anugerah dunia je ni mak cik oi.. |
Assalamualaikum....
Sibuk benar kebelakangan ini. Alhamdulillah kalau tak sibuk...makna tak da kerja...kalau tak da kerja...nak makan apa?kan....
Kalau tak makan...melepeklah kan. Kalau setakat melepek tu boleh tahan...takutnya bila tak makan....rasa nak makan orang jer...
Itulah pentingnya cari makan kalau nak hidup. Kalau tak makan nak solat pun tak daya...nak ibadat pun tak mampu.
Jadi bila kita lahir ke dunia...huhu lahir memanglah ke dunia...kalau ke akhirat terus tanpa lalu dunia makanya....dalam bahasa halus lemah gemalai maka KAU TU TAK WUJUD.
Jadi bila kita lahir ke dunia...perkara yang perlu kita pelajari adalah ilmu dunia.
Ilmu cari makan, ilmu buat baju (yang ni sama penting dengan cari makan kalau tak mahu bogel semedang...macam orang utan), ilmu buat rumah untuk tempat tinggal, ilmu bertani, ilmu berniaga dan sebagainya.
Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina. Kenapa negeri cina? Orang cina gemar menuntut ilmu sehingga hampir apa sahaja barang yang wujud di dunia ni 'made in china'.
Tanpa ilmu dunia...jangan ingat mudah untuk kita mencapai hidup sebagai manusia yang selesa, ada makan, ada tempat tinggal dan ada ketenangan jiwa untuk kita beribadat.
Saya perhatikan di tempat tinggal saya di Bukit Jelutong ini, masjid sentiasa penuh. Bayangkan satu kawasan sebesar Bukit Jelutong ini terdapat 4 buah masjid. Salah satu daripadanya yang hampir siap adalah yang kedua terbesar di Selangor. Apa yang dapat saya buat kesimpulan dari pemerhatian itu adalah kerana hampir semua penduduk di Bukit Jelutong ini golongan melayu elit. Maka bila mereka telah berada di tahap yang selesa dan baik maka hidup mereka lebih terarah untuk lebih menumpukan ibadat.
Ilmu dunia dan akhirat sama pentingnya... jangan kerana ada satu titik hitam dalam hati kita...maka bila melihat orang lain dapat anugerah siswi maka kita beranggapan orang itu tiada ilmu akhirat.
Sekalipun hati tidak senang melihat kejayaan orang lain, walau berat mulut mengucap tahniah tetapi tak perlu anggap orang lain tidak tahu ilmu agama kalau ilmu agama kita penuh didada.Jangan anggap kita baik kalau kita sering nampak orang lain tidak baik.
Adakah ilmu agama anda sudah cukup tinggi atau dalam agama tidak ada pendidikan moral untuk kita bercakap menghormati orang yang lain dengan mengeluarkan kata-kata 'oi...' begitu...
Bila saya post mengenai kejayaan anak saya sebagai siswi terbaik....banyaknya komen-komen negatif....yang hanya diluahkan oleh perasaan tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Baru saya tahu banyaknya manusia yang tidak ikhlas dan berhati walang disekeliling kita....nauzubillahiminzalik.....
39 comments:
kalau iri hati takpe, sebab selalunya org yg iri hati ni akan berusaha supaya dia juga memiliki apa yg org lain miliki. dalam kes kak nani, kejayaan. kalau dia iri hati dan dia berusaha, pasti dia akan memilikinya. kalau tak utk dia, mungkin anak dia?
tapi nada komen tu berbaur dengki. dengki, tak puas hati dgn apa yg org lain miliki.
kalau taknak ucapkan tahniah, simpan aje dengki tu kat diri sendiri. tak perlu luahkan di sini.
sakitkan hati org, dapat pahala kah?
anyways, tahniah utk anak kak nani (terasa janggal pulak panggil kak nani, sedangkan anak sulung kak nani sama usia dgn saya). semoga beliau terus mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. :)
salam kak nani...pedulikan org berhati busuk ni..eiiii..hati bau t**k la...LARI...hehehe..love u n yr doter :) suzi@susumanis
Buat tak tau je la kak. yg penting niat akak post n3 tu bkn utk mnunjuk2 tp utk 'mengenang' kejayaan hanis mendapat anugerah siswi terbaik. Buat rujukan kemudian hari. Btl tak kak? Afterall, hanya kita yg kenal diri kita sendiri.
