Sunday, October 2, 2011

Kawan-Kawan, Makan-Makan....Lupakan Tekanan

Assalamualaikum,


Pentingnya dalam hidup kita berkongsi rasa. Jangan semua perkara kita pendam sehingga nampak luaran cantik halus mulus rupanya dalam bergelodak haru biru. Bersabar ada hadnya...kerana kita manusia yang lemah maka kadang kala kerana terlalu bersabar, tahan segala rasa akibatnya  daya ketahanan tubuh sendiri tidak dapat bertahan. Dalam banyak perkara hal peribadi, hal keluarga tak mahu orang luar tahu. Biar kawan-kawan di luar sana nampak semuanya elok sempurna bahagia. Mahu bercerita...mahu berkongsi rasa tak mungkin...

Namun kalau dia mahu bersahabat dengan kita, kalau dia mahu berkawan dengan kita, pasti hal-hal peribadi tidak menjejaskan pandangan dan pertalian sahabat itu sendiri.

Macam saya, ada seorang kawan yang saya tahu rahsianya yang kalau dipandang oleh orang luar bahagianya dia suami isteri...tetapi disebaliknya hanya Allah yang tahu..namun bagi saya kalau dia adalah kawan saya yang baik...saya tetap bersahabat baik dengannya kerana tidak ada sebab untuk saya menjauhkan diri darinya hanya semata-mata kerana kisah peribadinya sedangkan sebagai sahabat dia adalah sahabat yang baik.Saya tak patut campur adukkan antara persahabatan dengan kisah peribadinya atau perangai peribadinya. Itulah prinsip saya.

Kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk mendengar apa yang terbuku dalam hati. Jangan sampai diri sendiri tak mampu nak tampung lagi.

Pernah terjadi pada seorang kawan saya yang mendapat sakit buah pinggang yang kronik yang perlukan pemindahan buah pinggang. Buat sementara ini dia perlu menjalani rawatan dialisis.

Setelah kematian suami, dia mengambil alih semua tugas. Mempunyai anak yang ramai, dia dialah ibu dialah bapa. Sehingga satu tahap...bagi saya dia tidak pernah ada masa untuk diri sendiri. Kalau saya telefon dia, atau mahu berkunjung ke rumahnya, ada sahaja aktiviti dia membawa anak ke sana membawa anak ke sini. Memang tanggungjawab dia untuk layan semua aktiviti anak-anak tetapi harus ada satu ruang untuk diri kita, untuk kawan kawan kita. Berkawan juga adalah satu terapi minda. Cuba lihat mengapa anak-anak muda jarang mendapat sakit serta sihat selalu. Kerana mereka dalam situasi yang sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan. Bila ada masalah mereka bercerita dengan kawan-kawan. Jadi sekurang-kurangnya salah satu tekanan dalam hidup dapat mereka tak banyak sedikit dapat mereka lepaskan dari menekan diri dan perasaan.

Macam-macam perkara yang menekannya, dari hasad dengki rakan sekerja, kerenah anak-anak yang  pernah mencuri, nakal dan sebagainya sehinggalah dengan perangai suami baru yang tidak ingin memahami, tidak langsung dapat meringankan bebanannya selama ini malah menambah bebanan lagi ada. Namun begitu, tak sedikitpun mahu bercerita atau mengadu ada kawan yang boleh dipercayai. Sehingga tekanan perasaan yang berat membuat dia sering mendapat migrain dan menghidap penyakit stress. Kerana terlalu bergantung ubat stress maka pada suatu ketika buah pinggangnya telah rosak teruk.

Sebenarnya bagaimana beratnya bebanan dalam hidup ini kalau kita tidak anggap itu satu bebanan maka sebenarnya kita sudah berjaya melalui tekanan akibat bebanan itu.

Macam saya, saya berusaha cari duit selagi ada peluang dan lubang.Setiap hari saya, saya lalui dengan penuh exciting kerana banyak tempahan, temu janji kawan-kawan, menelefon kawan-kawan, berblog, berfb, keluar membeli barang, masak, terima ramai tetamu....itu semua membuat otak saya tidak memikirkan apa sahaja bebanan yang saya tanggung. Hari-hari saya adalah hari yang sangat sibuk tetapi dapat saya hadapi dan lalui dengan jayanya. Alhamdulillah...kalau ada tekanan pun tentang apakah cukup bekalan saya untuk akhirat...azam setiap hari pun mahu jaga solat...itu yang lebih menekan saya. Kerana bagi saya kita sanggup menahan lapar untuk sehari tidak makan kerana berpuasa tetapi solat yang hanya 5 minit pun belum tentu dapat kita laksanakan dengan cukup waktunya.


