Monday, February 21, 2011

Bahagia Saya Dapat Membahagiakan Orang Tercinta

Assalamualaikum...



Pernah saya berangan-angan kalau saya jadi isteri pada suami yang berkemampuan memenuhi impian saya maka sudah semestinya saya tak perlu lalui semua kommitment yang berat dan perlu sungguh-sungguh. Bahkan saya hanya perlu melayan suami dan mendidik anak-anak...alangkah... tetapi hidup tak selalu seperti yang kita impikan.



Saya adalah antara berjuta wanita yang perlu bekerja untuk mendapatkan semua impian saya kerana itu yang saya mahukan. Boleh sahaja saya terima keadaan hidup yang ala kadar mengikut apa yang mampu disediakan oleh suami saya.



Tetapi tidak begitu. Saya bukan begitu.





Hati saya tidak senang untuk hidup goyang kaki kalau sekadar menunggu apa yang suami mampu adakan. Kalau ada, adalah......kalau tak da tunggulah.....




Saya tidak mampu untuk bermalas-malasan dan berserah begitu sahaja. Jadi inilah jalan yang saya pilih walau kadang-kadang bagai tak terjangkau difikiran bagaimana saya boleh melakukan. Semuanya harus saya fikir dan laksanakan.



Membuat kek dan kuih muih serta harus memasarkan dan menjualnya, mengambil upah menjaga anak-anak orang lain, mengimbangi tanggungjawab menyediakan makan pakai anak-anak dan mengurus rumahtangga sekaligus adalah satu yang tidak mudah. Tetapi syukur dengan kekuatan Allah bagi bagi saya masih upaya melakukan itu semua dengan jayanya. Alhamdulillah.....tidak sedikitpun saya mengharap apa apa balasan dari orang disekeliling yang amat saya sayangi kecuali rasa hormat, penghargaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.



Bagi saya berkorban dan memberi apa yang diperlukan oleh orang yang kita sayangi itu adalah merupakan satu kebahagiaan kerana dengan menggembira orang yang kita cintai dan kasihi pasti hati sendiri rasa bahagia.




Terlalu sibuk sehingga terlalu banyak untuk saya ceritakan. Jadi tak terungkap dengan kata-kata biarlah gambar yang menceritakan selebihnya.........






Mulai minuman sarapan pagi dengan jus tomato yang kaya dengan sumber vitamin C.


Puding roti yang dimakan dengan sos krim vanila. Dari minggu lepas mak Arissa order tetapi minta maaf sampai hari ni belum ada waktu untuk membuatnya. Insyallah kena tunggu esok lusa.....resepi di entri yang lepas.
Cucur udang. Resepi :- tepung, udang, cili padi potong, secubit soda bikarbonat, garam, ajinomoto, bawang goreng. Bancuh dengan air secukupnya. Sudukan untuk di goreng.


Nasi goreng cina. Cara membuat. tumis bawang udang hidup, bawang puting dan masukkan telur. kacau dengan belakang sudip. Masukkan nasi sejuk dari beras wangi. Masukkan sedikit lada sulah, sos tiram, gula, air dalam 2 sudu makan, setitik dua minyak bijan, gaam ajinomoto. goreng dengan api besar.




Sarapan pagi saya, nasi goreng cina, cucur udang dan pusing roti dengan sos krim vanila.




Minuman : Jus tomato, air kopi untuk emak saya dan air milo untuk budak2.


Sibuk macam manapun...mereka tetap harus saya layan....bahagia hati saya menggembir
akan orang yang saya sayangi.

Tomyam campur untuk makan tengahari. Resepi : Didihkan air, masukkankan jus limau nipis, lengkuas, serai, sos tomyam thai, cili padi, bawang putih, bawang merah, cendawan, tomato, susu cair sedikit, makanan laut/ayam/daging, daun ketumbar, daun limau purut dan garam, gula dan stok ayam.





Ikan siakap tiga rasa. Resepi ada di entry yang lepas2.


Tak sah makan lauk tomyam tak da ikan masin jeruk....terlioq cheq.






Sayur sawi cina, tumis simple2 jer. Resepi : tumis bawang putih dan udang hidup masuk sayur bubuh stok ayam dan sedikit sos tiram.




Udang goreng tepung bersalut serbuk roti. Sedap giler dowh......siap beli sekilo udang buat lagi.....si Hafiiz hantu udang lah yang buat apa lagi. ok resepi....tepung gandum, garam, ajinomoto, lada sulah, secubit soda bikarbonat. gaul dengan air. Celupkan udang dan cicah-cicah di atas serbuk roti kemudian goreng secara deep fry.

Susunan pinggan oleh Alisya. Bagi chance kat dia nak cuba bakat menghias.


