Monday, October 3, 2011

Penjagaan Kulit yang Terbaik

Assalamualaikum.

Semakin usia meningkat, semakin menebal kerisauan bila kulit wajah mula mengendur dan kedutan halus mula muncul tanpa diundang. Mulalah kita tercari-cari produk kecantikan yang pasti kita harapkan keberkesanannya.

Baru- baru ini saya diperkenalkan dengan satu lagi product kecantikan untuk saya war-warkan tentang kebagusannya kepada anda semua.

Kalau anda sedang tercari-cari produk kecantikan yang bagus, berkesan dan berbaloi dengan budget anda yang agak ketat saya syorkan satu produk yang sangat bagus iaitu rangkaian produk kecantikan Neutrogena Ageless.

Alhamdulillah memang saya agak bertuah apabila diperkenalkan rangkaian baru dan lengkap NEUTROGENA AGELESS merupakan satu penemuan hebat dalam penjagaan untuk kulit gebu, anjal dan awet muda.

Bukan mudah untuk mempercayainya kalau sekadar kata-kata dan janji manismu kalau kita sendiri tidak pernah mencubanya bukan? Setelah seminggu mencuba saya mula percaya bahawa rangkaian Neutrogena Ageless adalah sesuatu yang harus anda cuba tanpa ragu-ragu. Bukan omongan kosong, ianya memang dapat mengurangkan garisan garisan halus pada wajah, kulit lebih halus dan apa yang paling penting kulit jadi lebih ANJAL!!

Saya suka Neutrogena bukan sekadar produk yang bagus tapi pembotolan yang sungguh mewarnai hari-hari mendatang..cewah merahnya mak ngah…….

Inilah yang rangkaian produk NEUTROGENA AGELESS yang bagus untuk kulit :

Per tama – Memperbaharui lapisan paling atas dengan vitamin B3 yang dapat menegangkan dan mengurangkan kedut kedut halus agar wajah tampak lebih mda.

Kedua – Mengekalkan kelembapan kulit supaya dapat lebih sokongan dengan Southernwood Extract.

Ketiga – Memperbaiki lapisan paling bawah dengan kelebihan antioxidant yang terdapat dari Dill dan Blackberry Extract yang dapat menyekat kehilangan elastin dan menguatkan struktur kulit.

Kebanyakan kebanyakan proses penuaan berlaku lebih awal dari usia kita sebenar seperti berlakunya jeragat, noda-noda hitam, kulit kurang anjal dan garis-garis halus mudah terjadi semata-mata dengan gaya hidup masa kini….iaitu persekitaran yang mendedahkan kulit pada sinaran uv matahari dan juga diet seharian yang kita amalkan.

Kalau kita faham tentang proses penuaan kulit maka lebih mudah kita menjadikan penjagaan kulit sesuatu yang harus kita titik berat.

Ok apa yang anda harus faham bahawa kolagen dan elastin adalah satu kubu pertahanan pada kulit yang menyokong supaya kulit tegang dan anjal. Namun apabila usia semakin meningkat, kolagen dan elastin akan musnah LEBIH CEPAT yang menyebabkan kulit jadi KENDUR dan KEDUT……eeww dua perkataan yang tidak suka didengari bukan?

Apabila ini terjadi maka kulit akan hilang upaya untuk mengekalkan kelembapan dan sokongan manakala proses pembaharuan sel-sel menjadi semakin lambat. Nah ini semua merupakan tanda-tanda penuaan yang berlaku secara semula jadi…

Regime penjagaan kulit waktu siang yang harus dimulai dengan krim pencuci, diikuti dengan tonic water, kemudian essence, seterusnya lotion yang mengandungi spt 20 dan diikuti dengan krim dan akhir sekali gunakan eye cream. Untuk sebelah malam, mula-mula krim pencuci dan tonic water,essence, lotion spt 20 dan akhir sekali adalah krim mata.

Ok mulai waktu pagimu dengan menyapukan krim pencuci secara merata pada wajah kemudian dengan menggunakan facial cotton pembersihan kulit wajah dapat dilakukan secara mendalam.

Selepas krim pencuci, sapukan tonic water pada wajah dengan menggunakan facial cotton memang membuat wajah bersih dan segar senyaman bayu pagi.

Kemudian jangan lupa essence yang mempunyai struktur sehalus sutera dan dapat meresap ke atas kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak dan melekit… saya suka akan kehalusannya ke atas kulit wajah.

Untuk waktu siang sahaja saya perlu memakainya kerana dia adalah lotion yang mengandungi spt 20 untuk perlindungan kulit dari uv matahari.

Langkah ke empat yang paling penting iaitu krim anti kedutan sekaligus dapat menegangkan kulit wajah dengan begitu effectif.

Tadaaaaaaaa…..yang terakhir haruslah krim mata agar mata sentiasa segar serta dapat menghindari dari terbentuknya eyebag, dark circle atau kedutan kulit di kawasan mata.

Sebab penuaan berlaku seawal umur 21 tahunlah, perlunya wujud rangkaian dengan harga berpatutan! Neutrogena mungkin solution untuk anda semua.

