Salam aidilfitri....buat semua yang mengenali diri saya...samada jauh atau dekat di hati..samada kenal hati budi atau sekadar kenalan...samada yang pernah bersua atau sekadar di alam maya...saya ingin memohon kemaafan daripada anda semua sekiranya pernah ada salah dan silap..yang sengaja mahupun bukan.
Moga lembaran baru ini, segala dendam terlerai, api sengketa terpadam, ikhlas kemaafan saya berikan dan keampunan dari anda semua saya harapkan.
Alhamdulillah, subhanallah, syukur Allah swt...saya panjatkan doa dengan bertemunya saya lembaran kali ini dengan doa moga Allah panjangkan usia untuk saya bertemu semula akan setiap ramdhan yang membawa seribu keberkatan sehingga saya tidak lagi alpa di dalamnya.
Sungguh saya amat sebak bila ramdhan hampir berlalu walau hati tetap gembira di atas kemunculan syawal. Orang kata pejam celik...walau pun saya lebih banyak celik tup-tup esok lusa dah hampir hari raya.
Syukur sekali lagi Allah Yang Maha Mengasihani memberi saya khudrat dan tenaga untuk saya terus mengharungi cabaran hidup ini dari segi mental dan fizikal di samping mahu menjadi kan syawal ini lebih bermakna buat anak-anak yang taat menjalani ibadah puasa selama sebulan penuh dan pasti mahu meraikan akan kemenangannya.
Orang kata berniaga kuih muih hari raya ni..memang masyhuk. Tetapi kalau badan dan semangat tak cukup kuat lebih baik anda pilih business lain.Selain daripada part yang paling perlukan kommitment sepenuhnya iaitu sessi menghadap oven untuk membakar kuih, kerenah sesetengah pelanggan juga boleh membuat anda stress. Jadi pandai-pandailah menangani stress dalam hidup ini. Stress dalam hidup perlu untuk membuat kita terus bergerak tetapi terlalu memikirkannya boleh merosakkan kesihatan.
Alhamdulillah mujur walau begitu berat bebanan untuk saya menjayakan apa sahaja yang saya ceburi, tetapi oleh kerana saya tak pernah memikirkan bebanan tu malah terus menerus berkerja siang dan malam walau hanya dapat tidur sejam dua dalam sehari tetapi itulah Allah Maha Mengasihani hamba-hambaNya.......terus memberi saya kesihatan yang baik untuk saya bekerja siang dan malam demi anak-anak tercinta.
Biar syawal lagi dua hari menjelang namun rumah saya bagai sebuah kapal yang karam. segalanya serabut menyemak mata hati dah perasaan. Namun apalah sangat rumah yang serabut berbanding jika hati yang serabut mengenang orang-orang yang selama ini begitu rapat tiba-tiba menjauh diri sejauh-jauhnya.
Namun alhamdulillah Allah Maha Kaya, kalau ada yang menjauh pasti akan datang yang mendekat...kalau ada yang dah benci...pasti ada yang menyayang.
Hidup ini tak selalu sama. Tak selalu di atas dan tak selalu juga di bawah. Asalkan kita tahu hati kita...kita jaga hati kita rapi-rapi jangan sampai sekelumitpun dia berbau bangkai. Asalkan kita jaga hati kita biar terus harum...penuh saling sayang menyayangi sesama kita.Ikhlas menyayangi kerana kasih sayang yang lahir dari hati yang suci pasti membuat segala tekanan hidup kita dapat tangani dengan mudah...insyallah....amin.
SEHARI DUA SEBELUM RAYA
HARI RAYA PERTAMA DAN KEDUA
saya memilih tema putih mulus kerana harapan saya mahu orang-orang disekeliling saya semua mempunyai hati yang putih mulus...tak wujud hati hati yang jahat...tak wujud hati-hati yang pandai berpura...tak wujud hati-hati yang pandai berlakun...tak wujud hati-hati yang depan nampak baik tapi penuh dendam....
Bingkai pintu kayu yang putih mulus...
Percaya atau tidak entah bagaimana malam raya saya boleh berada di Jalan Pasar untuk membeli bunga-bungaan....
Merah yang menjadi titik tumpu bila berada ditengah-tengah putih yang menyejukkan.....
Merah yang menjadi titik tumpu bila berada ditengah-tengah putih yang menyejukkan.....
Lepas solat hari raya...saya arah anak-anak salin baju dan tolong saya gantung langsir....
Kakak ipar sekeluarga yang datang dari Perlis merayakan aidilfitri di rumah saya tahun ini.......
Gelas raya warna hijau...sekadar mahu menukar suasana yang meja makan tahun ini...
