Tuesday, September 27, 2011

Alisya Dapat Pencalonan...

Assalamaualaikum...


Last weekend saya sibuk sangat. Hari Sabtu dan Ahad paling sibuk. Bangun jam 3 pagi buat pavlova dan kek untuk customer. Sambil tu saya buat bread puding berkuah custard dan nasi lemak untuk sarapan anak-anak. Sambil saya cuci dapur dan mop lantai.




Tepat jam 7 pagi bertolak pergi ke rumah orang bertunang yang pertama...selesai pergi kerumah ke dua dan yang ketiga adalah jiran lama saya.Mekap 3 orang dalam masa majlis yang berlangsung waktu yang sama tetapi tempat yang berlainan. Kus semangat. Sepanjang memandu saya baca selawat dan mohon doa dipermudahkan segala urusan saya hari itu. Alhamdulillah...segalanya Allah permudahkan maka...saya dapat mekapkan ketiga-tiga orang yang bertunang dengan anggun dan sungguh vogue.


Balik rumah terus laki ajak gi rumah gi open house kawan dia. Bini ni jarang bantah cakap laki...ikut jelah...biar badan penat ya rabbi. Di rumah kawan laki...jumpa pulak kawan-kawan laki...bini pun pelawa kawan-kawan laki beraya di rumah. Lepas tu mereka setuju...dan laki dan bini naik kereta lain-lain pecut 100 kmj untuk nak tengok rumah jadi apa...takutlahkan dok ajak-ajak orang sekali rumah yang dah setengah hari ditinggalkan itu jadi macam tongkang pecah...mana nak letak muka....


Sampai rumah...buka pintu pagar luas2 sebab ingat nak menyapu daun daun kering tengah laman yang tak semenggah tu...tup-tup kawan-kawan laki dah sampai...uikks tak sempat den...


Lepas tu masuk rumah kutip tu kutip ni...sempatlah hidang bread pudding, nasi impit kuah kacang dan kuih muih saya dengan kopi kampung....hah...alhamdulillah...gembira terima tetamu...



Masa hari sabtu lagi serabut. Pagi pergi rumah orang bertunang di usj 9. Rumah delaila...la rumah yang orang buat nasi ambang paling sedap seantero benua tu rupanya...sungguh. Delaila yang cantik dan berbudi bahasa. Sampai-sampai dipelawanya makan mee goreng dan air kopi...memang sedap. Lepas mekap bapak delaila yang saling tak tumpah berwajah hail amir tu bersungguh mempelawa makan..walhal belum siap betul pun hidangan... Makanan banyak betul. Memanglah tuan rumah ni pemurah dan bersungguh mengajak orang makan. Bertuah tetamu.Selain gembira dapat makan macam-macam dan sedap-sedap, tambah gembira delaila asyik cakap mekap dia cantik sangat....huhu...




Ok balik dari situ terus siapkan kek dan hantar ke Saujana Putra. Dek terlalu leka berbual dengan Liana..terlajak ke Cyberjaya. Terus pergi casting Alisya, Hafiiz dan Imran di KRU Sudio untuk filem terbaru mereka. Mudah-mudahan dapat...lagi lagi Alisya yang berbakat tuh.



Kemudian patah balik ke Saujana Putra dan dipelawa makan open house sekali sambil menghantar kek. Terima kasih nora atas rendang ayam yang sungguh sedap...rasa nak tambah tapi malu nak bangun.



Lepas tu bergegas ke Sunway Langoon untuk event My Kids TV3 Awards. La mana nak sangka watak Yaya dalam siri BoBoBoi dapat pencalonan. Walau tak menang tapi tetap rasa bangga sebab orang recognise. Jangan marah saya selalu berbangga dengan pencapaian anak-anak.




Tulah sampaikan terlalu sibuk...anak telefon tak terjawab. Tapi sebab bagi anak yang tahu betapa kasih sayang dan restu dari mak itu penting sama penting bila kita rasa bangga dan gembira melihat pencapaian mereka dalam diri mereka maka...walau sibuk tak dapat menjawab panggilan anak semalam...saya menerima mesej dari Hanis ketika sedang mekapkan nonie di Subang Jaya. Mak mana yang tak doakan kejayaan anak-anak?










30 comments:

mamasuri said...

seronok nye idup kalu kehidupan saya jugak mcm kak nani..insyaallah...suka hanis sgt2..nak nyer anak sya satu hari mcm hanis...amin..

ceklala said...

doa dan restu mak adalah ubat paling mujarab untuk berjaya dunia akhirat :)

Nurul Says said...

so sweet

esmiera said...

ooo so sweetnya kak....

Unknown said...

saya tinggal lagi dua paper aunty. moga moga Allah swt bantu saya jawab serta permudahkan saya mengingati semua yang saya baca. aminn :) hehe

susumanis said...

anak yang baik ibunya pasti HEBAT !!

Rozita said...

Kak nani the superwoman and supermummy...I happy tengok famili ahkak

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

saya baca rutin akak, saya yg letih... sapa lg nak nak puji anak2 kita kalay bukan kita kan..anak2 akan rasa kita hargai mereka bila kita berbangga dengan mereka..

AstyNNS said...