Sampai hati 'Ms' komen macam tu..Busuk betul hati dia!
salam auntie..kecik ni..hee..
sabar ye auntie.
saya yg jadi kwn hanis pun kdg2 dpt tempias org ckp bangga lah tu sbb tnjuk gmbr dgn hanis.hoo manusia oh manusia.suka sgt iri.
sbr taw.masak sdp2 lagi.tahun dpn sy beli kuih raya lagi.hehe.
setengah manusia nih cukup benar dengki dengan kehidupan orang lain, ada sahaja dimulutnya untuk memberi ayat untuk menjatuhkan semangat orang...
setengah manusia nih cukup benar dengki dengan kehidupan orang lain, ada sahaja dimulutnya untuk memberi ayat untuk menjatuhkan semangat orang...
alahai salah ke nk berkongsi kejayaan anak2? anugerah dunia pun cube aunty nani ckp kat die 'ko ade?' hahaha
laaa... bab kak nanie buat posting pasal hanis dapat anugerah tu pun ada yang tak senang hati?
haii pelik betul orang sekarang ni..
dah anak kak nani pandai, lawa pulak..apa yang nak menjelesnya
betullah tu anugerah dunia... tapi dalam diam tak kan nak canang anugerah akhirat pulak..tak siapa tahu apa yang kita dapat walaupun kita solat tak tinggal dan betutup litup.
tu semua bahagian masing2...
salam k.nani,
saya sgt setuju dgn k.nani.mmg byk org yg berhati walang.selain tidak bersyukur dgn apa yg dimilki sering juga mencemburui apa yg org lain peroleh.
-me.one of ur silent reader and your fan-
org klu dh suke walau benda baik dikt menunjuk.klu benda jht lg la dikutuk..xde keje..tp ade lak ms nk berbusuk hati.bertabah aunty..bg sy normal klu mak2 nk kongsi cerita ank2 terutama dia berbangga dgn ank2.mak sy tu,belum pon sy dpt anugerah diraja tp dia bangga sy dpt masuk u
Salam Kak Nani.. I have been following your blogs eversince (Tak ingat bila started)but neva eva pernah komen apa2 pun coz I m a silent reader.. I enjoy reading ur thoughts and perassan gemah gemalai.. Tau2 i enjoyed reading ur posts or even looking ur pics.. What ever my comments, simpang aja dalam hati.
I m a mother too Kak Nani so I do understand apa Kak Nani sampaikan dSini.. Niat baik selalu si salah ertikan dan sebalik nya.. Niat hati siapa yang tau, hanya yang maha berKuasa, Allah swt yang tahu niat hati kita masing2..
Bagi saya, this is ur blog, ur expression of your own feelings and thoughts. You have your own rights! Thats the price of being an honest person mcm Kak Nani.. Kena comments banyak negative..
Personally, I will like to meet you as in person nanti... Insya allah
hai manusia..
apa kata akak share je apa yg diorang tulis tu.nak jugak tgk camner rupa org yg tak senang dgn kejayaan org lain
sbg ibu,saya pun akan bangga kalau anak2 belajar pandai.
tak suka kalu,klik X belah kanan tu
ala biarkan la kak nani...esok2 kalo anak sy menang pertandingan kat skolah (wpun pertandingan bercerita), saya nak gak crite kat blog yg sy bangga dgn pencapaian dia.
Itukan tanda sokongan kpd anak2 kita. Tahniah kak nani sebab dapat didik Hanis sampai dpt jd best student :-) Hopefully lebih berjaya akan dtg. Mana tau Hanis bleh dapat doctrate plak.