Liana dah berapa kali round makan ketupat lodeh ayam merah......
Dalam kesibukan menyediakan juadah saya minta Imran buatkan Strawberry Oreo Cheese Cake...memang berbakat....
Yummy....akhirnya saya dapat makan pada potongan yang terakhir.....
Hanis meraikan kawan-kawan satu universiti dengan nya.......
Lepas makan budak-budak ni pun mengadap TV lah jawabnya...
Paling atas kek kukus hasil airtangan saya, cheese tart oleh Ahmad Imran dan kuih makmur hasil tangan Liana....
Hari raya tanpa air oren...terasa ada yang kurang......
Ros dan anak-anak sekeluarga.........
Hari raya kedua saya bangun solat subuh terus capai penyapu...menyapu dan membersih laman yang hampir berbulan tidak menerima sentuhan saya....
Rasa lapang dada dan perasaan melihat laman rumah bersih berkemas......
Selepas itu bersiap bertolak ke Tanjung Karang...untuk beraya di rumah Mak Wati iaitu mak angkat saya yang baru saya temui dua minggu sebelum raya ketika menemani Imran dan Alisya bershooting iklan raya.....
Ini kali kedua saya kerumahnya....alhamdulillah jiwa saya yang penuh kedesaan ini selalu merasa seronok berada di dalam suasana kampung...kami dihidang makan nasi berlauk masak lemak pucuk ubi dan sambal belacan...sungguh menyelerakan...
Pak Ahmad yang sangat rajin mengerjakan tanah yang penuh dengan tanam-tanaman...
Gelas raya warna hijau...sekadar mahu menukar suasana yang meja makan tahun ini...
Liana dah berapa kali round makan ketupat lodeh ayam merah......
Dalam kesibukan menyediakan juadah saya minta Imran buatkan Strawberry Oreo Cheese Cake...memang berbakat....
Yummy....akhirnya saya dapat makan pada potongan yang terakhir.....
Hanis meraikan kawan-kawan satu universiti dengan nya.......
Lepas makan budak-budak ni pun mengadap TV lah jawabnya...
Paling atas kek kukus hasil airtangan saya, cheese tart oleh Ahmad Imran dan kuih makmur hasil tangan Liana....
Hari raya tanpa air oren...terasa ada yang kurang......
Ros dan anak-anak sekeluarga.........
Hari raya kedua saya bangun solat subuh terus capai penyapu...menyapu dan membersih laman yang hampir berbulan tidak menerima sentuhan saya....
Rasa lapang dada dan perasaan melihat laman rumah bersih berkemas......
Selepas itu bersiap bertolak ke Tanjung Karang...untuk beraya di rumah Mak Wati iaitu mak angkat saya yang baru saya temui dua minggu sebelum raya ketika menemani Imran dan Alisya bershooting iklan raya.....
Ini kali kedua saya kerumahnya....alhamdulillah jiwa saya yang penuh kedesaan ini selalu merasa seronok berada di dalam suasana kampung...kami dihidang makan nasi berlauk masak lemak pucuk ubi dan sambal belacan...sungguh menyelerakan...
Pak Ahmad yang sangat rajin mengerjakan tanah yang penuh dengan tanam-tanaman...
Mak Wati berbesar hati memetik limau kasturi untuk membekal saya ketika pulang...
Anak-anak meninjau-ninjau sekeliling rumah dan seronok melihat ayam di dalam reban yang bersih....
Anak-anak meninjau-ninjau sekeliling rumah dan seronok melihat ayam di dalam reban yang bersih....
28 comments:
meriah nyaa raya.. hehee
Cantik rumah kak Nani raya ni, seronok tengok. Maksud saya bila dah lepas kemas dan cat la, hehe!
Nampak tenang ja kat kampung tu.
Selamat hari raya & maaf zahir batin, kak Nani!
Salam wahai Ratuku Nani, Selamat menerus kan sambutan lebaran IdilFitri bersama keluarga kesayangan.
Ya ampun ... meriahnya sambutan dirumah Nani, ada tetamu datang berkunjung semua, dimana tidak terasa lansong disini pabila menyambut Hari Raya, namun dapat juga berkongsi dengan menatap photo-photo dari Nani lagi-lagi photos beraya-ziarah kerumah Ibu-angkat Mak Wati, serasa sangat dikampong desa halaman ya Nani, semuanya ada dari tanaman yang maha pemurah terus dengan ternakan, ini namanya kampong melayu yang sejati, indah sekali! Beruntung Nani masihi dapat berpengalaman beraya seperti zaman dolu-dolu dimana dizaman sekarang sudah banyak kampong desa tidak lagi berupa kampong desa se-aslinya seperti zaman Nenek-Moyang kita dahulu.
