Bilah-bilah hari yang berganti adalah satu cerita tentang semalam. Sebuah kenangan masa lalu. Yang pernah kita dakap dan miliki. Yang pasti kita akan merindui walau rindu itu tidak akan pernah terungkai.
Sebuah cerita yang bukan apa-apa pun namun akan kita hargai bila kita kehilangannya.Kita rindui setelah kita ketiadaannya dan bila masih ada secebis kasih yang tertinggal di sana.
Waktu tak pernah mahu menunggu. Pantas berlari hingga selalunya meninggalkan kita termangu-mangu dan kononnya masih berkira-kira tentang hari kelmarin.
Kelmarin yang saya tinggalkan bukanlah seindah mana namun kini saya merasakan begitu. Saya ingin kembali ke situ. Merasai sejuk pagi yang berkabus. Merendamkan kaki di mata air yang dingin. Menikmati ubi rebus dimakan bersama ikan kering sambil mulut berasap-asap mengunyah ubi yang masih panas.
Berkaki ayam menggodak parit di belakang rumah hinggakan air jernih menjadi keruh perang pekat lalu ikan-ikan puyu yang menghuni disitu terkebil-kebil kelemasan tambah memudahkan saya menangkapnya untuk saya jadikan hiasan sebagai tangkal menghindari kehadiran toyol kononnya.
Hari-hari di pendalaman desa begitu memanglah rutin. Hati selalu meronta-ronta mahu keluar dari kepompong itu.Waktu itu hati rasa jemu.Bosan. Saya mahu keluar dari situ. Saya mahu pergi melihat dunia luar. Menikmati keindahan hidup yang lebih bermakna. Bukan di ceruk desa yang sepi. Yang kelam.
Begitulah apa yang pernah saya lalui. Dan kini saya ingin menerobos dan mengimbau kembali ke zaman itu. Mana mungkin!! Apa yang telah kita tinggalkan tak mungkin akan kembali sama seperti sediakala. Kita kira hati kita berubah namun kita harus tahu keadaan juga berubah setelah kita ucap selamat tinggal. Segalanya tidak akan jadi serupa lagi seperti dulu.
Kelmarin juga, bila dapat berita tentang anak bujang saya Khairi menerima tawaran lawatan sambil belajar ke negeri Jepun pada 1hb Jun nanti, iaitu di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perasaan saya menjadi berbaur antara bangga, gembira dan terharu. Saya bangga anak saya Khairi yang sangat pendiam itu selalu mendapat peluang-peluang keemasan seperti itu. Saya gembira bagi pihak anak saya kerana dalam usia yang masih dibangku persekolahan beliau berpeluang berjalan menimba pengalaman di negara orang yang jauh ke seberang lautan.
Saya rasa sungguh terharu kerana sebenarnya peluang seperti itulah yang pernah saya impikan ketika saya berada di bangku sekolah dahulu. Pantang bila pihak sekolah menganjurkan sebarang lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau percutian, sayalah orang yang paling seronok berangan untuk menyertainya.
Namun keinginan saya yang sangat tinggi dan berkobar-kobar melawat ke tempat orang bukan mudah untuk direliasasikan. Tak mungkin saya dapat menyertai rombongan -rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah kalau untuk ke sekolah pun saya terpaksa berbasikal berbatu-batu jauhnya kerana tidak mempunyai wang untuk membayar tambang bas.
Apatah lagi kalau ke sekolah pun dengan perut kosong dan terpaksa menogok air pili dari sebuah tangki disekolah. Namun saya adalah anak kecil yang selalu mempunyai semangat yang besar. Keinginan melihat tempat orang, melonjakkan semangat saya memikirkan cara bagimana impian saya jadi kenyataan.
Satu hari apabila sekolah menganjurkan lawatan ke zoo Singapura dengan bayaran sepuluh ringgit seorang, saya termenung panjang. Apabila saya menyuarakan kepada ibu, jawapan pasti adalah tidak. Berhari-hari saya merayu.Jawapannya tetap tidak dan tidak. Biarpun ibu saya begitu keras hati namun itu belum berjaya mematahkan semangat saya untuk memujuknya.
Kemudian saya simpan satu tekad. Saya harus rajin menolong ibu menoreh dan mengutip susu getah. Sebelah petang saya tolong ibu memetik buah nenas dan menjual kepada peraih. Dan tekad saya sebenar ialah memujuk ibu agar membenarkan saya mengikut rombongan ke singapura itu. Saban malam dalam kelam cahaya lampu gaslin yang tergantung di bawah bendul pintu tengah rumah itu saya memulakan dailog yang belum jemu saya tuturkan.