Oklah seronok berkongsi rasa pagi-pagi ni....apa kata layan gambar-gambar tentang kesibukkan saya diaidilfitri yang baru berlalu.....


Kami berhari raya di rumah kak Kartini...jiran hujung jalan kalau tak silap saya Kak Tini ni orang no 2  PNB

Walah macam ni tak selerapun boleh tarik selera tengok Liana berselera.Dalam rating rumah terbuka rumah Kak Tini  paling best air tangan kateringnya......

Renungan jauh Hanis, dibelakang tu hasben Kak Tini...lupa nama...

Kuatnya semangat budakbudak ni nak pergi open house rumah Aunty Tini sebab kucingnya yang semua demok-demok dan bulu gebu...tapi bila open house masing-masing bawa diri...so kandangnya yang cantik kalah rumah orang tu kosong...

Rumah dekat jer...tapi Hanis kan puteri lilin maka tak kuasa Liana dengan Imran nak layan...dia orang jalan kaki jer...mama dia yang rajin melayan...

Lepas pergi rumah Kak Tini pergi rumah Azam yang wife dia ada boutique muslimah di kawasan upin ipin...jiran selang lima rumah...katering oleh Seri Keningau..tak larat dah nak makan sebab kat rumah kak tini tadi sedap sangat air tangan katering tu...lupa nak tanya nama katering

Pastu sambung pengembaraan jalan-jalan cari makan..opps taklah...nak beraya dengan jiran-jiran tersayang...kali ni ke rumah Aunty Pearl Dan Uncle Ramli...bekas setiausaha ketua polis negara kot



Hai saya pakai syampoo Dove...cantikkan rambut saya...sempat lagi...yang kat atas tu roti boom...kuah kari memang the boom...oleh Eden Catering....

Aziz jiran yang sempoi seorang lawyer. Tapi mana boleh lawan  laki teman punya lawyer. Bini terdengar perbualan laki.
Aziz : Raya mike balik mana?
Laki : La teman mana boleh balik.
Aziz : La nape tak boleh balik pulak.
Laki : La kalau semua balik sapa nak jaga kampung...ini dah kira macam kampung teman ler...

(Nah ada gaya kan)


Pulut kuning dan udang galah goreng....comel kan..

Kat atas tu sempat teman dok tangkap gambar rumah Aunty Pearl ....peminat perabut antik cina. Yang bawah ni muka garang liana...bila teman tego amboinya garangnya muka...liana jawab..praktis nak jadi cikgu!

Kue tiow kegemaran Hafiiz.
Yursi, Malina, Ibu Hadi dan Hadi

Lepas pergi open house...balik rumah sambung masak yang sejak siang tak siap-siap sebab kena tinggal  dok pergi open house. Sambung balik sebab sekbetulan ada jiran lama nak datang rumah...iaitu kak non dan abang azhar.



Buat kek Snowy Butter Creamy untuk besday Hafiiz tapi Hafiiz demam maka tak da sapa yang nak tiup lilin dan potong kek. Maka potong untuk tetamu jer...




Ahmad anak ieza dan uztaz yang comel...bujubujubuju...geramnya...

Beraya di rumah Uztaz  yang ajar budak-budak mengaji di rumah.


Sedapnya teh tarik....






Mear (abangensem) dan Nora datang beraya di rumah. Bagus abangensem ni...mesej..'kak nani esok  weekend ni saya nak beraya kat rumah kak nani !' bagus macam orang zaman dulu-dulu beraya.

Kawan-kawan sekolah liana datang beraya.

Budak bertiga ni memang......

Tasnim, Siti Saradila adalah kawan Liana...

Kaan-kawan Liana...batch ni dah mula kahwin dah akan mula beranak pinak...alhamdulillah. Dari kiri Hawa, Liana, Aina dan Eliza.

Nabil  kawan baik Hanis tak pernah lupa datang beraya so far....
Bos Liana Puan Nurul dan anak-anak serta ofiicemate yang lain.

Filla, Kasih dan hanis

Lijah Semenyih...mula-mula minat gila baca blog saya...selalu telefon atau mesej saya...lama-lama jadi kawan baik saya..

Open house rumah jira depan hujung...rumah azwa...

Sambil saya tangkap gambar rumah dia.....
Beraya pula di rumah abang ensem dan nora.
Dah habis beraya pergi ke ikea layan budak-budak ni..

Kita tamatkan opn house makan ais krim ikea ya....

27 comments:

missbby said...

puas betul beraya..seronok nengok gambar-gambar ni semua..

millipedemom said...