Sibuk macam mana anak dan emak harus dapat makan tengahari.





Pelanggan haru sjuga dapat kek-kek air tangan ku......




Yang ini juga.....










Untukkan masa untuk buat pisang bakar yang di makan bersama ais krim vanila dan gula hangus, dan berrieesss

48 comments:

Syue Mustafa said...

Akak, kecur air liur saya nengokkan makanan tu. Semuanya nampak sedap....

Kancilbiru said...

sungguh kagum dengan ibu-ibu yang dapat melakukan pelbagai kerja dalam satu masa...begitu juga pada ibu saya.

nak tanya, macam mana kak nani dan family maintain kesihatan dan bentuk badan yng slim walaupun kelihatan makanan semuanya sedap2 belaka..ekeke..

effa_dila said...

kasih sayang seorang ibu. Ya Allah, Kau limpahkanlah kasih sayangMu buat ibu-ibu kami.


my mom is just like u auntie Nani. No matter how tired she is, she would never fail to feed us, caress us, I reckon every mom is like that.

*I wish I will be able to bake like u someday. :)*

Unknown said...

hebat memang hebat !!!!

Filla said...

huwaaa..byk nye lauk sekali masak? kalau filla, satu lauk utama cukup.. kalau nasib baik, ada sayur..muahaha...k.nani, update lah selalu, nanti winduuuu camne? auwww manja plak..hihi

Anak Wak Mail said...

sedapnya...saya mahu!

aunty,,kalau buat topping, coklat masakan apa yg selalu aunty guna??

man yusoef said...

arghH!! lapar!! haha..btw, kenapa buat nasi goreng kacau pakai belakang sudip??

Misz-ella said...

Eeeee. Jeles dan terliurnya tgk makanan2 tu, nak pulak bread butter pudding dan red velvet. nak kak .. anytime eh.

oyenks said...

Hadoiiiiiii temptinggggg gilerrrr
Merembes air liurkuuuu Kak Nani
Like sejuta kali :)

abeshazwani said...

terbaekklah kak nani..!

cikyin said...

Kehidupan Puan sama macam mak saya ^^. Tapi dulu, dia buat kuih tradisional, menjahit langsir & baju,jaga anak orang.Sekarang dah kurang banyak sbb usia dah meningkat.Baru kelmarin dia dapat tempahan 200kuih badak, 200kuih keria, 200karipap :) .lepas tu lepak.

hehe, semoga berjaya ya puan!
mom is the best person in a family!!!!!

Cnidaria said...

omg..i'm speechless...!

Unknown said...

wpon pnt tp puas hati sbb apa yg kita nak, kita usaha sendiri..lg puas hati bila org yg kita syg hepi

Farah Shahidah said...

seronok bace belog untie...
untie masak sume besh2... :)

Faa Maryanne said...

teqliuq tgok sume niii, alaa mak saya ta rajin mcm aunty lahhh ;/ sebab dea pun kejeee

misz beauty said...

THUMBS UP FOR YOU AUNTIE... =)

arabella said...

aunty nani,tiap kali menu yg aunty bg kt blog ni sy akn print skali..smpi akk sy ckp kt sy nape skang sy rajin masak mcm2 kt uma (wlaupun x pndai msk)? sbb dulunya sy paling malas nauzubillah..hehehhe..sejak suka baca blog ni,mcm2 sy dpt..alhmdulillah..FYI,sy x pernah tgal bca entry aunty..cuma jarang tagalkan komen..

Normaliza said...

salam,

Wah..kagumnya. Saya pun berimpian nak wat camtu juga..harap2 terlaksanalah hendaknya..

Va Va Voom said...

Aunty Nani,

Your foods is always makes me hungry! lol

Regards,
Your silent reader

dear anies said...

groooooowwwwllll...kak tulungggg...perut da msk tune dangdut ni

Rina Rahamat said...

mcm mana k nani boleh ada masa nk siapkan bnyk hidangan sekali gus..sempat ke nak mengemas selepas tu? k nani bagila tips mcm mana nak buat semua ni..sy salu rs mcm tak cukup tangan..baru nk masak sikit si baby dah bising..huhu..nak ngemas, membasuh dan berkebun lagi..belum lagi nak sidai kain lipat kain layan si kecik lagi..nak blogging pun cecurik masa..

* FAR * said...

betul kak nani.. kalau tak berkorban, tak yah kita saling membantu..
.. bekerja 8-5pm
.. malam menjahit wat kraf
.. jaga anak..

semua tu pengorbanan..

b3nz said...

makanan sangat menarik perhatian. lapar!
masih lagi kagum dengan presentation atas meja makan. rajinnya kak nani, nak basuh napkin segala tu, setiap set lagi. cawan kopi cantik la...

lily lotus said...

gulp!

