9.10.11 kan kemain sentap hati mak nak....tarikh cantik ni mesti ramai yang buat kenduri kahwin.
Tapi tarikh 9.10.11 yang cantik ni sebenarnya adalah tarikh lahir anak dara mak yang cantik tewww. Sapa lagi kalau bukan cik Hanis Zalikha.
Genap 21 tahun hari ni...dah cukup umurlah..Dah boleh pegang kunci. ....sentap hati mak kau nak...ingat pegang kunci rumah sendiri ke..kereta sendiri ke...rupanya kunci kebebasan. Ala anak mak sorang tak kisah pun tentang kunci kebebasan tu. Bukan perangai dia nak bebas-bebas ni...yang mak tahu dia ni kaki merap kat rumah...sekarang ni bila ada boperen barulah mak nampak dia keluar-keluar sket...itu pun suka nak bawa budak demok dan si alisya yaya tu...kalau tidak, mana nak keluarnya...anak mak sorang ni pemalu sebenarnya...kalau tetamu datang jangan harap dia tu rajin nak sambut tetamu...memang tak ar... pemalu.
Dulu masa nak masuk model pun..mak yang paksa-paksa. Bergaduh-gaduh lah dengan mak sampai nangis-nangis...kalau tak kerana mak paksa dia jadi model...agaknya dengan dia dengan mak sekalipun tak akan kenal blog memblog ni....heh.Ya lah mak bukan saja-saja tak ada kerja nak paksa anak. Mak paksa dia masuk pertandingan tu sebab cuma nak aim kat hadiah wang tunai dengan kereta nissan tu jer. Almaklum lah kereta buruk wira mak tu selalu meragam. Jadi mak bagi semangat kat dia 'nanti kalau Hanis menang pertandingan tu, Hanis ambek hadiah kereta, mama ambek wang tunai rm10 ribu tu.
Memang dah takdir hadiah utama tak dapat...alhamdulillah dapat juga tempat ke tiga hadiah rm6000. rm2000 dia ambek, rm2000 bagi daddy dia...mak dapat jugak rm2000. Daddy dia yang tak setuju mak paksa-paksa anak tu pun dapat syer jugak..
Lepas tu mak suruh dia buat blog. Mujurlah masa kat akademi pertandingan model tu dia ada merisik-risik tentang macam mana nak bukak blog ni. Alhamdulillah dapat jugak membuka hatinya dan menggerakkan mindanya untuk bukak blog...sekali dengan mak...sekali dengan adik beradik....nasib baik daddy dia tak bukak blog kalau tidak.......daddy dia tu boleh tahan knowledge dan idea yang bernas...cuma tak rajin nak menulis...huh.
Oklah masa tengah taip ni mak kat taiping teman alisya shooting. Ni tengah lepak kat bilik hotel. Hotel Traders ke apa ntah..sejak datang merap dalam bilik...shooting nanti pukul 5 petang.
Nak wish Hanis 'Hepi besday Hanis, Semuga panjang umur...bertambah iman, murah rezeki, dapat suami yang beriman , dan semuga Hanis berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya rabballamin.
Semalam sebelum bertolak ke Taiping mak buatkan Hanis Besday Kek. Hari ni nanti balik dari UiTM Segamat tu (hari ni last bye-bye Diploma...welcome to Degree) nanti Hanis makanlah kek tu ya...lusa besday Alisya...insyallah kita sambut sama-sama..
Sama-samalah kita menatap gambar-gambar Cheese Oreo Chocolaty Cake ciptaan mak....terbayang-bayang tak sabar nak balik nak makan kek ni......yummy....
41 comments:
sedap nya burfday cake hanis ek... anyway hepi burfday hanis... may all your wishes come true..
tlg cakap dengan dia ye k nani
Happy 21st birthday to Hanis! Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki olehNya, insyaallah :)
akak buat ke kek ni?? mak memang mercikk arhh....meletopp !!!
happy besday hanis zalikha
aunty, kenape kek ni sungguh menggoda. *telan air liur saye
tahniah hanis..besnya kek tu..eh dekat2 la ngn besday sy huhuselang sehari dua je
jeles kita tengok kak hanis tu aunty sbab dpt mama mcm tu. mesti untung dpt mama mcam aunty. cubalah mama kita mcm aunty kan seronok. rajin layan karenah anak2, kurang mrah kalau paksa pun paksa benda yang menguntungkan.
mak aihhhh cantiknya hiasan kek ni, mesti sedap sgttttt
Salam Ratuku Nani, KasihSayang seorang Ibu tiada tandingannya, apa sahaja didahulukan, sementara menemani Alisya diTaiping namun sempat lagi menyediakan sebuah ulangtahun cake buat Hanis dihari Birthday-nya, Joyeux Anniversaire buat Hanis semoga diberkati olehNya disepanjang permulaan menduduki umur-usia matang dengan rahmat/kesenangan yang mulia sekali.