Kak Nani saya kagum dgn Kak Nani boleh juggle semua. Saya pun sukaaaa sgt cara Kak Nani decorate rumah.. Simple, elegant and classic. I love seeing photos ofyour house:) Also.. thanks for the recipes!

HidayahSyafiq said...

Wah bestnya, jalan-jalan. Setuju dengan kata-kata kak nani. Hidup perlu lepaskan tension. Kalau boleh sepak rasa nak sepak jer orang macam tuh

Dinas Aldi said...

Meriahnya, tumpang seronok tengok!

Betul kan, kena jaga diri sendiri, yg penting sihat :)

abang ensem said...

Apasal burok sangat muka teman tu??

bahiyah.nur said...

setuju aunty...bkawan atas dasar kawan. peribadi lain cerita...
sayang dan terima kawan kita seadanya mcm dia terima kita kan...

btw, sakannyaaa berayaa...kirim salam kat hanis ea..:)

SECRET IN THE HEART said...

Assalamualaikum auntie...
Kawan-kawan, makan-makan...lupakan tekanan.
Entri ni memang terbaiklah...
Terbaik tu sila baca dengan nada boboiboy...he...he...

http://secretissecret11.blogspot.com/

mama's princess said...

seronok sgt bila baca setiap entry kak Nani. bestnyer kalu dpt jd one of ur bff kan... hurmmm.. smg kak Nani terus berblog yer. rasa mcm ada yg kurg jer kalu xder new n3 dr akak.. *lots of hugs and kisses..:)

taman arnab bukit badong said...

salam....selamat meraikan bulan zulqaedah.selamat berkenalan tuan punya blog.he3...saya suka tengok org yang suka menjalankan tanggungjawab kepada jiran tetangga dgn kunjung-mengunjung sesama mereka.keep up the good work pn nani!

imalause said...

saya pon minat giler blog kak nani ni.harap2 dpt jumpa k nani dan berkawan satu hari nanti.

Cik Eka said...

wahh bestnya lah open house semua makan sedap2...

sronok bila raya orang buat open house...dari makan boleh jugak merapatkan silaturrahim..

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, meriahnya berkunjung-raya ... nak nanges .. sini tak merasa lansong! Berselera sungguh beraya ditanah-air dapat merasa pelbagai makanan juadah yang berbeza disetiap rumah yang dikunjungi, yang jarang disediakan dirumah sendiri, dapat merasa segala bagai juadah hanya dengan meronda jemputan raya, demi berkat berhari raya semuanya ada.

Terubat rasa kempunan walaupun hanya menatap photos yang Nani paparkan, TerimaKasih segunung tinggi.

Salam manis manis madu.

La Petite Cherie ♡ said...

ASsalamualaykum aunty. Bestnyer family aunty :)))) My sisters and I naaaak sgt request Aunty buat tutorial skincare aunty cause your skin is so halus and mulus. Aunty pakai SKII ker? Your skin is so perfect subhanallah <3

azrinna said...

Kak Nani saya sangat suka dgn gambar kat 'head' blog ni. Sangat cantik(kak Nani juga cantik)!

POSH76 said...

suka baca blog ni...

ceklala said...

seronoknye tengok sesi makan2 xberenti ni aunty!hehe..bile nk jemput datang raya kat uma pulak nih hehe

kuchintaantik said...

you are beautiful outside and inside

aizeepesona said...

wahhh...nampak meriah sungguh raye kak nani.

alaaa..tapiii...muka akak tak de..hehee..

MESSYSERABUT said...

hi auntie, kak liana cikgu eh??? :D

Filla ~ Kasihs said...

kak nani, tima acih haritu beraya rumah kaknani.. ktorang semua seronok dapat raya kat umah kak nani yang cantik kebabom itew..hehe

* FAR * said...

makan.. makan.. best ooo!!!

Reflisia said...

meriahnya =)

myra-lena said...

K.Nani....

Satu hari nanti saya mesti nak rasa Pavlova yg tak kesampaian hajat hari Sabtu/Ahad haritu....hehehe...

*elya*

aLeen aVriL said...

salam akak..bila akak nk ajak sy p umah akak plak nih...ngeh3..

lily lotus said...

byk2 rumah, ur house paling shantek :)

my everything said...

seronoknye dapat beraya ngan untie nani... dahla cantik rumah cantik anak cantik kek cantik teringin saye nak jumpe untie...

gadizgula said...

meriahnya raya Aunty Nani.. xde rezeki nak p beraya rmh aunty... teringin nk jumpe face to face. harap dpt jumpe 1 hari nanti! ;D