Thursday, September 15, 2011

Anugerah Buat Mak

Assalamualaikum...

Bangun pagi bila terkejut dari tidur...terus tuju ruang tamu...tengok muka kat cermin yang sebesar alam...pastu duk termenung jap...perhatikan dinding ruang makan yang laki belum habis cat malam tadi...ingat bini jer ada cerita bersambung-sambung...laki pun suka buat kerja bersambung-sambung...tak pe laki janji kerja siap...

Lepas tu mata tertumpu pada satu objek.Pastu mak belek-belek...sentap jap...terharu pun ada...gembira pun ada..

Walah anak mak dapat anugerah best student....anak mak yang model tu...yang blogger tu...yang tegas tu...yang kalau bercakap kalah lawyer...yang ramai sangat kawan baik dan setia....kalau dengan daddy lagi la...tak leh nak cakap apa...maklumlah anak daddy (mana tak sayang daddy..tingkatan satu daddy dah beli handfone lg...tingkatan satu dah dapat laptop hyundai...jadilah anak daddy)....kalau pergi melancong abes rm3000 untuk beli souvenir kat sume orang..yang kalau pilih boyfriend pulak yang harus ada ciri-ciri mak dalam boyfriend..(bangga tak pasal-pasal mak).

Terharu mak...mak mana tak terharu...anak dapat anugerah kan.Dulu masa Imran dapat anugerah pelajar cemerlang kat tadika pun dah kembang kempis hidung mak tahan bangga. Masa tu YB yang sampaikan hadiah..lagilah...jakun.

Inikan pula dapat anugerah siswi terbaik...mak panjatkan syukur..alhamdulillah..mak ni bukanlah mak yang demand sangat kat anak-anak. Tak rajin pun nak hantar anak tusyen, anak kelas tu kelas ni...emak ni hanya percaya pada anak-anak. Mak tahu anak-anak boleh buat. mak yakin anak-anak boleh berjaya.Doa mak untuk kalian tak pernah putus...

Tugas mak cuma masak sedap-sedap, cari duit banyak-banyak...buat bayar yuran sekolah, belanja sekolah, baju sekolah dan segala-galanya untuk menyambung kehidupan sejak daddy dah 5 tahun pencen. Satu sahaja yang emak rasa anak-anak rapat, penuh azam, penuh cita-cita bila dorang tengok sendiri macam mana usaha mak untuk dapatkan duit sara hidup dia orang. Alhamdulillah selama menjadi emak ni...anak-anak susah nak dengar emak marah-marah...bising-bising..

Mak memang lembut dengan anak-anak. Kadang-kadang satu ketika mak menjerit maki hamun sekadar nak anak-anak tahu yang mak tengah marah...Kalau setakat suara mak alahai susahnya nak keluar marahkan anak. Nak berleter lagila...bukan perangai mak macam tu..

Penuh rasa syukur dan senantiasa mak berdoa agar anak-anak mak terus mencapai kejayaan demi kejayaan. Tahniah buat semua anak mak...kau orang semua adalah pembakar semangat mak untuk terus jadi ibu yang memikul tanggungjawab dan penuh rasa sayang. Insyallah amin.










58 comments:

Puan Eka said...

tahniah hanis..

untunglah mereka dapat mak yang boleh serba serbi..

hehe

Fazlinil Irma said...

tahniah kak nani.. tahniah hanis.

ArsheedA said...

saya turut merasa bangga! tahniah buat auntie sebenarnya...dan hanis juga!

Syafiqah Jasmin said...

alhamdulillah. mmg full package lah hanis ni. =) tahniah auntie..

Cik Puan Nurul said...

tahniahhhhhhhhhhhhh...!berkat doa ibu yg ikhlas pd anak2...
gembira tengok semua anak2 akak menjadik kan..

anakcikbob said...

congrats untie.. <3

p/s: nombor IC hanis tu elok blurr kan. bahaya la zaman skg ni untie..

Hudalatip said...

Tahniah Hanis..dan jugak pada kak nani dan suami..Hanis ada full package, cantik dan bijak..

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Ucapan setinggi tahniah dari Ratna buat Anakanda Hanis yang senantiasa berjaya dengan gemilangnya. Bukan sahaja cantik-jelita dari rupa paras, bukan sahaja berhemah tinggi lagi bertanggungjawab ke-atas apa sahaja yang dipikulnya namun masihi cekal lagi bijaksana menyempurnakan mencapai kejayaan tinggi yang membanggakan rasa perasaan seorang Ibu dan Daddynya, Bravo Hanis!

Ya ampun Nani ... bertuah sungguh diri sebagai seorang Ibu hati perasaan mana yang tidak bangga sebangganya yang teramat sungguh itu, pabila Anak-anak semuanya berjaya maju dengan cemerlangnya. Tahniah juga buat Nani kerna selama sepanjang kehidupan Anak-anak semua diberi perhatian se-adilnya dari kasihsayang juga prihatin terhadap kemajuan pelajaran Anak-anak semua.