Gateaunya begitu yummy, sambutan hari ini pasti meriah bersama se-isi keluarga, hadiah buat Hanis pasti mega-special!
Salam manis manis madu.
Happy 21st Birthday Dear anis :)
Dah 21 tahun dah dia..
Masih muda lagi untuk mengejar semua cita2..
p/s: kek kak Nani tu nampak sedappp! sangat!
happy besday hanis yang cun melecun tu..nnti kek tu bg kat kita ckit ye..
kak nani..kejam nye letak gmbr..hehe so tempting ok..!! nyway congrats hanis zalikha...dpt cont degree plak..n happy bday!!!
1st - hepy besday hanis ^^,
2nd - kek tu nampak sedap sangat2!!
best nya ...mak moden dan sporting ni...cantiknya mak...saya pun baru je berblogging ni , tapi memandai2 je tak de tnya orang kat akademi pon heheheh kesiannn saya..nak follow mak la..cantik dan gojes
nak tanya lah mak....apa yang mak makan masa mengandung sebab kulit anak2 semua cantik2 , saya baru je berkahwin sebulan dalam kira2 nak mengandung ni.... serius ni, makan apa masa mengandung ?
Your daughter is spoilt! ... Spoilt dgn kek hehehehehehe.... Best dapat buat kek utk anak sendiri kan, azam sya pon nak buat kek istimewa tiap kali anak birthday
Happy birthday to Hanis, dan semoga doa akak kpd anak termakbul.. Amin.
slamat hari jadi untuk hanis..
wahhhhhhhhhhh sedapnya kek tu
geyam tgok
happy bday to hanis zalika....sedapnya kek tu
sedapnyeeee cake ni aunty!memercik dah air liur ni tgk hehe..happy besday hanis!! :)
Happy besday Hanis, mudah-mudahan sentiasa dalam Rahmat allah dan untuk Kak Nani mudah-mudahan bahagia selalu. Amin..
Happy Birthday Hanis Zalikha...
Kak, sangat teruja dengan kek tue..love it..terliur saya tgk!
hepi besday hanis..
moga lebih berjaya dimasa hdpn..
buat mak yg cun melecun..
gigit jari meh tgk kek tue..
hi3.. ;)
Alaaaa .. rugi tak rembat kek ni aritu, kan dah jadi milik Hanis. Hmmm ... mmg rejeki Hanis la.
BTW, dh sampaikan ke birthday wish kat Hanis aritu?
slamat ari jadi keknis, semoga menjadi insan yang mulia diberkati Allah. Amin. Nasib baik dah ada bf kalau tidak nak gu ngan anak makcik final year electronic engineering... Hmmm tak ado rezeki, tidak boleh besan ngan org pandai buat kek... hehe
Kalau nak petua buasir, jom tengok blog saya ya
Owh..happy besday to her...so beza sehari dengan besday elly...
happy birthday cik hanis..
mak aihhh..bestnya hanis & adik bradik yg lain dpt mak yg rajinnya buat kek time besday.tak pyh nak hadap secret recipe pun!
Harijadi Hanis sama dengan saya!
perghh.. kek ngancammm!
hepi belated besday hanis :)
Untungnya kalau ada orang yg bagi kek untuk kita, ni bila bday kita lak kena belanja diaorang. hehe sabo sabo.
Sedapnyer...tak leh order kek kak ?
wow mengancam nyer kek nie untie heheh
umur 21 tahun dah boleh daftar jadi pengundi.....
Sedapnya kek tu..boleh Nty share resepi??
Neway happy belated birthday hanis
dulu mak saya rajin sangat layankan anak2 die..sebut je nak makan ape, mesti mak buatkan untuk kami adik beradik..tapi semenjak anak2 dah besar, dah tak duduk sekali, mak dah jarang masak2..mostly beli je sbb kat rumah pun tak ramai dah.mak cakap membazir masak sebab xde sape nak makan..he3..alhamdulillah dikurniakan mak mcm kak nani ni..
hepi befday hanis. pandai mak jaga hanis. bestlah kak nani ni
happy birthday tuk hanis...
tahniah buat Mak... eh...
Happy Birthday untuk hanis yang cute mute tu...
adoooiii asyik dapat tengok jer kek kak nani...huhuu ..tekanan perasaan betollah...hehee
Hanis sangat bertuah dpt ibu yg cantik mcm kak nani. Paling best kak nani ni pandai masak mcm2....
Kesimpulannya, beruntunglah ahli keluarga kak nani :)kerana mempunyai Kak nani dlm hidup mereka ;D
happy 21st birthday Hanis, Insyaallah mata lebah Hanis akan bawak Hanis kearah kejayaan yang lebih baik.
Puan nani,
kek u buatkan we all lapar.
Post a Comment