat.......tapi boleh tahanlah....



Ikan pari bakar....boleh lah....


Di Parameswara, Umbai. Aku order lala sweet sour, ikan pari, ikan cencaru, udang butter, sup sayur...semua untuk dua orang makan. Rasa biasa sahaja tambahan service agak mengecewakan..... Len kali kami datang nak cuba di gerai pertama DMuara pulak.
Buat-buat happy....padahal waiter tu serve nasi dalam mangkuk nasi tambah dan biar je pinggan masih tersusun sambil tolak dengan kasar tanpa memandang ke arah kami...sungguh rude....




Sungguh ceria wajah anak-anak dapat juga jumpa tilam dan bantal di Klebang, Melaka.
Perjalanan mencari sarapan pagi di teruskan.
Cantik.
Indah.


Terimbau kembali zaman rumah kedai dolu-dolu.
Di hadapan Dataran Pahlawan.


Ma....posing..jangan tido.....dahlah kat traffic light tadi...letak gear parking tarik handbreak...terus tertido.


Yang lain ceria sungguh. Muka penat aku tak habis-habis.


Menuju ke Muzium Kecantikan. Pasal-pasal cantik ni memang tak boleh belah ya...




Lunch yang paling best di Bandar Melaka. Len kali mesti singgah lagi.


Ikan bakar terubok tak da dalam gambar sebab dah macam kebulur apa ntah...tapi seyes memang menyelerakan....
Udang galah yang paling besar pernah aku jumpa...range harga sekor antara 25 hingg 30 hengget. Ha.. hambek ko!!!





























49 comments:

Yuyu Zulaikha said...

mueheheh... tengok gambar pun dah nak tergelakk.. comel!

aynadys said...

wah ble auntie jalan2 melaka ni?kalau tau leh jmpe auntie..hehe :)

ibuaries said...

wahhh...geramnyer tgk udang tu. nyum nyum

missbby said...

Salam Pn Nani,
Seronok ye berjalan-jalan sampai ke melaka..:)
Pn, saya nak mintak cara-cara buat resipi buat trifle yang sedap tu boleh tak? kalau boleh la kan..:)

Filla said...

melaka mmg best mmg cantek.. gambar kak nani ngan hanis tu dah macam adik-badik okeh!!!!

Amira is mira said...

auntie nani! teringat zaman blaja kat melaka dulu..most of the picture dalam nie sume me da penah pergi...yang penting jalan dgn family mmg best

amalina khalil said...

next time kalau datang melaka lagi blh try homestay pulak.best jugak :)
murah pun murah

airaniez wirdani said...

Bestnya..rindu nak pergi Melaka..tapi betulla..hotel sn ssh nak stay klu tak booking awal2..^_^

anymz said...

kalau makan kat umbai memang selalu pekena kat gerai yang mula2 tu nani..itu memnag sudah menjadi pilihan ramai.eh!nani tak try kat apartment depan hosp mahkota tu ke?belakang mahkota parade...kat situ pun penuh ke?...tu lah melaka always happening.best kan?

Khairi Aswad said...

sy teringin sangat nak jumpa puan.. sy blajar di uitm bandar melaka.. kalau taw puan pusing2 jonker walk waktu tu, sy pon turun jonker walk jgk.. hehe.. btw, blog buat sangat memotivasikan.. :)

MasReena said...

wow! nice entry! thanks auntie for givving the pics! =)

saya jadikan auntie idola saya dlm mendidik anak2. anak2 seharusnya dilayan mcm kawan, baru diorang rapat dgn kita.. betol kan auntie?

CARA KAHWIN LELAKI KAYA

lily lotus said...

itulah kampung saya :) seronok pergi jonker street tu kan

FazMelati said...

indahnyaaaa percutian puan ke Melaka =)))

Pic kat kenduri puan? nak tengok... =))

Shiela Rahim said...

wah....syok nya g melaka..saye da lama x jejak melaka..tgk pic kak nani teringin lak nk g sna...nice pic.....=D

*takziah di ats pemergian insan dan kucing kesayangan

Kakcik Seroja said...

