Monday, September 12, 2011

Adakah Anda Sudah Cukup Adil Pada Diri Sendiri

Assalamualaikum,


Prinsip hidup Kak Nani yang selama ini Kak Nani amalkan adalah beri peluang pada diri untuk mencapai segala yang kita impikan atau citakan selama ini. Selalu sangat antara kita gemar menghakimi satu-satu perkara tanpa ingin memberi peluang pada diri untuk menerokai atau merebut peluang yang tersedia.

Misalnya, bila kita melihat kejayaan seseorang, kita hanya mengeluh…yang kita tidak begitu bertuah seperti mereka….tanpa kita dalami bahawa jika kita beri peluang pada diri kita untuk mencuba dan merebut peluang yang sering lalu lalang depan mata…mengapa kita tidak boleh berjaya seperti orang lain?Jadi adil lah pada diri sendiri agar kita mendapat yang terbaik untuk diri kita.

Cewah kemain lagi berfalsampah kat sini ya….sebenarnya kak nani cuma nak ajak you all supaya beri peluang pada diri pergi ke kaunter-kaunter SK-II dan dapatkan free consultation tentang keadaan sebenar kulit wajah you all. Dari situ baru you all tahu apa masalah sebenarnya yang dialami oleh kulit dan bahagian mana yang harus kita titik beratkan.






Tak perlu diragui bahawa SK-II adalah satu-satunya produk kecantikan yang terbukti sangat berkesan dalam mereliasasikan impian mendapatkan kulit yang berseri, awet muda, anjal, halus, dan mempunyai tona yang sekata . supaya kita tidak terus-terusan membiarkan kulit wajah terabai tanpa penjagaan yang betul.





Jadi untuk you all mengetahui apakah kulit you all berada dalam kondisi yang diimpikan itu wajarlah you all pergi dapatkan skin consultation dan baru tahu bahawa buat permulaan you all hanya perlu ambil range product yang kulit you all perlukan.








Hari itu, Kak Nani dipelawa untuk mengajak beberapa orang kawan-kawan blogger memberi peluang pada diri untuk mendapatkan free skin consultation. Apa lagi…kak nani part-part benda free ni laju jer aku pergi….tambah lagi selepas mendapatkan free consultation dapat pula free gift…..muaahhh sayang kat SK-II.







Suka kan…apa tak sukanya…tambah lagi kawan-kawan kak nani yang turut serta dalam sessi free skin consultation tu. Menurut mereka, apa yang paling mereka suka tentang skin consultation ini ialah :-

1. skin consultation ini dapat membantu mereka memilih range produk yang betul-betul mereka perlukan. Maklumlah boleh juling biji mata tengok banyak benor nak kena pakai. Tapi bila dah pergi buat skin consulatation…barulah mereka tahu….mereka hanya perlu pakai apa yang kulit perlukan.

2. mereka belajar bagaimana cara menggunakan produk secara betul dan lebih berkesan.

3. dapat merasai sendiri kehebatan produk melalui beberapa ‘test’ produk ke atas kulit.

Jadi jangan jadikan apapun alasan dan rebutlah peluang seperti ini. Ambil kunci kereta, start enjin, tekan minyak terus jalan…sampailah you all ke destinasi kaunter-kaunter SK-II dan baru anda tahu bagaimana rope kulit anda yang sebenor-benornya….





Ini lah chart yang menunjukkan 5 dimensi kulit yang perlu kita ambil perhatian. Setelah menjalani analisis kulit melalui mesin canggih yang disediakan, barulah kita tahu bahawa bagaimana :-






1. Tahap keanjalan kulit
2. Wujudnya garis-garis kedut
3. Kehalusan dan kemulusan kulit
4. Keseimbangan tona warna kulit
5. Keserian dan kecerahan kulit



Inilah hasil daripada analisis kulit wajah kak Nani. Jadi selepas ini kak nani tahu mana satu produk SK-II yang harus kak nani guna. Yalah…pening kepala kalau tengok banyak sungguh range produk kalau kita tak tahu yang mana perlu lebih kita tekankan.








Yang tertera ‘you have 2D’ tu maksudnya dalam 5 dimensi kulit kak nani hanya excellent pada 2 bahagian sahaja itu garis kedut kulit wajah kak nani mencapai 87% iaitu hampir 100% tiada. Dan keseimbangan warna tona kulit kak nani mencapai 78% bermaksud hampir 100% warna tona kulit Kak nani sekata…jangan marah.

Setelah selesai kulit dianalisa, kami dibekalkan free gift berupa trial set penjagaan kulit Pitera Essence. Setiap kali memakainya, kulit memang tampil berbeza iaitu semakin bertambah halus dan mulus dengan produk SK-II yang tidak mengandungi bahan wangian langsung….sukernya….

Walau bagaimanapun kak nani perlu ambil product yang lebih menumpukan pada keanjalan, kehalusan dan keserian atau kecerahan kulit wajah. Jadi range yang disyorkan untuk kak Nani adalah pitera essence dan signature moisture. Best kan…jadi kak nani hanya perlu focus pada 2 jenis penjagaan kulit. Apa yang paling kak nani kagum dengan produk ini ialah kulit wajah jadi halus mulus walaupun baru beberapa minggu memakainya.






Kak Nani dan kawan blogger ika…selepas kulit selesai dianalisa barulah tinggi azam mahu menangani permasalahan kulit yang selama ini kita abaikan.