Rezeki datang bukan sahaja dari wang-ringgit namun kejayaan cemerlang Anakanda juga ada-lah rezeki yang tidak boleh dibanding-tanding kan!


Salam manis manis madu.

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Alhamdullilah. Tahniah buat Hanis, tahniah jugak buat Auntie...

Keep up the good work Hanis!

MISSNICK said...

syukur la anak2 kak nani menghargai penat lelah kak nani mencari rezeki....Alhamdulillah dibalas dengan kejayaan :)

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, tahniah buat Hanis! Sudahla cantik, bijak pulak orangnya. Tumpang seronok ni :)

idora ilyanee said...

tahniah dekat auntie. ucapkan tahniah dekat kak hanis jugak :)

[™محد زولفکر] said...

Tahniah...

Sejuk Perut Mak kannnn...

Unknown said...

Alhamdulillah.. Auntie, you must have done something right! Baik, akan saya ambil kisah Hanis & Auntie sebagai contoh untuk saya dan anak kelak insya Allah :)

Nurhafizah Aniza said...

wah2...tahniah keknis....

kemma said...

tahniah k.nani..smlman sy khatam entry k.nani dr 2008.mencari idea mendidik anak2 tanpa jadi tarzan...respek ngn k.nani yg tabah...

geesham said...

Congrats nani, sejuk perut mak mengandungkan? Alhamdulillah anak2 tahu camne nak menyenangkan hati makayah,buat sume anak2.,,,hanye doa restu dan keselamatan dunia akhirat yg diingini makayah terhadap kesemua ank2nye,,,,,dan moga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa bersama anak2,,,,,,dan tak lupa, congrats untuk hanis jugak.

nurs said...

tahniah kepada mak dan anak2. mak dan anak2 adalah model terbaik, dengan contoh sikap rajin bekerja, berusaha dan berjaya khususnya dalam pelajaran. mak telah memberi bimbingan yang terbaik.

ann aziz said...

tahniah :D

kemma said...

tq k.nani melawat blog saya ..terharu...

imalause said...

congrats kak nani ngn hanis. kak nani memang layak berbangga. saya tompang bangga tau.

imalause said...

congrats kak nani & hanis. kak nani memang layak berbangga. saya tompang bangga tau.

susumanis said...

congrats to both gojes kak nani n hanis

Syazwan Che Deraman said...

tahniah untuk hanis,
dah la lawa, pandai pulak tu plus ada bakat.untung lah kak and family serta faizal hadi..hehehe.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

alhamdullilah, tahniah aunty... tumpang bangga...

amy pb2

Laura said...

Congrats kak nani and hanis... Beauty with brain, and good personality. Semoga i can also be like you dalam mendidik anak2 yg kuat dan bijak.. Amin :)

HaNa NyoTa uHArA said...

Tahniah Hanis dan Kak Nani,
Dah cantik, bijak pulak tu.. Ibu mana la yang tak bangga dapat anak yang cemerlang betul tak?

tengok kak Nani buat kali kedua secara live rasa tak puas tatap muka akak yang lawa masa jumpa akak kat rumah cousin Hana, Azam ( open house )

Neway..Tahniah sekali lagik!

I am not perfect said...

tahniah kak sbb bjaya mendidik anak. Hopefully anak saya akan ikut jejak nanti. Insyaallah..

Shiela Rahim said...

nothin to say..but i give u a lot of smile :) :) :)...............:)

~sue~ said...

congrat kak & hanis.. pandai lagik...jelita lagik hehe..complete package..alhamdulillah :)

Unknown said...

untung dan sejuk perut mak dapat anak cenggini...TAHNIAH

* FAR * said...

tahniah buat hanis dan kak nani..

me ordinary said...

tahniah pada mak nye dan hanis.=) . untung hanis dapat mak yg percaya dan yakin pada dia, berkat doa dan selalu positif seorg ibu , berkat rezeki yg anak2 dapat kan.. =)insyAllah .. saya selalu berdoa semoga mak saya pon satu hari akan percaya pada saya, dah macam2 saya lakukan untuk tunjuk dan meyakinkan dia yg saya dah besar dan boleh buat keputusan sndri, tp until umur 25 thn pun, mak saya selalu keluarkan kata2 negatif, org kata moral down la. uhu..

ummi-humairah said...

knp sy bole terharu pulak..best nyer selalu silent reader jer..tp tersentuh sgt, skrg dah ada anak siyes nak yg terbaik...dari fans hanis jd fans kak nani..tahniah utk kak & hanis

aizeepesona said...

Tanniah buat kak nani & Hanis...!

tumpang gumbira sbb sy peminat setia ibunya...hehee..

dapat2 plak sy pun uitm stafkaaan...tumpang kembang idong pun jadiklah..

bestnyer jadik nani rostam...

Nur-nba said...