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, ya ampun..yang Ratna sungguh hairan ialah mengapa kesemua hidangan yang Nani sediakan tampak menyelerakan walaupun dipandang segitu, apa-tah lagi jika didepan mata, ya ampun!!

Amat benar bak kata Nani itu, jika kita sebagai seorang Ibu yang begitu prihatin dan meninggikan pengambilan beras keatas serba serbi adaban hidup harian walaupun kekadang tenaga tidaklah ada kemampuannya, dek kerana kasihsayang seorang Ibu itu teramat suci dituruti juga tanpa keluhan.

Yang Ratna kempunan ialah pisang bakar! terkenang kembali Nenda.

Kirimkan salam Ratna buat Ibunda Nani ya, dan salam manis manis madu.

Unknown said...

w0w sedpye harus mencoba.. nie

Emma said...

tengok ada emak kak nani..terus teringat cerita kak nani pasal ur mom..mmm..

nurnaimah said...

sedapnye auntie..
i admire u..
huhuu..

smoge sy dpt masak sedap2 mcm auntie bile da kawen nt..huuu

Unknown said...

saya sangat jees ngan kakak nani menghandlekan rumahtangga....

Unknown said...

salam aunty,

best tol tgk lauk pauk sume tu
paling best tgk dessert pisang bakar..woh!!peberet tuh..cam lebih kurang split banana.nanti aunty post la cara-cara nak buat pisang bakar tu ye hehehe syg aunty!

p/s: sebelum ni jadik silent reader je ari ni baru rase nak comment.hehehehe salam perkenalan ye aunty.muuaah lebiu.

khairul farhan said...

Haih, terliur lagi.

Marya Hana said...

untung hanis zalikha ada mak yg pandai serba serbi ni :)

schaficent said...

aunty, apa itu deep fry?

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, la...bukan beras tapi berat - pengambilan berat.

Alang tu sampai rosak itu maksud kata tulisan Ratna, lain kali "double-check"!!!

Mahu cuba pisang bakar Nani, bila ngap ngap Ratna akan berkata terimakasih segunung tinggi Nani kerana mengembalikan kenangan manisan dizaman semasa kecil dulu.

Salam manis manis madu.

Lulu Rahman said...

ya rabbi. sedapnye aunt :)
untungnya kak Hanis kan ?
mesti dia rindu semua ni bila duk segamat. hoho

anwar777 said...

buah selain strawberry atas kek moist chocolate the yum tu, special request ke memang 'penampilan' baru puan?

Unknown said...

bila bc entry kak nani rasa mcm terkena btg idung jer...mungkin sy jugak mcm kak nani yang membezakan kita sy bekerja di opis dan kak nani dirumah...balik jer rumah tugas dan tanggungjawab dah menanti termasuklah mencari rezeki sampingan dengan mengambil tepahan kek...kdg2 dtg semangat saya untuk meneruskan semua tgjwab apabila membaca entry kak nani...TQVM kerana memberi semangat kepada saya....

notheblaey wrote said...

Salam Kak Nani,

i wish im strong n active just like you!never tired to make everybody happy..
btw nak ty..kak nani guna mixer brand ape?just nak tau coz tgok kek2 kak nani semua cantik n gebu2...

Tuan Din said...

Huh!! lauk pauk!!
kadang2 Telur Mata + kicap cuku membahagiakan saya...

SheLLy said...

sy berminat nk tanya cmne nk wt air just tomato dlm 1 gelas...khasiat tuk kulit kn?

SheLLy said...

dh lama nk tanya cmne nk wt air jus tomato tu..beli yg kt luar..mcm pelik je rs..huhuh

Sheherazade said...

saya masih belaja curik mase hehe,target nak selalu masak

:)

Mak Wardah said...

Respect sgt2....

Oyis said...

ni bermotivasi nak masak sedap2 nih mlm ni balik drpd lab nanti. dah 2,3 hari masak simple2 aje sbb xde mood masak baru balik holiday pjg la katakan. ingt nya nak bli aje lauk mlm ni, tp haih, tiba2 baca blog kak nanie ni angin pus2 nak masak pon dtg... siap nak buat buat pisang bakar lagi, ada pisang duk melebam kat umah tu. siapa kata baca blog buang masa hihihih...

cik suka senyum said...

wow aunty mmg da boom r pasal masak...syok beto jadi famili aunty

cik suka senyum said...

hari2 dp mkn sedap mcm ni besnyeeeee

Anonymous said...

auntie ni serius sgt kreatif giler2 dan kaw2...

ieza said...

auntie,udang hidup tu mcm mane..xpaham..hehe:)