Salam KNani.
Sabar je la byk2 Kak...adat manusia yang serba kekurangan camtu la, tak pernah senang tengok org senang, selalu iri tengok org lebih. Abaikan je...
mohon share aunty :)tq
akak kan santek...mmg ramai yg dengki lah tuh..sian akak..*hugs*
Salam Pn. Nani, saya dah lama SR kat blog ni, saya suka resepi2 yang Pn. publish tu... pada saya tak salah seorang ibu berbangga dengan pencapaian anaknya. Biarlah orang nak kata apa, Pn lebih kenal anak Pn. sendiri. saya pun admire kejayaan hanis, semoga anak saya pun berjaya macam hanis.
kenapa harus ada dengki? kita patut tumpang gmbra dgn kebahagiaan org lain, kalau kita iri hati sampai bila2 hati sndri takkan bahagia dan sampai bila2 hati kita akan gelap... adakalanya terasa sakit bila hidup kita tak bertuah mcm org lain tapi stp manusia ada dunia masing2... kita harus syukuri kehidupan sndri dan menghormati kehidupan org lain. bersangka baik selalu...
buat kak nani..
pedulilah apa orang nak kata pasal benda macamtu...
saya tau kak nani bukan nak riak tp hanya menyatakan rasa bangga dgn kejayaan anak2....
bg saya yg memfollow kak nani pun turut kagum dgn semangat perjuangan hidup kak nani dr segala aspek...
inilah baru di gelar supermak.. kalo dlm cerita supermak tu bukan supermakla sebab dia membantu orang lain... thehhehehe...
opss cakap lebih kang annoy..tu marah plak
Dahsatnye ayat...itu rasanya dari orang yang iri hati. I pon jeles gak tengok kak nani boleh buat macam macam dan anak pulak pandai pandai. Tapi tak der la I nak komen -ve kat kak nani. I selalu fikir yang kak nani ni superwoman betul. Abaikan aje orang cam tu kak nani...diaorang ni memang bersepah kat sekeliling kita.
melayu aunty...selalu mcm tu...yg baek tu dorang xnk buat contoh thats y melayu makin mundur...haih....antara riak dengan berkongsi kegembiraan pown dorang x tau beza
jgn latyan lah kak nani org macam tuh..pastu enable plak profile dia..pengecut la...kita suka tgk akak and family..suka hati lah kan nak tulis aper..
Salam.
Terima kasih semua di atas kata-kata yang baik di dengar dan menyenangkan hati.
Berapa banyak penyakit dalam badan secara luaran atau dalaman bermula dari tekanan.
Salah satu contoh...bila kita mengeluarkan kata-kata yang tak sedap ditujukan kepada seseorang maka itu boleh menyebabkan seseorang tertekan.
Jadi apabila kita bijak menangani sebarang tekanan yang salah satu contoh seperti kutukan dan sebagainya maka insyallah penyakit sukar menghidapi kita.Tidak kira penyakit zahir mahupun batin.
Saya ada seorang kawan yang mengalami sakit buah pinggang yang kronik semata-mata kerana tidak dapat handle tekanan dari seseorang yang berhasad dengki dengannya.
Saya selalu melihat kehidupan secara terbuka.
Saya sering berlapang dada kerana terlalu banyak kepincangan dan kepura-puraan dihadapan saya.
Contoh pertama...
Seseorang yang pandai bercakap agama, itu haram, ini haram...sampaikan kicap tu haram, kicap ni haram tetapi tanggungjawab apda anak bini langsung tak dilaksanakan. Sepanjang hidup tidak bekerja dan mengharap isteri yang tanggung keluarga. Apa maknanya dosa pahala pada beliau?
Saya ada seorang kawan, bercakap memang pandai, kelihatan warak, pandai menasihati orang supaya jadi isteri yang baik dan sebagainya tetapi dia sendiri bukan main lagi bercinta, bertelefon, berjumpa, berkaroke dengan isteri orang. Apakah makna nasihat beliau itu?