Syukur Alhamdulillah.. Anak kak Nani dah berjaya dengan cemerlang. Tentu bangga sangat dengan pencapaian Hanis.. Semua ini adalah berkat doa yg tak putus2 dari bonda tersayang.

mang said...

alahai sy ingatkan hanis tu dh degree, rupa2nye still diploma lg.anyway congratz for the achievement.

chia-chia fashion. said...

tahniah..ibunya juga yang terbaik kerana dapat mendidik anak jadi yang bijak.

lily lotus said...

aduhai, complete package betul hanis ni :) congrates!

NaniRostam said...

Salam....

Terima kasih semua kerana tumpang suka dan gembira atas kejayaan anak mak....alhamdulillah kalau kita iklas mendoakan orang lain sama macam kita mendokan untuk kita jugak..insyallah amin...

Yan nyer : bukan yan nyer seorang mengalami begitu...banyak ibu dalam dunia ini tidak melayan anak dengan baik namun sekalipun begitu ianya tidak langsung dapat menggugurkan hak anak untuk berbakti pada ibu mereka. Bagus yan nyer mahu ambil positif dan insyallah bila banyak positif maka negatif lama kelamaan akan pudar dan hilang terus dari diri dan hidup kita.

Mang - Ya Hanis masih Diploma...mungkin kerana dia nampak matang dan berhemah dan berwibawa maka siapa sangka dia baru Diploma...tapi mak suka kalau dia masih Diploma sebab panjang lagi masa untuk dia menikmati keisimewaan jadi pelajar terbaik...alhamdulillah rezeki Hanis sama macam rezeki mak jugak....

Eva Sharmine said...

congratulations Hanis n aunty sebab melahirkan anak yg serba serbi boleh...

aizeepesona said...

sy rase mesti kak nani gunakan cara ..tak byk marah2 & membebel pada anak2 utk medidik mereka ..cuma pendekatan yang kak nani gunakan ialah....

"Kepimpinan Melalui Teladan"

betul tak kak?

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Congrats Hanis!!!We're so proud of you...

gerobok antik said...

walaupun saya mungkin lebih berusia(lebih skit je - jgn lebih2 pulak) dan mungkin lebih sikit (je) pendidikan, saya kena banyak belajar dari Nani. Tahniah. Moga diberkati Allah Nani sekeluarga.

Saya juga jenis tak suka sorok2 walaupun masih menjaga limit. Jemput jengok blog saya yang tak seberapa tu kalau tak sibok buat kek

Azira...Nozie...Kechik said...

kalau saya jadi ibu pun, mesti saya rasa berbesar hati dan bangga dgn kejayaan anak-anak...

Tahniah akak....

Liyana said...

Congrat's Aunty...Hanis Zalikha ibarat permata buat aunty sekeluarga...bijak & cantik adalah pakej yang lengkap ada dalam diri beliau... ;)

Aidah said...

wah...tahniah pada mak dan anak. berkat didikan aunty, hanis dah pun menunjukkan hasilnya dalam pelajaran.. tahniah aunty.. =)

Irfa said...

tahniah kak nani :-) dan tahniah juga buat keknis

Suriada Sulong said...

hanis deverse to get it ! alhamdulilah. dan ramai suka dgn cara penulisan hanis di blog nya.
hanis tak merapu utk traffic. dan hanis seorg yh cukup pakej. Tahniah hanis dan kak nani.

mamashikin said...

wah..tahniah kek nis..dan tahniah kak...hanis tu dah la cantikkkkkk..pandai pula...adoi...full package!

Filla said...

tahniah hanis dan kak nani... ;D

Ira said...

amik diploma dulu apa salahnya kan... bila keputusan baik senang la nk smbung degree.. dulu ada ramai classmate sy yg amik degree tapi main2..last2 dh belajar smpi thn 3..kene ulang buat diploma sbb pointer teruk sgt..

apa pn bidang yg kita ceburi..kita patut bersyukur sekiranya keputusan tu cemerlang..drpd cuba amik sesuatu yg lebih tinggi tapi kurang cemerlang.. betul tak?

btw, hubby sy pn dr diploma..pastu smbung degree..alhamdulillah dia satu2nya pelajar melayu yg dpt 1st class ms degree..

:)

mama-syira said...

Anak saya baru 2, kecik2 lagi. Saya berdoa dapat jadi mak yang super rajin, pandai masak, ada anak2 yang baik dan pandai macam Kak Nani. Doakan ye. Ada tips?

Mak Wardah said...

Hanis tahniah...U hv beev eyes. Cantik, berbakat, pandai bawak diri tapi dun forget u hv super duper mom. kalau auntie in her shoes sure tergolek2 cat

rose putih said...

Sekalung tahniah buat kak Nani dan anakanda - semoga kejayaan sentiasa di sisi.

WH said...

auntie! kiem slm tahniah kt hanis taw.. kte uitm sgmt gak.. tp xde rzki nk tgk muka dia depan2.. huhuuhu

madah punyer said...

suka semangat aunty,,, emmm insyaallah aunty akan sy jadikan idola dlm idup sy slps mak sy... he5

v08 said...

wahh.. sudah la dapat 4flat. anugerah cemerlang lagi.. Congrats Hanis :) kakak memang ibu yg bertanggungjawab.. teruskan kakak.