Sambil buat kek saya masak yang simple, sambal sardin, sayur bayam tumis air, sambal bilis petai dan udang goreng tepung
Hafiiz Bersama Pelakon Iklan, Mazni....heh malu nyer Hafiiz.
Mula-mula saya cuma fikir yang daftar anak-anak untuk agensi pengiklanan adalah mahu memperolehi pendapatan sampingan. Tetapi kini persepsi saya berubah dan lebih mahukan level keyakinan dalam diri anak-anak tinggi.
Di kalangan anak-anak saya, Hafiiz paling fotogenik. Dalam pembuatan satu-satu tv commercial atau print ads, fotogenik sangatlah penting. Namun apa yang lebih membimbangkan saya bila dia terlalu pemalu dan keyakinan dirinya sangat rendah.Jadi apabila dia mendapat tawaran untuk print ads astro, maka tanpa jemu saya beri dia kata-kata perangsang supaya tidak mudah berasa malu.Yakinkan diri.Insyallah selepas pendedahan seperti ini saya harap keyakinan dirinya bertambah.
Minggu lepas adalah satu minggu yang sangat sibuk. Sibuk giler. Giler Sibuk.Maafkan saya Sufiyan yang menenmpah kek hari jadi untuk isteri dan saya lupa nak membuatnya. Juga maafkan saya Dzaki kerana lambat menghantar kek untuk ibu anda sempena hari ibu. Hari itu adalah kali kedua saya cuba sampai ke rumah ibu anda tetapi hampir sahaja putus asa. Mujurlah Hanis ada sebagai pemberi semangat.Apa taknya, masa mula-mula hari tu, dah nak sampai rumah yang dituju, tiba2 dapat panggilan yang Khairi yang balik menaiki bas dah lama menunggu di Komuter. Maka oleh kerana naluri keibuan yang sangat kuat dan bimbang keselamatannya, saya terpaksa berpatah balik dan bercadang menghantarnya selepas itu.
Kemudian belum sempat hantar semula, saya dapat panggilan telefon dari agensi pengiklanan suruh saya pergi ke lokasi yang ditetapkan untuk Hafiiz shooting iklan astro. Oleh kerana hari itu Jalan Damansara sangat jam akibat adanya satu kemalangan maka saya terpaksa membatalkan penghantaran kek tersebut.
Kali kedua penghantaran, hampir segenap supermarket dilembah klang ketiadaan strawberi maka saya hanya bawa pisau dan cari strawberi di merata kawasan damansara. Akhirnya hanya menemui di Desa Park City dan terpaksa U turn membayar tol sebanyak rm3.20 untuk ke Sri Damansara semula. Hari hampir gelap dan pencarian alamat rumah semakin sukar dan minyak kereta semakin kering kerana tidak berapa familiar di mana letaknya stesen minyak. Dan kek yang di bawa merata tempat pun semakin cair coklatnya.
Maka kemudian sayapun berkata 'Hanis mama rasa mama nak giveup lah...mama pulangkan jer duit dia orang'. Dan Hanis pula menjawab, mama jangan giveup, kita dah sampai sini, cari jer sampai dapat'. Lalu saya jawab cari memang boleh masalahnya hati dah tak tenang bila minyak dah menyalakan signal.Namun saya pula sangat risau kerana telah mengecewakan orang, maka sesampainya saya di rumah ibu Dzaki, saya bertanya sanggupkah menerima kek yang dah tak berapa cantik akibat cair. Kalau tak sanggup, saya buat semula dan akan hantar keesokannya. Alhamdulillah mujurlah dia sanggup.
Bila tak menang tangan begitu, saya mengambil keputusan untuk tidak membuat penghantaran. Tetapi seperti biasa saya ni selalu tak sampai hati mengecewakan orang.Maka kesibukan itu akan sentiasa berulang dan itu sebenarnya adalah sebahagiaan dari kehidupan saya.
14 comments:
untie..ni lah dinamakan mencari rezeki..biasa ar..untie, leh tau tak untie masukkan nama anak dalam agensi iklan tu kat mana?
sibuknya.....mungkin anda memerlukan pembantu peribadi...hehhehehe...jgn give up..betol kata Hanis..
Allah selalu menduga hamba-Nya...sabar always okay... dun give up!
kak nani
cabaran tu kak nani... keep it up!
That is what we call a business aunty. There is the up and down of us. :D
kat negeri sembilan, wan ain ajar masak lemak cili api tak payah letak bawang .. tapi mmg ade jgk yang letak bwang.. kasi manis kan ;p
pembantu buat kek? maybe? :)
xpe auntie...kan saya dah kurangkan kerja auntie dgn menjemput biskut tu kat rumah...hehe.tp sayang xpat jumpe dgn auntie, hanis n d siblings...dpt jumpe kucing auntie yg tomey colour putih plus cekelet2 sket.sgt x takot org. x macam my cat.huhu
aunty, i saw that ads! then i cakap sorang-sorang: eh nie mcm adik hanis jea. tapi tak tahu nak konfemkan mcm mana, so i diamkan jea. rupanya tepat jangkaan i :)
alolo..kesian kak nani...nasib baik rumah saya dekat KJ aje..15min dah smpi rumah u utk ambik kek..next week nak tempah lagi..hopefully kak nani taklah busy gegiler ye.
kak nani i really impressed kat you..kak nani really inspired me in many ways..i wanna be like you..i wanna improve myself to be a good mother like you..uwaaaa
salam... hi auntie... ingat sy lagi tak? sy zara, one of the team for 321 short film... i just got the time to read through, cantiknya blog ni, and your posts are very inspiring... i linked it in my blog... =)
so, inila iklan tu...hafiiz beriya-2 suruh sy beli paper and tgk, tapi sy tak beli newspaper hari tu... akhirnya dapat jugak tgk kat sini... he's such an adorable kid... alisya too... =)
anak2 u sangat berbakatlah sis :)
boleh saya tahu nama casting agensy tu? nak mencuba nasib anak saya pula. mana tahu ada rezeki =)
Post a Comment