Terima kasih ika, aida dan yanti kerana tak mahu melepaskan peluang sebegini.Memang hari itu adalah hari yang sungguh menyeronokkan bagi Kak nani dan kawan-kawan yang ikut sama kerana selama ini kita selalu anggap kulit kita sudah cukup cantik rupa-rupanya dibawah lapisan sana kulit memerlukan produk yang memahami kehendaknya serta memberi kesan yang menakjubkan.

Cadangan ikhlas dari kak nani, apa kata you all semua sedaya upaya luangkan sedikit masa untuk pergi mendapatkan perundingan analisa kulit secara percuma di kaunter-kaunter SK-II ini kerana para perunding kecantikan di SK-II sangat peramah dan berpengetahuan membuat anda merasa selesa dan tidak sedikitpun rasa dipaksa untuk membeli produk mereka malah anda akan rasa terkilan jika melepaskan peluang untuk mencuba produk yang bagus seperti SK-II ini.

Sekiranya ingin tahu lebih detail tentangnya jangan berlengah lagi jenguk-jenguklah ke sini.


Untuk semua kawan-kawan diluar sana, kalau ada kemusykilan tentang kulit wajah atau produk yang ditawarkan oleh SK- II, layari laman web ini, dan sambutlah cabaran ini 1 hari tanpa makeup dengan SK-II ini dan you all mempunyai peluang untuk memenangi hadiah lumayan daripada SK-II! supaya kita tidak terus-terusan membiarkan kulit wajah terabai tanpa produk yang bagus dan yang memberi kesan yang maksimum. Hari-hari tanpa mekap, sahut sekarang.

18 comments:

Unknown said...

best nyaa..teringin la yong

y2j said...

Kak Nani n Hanis dibayar utk promote SK-II ke?? Kedua-dua post entry yg sama je..

Fieza said...

salam kak, sebelum nie akak mmg gune produk SK-II ke?sbb kulit akak mmg cantik la..awet mude....ape kate akak citer sikit....plsssss....share la...

EriN HairudiN said...

kak, the reseult camtu sbb kak dah pki SK11 ke atau sebelum? apapun mmg teruja tgk muka bersih je...good job kak (jaga muka dan badan kena rajin, ye dak? huhu)

Unknown said...

kak nani, aida pun dah update .. dah trial pack tu pun dah habis .. cuma nak membeli produk ni kena kumpul duit lah lagi .. hahaha

LINA EVERLYNN said...

pitera essence sk2 lina pakai..tak silap size kecil die rm199 yg besar rm300 lebih..mmg kulit halus mulus licin.sempat pakai sekali 2 jek sb brg mahal x mampu.hehhee.bertukar pd produk yg lbh murah n sesuai dgn kulit muka

NaniRostam said...

Alhamdullah...Allah itu Maha Pemurah...ketika saya baru sahaja diperkenalkan SKII oleh seorang kawan dan sangat suka akan keberkesanannya...tiba-tiba saya didatangi oleh SKII untuk membuat promosi produk di blog saya....

Kalau kita ikhlas insyallah...pasti memperolehi kebajikan.

Kenalinya dan anda akan jatuh cinta...dalam kecantikan duit tak boleh berkira....

'Asyida said...

menarikssss...kak nani ,ada promo lgkan pitera essence set tuh?


www.asyidajabar.com

Nabilah said...

Salam Aunty,

Sampai bila free consultation ni ye?

Nabilah said...

Salam Aunty,

Sampai bila free consultation ni ye?

y2j said...

Betul tu..dah rezeki Kak Nani n Hanis.. No wonder both of u post the same entry.. God bless both of u..

I am not perfect said...

kak nani.. ingat lagi saya? khusna dari Perlis.. saya buat blog semata2 nak comment dalam blog akak! kali ni.. saya impikan SKII yg x dapat2 dari tahun lepas. wish me luck!

Dinas Aldi said...

Memang tertarik sungguh saya dengan SKII ni tapi asyik berabih duit dengan benda lain, tak sampai lagi ke kaunter SKII :D

cik aloyah said...

salam kak nani,

thx for d info. tak sabar nak beli SK-II. Hopefully sesuai untuk kulit saya........ ~luv~

Unknown said...

assalam pn nani, gud job ..being 'tough' everyday & still got time on ur own..tuntutan agama jgn diringankan..keluarga,anak2 mesti diterapkan nilaian islam semoga mendapat keberkatanNya

NaniRostam said...

waalaikumusalam...alhamdulillah...terima kasih kerana mengingatkan...memang sejak kebelakangan ni terlalu sibuk sampai rutin bangun sunat malam, sunat tahajudd, sunat taubat dah lama saya tak buat...

baru semalam pegang balik alquran pun tak jadi baca sebab dapat panggilan telefon...

insyallah atas peringatan dari kawan-kawan saya cuba menjadi wanita yang solehah...doakanlah saya panjang umur dalam keimanan...amin...ya rabbalalamin....

Ibu Comel Sedunia said...

k.nani, mmg teruja nak try...klu ada peluang camni akk roger2 la org JB ni...asik tertinggal kapal je..nak gak muda sentiasa cam akk..SKII....akan kumiliki (ntah bila agaknye)

chia-chia fashion. said...

kak pun guna SK11 ni dekat 4 thn...walau mahal berbaloi..tapi kak tak pernah pula jalani analisis kulit..
mungkin kat sabah belum ada lagi kot.

salam kenalan kak nani.