Panjang kata, gambaran sambutan IdilFitri disekitan rumah Nani begitu cantik-anggun lagi tertip suasana-nya.
Sampaikan salam lebaran IdilFitri dari Ratna sekeluarga buat Suami juga Anakanda semua ya Nani. Nanti akan Ratna telefon Nani.
Salam manis manis madu.
Selamat Hari Raya Kak Nani...puas nya baca cerita kak nani kali ni :)
bestnya autie dapat petik pucuk ubi..
cantik rumah kan kalau cat warna putih...berseri walau putih..mulus
selamat hari raya auntie
SELAMAT HARI RAYA AUNTY..
MAAF ZAHIR BATIN
saya balik rumah mak sedara di sungkai pun dijamu dgn nasi panas berlauk ikan masin, ulam raja dan sambal belacan. sampai hari ni masih teringat2 lagi.
putih yg mendamaikannn...
slmt hr raya kak nani, maaf zahir btn. cantik bingkai pintu di cat putih, nmpk mcm french door betul. rumah mak angkat akak tu betul2 tergmbr kedesaan, alangkah seronoknya klo dpt beraya di situ
alolo comelnya rumah kaler putih, suke sangat2. selamat hari raya kak nani n sekeluarga
selamat hari raya kak nani :)
Cantiknye rumah kak nani (selepas dikemas le...hihihi). Kak nani memang superwomen
salam unt!!
cantik rumah bila xpasang jeriji besi...kebanyakan rumah pasang jeriji tu takut org pecah masuk rumah ..tp mcm mana unt jaga ya dr dipecah masuk?..
salam semua...selamat hari raya maaf zahir batin...
terima kasih sebab jadi sahabat saya di alam maya...kalau ada salah silap kata-kata harap dimaafkan...
oh ya tentang rumah tak pasang jeriji tu...memang agak tak selamat...
setiap pintu rumah saya pasang alarm..sebagai menggantikan jeriji besi...
Amboi kak nani..sempat cat rumah last minute lagii...cayalah !
Hidangan raye kak nani..dah macam ala-ala rumah chef wan di hari raye pulak sekali pandang...sy nengok gumah dia kt dalam nona semalam...peehh dashyat sebijik cam kat hotel...
salam k.nani,selamat hari raya...saya silent reader blog k.nani...boleh mintak imran share resepi strawberry oreo cheesecake nya?
akak selamat hari raya!!!
kaler putih mmg in skrg,ala-ala victorian sikit pun ada. kalau saya beraya kl mmg saya dh dtg serbu rumah akak ni tapi masalahnye cuti pun pendek je,tak sempat pun nak balik nilai T_T
insyaallah bila2 boleh le saya singgah,tak raya pun takpe kan?hehe tak malu habis dah ni
Salam Aidilfitri Kak Nani,
Cantik rumah kaler putih, nampak berseri. Tapi kak nani mmg hebat sebab msh sempat cat rumah di saat2terakhir.
Wah!! Cheese tart!! Mesti yummy!!! Boleh share resepi tak aunty? =)
selamat hari raya..;p
cantik rumah..jeles tengok..InsyaAllah kalau ada umur yg panjang saya ingin jejaki rumah yg cantik itu..lg2 nak jumpa sangat kak nani..;)
Salam kak nani,
Selamat hari raya, maaf zahir batin. Kuih dan kek yg dipaparkan diblog akak nampak sgt menyelerakan. Itu belum lg menjamahnya, sedap sungguh nampaknya.
Terima kasih sudi menjengah blog sy di http://arteeza-ariss.blogspot.com
Didoakan kak nani dan keluarga berterusan dimurahkan rezeki dan diberi rahmat oleh-NYA.
wassalam
Setiap kali gi rumah aunty rasa tenang je...part banyak balang kuih tu pon tenang jugak sebab kuih2 sedap sangat...excited nak gi tengok rumah baru cat...oh and imran is so talented...Salam Mubarak to the whole family..
semuanya tampak berseri dihari raya kat tempat aunty, bukan penghuni rumah jer..rumah pun turut berseri :)
Cantik sungguh rumah Puan. Pandai puan menghias rumah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat puan sekeluarga.
Masyaallah... Indahnya suasana Kg... erm Mak Watie nak anak angkat lg tak??? hehehe
cantiknye kg mak wati tu ek. misti best beraye kat sinun kan
salm kak nani, umah kak nani cantiknyeeeee.. sapa yg cat?? anak2 ke??
Post a Comment