Assalamualaikum,
Amboi tajuk tak hengat.....betul...naluri mak jemah yang kata macam tu. Bagus mandi bunga. Aura seri bunga-bunga tu meresap dalam gelombang nadi kita dan menyerlahkan seluruh seri pada wajah sehingga diri kita rasa yakin, bersemangat dan jelita. Kalau nak lagi mengesankan, ambil 7 jenis bunga dari tujuh warna dan petik ketika embun masih beruntaian di kelopaknya.... kemain kau...cubalah..nanti ramai yang kasih...
Tulisan ni kalau tak da mukadimah bagai macam keluar rumah tak pakai mekap. Ada orang selalu ingat, yang natural beauty itu adalah tak pakai mekap. Saya tak fikir pulak macam tu. Bagi saya natural beauty itu adalah kecantikan semula jadi. Nak tahu cantik semula jadi ke tidak....selain daripada melihatnya dengan seminima benang di tubuhnya atau tanpa memakai tudung atau menutup aurat. Kadang ada orang kulit sahaja nampak putih, tapi bawah mata lebam, langsung tak nampak seri. Kadang ada nampak cantik memakai tudung, tapi bila buka tudung, rambut kurut, kusam macam nenek kebayan. Sapa yang nak tengok semua tu...mestilah suami dan yang muhrim baginya.. so kalau cantik waktu pakai tudung tapi bila buka tudung...kelakar..maka bukanlah natural beauty namanya.
Lagi satu nak tahu orang tu punya kecantikan semula jadi atau tidak selain dari wajahnya dah memang Allah kurniakan cantik, jiwanya juga harus cantik. Tidak kedekut, berkira, rajin, tidak pentingkan diri sendiri, menepati janji, suka menolong orang, tidak sombong, tidak hipokrit, tidak memilih bulu bila berkawan, tidak suka mengungkit, tidak suka cakap besar, maka yang itulah sebenarnya natural beauty.
Orang bertanya macam mana saya tips saya jaga paras wajah dan tubuh badan. Selain daripada hobi saya memang suka bermekap, saya tekankan di sini bila kita mekap, maknanya kita telah berjaya melindungkan kulit wajah kita dari segala kekotoran, sinaran uv dan segala pencemaran yang akan singgah menerpa dan melekat pada wajah. Dengan mekap juga kita akan lebih rajin untuk mencuci wajah dengan segala krim dan losyen yang akan secara tak langsung tambah melembutkan wajah kita.Jadi wajah harus dilindungi. Pemakanan harus dijaga. Saya amalkan makan kolagen seratus peratus asli tanpa bahan lain sebagai campuran, waktu sebelum sarapan. Maka perut saya akan rasa kenyang sehingga tengahari. Jadi saya makan tengahari seperti biasa dan skip makan malam kerana tidak rasa lapar.
Sekali sekala jika ada masa saya berjogging waktu pagi sebelum matahari terasa perit dikulit. Alhamdulillah walau tidak pernah sign up di gym, tidak bersenam aerobic, saya masih dapat kekalkan stamina, kekuatan sendi tulang dan tubuh yang agak langsing. Ini mungkin kerana hampir setiap hari saya begitu kerap menuruni dan memanjat tangga di rumah saya. Selain daripada aktiviti masak dan baking di dapur, melayan tetamu dan pelanggan, berwindow shopping, mengurus jadual dan menghantar hanis, melayan kerenah anak-anak yang macam-macam tu dan melayan kucing kucing kesayangan di belakang rumah dan yang paling penting saya cuci dan kemas bilik air saya sendiri.
Itulah pentingnya mekap, jaga kecantikan luar tubuh badan dan jaga kesihatan fizikal dan jasmani.
Sama macam bilik air. Bilik airpun perlukan mekap. makeover. Sebab dalam memulakan hari hari bilik air adalah tempat pertama dan utama serta sering kita kunjungi.
Kendati bilik air selalunya adalah tempat terakhir yang kita letak perhatian. Misalnya bila kita beli rumah atau sewa, kita sering terlupakan untuk ubai suai atau hias bilik air.
Walhal ketika kaki mula melangkah masuk, meninjau ninjau suasan rumah, bilik air pasti tempat yang pertama kita tinjau. Besar ke , kecik ke....
Namun bila kita sudah mula memikirkan tentang ubai suai, bilir air selalu tidak termasuk dalam senarai.
Apa kata selepas ini kita anggap bilik air itu sama penting dengan ruang lain. Baru kita tahu betapa seronoknya mempunyai bilik air yang cantik, practikal dan selesa. Macam saya, kadang-kadang rasa nak berlama-lama sangat dalam bilik air
Apalagi berendam dalam tab mandi yang dipenuhi kelopak mawar!!!
Ada set facial cotton, cleansing milk, krim tapak kaki, toner untuk memudahkan saya menanggalkan mekap ketika di bilik air. |
Tuala muka yang masih boleh digunakan saya gantung dibelakang pintu. Penyangkut yang cantik dan kukuh saya beli di ssf |
Sesekali jika tersinggah florist maka dapatlah saya hias bilik air dengan bunga-bunga segar, kalau tidak saya ambil pokok yang sedia ada di rumah untuk menghias. |
Lilin yang semerbak harum saya beli di ikea, memang harum!! menambah bilik air kelihatan sungguh harum dan romantis. |
Tuala mandi yang saya letak dalam bakul ini tersedia apabila tiba tiba saya decide untuk mandi dan tak perlu ambil dari almari. |
Lepas cuci harus ada tissue memang mudah kerja. |
Menambah seri dengan bunga bunga gaya inggeris |
Segala lebih mudah dicapai dan diguna, bakul untuk baju kotor, selipar hotel, almari pakaian yang bersebelahan. |
Sesekali manjakan diri dengan kelopak kelopak mawar menambah aura seri wajah |
Bilik air juga boleh digantungkan gambar-gambar . |
Hand soap, ubat gigi dan berus gigi saya letak bersebelahan dengan sinki agar mudah dicapai. |
Tuala muka saya susun di dalam bakul kecil . |
Juga toiletteries yang saya kutip ketika menginap di hotel. |
Masih gambar tumbuh tumbuhan |
Inilah bilik air kesayangan saya yang saya sendiri cuci dan kemas. Kadang-kadang bila kucing saya jaguh tidur di bawah sinki tu, saya rasa macam teringin sangat nak join dia sambil baring atas karpet bilik air yang saya beli di urban culture, sungguh lembut dipijak kaki kerana seratus peratus buatan dari kain kapas.Saya beli masa sale dapatlah setengah harga.