Tidak mudah stress kalau ketawa dan senyuman sentiasa terukir.
Siapa kata manusia hidup di atas mukabumi ini tidak mengalami tekanan atau lebih dikenali dengan perkataan 'stress'. Bukan mudah untuk hidup. Kita perlu berusaha untuk hidup. Dalam usaha-usaha itulah kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang wujud di sepanjang laluan yang kita tempuh.
Ada perkara yang mudah. Ada yang sukar. Banyak yang indah namun tak kurang juga yang buruk. Banyak yang positif tetapi banyak juga yang negatif.Perkara2 yang negatif itulah yang sering dianggap sebagai tekanan.
Tekanan atau stress boleh menyebabkan kita mudah mendapat sakit kerana tekanan menyebabkan antibodi tubuh badan kita menjadi lemah. Tekanan juga boleh menyebabkan kita kemurungan, mudah bersedih, berdendam, sukar memaafkan, dan cepat nampak tua.
Sebenarnya tidak ada tekanan dalam hidup ini, kalau kita tidak menganggap tekanan itu sebagai tekanan. Kita yang menentukan sesuatu perkara itu sebagai stress atau bukan stress. Minda kita yang mengawalnya.
Walau bagaimana complicatednya sesuatu perkara atau masalah itu, tetapi kita tidak anggap itu sebagai satu bebanan maka kita pasti tidak akan merasa stress. Kalau kita menganggap semua perkara itu mudah maka mudahlah kita menanganinya.
Hidup akan lebih ceria dan bermakna sekiranya kita dapat menangani perkara yang dianggap stress itu dengan bijak.
17 comments:
absolutely rite.agree with you..
betol tu autie..sy sokong..
I really hope that I can handle or take it all away. Just anggap everything is mudah, like u said, Aunty.
I'm stressed. Lack of happiness. Im not sure what I'm looking for in my life.
I don't know where to start to anggap everything is easy and can be forgettable.
saya harap saya dapat menangani masalah saya dengan lebih bijak...
stress buat muka saya nampak tua..eeh bukan ker saya memang dah tua... :P
tq kak....setuju sgt its depends on how we handle or tackle the situation..
betul apa yang kak cakap tu. i myself is not very good in handling stress, need to learn more how to do it so that hidup lebih ceria. :-)
Betul tu nani.kalau ada problem take easy,Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.That my motto.
Tapi ai tak nampak muda macam u lah,U nampak cam kakak Hanis je.
Apasal mike bukak rahsia awet mude teman. Kan semua org dah tau.. Banyakkan senyum, bersangka baik dan jangan simpan masaalah sorang2, itu jawapannya..
hadapi dengan sunyuman dan hati pastikn menjadi dan lapang minda untuk berfikir...kembali senyum....
saya suka la header tu. aunty sgt stylo. :D
betol2.. jgn stress2.. x elok utk kesihatn... =)
Kalau la eynda pandai melawan stress....
betul tu k'Nani......stress ni klu dilayan boleh jadi gila...selalunya kalau stress i tidur je.....
betul tu k'Nani......stress ni klu dilayan boleh jadi gila...selalunya kalau stress i tidur je.....
yang penting always be positive kan :)
kak nani i adore you lahh!!wanna be like you! :)
hai...
baru terjumpa ur blog...ssoo pretty...apa rahsianya yee.....nmpk muda remajaaaaa...
ME
Post a Comment