Kadang-kadang bila rasa hampir putus asa, bengkak-bengkak mata saya menangis. Menangis dan menangis. Rasa sebak. Rasa sedih. Rasa tidak dipedulikan. Dan sampai satu ketika rasa macam nak mati sahaja.
Agaknya sekeras-keras hati ibu, akhirnya lembut juga bila melihat keadaan saya yang kelihatan begitu bersedih. Akhirnya ibu bersetuju membenarkan saya mengikuti rombongan tersebut.
Malah sebelum bertolak, awal subuh lagi ibu memasak nasi lemak, telur rebus dan sambal bilis yang paling enak pernah saya makan untuk bekalan saya.
Akibat terlalu seronok apabila segala anganan akhirnya jadi kenyataan, saya telah tersilap mengambil beg yang penuh dengan dokumen-dokumen penting yang kemudiannya saya tercicirkannya kerana ketika di dalam bas saya duduk betul-betul di tepi pintu.
Hingga kini peristiwa mengikut rombongan ke Singapura itu jadi kenangan paling saya ingati kerananya nama adik saya yang sudah bertukar dua kali, bertukar lagi kali ke tiga. Dulu bila arwah ayah saya, mahu menamakan nama adik saya Kasmidah, si penulis daftar nama di balai polis itu begitu jahil itu telah menulisnya dengan nama Kasmedeh. Kemudian bila saya telah menghilangkan surat-surat beranak dalam beg waktu rombongan ke Singapura itu, maka arwah ayah melapurkan dan memohon surat beranak baru untuk adik beradik kami semua dan sekali lagi nama adik saya bertukar jadi Kasmeheh. Itu nama jawa atau nama hindustan? Yang pasti itu adalah kenangan yang tak mungkin saya lupakan.
21 comments:
sayu ja hati baca part memujuk ibu tu...tapi last2 ktawa sbb nama tu da bertukar2..alahai~
bila ibu kita larang to do this and that,ada makna...maknanya ialah kita tercicir itu dan ini... atau buat silap itu dan ini.. betul tak?
Menariknya cerita ni.
akak leh wat novel ni...citer lama yang tak pernah luput dlm memori kita kan....
Betul. 200 peratus betul.Kalau ibu melarang itu dan ini maka maknanya kita akan tercicir itu dan ini.
Malangnya bila ibu sentiasa melarang itu dan ini dan terlupa bahawa akibatnya kehidupan anak-anak akan jadi sentiasa miserable.
salam.....sungguh bermakna cerita ini.....ia harus dikongsi buat anak2 kecil di sekolah...izikkan saya menggunakan cerita ini sebagai wadah buat anak kecil dalam usaha mereka mengenal erti hidup....pengalaman itu mendewasakan dan semangat yang tinggi perlu dalam menjadi survival kehidupan seharian...terima kasih....
mulanya saya sedih tapi bila tgk nama yg dah di tukar 3 kali saya dah mula tak tahan.pandai nani olah cerita.
Entry yang paling menarik pernah teman baca. Ingat..hargailah setiap detik yg mike lalui sebab ianya takkan kembali lagi..
Entry yang paling menarik pernah teman baca. Ingat..hargailah setiap detik yg mike lalui sebab ianya takkan kembali lagi..
betullah, memaula rasa sedih baca kemudian rasa nak gelak baca adik kak nani tukar nama sampai 3 kali
HAHAHAHAHA LAWAK KOT
oh my tercicir!...agak2 apalah yg berlaku ye bila auntie balik dari lawatan tuh dgn dokumen2 yg keciciran...hermm...segala kepayahan yg dulu sekarang dah bertukar menjadik kehidupan yg baik selesa dan indah2 saja ...may Allah bless you and family auntie...
kenapalah pendaftar zaman dulu-dulu ada masalah pendengaran..suka sangat salah tulis nama :-)
you're so beautiful...
like to see your face...:)
Saya baca sungguh2... sedih,terharu, senangat pun ada... tapi tiba sampai penghujung saya tergelak sorang2 xberhenti.... heheh.. walau apapun saya dpt bygkan mesti auntie nani gembira yg amat tapi berdebar nak balik rumah hari tu.....
hahahhaha!!! lawak laaaaaaaa... haih..
mula2, rasa sayu je baca. mcm kisah dlm novel.
sekali baca ending, tros gelak guling2. hahaha
kak..baby dlm gambar tuh comel sgt!!!!
hahahahahahahaha...lawak la kak diorang letak nama adik kak tu. kesian. orang dulu2 slalu terjadi camtu kan, penulis daftar tulis salah. hiks
kelakar gila bila baca hujung2 tu..
Aunty, tak tahan gelak la baca nama bertukar tu..
Post a Comment