Jangkamasa panjang dan pendek sesebuah perkahwinan itu tidak menjanjikan bahawa rumahtangga itu senantiasa dilimpahi bahagia dan harmoni. Justeru dalam setiap perkahwinan kita tidak akan berjumpa pasangan yang sempurna. Bahkan kita pun bukanlah manusia sempurna begitu juga dengan pasangan kita.
Namun apa yang lebih penting, apabila kita selalu rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki maka setiap kekurangan itu dapat kita terima dengan minda terbuka. Seringkali bila kita terlalu mengejar kesempurnaan kita lupa yang pasangan kita sudah cukup sempurna untuk kita. Cuma kita sahaja yang kurang atau tidak pernah menghargai apatah lagi menyanjungnya. Maka bila kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki lalu perasaan akan selalu tertekan dan hasilnya kita tidak akan merasa cukup berbahagia dengan pasangan kita.
Perkahwinan juga merupakan satu percaturan. Percaturan antara perasaan dan material.Dan kebahagiaan yang jitu itu apabila kita berjaya memiliki kedua-duanya dalam sesebuah perkahwinan itu.
Namun ada kalanya kita terpaksa memilih.Ada di antara kita memilih untuk bertahan walau sudah hilang rasa kasih sayang terhadap pasangannya namun masih mahu mensyukuri bahawa tidak semua yang kita mahu dapat kita miliki.
Banyak juga yang memilih untuk merasa bahagia walau mereka cuma dilimpahi material berbanding kasih sayang.
Apa yang paling penting apabila kita selalu bersyukur, sebenarnya kita memilih untuk tidak merasa tertekan dengan segala permasalahan dalam perhubungan kita dan pasangan kita.
Dalam mencari kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah tidak terlalu lewat untuk kita terus belajar.Tidak terlambat bagi kita belajar untuk cinta. Belajar untuk menghargai, belajar untuk memaafi dan belajar untuk mensyukuri.
Insyallah kebahagiaan itu ada di mana-mana. Kita yang perlu mencari dan merasai.
15 comments:
Lama dulu, ada seorang lelaki telah mengembara meninggalkan negerinya semata-mata mahu mencari damai di hati. Punyalah jauh lelaki ini merantau dan terbuang ke negeri orang namun damai tidak juga diketemukan. Bertahun-tahun kemudian, baru lelaki ini menginsafi bahawa kedamaian yang dicari selama itu rupa-rupanya dekat benar dengannya, di hatinya sendiri. Kitalah yang menukangi damai itu. Tangan kita jugalah yang menghancurkan kedamaian yang terbina.
setuju sangat.well written. apabila kita bersyukur pasti bahagia itu hadir,bahagia itu terletak pada diri kita,hati kita.kita yang memilih & menentukannya.
tulisan ini sgt inspiring.
terima kasih. :)
Very inspiring Kak Nani. Saya percaya bila kita lebih bersyukur, kita akan lebih bahagia. Macam hukum tarikan juga.
tq aunty atas perkongsian....ia memberi semangat dan pendorong dalam menempuhi hidup dan perjalanan yang makin jauh...
suke.
setuju.
sngat bersyukur.
n sy happy. ^.^
thanks!
setuju....thanks for sharing this...coz i'm a bit confuse rite now....will get married this saturday but still not sure whether he is the right person for me or not....huhu....
kak nani
saya setuju dgn apa yang kak nani tulis ni..
saya bersyukur dgn bekas suami saya tapi dia yang tidak bersyukur dgn saya.. byk kelemahan dia yang saya terima seadanya...
saya tidak sempurna begitu juga dia tapi dia tidak sedar yang dia tak sempurna..yang dia nampak hanya diri saya sahaja yang tidak sempurna
tuhan memang menjadikan setiap pasangan tu saling lengkap melengkapi
mungkin one day saya akan dapat insan lain yang lebih menghargai saya seadanya diri saya...
Sebenarnya tiada satu pun ikatan atau perhubungan yang boleh berjaya dengan kasih sayang dan perhatian dari satu hala.
Kalau kita sahaja yang mensyukuri tetapi tidak dengan pasangan kita, pasti hubungan akan jadi hambar, tawar dan mati.
Kalau kita sahaja yang boleh menerima ketidaksempurnaan dia tetapi tidak dengan dia maka, tak mungkin kita ada kekuatan untuk merasa bersyukur.
Justeru kita hanya manusia biasa yang lemah..yang tak berdaya samada mungkin dari segi mental mahupun fizikal.
Jika kita tak punya kekuatan itu, jadilah diri kita sendiri, bahagiakan diri kita sendiri dan pilihlah jalan hidup sendiri tanpa perlu ada pasangan yang tidak mahu mensyukuri adanya kita dalam hidup mereka.
ha btol tuh
tuh yang apa slaloo ur fikir
bersyukur dgn apa yang ada sometimes apa yang kte ada ni adalah bnda yang org lain nak sgt..
salam aunty nani..
walaupun saya x berkahwin lgi..tp saya sgt stuju dgn ape aunty tulis..sgt tol btol & tepat..kate2 aunty saya akn slalu pegang.. kte mmg kene bsyukur dengan apa/siapa yg kite ade.
salam aunty nani..
walaupun saya x berkahwin lgi..tp saya sgt stuju dgn ape aunty tulis..sgt tol btol & tepat..kate2 aunty saya akn slalu pegang.. kte mmg kene bsyukur dengan apa/siapa yg kite ade.
salam aunty nani..
walaupun saya x berkahwin lgi..tp saya sgt stuju dgn ape aunty tulis..sgt tol btol & tepat..kate2 aunty saya akn slalu pegang.. kte mmg kene bsyukur dengan apa/siapa yg kite ade.
cantik Nani Rostam ni
cantik Nani Rostam ni kan
Post a Comment