Saya kenal seorang kawan yang selalu cakap dia baik dia pemurah tetapi setiap kebaikannya dia suka ungkit dan bercerita dengan orang...apakah makna kebaikan dan sifat pemurah itu?
Jadi saya mula faham bahawa banyak orang pandai menasihatkan orang lain atau nak tunjuk kat orang lain yang dia baik walhal dia sendiri kus semangat......
Maka saya sentiasa faham memang banyak manusia mempunyai sifat-sifat begitu.
Aduhai kak nani, baca title tu jer dah terdetik di hati saya yg kak Nani mesti telah menerima komen2 dengki drpada org yg perasan merekalah yg paling baik semata kerana bertudung litup, bersekolah agama dan sebagainya.... sedangkan kalau org itu benar2 seorang muslim yg baik, dia akan menasihat secara halus tanpa memalukan, dan juga tidak terus2an menilai org lain.. serta akan sentiasa mendoakan kesejahteraan org lain kurang ilmu itu.
Penyakit hasad dengki, ni mmg penyakit kebanyakkan org melayu :(
ala kak nani bio kan aje orang2 yg mengutuk tu...sapa lagi nak bangga utk anak kita sendiri kak...kalo saya pun bangga anak berjaya...bangga utk kejayaan tak per..bukan anak2 wat perkara memalukan pun.....
tak pahamlah orang yg suka dengki2 ni..kasi clorok ajelah hati busuk mcm tuuu
'Penyakit hasad dengki, ni mmg penyakit kebanyakkan org melayu'
Org Melayu x suka tengok org Melayu maju dan bahagia..Kepada MS, kalau x suka baca, get off from here..You're not welcome here ok..This is Kak Nani's blog, so she can write anything that she like.
Kak Nani,we all support u without any second thought.Just keep on doing what you like.I want u to continue,many people love your blog!Anyway this is life, you cant please everyone right?
"Never explain yourself to anyone because the person who likes you doesn't need it,while the person who dislike you won't believe it."
All d best, Kak Noni..
orang yang dengki selalunya xmilika apa orang lain ada. itu sebab dia dengki. abaikan je diaorang untie. this is ur blog, u r free to write bout ur happiness.
Salam wahai Ratuku Nani,
Setelah membaca kesemua komentar, Ratna begitu terharu masihi ramai yang berhati mulia lagi ikhlas memberi perhatian terhadap Nani. Itu-lah mesti didahulukan Nani, para bloggers yang punyai hati perasaan yang bersih lagi ikhlas tanpa berperasaan jelek-hodoh seperti ejekan-irihati-hasad-dengki yang meluap lansong jadi keji tanpa malu-segan menunjukkan belang diri sendiri yang sebenarnya "shame on you, ms!"
Orang tanpa maruah-harga diri juga ilmu-iman yang diamalkan demi kemahsyuran diri mengikut rentak benak hasutan iblis, begitu lah jadinya, mengejek tanpa segan-silu nampak sangat diri sendiri kurang dari segala bagai segi makanya mengabaikan harga maruah diri!
Sabar dan tenangkan diri ya Nani, apa sahaja hasad dengki datang dari manusia yang bongkak-sombong bodoh itu, lagi akan dijatuhkan taraf zahir dan batinnya, hanya Yang maha Adil yakni Allah Ta'ala menentukannya. Biarkan "dia" dengan dunia angau syok sendiri itu!!!
