Monday, May 3, 2010

Mana Yang Sempat

Minggu yang hectic giler. Tempahan kek dekat 20 biji. Hari Jumaat make up dinner salah seorang kawan blogger, Mamashasha. Masa tu jugaklah ada plan yang dah lebih seminggu dengan kawan facebook nak bawa anak masing-masing pergi melalak kat kotak merah. Tapi alahai mak arissa budak yang suka makan kertas tu balik ambil anak dia dekat pukul 8.30 malam, maka sessi berkaraoke pun melepas.

Weekend macam dah tak boleh nak berdiri, penat giler, giler,giler penat. Hari ini akibat dah terlalu penat, tetamu datang kat rumah, saya bawak sarapan pagi di luar sahaja. Malam sebelum tu cadang nak bawa kakak ipar sekeluarga merasai juadah nasi arab direstoran saba cyberjaya, tapi dek tak nak menyusahkan saya, mereka keluar dan makan sendiri.

Hari ini, saya beli makanan siap-siap untuk anak-anak makan di rumah kerana saya akan bertolak sendirian ke Segamat untuk mengambil Hanis mula bercuti semester.


Nasi Ambang, cecodok pisang, kuih koci dan popia basah untuk Imran, Hafiz, Alisya dan Arissa.

Goreng mee basah yang simple-simple sahaja.


Anak-anak saya lebih suka makanan begini daripada nasi.




Potong jambu yang saya petik dibelakang rumah, bubuh gula, cili dan asam boi.....



18 comments:

NONIE AZIZ said...

selera betui nonie tengok kak syina punya jambu tu...terliur aiii...

Pink Mama said...

Kak, nasi ambang tu beli kat mana...sedap tu.

nairaariaa said...

hm.jambu tu nampak sedap sgt...

zaili said...

Dalam bizi2 pon sempat jugak anty masak untuk anak2 anty kan. Terbaek la anty ni!! =)

sapphire said...

aunty
hr nih 1st time sy rs cake choclate aunty..kwn saya yg tempah n bwk ke ofis...
sedap sgt ok!

:)

zar mokhtar said...

huwaa nak cake choc stoberi jugak...adeii kecor nye tengok jambu dgn nasik ambeng...

aNIe said...

Nani....date kta pun belum menjadi lagik...masing2 tgh sibuk...

abang ensem said...

walawei... sedapnya jambu. kem salam kat anis ye..

abang ensem said...

walawei... sedapnya jambu. kem salam kat anis ye..

abang ensem said...

walawei... sedapnya jambu. kem salam kat anis ye..

abang ensem said...

walawei... sedapnya jambu. kem salam kat anis ye..

Amirah bte. Norjali said...

Sedapnyee nampak mee goreng tu.. Mak saya masak pun lebih kurang sama gaya nya..

AiSyAh HuMaIrAh said...

sedapnye.. =)

inazamri said...

terliur tgk nasi ambang tu..tahun ni tak sempat lg nak balik klang asik bz je.Raya ni balik raya meru leh la order kuih kak nani ye.

Chit Ana said...

nasi ambang tu beli kat mana?macam sedap je =)

Ieza said...

x tahan tengok mee goreng tuh..

NaniRostam said...

Ok sekarang nak buat iklan pasal nasi ambang tu. Dulu harga dia rm3.50 sebungkus, laku giler pastu rm3.80 sebungkus, pagi lagi dah habis. Baru2 ni saya pergi beli dah naik lagi rm4.00. Maju betul. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sesiapa yang duduk USJ senanglah beli. Saya yang duduk Shah Alam inipun kalau nak cari makan yang sedap sanggup tarah sampai ke USJ. Nasi ambang tu di jual di Petronas USJ 9.

mamashasha said...

kak nani, mmg rasa bersalah pulah menambah kehectican akak jumaat 30/04 tu...heehe anyway nice meeting you, thank you for your wonderful hand....muka sy yang kusam berubah giler....sampai ari ni dok tersenyum-senyum bila tgk gambo dinner...

tq jugak kerana entry ini, ramai betui yang datang blog saya...