Seronok tengok Nani dan anak2 - macam adik beradik je. :)

MeM nak kurus said...

amboi syiok la aunty...apartment tu kat mana exactly....nak gak g len kali walaupun org melaka x penah g jonker walk...huhuh...sodap udang galah gergasi tu yer...

feenaz's world said...

aunty,jejalan melaka memang best.pnaz org melaka.anyway comel jer pakai baju kurung gie shopping mall...tapi memang exhausted nampaknya...lunch tghari tue kat maner?mkn mcm best jer...

Aien said...

Salam kak Nani,

Nape tak cite awal2 kat blog yg akak nak dtg Melaka? I usahakan sebuah rumah yang ala-ala homestay gitu..kalau kak nani ckp awal2 mesti I jemput akak duduk kat situ free aje..he..he..seyes ni..siannye sampai tengah malam cari bilik ye..

Lg satu kak, Umbai/Pernu tu kampung I & kami kat situ mmg tak akan makan kat tempat akak ceritekan tu..nanti next time kalau akak nak dtg melaka lagi bagitau ye..I leh tolong wat kan itenarary & suggest tempat makan yg best skali k!

PynGees said...

kak nani...

dtg melaka eh??...lenkali klu nk mkn ikan bakar, cuba2 la pegi area Pengkalan Balak plk...tepi pantai.. so far tmpt yg blh thn bestnya kt Rest. Ikan Bakar Pdng Kemunting...kt sana pn bnyk chalet2 utk stay overnite..welcome back to visit mlk...

mama nia said...

hi aunty nani..wah seronok btul tgk jln2 ke melaka..ari tu pergi 2 hari pun x ckup masa nk berjln..mmg best..lain kali mesti pergi lagi..hehehe..

aizeepesona said...

laa bila kak nani g melaka? tak ajak poonn..hee..kalau tahu saya nak buat2 jumpa & buat2 terperanjat..boleh?..last week saya g KLCC &..terdetik gek dalam hati kot2 terserempak ngan kak nani & family..hee..rupa2nyerrr..

saya pergi tempat akak..akak g tempat saya..ngehngeh. Melaka mmg sgt happening ..perubahan yang agak drastik di kaw. Bandar Hilir tu..

*makan ikan bakar kat Anjung Batu lah sedap & harga pun okay..

SUSU said...

Walaupun ku kebulur, kelaparan, perut keroncong hatta mengidam sekalipun, ku takkan amek udang galah sekor 25 RM itu. Rasa rugi betul. baik makan sekilo udang harimau saiz XL.

dalin said...

salam kak..haha seronoknya puji2 melaka. saya org melaka. tp ikan bakar tu mmg ngok sket time ramai2 org.. kalau takde tempat tinggal boleh jer kstau saya or blogger2 melaka lain. wah tak cukup tanah nanti nak jemput tido rumah..
take care kak

Unknown said...

wow!!!
best nye jalan2 kat melake...
keke

by da way...sy lebih tertumpu crite kak nani menyiapkan tempahan ..
mmg best..
kak nani tetap usaha sungguh2 w/pun da last minute...
keke..

chaiyok kak nani!!!!

Hanis Azla said...

mmg terserlah muka kepenatan akak.. tp tetap cantik juga.. bukan senang nak senang kan kak..

Oyis said...

suka tgk k nani & anak2 kalo berjalan suka keluar bersama ramai2. terkenang zaman kami adik beradik kecik2 dulu jln ke mana pon parents hangkut semua skali. skang semua dah besar, beranak2 dan berfamily, susah dah la nak buat mcm tu lg.
bandar melaka mmg best. kalo balik kg husband di muar dia suka pilih jln kg ni berbanding highway. cantik mata memandang, katanya.tiba2 terbit rindu, dah setahun jgk x dpt balik..
kelakar plak baca bab mknan yg setakat bole tahan aje tu. kalo dah tere masak mcm k nani, mmg mknan kat restoran jd kurg best dah. saya yg x pandai sgt masak ni pon, sejak byk masak sendiri, gi kedai rasa rugi plak byr mahal2, tp mcm lg sedap sendiri buat je hehehe masuk bakul kjp :P

Eta said...

wahh meriahnyaaa lawatan ke melaka...
need your favor kak... boleh bagi resepi ayam bakar/bbq/roasted... kalau akak boleh share laa...
n lagi satu.. kalau akak boleh label semua resepi2 akak.. lagi best.. hehehe... byk sgt permintaan nya ye... hehehe..