Salam manis manis madu.
assalamualaikum auntie nani,
pedulikan aja insan macam itu. sy baru 16 tahun, saya suka bca belog aunty and hnszlkh, gimme me inspire much. apa pun stay strong.
allah slalu disisi hamba penyabar
love a lot from me. aunty saya nk dtg umah aunty mkn sedap gitew tapi saya jauhhhh :'(
kak nani...orang yang dengki tu sbb dorg tak mampu..nan hado..huhuhu
Blog adalah tempat untuk berkongsi rase..
berkongsi rasa dengan orang yang boleh "berkongsi" sahaja..kongsi rase sedih, rase bangga, rase gembira, rase tidak puas hati,kongsi resepi masakan, pengalaman dsbnya.
kalau tak nak kongsi ..sila click tanda pangkah (x) pada sebelah sudut kanan atas screen PC anda ..tutup tak yah tengok..
mencik ar orang cenggitu...orang camtu tak boleh dijadikan jiran..bahaya woooo..
bijak kak nani handle situasi ni :) yg penting hidup ni kita bukan mencari keredaan manusia, tapi keredaan Allah
Sebetulnya tak kacak bahasa yang digunakan oleh sipolan itu auntie.. walaupun begitu, sungguh malang auntie terpaksa menulis panjang lebar dek kerana insensitivity sipolan itu.
kalaulah dia teliti betul2 penulisan hanis di blognya, pasti dia faham akan kenapa hanis yg terpilih mendapat award tersebut. heran, bagaimana individu seperti auntie n hanis yang dah bare your souls to the world through their blogs masih juga disalaherti- ini membuktikan bahawa ramai di luar sana yang tak berlapang dada baca blog auntie n hanis, but more to being judgemental.
nauzubillah min zalik.
mungkin gambar award tu menyinggung perasaan sipolan tu..mungkin, tapi apa salahnya kita raikan orang hari ni, sebab esok mungkin orang raikan kita, siapa tahu?
p/s: sepatutnya dia patut berbangga dan happy sebab anak melayu seperti hanis telah membuktikan yang melayu pun boleh jadi pelajar hebat, setanding bangsa lain
wallahualam
klu x suka ptutnya x pyh buka..ni dahla dengki, sgup plak post -ve.. siyes sy 'jeles' sgt tgk kak..nak2 bab masakan tuh..adoila kijam sguh rasanyer bila tgk pavlova tue.. jeles gak bila tgk imran pun mcm mama dia, terernyer..tp jeles geram kita sambil dlm hati berharap bila la dpt buat rasa nih.. apa2pun kak, sabar je la byk2 'x mati dek keji' kan
Ingatlah pesan Abdul kadir al jailani antara lain menyebut: " jika engkau bertemu dgn seseorang, maka yakinilah dia Lebih baik Dari mu, ucapkanlah dlm hatimu, mungkin kedudukannya di sisi Allah Jauh Lebih baik Dan Lebih tinggi Dari ku. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah ( dlm hatimu) anak Ini belum bermaksiat kepada nys. Tentu anak Ini Jauh Lebih baik dariku. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah ( dlm hatimu) dia telah beribadat kid
Allah Jauh Lebih lama dariku, tentu dia
baik dariku...
Manusia manusia...sentiasa simpan hasad dalam hati, kan ke Lebih baik tumpang berbangga atas kegembiraan seorang ibu
tak salah tumpang gembira kejayaan orang lain. Buang-buanglah sikap PhD tu...Sedih dengan org2 kita, dengki tak habis. Anak orang berjaya kita beri pujian, Insyallah anak2 kita kan berjaya. Tadahkan tangan bersyukur atas kejayaan orang lain, banyak pasangan tangan yang turut doakan kita. Buat apala ada hasad dengki camtu..
x pa kak. saya percaya niat akak publish anugerah hanis sebagai siswi terbaik merupakan pembakar semangat buat ibu-ibu di luar sana agar menyokong dan menjadi pembimbing yang kuat untuk anak2 kita..saya salute setiap post yang akak buat..akak kongsikan sesuatu yang indah untuk semua orang..biarkan komen negatif itu kak..jadikan ia teguran membina untuk akak build up ur self confidence...
sabarlah auntie..
kita sebagai manusia ni tak lari dari rasa iri hati..
kalau diambil dari sudut positif segla yang didengki tu,kan boleh buat rujukan untuk diri sendiri supaya usaha lebih baik..
Post a Comment