Tuesday, May 4, 2010

Kebencian Di Hati Kita Adalah Satu Halangan Untuk Allah Melimpahi Rahmat Kepada Kita.

Selalu sangat terluka. Memang tak dapat nak elak. Kadang-kadang cuba jadi kebal. Tak mahu emosi sangat. Tak nak jadi cengeng. Nangesss.Tapi apakan daya, airmata tetap berlumba-lumba nak terjun jugak.

Tak apa biarlah airmata tu. Yang penting bagi saya, walau hati selalu terluka saya cuba pulihkan dengan sebuah perasaan kasih sayang yang menyapu segala luka. Saya tidak balas segala kelukaan itu dengan amarah dendam.

Banyak kali saya pijak-pijak ego sendiri. Saya tak segan silu merayu kemaafan hanya kerana tak mahu sesebuah hubungan yang sangat akrab tiba-tiba terputus begitu sahaja.

Satu sahaja prinsip yang perlu kita pegang sampai bila-bila. Dan saya pun mahu berusaha untuk berpegang pada prinsip itu. Biar orang melukai dan membenci kita tetapi jangan sekalipun kita melukai dan membenci orang.

Jangan ada sekuman pun perasaan benci terhadap orang lain. Bagi diri saya, bila tak ada seorang pun disekeliling hidup kita yang kita benci, maka hati akan jadi tenang, setenang bayi yang tidur nyenyak.

Sebenarnya banyak terjadi kita membenci orang tanpa sebab yang hakiki. Mengapa kita biarkan hidup dan hati ini membiak kuman kebencian yang tidak berasas bahkan membuat hati dijangkiti penyakit gundah. Contohnya, kadang-kadang hanya kerana kita tak suka tengok bentuk badan sesorang artis tu, kita membenci dia. Bila kita tak suka, cara pemimpin tu bercakap, kita benci dia, bila kita tak suka tengok teman sepejabat berpakaian, kita benci dia.

Kenapa perlu membenci. Lepaskanlah segala perasaan benci itu. Buang jauh-jauh dari bersarang di hati. Insyallah, hati lebih tenang, perasaan lebih ringan dan Allah akan beri kebahagiaan jitu tanpa dihalang oleh kebencian terhadap sesama insan.

Kadang-kadang kita hairan kenapa seseorang gadis itu lambat bertemu jodoh. Kita tidak pernah tahu bahawa sigadis itu banyak menyimpan perasaan benci terhadap orang lain yang menjadikan salah satu sebab Allah halang kelancarannya mendapat jodoh.

Kita hairan mengapa sesorang itu sentiasa ditimpa kesusahan yang tak berkesudahan tetapi pernah kah kita tahu mungkin dia ada menyimpan dendam atau kebencian terhadap saudara-mara yang menjadi salaha satu sebab Allah menghalang rahmat melimpahi hidupnya.

Jadi jangan ada benci dihati ini. Melainkan perasaan yang dipenuhi kasih sayang semata-mata.

22 comments:

nas said...

betul tu kak nani,yg penting sabar coz stp kesabaran ada hikmah n ganjaran dia..amin

Khadijah Zek said...

moga di jauhkan saya dari sifat yg tak elok ni...Amin

JayteaAbdul said...

kebencian membuatkan hati diselaputi bayang-bayang hitam yang tak memungkinkan cahaya nur menembusi kesegenap rongga.. sesungguhnya, auntie seorang yang rasionalis dan tabah.. :)

nino mok said...

Kita hairan mengapa sesorang itu sentiasa ditimpa kesusahan yang tak berkesudahan tetapi pernah kah kita tahu mungkin dia ada menyimpan dendam atau kebencian terhadap saudara-mara yang menjadi salah satu sebab Allah menghalang rahmat melimpahi hidupnya.

betul kak nani saya setuju sangat-sangat dengan kenyataan di atas. terima kasih kerana menyedarkan saya.

. . . said...

menarik larr blog kamu!!!

Mak Su said...

tq utk posting ini

Zuraimah Ismail said...

saya suka entri kak nani yang ini...amat related sangat.....moga saya pun berfikiran positif seperti kak nani

Nur -al- Ain said...

tak bagus la kan hidup benci membenci. dah terbeban perasaan nak membenci org plak. heee

abang ensem said...

no komen..

Sofie Sofiah said...

Alangkah bagus kalau fikiran sy sentiase seperti ape yg akak ungkapkan.... =(

Terasa seperti hati ni dh terlalu byk membenci....tp tidak diperlihatkan .....