Lemonade said...

Heeee...bestnyeeee!!!

azlina aziz said...

best nya pi jalan satu family :)

MHazrat said...

nnt mai penang, bgtau la...cheq bawa pi jalan2... :-)

Personal Wellness Coach. said...

datang ayer keroh ke?
nape tak bagitahu.
kalau tak, boleh dah jumpa..
teringin sangat nak jumpa aunty one family...

e.t.t.y said...

laaaaa aunty tak bgtau nk ke melaka. kalau tau awal awal dah bgtau jgn pergi parameswara tu. sebb situ mmg tak sedap pun. servis lambat dan bla bla bla bla.

lain kali pergi kedai yg biasa biasa tu je aunty. lagi sedap berganda.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

syioknya jenjalan... masa tu dah banjir ke belum aunty?

Anne said...

waahh..jalan2 melaka.cam sronok je!

eh,ituh ehem2 akak liana ke auntie?waahhh....

handbag auntie lawa!berkenan la~hehe

mohamad kholid said...

ada contact no apartment tu tak?

* FAR * said...

wah kak nani dgn hanis dtg melaka..
melaka memang happening.. mesti lepas ni teringin datang lagi..

Noor Azura Ayu said...

Cute nye Hafiiz!

Noor Hidayah Riduan said...

hai auntie..ingat saya lg?yg amik gmbar ngan hanis mase kat jonker walk ari tu..tak sangka dpt jmpa auntie..slalu nya baca blog je..nice to meet u..u all 1 family mmg baik...heee....

Noor Hidayah Riduan said...

ahai auntie..ingat saya lg tak?yg amik gmbar ngan hanis kat jonker walk ari2...auntie mmg baik..tak sangka plak jumpa..slalu nya baca blog je..nice to meet u n your family....

nas said...

mmg best gi melaka,hari 2 x sempat jln2 sgt sbb sibuk gan majlis tunang adik. insyallah akan ksana lagi jika umur panjang.

i'm not jangok said...

la, auntie..parameswara 2 mmg xbest.. pegi Dmuara.. mmg superb...harga pon murah,,,, =)

Zainab Amir said...

next time klu dtg melaka kena war2kan...bole la kami yg d melaka jumpa kak nani...

NinaDiana said...

Salam k.nani. Lunch tu mesti kat selera kg kan? Situ mmg sedap tp mahalnya oh! Tp org ramai je manjang...
Btw bes sgt tgk anak+mak mcm sebaya. Comey2!

MyNameIsdD said...

Oh how embarrassing reading about the rudeness of that waiter T_T. Saye orang melaka. Rasenye, berdasarkan survey yg dibuat diri sendiri, tempat makan ikan bakar murah + sodap adalah :-

1) kedai alaaa kasim @ Crystal Bay Alai, Melaka. here's the fb group :- http://www.facebook.com/#!/pages/ALAA-KASSIM/276533983025

2) medan ikan bakar terapung kuala sungai linggi.

You can google them up if you are not sure of the location.

syazwani 'atiqah said...

bezkn mlaka auntie..sy org mlaka pn rase xpuas jln lg

cik suka senyum said...

memang gilo bapok beso hudang tu..wow..betuah sape dapat makan dier..hehe

Tuan Din said...

ERK!!
Baju kebaya / kurung Hanis... I Loike..

Tuan Din said...

Udang galah besar banyak di Kg saya... 4-5 ekor saja sekilo...

nadzirah said...

cuba makan dekat alai, melaka. nama gerai alaa kassim.