Saturday, May 29, 2010

Resah

Diam kadang lebih berat dari awan yang mengendung air
tak mahu sedikitpun angin merapati biar sekadar berbisik
angin walau sekadar berbisikpun kau buat diam itu dibasahi air
lalu basahlah sanubari itu mengelus diammu.

Riuh kadang lebih ringan dari awan yang putih melepak
mahu angin mengiringi dengan desah dan kencang bermain main
angin walau ribut sekalipun kau buat riuh bagai taman permainan
lalu nyamanlah hati itu menyambut riuhmu.

Walau diam walau riuh
laungkanlah bertalu-talu agar semesta alam dengar keresahanmu
Hanya kau yang tahu dalam diam mu resahmu melaung-laung
Hanya kau yang dengar dalam riuhmu diammu menderu-deru
dan angin hanya mahu berlalu.

7 comments:

Wak Subardjo said...

Assalamualaikum, Puan Nani. Tanpa sengaja dan tidak dirancang, kulo ketemukan laman blog puan ini. Ternyata puan seorang yang romantis dan berjiwa melankolik. Puisi-puisi puan itu menjadi saksi akan penyataan kulo ini. Jika puan sudi, sila mampir ke laman blog kulo, http://www.waksubardjo.blogspot.com. Moga-moga kita dapat bertukar-tukar pandangan selepas ini. Terima kasih.

Noor Fatin said...

best :)

buat sendiri ke? kreatif :)

Wak Subardjo said...

Terima kasih kerana puan sudi mamper ke laman blog kulo pagi tadi. Terima kasih juga kerana sudi menerima kulo sebagai sahabat.

Unknown said...

akak...come and visit my blog :)
http://norizanomar.blogspot.com

aiezza.sue said...

Jemput akak ke sini..
http://notaharianmama.blogspot.com/2010/05/hijom-kenal-kenal.html

tag dariku untukmu :D

Ms kyla said...

sedap membaca
menjadi halwa telinga..

keep up the good work puan..

Ms kyla said...

sedap membaca
menjadi halwa telinga..

keep up the good work puan..