Saya banyak belajar cara Kak Nani mendidik anak-anak sehingga mereka bisa berjaya. Semoga saya juga bisa jadi Ibu yang baik untuk anak-anak saya kelak, amin :)

sHIdA said...

wallaaaa....super mama...tahniah & alhamdulillah semuanya lancar ek..

kemma said...

nak jadi macam k.nani..huhu..wpon xkn mungkin menjadi secantik n sehebat k.nani. tp sy nak jadi ibu yg terlalu sempurna untuk anak2 saya.sy menunggu setiap entry k.nani.jeles pon ada....tp sy cemburu bukan membenci..cemburu n cuba untuk mendidik ank2 sbaik mungkin.

cik nur said...

bagus jgak kalo buat cara hanis nie kan hehehe

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, tu la ... walau gimana pun sibuk namun tahu sungguh tanggungjawab seorang Ibu maha-prihatin terhadap Anakanda semua. Tanya lah sekalian seluruh Ibu-ibu didunia ini, ada yang tidak akan berbangga keatas kejayaan seseorang Anak itu walaupun sekecil setitik noktah? Sekecil mana pun, hati perasaan seorang Ibu akan tetap-pasti tersentuh kerana kasihsayang yang setulusnya akan terus kelihatan, bersih lagi suci.

Kemahsyuran dunia wajib seimbang dengan kemahsyuran diri terhadap Allah Ta'ala, jadinya diri akan senantiasa bersyukuran Alhamdullillah dimana wajib didahulukan dengan Bismillahirrahmanirrahim,semoga diberkati.

Salam manis manis madu.

Puan Eka said...

sibuknya auntie...

eka tunggu jugak auntie update

auntie..mak eka pun selalu doa untuk anak2 dia dan hantar mesej..

panjang mesejnya..macam2 doa dia tulis..untuk kejayaan anak2..

eka rasa eka tak boleh hidup kalau takde doa dari emak...huhu..

Mama Syabil and Rania said...

nak naik pengsan baca jadual akak yg sgt pack!!! memang super mama la....

em, bila la dpt mkn pavlova akak nih......sedapnye..... :)

yusrina said...

Kak Nani mmg seorang superwoman. Seronok baca kisah akak sekeluarga. Tahniah buat Alisya.

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT said...

Assalamualaikum Kak Nani selamat berkenalan. Seronok membaca blog kak nani...terasa teruja melihat wanita sehebat kak nani dalam menguruskan kehidupan, keluarga dan kerjaya...Semoga keluarga Kak Nani bertambah rezeki, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t amin :)

* FAR * said...

wah, murah rezeki akak..

Saliyanti said...

alhamdulillah...berkat didikan dan doa kak nani insyaallah keknis akan dapat 4flat....amin...amin...jangan hiraukan kritikan orang yang sentiasa cemburu dengan kebahagiaan keluarga kak nani...

Misz-ella said...

Upin dan Ipin menang besar, kan kak. Eh .. tetiba je teringkat kat budak2 yg tolong kita masa kat Jakarta aritu.

Unknown said...

dunno why, saya selalu sebak kalau auntie citer pasal the sweet things hanis did for you and to you.. maybe because saya tak macam tu dengan mak saya, but hopefully by reading your blog, i can learn from you and hanis and perhaps build a better chemistry between me and my daughter..insya Allah :)

p/s: ni bukan takat sejuk je perut auntie mengandungkan hanis, saya yg tgh pregnant ni pun sejuk perut baca entry ni.. Ya Allah kurniakanlah kepada anak yang kukandung ini sifat-sifat yang baik yg ada pada Hanis Zalikha Zainal Rashid..AMINN :)

zuhriyannie said...

bijak tul dia bg msg tu utk mama nyer baca..good idea...:)

Farah said...

Omg congrats Alisya! Going places alhamdulillah. Watched Alisya with her brothers on Youtube, anak2 kak Nani memang berbakat <3 Semoga more people recognise their talents!

n.a.j.w.a said...

As salam Kak Nani yang cantik manis..sejuk perut ada anak-anak yg menyejukkan hati kan.. eh, saya ada perfume free nak give away..check put contest di blog saya.. Kak Nani yg baik hati, tlng pomot ye contest sy tu supaya cepat pemenang dijumpai..mana tau ada rezeki Kak Nani.. sekian, terima kasih

mummy_icha said...

mcm masa kak nani ni lebih drp 24jam sempat ke hulu ke hilir buat semua benda, mcm superMak :-D memang terror...

crvmin said...

Salam Kak Nani,
Salam Kenal, tengah google pasal chef asma..terjumpa blog akak...mmg tertarik terus jatuh hati....moga akak terus success....

BlueIceCube said...

saya yang membaca rutin Akak ni, saya yang penat.

saya akan cuba jadi macam tu, memenuhi masa dengan aktiviti berfaedah.

yosh, jom berusaha

Unknown said...

Salam kak Nani,
saya amat mengagumi akak dan selalu jdkan akak idola saya...Salam kak Nani,
saya amat mengagumi akak dan selalu jdkan akak idola saya...

Anonymous said...

Aunty..
betul kata 'blueicecube' saya baca jadi penat.. jadual padat ngalahkan artis..
hope aunt dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..aminn

Puan Nad said...

DOA IBU MUJARAB. all the best hanis. esok adik akak PMR, leh bacakan doa yang sama nih. tq for sharing