Chit Ana said...

betul tu auntie..ana sendiri susah nak membenci seseorang.tapi kadang2 kalu dah marah tu,beristighfar balik..kenapa leh jadi macam ni.syitan suka lah kita macam ni kan dan kite perlu bersangka baik terhadap orang lain =)

Zareda Norman said...

sifat benci ni lumrah dalam diri manusia tapi sekiranya kita sentiasa memaafkan, sifat benci ni dengan sendirinya terhapus dan kita akan tenang tenang aje..

JULYA said...

betul auntie...mama julya pun selalu cakap. biar org buat kite, kite jgn balas. sebab hukum Tuhan lagi berat

Ieza said...

nasihat yang baik tu..

kalu dulu selalu gak bila org buat..ieza pendam jer..nangis sorang2
tapi sejak dh duk sendiri..mak aii..macam2 hantu ada kt ati ni..tapi kt org yg perasan bagus tu jer la xler semua..

tapi akhir2 ni..macam dh xde plak perasaan itu..hati ni dh macam suci murni jer..he3

memang gembira bila hidup x diselubungi dengan kebencian,dendam dn kemarahan..

harapnya memang begitu la selamanya..

BlueIceCube said...

Thanks for the advice.

Selalu rasa diri ini tidak kuat & tabah macam orang lain .. senang sangat menangis.

Benci adalah perkataan yang terlalu kuat flavornya, saya lebih suka perkataan 'tidak suka' :-P

zar mokhtar said...

takpe la auntie..at least kalau auntie dibenci (sape le yg kekwat tuh??) auntie still has your canggih dapor that you can turn and lepak and cook the best meal ever for kids...terlupa kejap kes benci membenci nih...bak kata oang utagha..biak pi lah...kita tak dpt nak puas kan hati semua orang...yg penting nawaitu...and vice versa..kot tetiba hati kita dirasuk syaitan soh membenci cepat2 la kita istighafar..kita ni manusia biase...hermmm...

Ila said...

Hmm saya rs sy selalu bersangka baik ngan orang n klu marah n benci seseorang pun sekejapan je xpenah pon simpan dalam hati tp smpai skang pon sy xbertemu jdh jgk lagi huhu..mungkin ini ujian Allah utk saya.

NaniRostam said...

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada menyimpan perasaan tidak menyukai orang lain. Misalnya dalam hati tak suka siti nurhaliza sebab dia dengan Datuk K atau kita tak suka fasha sandha sebab kita dengar gossip pasal dia...benda-benda macam tupun dah consider ada kebencian walau sepicing.

Lagi satu susah bertemu jodoh bila tiada restu daripada mak bapak. Contohnya, walau sedikitpun hati mak bapak rasa risau tentang siapa jodoh kita. Itupun consider mak-bapak susah nak lepaskan. susah nak redha siapa jodoh kita.Masih risau masih terpilih-pilih, nak hanya kriteria tertentu dan sebagainya.

Kadang tu ada lagi perasaan mahukan jodoh yang lebih baik daripada yang dah terputus atau hubungan yang lepas. Seolah-olah kita belum redha jodoh yang ditentukan oleh Allah maka masih terhalanglah jodoh itu untuk kita.

Ila said...

Tula..mungkin juga antara sedar@tidak wujud perasaan seperti itu dalam diri saya. Apa yang saya buat sekiranya tersedar ialah cepat2 beristighfar. Namun kadang2 saya pk mungkin terlalu banyak kekurangan pada diri saya sehingga Allah xizinkan saya utk bertemu jdh. Mungkin juga klu saya kawen sy xleh jadi isteri@ibu yang baik dll. Alhamdulillah setakat ini mak dan arwah ayah merestui sesiapa saje yang akan jadi kawan sy asalkan ada asas agama. Mungkin sy sendri yang tidak sempurna dan masih perlu muhasabah diri lg..

AmmoniBlog said...

benci tu tidak... tapi kurang setuju dengan sesetengah tindakan mereka, mereka yang tak pernah memikirkan perasaan orang lain? boleh untuk kita mempunyai pandangan sendiri terhadap sesuatu tetapi bukan prejudis. biar rasa kurang senang itu bersebab. tetapi bukan prejudis.

Tokei Kedai said...

Salam.. semoga Allah swt memberi kita hati yg sentiasa bersangka baik pada semua org....

Tokei Kedai said...

Semoga Allah swt memberi kita hati yg baik, kerana prasangka buruk boleh merosakkan hubungan sesama insan..wallahualam