Friday, October 7, 2011

Salmon Grill Cincai



Assalamualaikum...

Mak sibuk sensorang...tak da sapa nak tolong. Jadi  berbulan mak tak masak. Bila pergi supermarket...nampak sayur fresh...geram jer tengok...nampak udang rasa nak masak lah..goreng-goreng bodoh pun berselera makan kan.

Semangat beli. Penuh satu troli. Sampai rumah barang nak masuk peti sejuk pun siang bertukar malam masih jugak tak masuk. Tu dia punyalah sibuk. Jadi angan-angan tinggal angan. Esok tu keluar kan lauk...ingat nak masak...banyak sangat halangan masuk balik...Kerja dia keluar masuk peti sejuk...kalau dah berminggu last destination bakul sampahlah jawabnya.

Nak buat apa pun...semangat kena kuat...kederat kena ada dan yang penting tangan dan kaki kena jalan. Jadi demi tak nak nampak sangat macam perempuan tak guna...mak gagahkan juga badan capai ikan salmon ni dari peti ais ni masak grill.Dah seminggu tak masak...memang rasa macam isteri tak guna, emak tak guna, perempuan tak guna....jadi tak nak rasa sampai tak guna macam tu...mak masak jugak..

ok mula-mula

perap ikan dengan lada hitam, bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus.

panas kan kuali non stick...bubuh sedikit butter dan goreng ikan secara grill sehingga masak.

bila dah masak ketepikan.


(Bahan untuk kuah)

tumiskan bawang putih, bawah merah, lada hitam yang telah halus ditumbuk di dalam dengan menggunakan sedikit butter.

masukkan sos wosthershire (sila betulkan ejaan) dan sos tiram.

masukkan air, sedikit gula dan serbuk ayam.

renih sehingga likat.

tuangkan ke atas ikan dan hidang.



Sedap sangat.......





11 comments:

Puan Eka said...

lapanyerrrrrrrrrrr tgok..

nak try jugak nnti!

cahya indah said...

aunty, tengok pun da rasa sedap :)

Nur-nba said...

Nampak sedap sangat..

Marliyana Mk said...

arghhhhh..terliuq cek tgk :)

mcm nak try..thnks 4 the recipe

ayukhairy said...

simple tu la sedap kakkk

Molly said...

Nak cuba la nanti. Suka sgt baca blog Kak Nani. Tapi tulis panjang-panjang la, kalau bole 2 muka surat pun takper, suka sangat!

~iz~ said...

nyum2..mesti sedap ni..:)

eliyaezlinalias said...

suka ngn salmon grill tapi xpandai buat!

schaficent said...

aunty, hanyir tak?

sbab klau ikan salmon dimasak masih hanyir.

Cik Kasut said...

akak masak apa pun sedap...aloi lapar nie ...hehehehe...

NaniRostam said...

Salam...anak-anak saya kata sedap sangat...salmon tu memang tak hanyir macam selalu, Cubalah buat.