Kalau ada orang yang begitu selesa dengan sesuatu produk sebab dia fikir produk itu sesuai dengannya sehingga langsung tak perasan yang dia telah lama membazir wang kerana produk digunakan tidak memberi kesan yang memberangsangkan… Masa untuk sedar!!!

Belum terlambat untuk kita memulakan satu regime set penjagaan kulit yang mengandungi formula yang lebih berkuasa kerana setiap lapisan kulit mempunyai tanda-tanda penuaan yang berbeza maka harus ada formula yang berkuasa dapat menembusi sasaran yang berbeza pada setiap lapisan kulit.

Walau apapun untuk memberi peluang bagi anda mencuba produk ini sendiri, maka 3 komen terbaik yang terpilih untuk entri ini akan memenangi the whole Neutrogena Ageless set dan pendrive bernilai RM130! Masa untuk bertukar!!! Semoga berjaya!


73 comments:

Puan CikSaba said...

saya nak cube..!!..:)

sy ingin mencube produk neutrogena ageless ini kerana set penjagaan muku yg sy gunekan skrang sudah tidak berapa efektif pd muke sy & pd usia sy sudah masuk 23 tahun ini..jd, dgn ade nyer percubaan produk ini, dpt la sy mencubenya..dan menjadikan muke sy licin & yg penting tanpa eyebag lagi..:)

ayeen @ cik tudung pinky said...

salam.
saya memang tengah tercari-cari produk anti-kedut2 nih, sedia maklum umur dah masuk 30..sebelum ni pernah cuba yg abby abadi nya, rita rudaini ( kini rozita che wan , saya sebut duta nya ajer...kang kena saman lak )..tp mcm takde apa pon yg berubah..jeragat plak dah tambah 2, 3 biji...huhuhuh...tolong...

Puan Eka said...

auntie,eka kan takde pakai pun penyegar ke pelembab ke..

kulit tak boleh terima benda tu..huhu

pernah pakai berpanau..skang ni eka guna pencuci muke jer...

huhuhu.

teringin gak nak try

kemma said...

dasyatla kak...ermmm..gigil geram tgk botol kaler merah...pasni makin jelita le diri mu kak...kehkeh..

Pka Rahim said...

merah menyala2 setnya..dari jaoh dah boley nampak..si pemakainya pon nanti mesti dari jaoh lagi orang da nampak sebab wajah berseri2 hasil keberkesanan penggunaan set neutrogena!

hehe! :)

Mami Booluck said...

akak nani ni pakai p lah apa pon suma elok..mcm saya ni kalu pakai belom tentu jadi mcm akak nani...

tapi kn akak,produk ni sesuai utk suma jenis kulit ka??risau jgk kalu saya cuba muka yg sederhana tulus ni jadi lagu lain plak...Hehehe

Sekadar bertanya sblm mncuba.. ;)

I.L.Y.A.N.I.E said...

' Sebab penuaan berlaku seawal umur 21 tahunlah, perlunya wujud rangkaian dengan harga berpatutan yg sangat tertarik menarik kau memang da booommm'
Rasa jeles pulak dgn Auntie.

Saya pon nk kulit gebu macam Auntie Nani. Bertukarrrrr Ekekekeke :)

Along Maklong said...

salam nani..
mana lebih ok.. kalau dibandingkan dengan SKII..?

ateh said...

Kak nani memang begitu menitikberatkan penjagaan kulit sehinggakan kak nani kelihatan jauh lebih muda daripada umur sebenar.. tahniah kak nani.. saya kagum sangat. Selama ini saya cuma silent reader tapi pagi ni terpanggil untuk memberi komen.. ahaks

ayukhairy said...

saya begitu kagum melihat cara kak nani begitu teliti dalam hal penjagaan kulit ini..tak dinafikan bila umur makin meningkat proses penuaan akan berlaku di mana ketika ini lah kita harus bijak mencari produk yang sesuai ..

sayang betul la kak, saya baru je mencuba full set produk kecantikan dari SAFI RANIA GOLD bermula daripada minggu lepas.. saya memang tercari2 produk penjagaan kulit yang sesuai sekarang ni memandangkan umur saya pun makin meningkat ke 30 tahun.. saya pilih SRG pun diatas testimonial n hasil yang saya lihat pada perubahan kawan2 saya...alangkah bagusnya kalau saya jumpa entri ini dahulu... adakah saya terlewat ????waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

pssstt....kak nani, saya nak menang set ni boleh ??hehe..^_^

ateh said...

kak nani begitu menitikberatkan penjagaan kulit sehinggakan kak nani kelihatan jauhhhhh lebih muda daripada umur sebenar.. tahniah kak nani.. saya kagum sangat.

The One and Only said...

Waahhhh....hari tu pakai SK11, lepas sebulan pakai Neutrogena pulak, tak tau mana satu yg buat kulit jadi anjal sbb semua cerita pun sama dik, tak tau yang mana satu nk follow nih....apa2pun tahniah dari akak

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

comelnyerr kak nani...

linda mmg pengguna setia facial liquid neutrogena dr remaja lg.. tp x perasan pulak yg depa dah ada new product..tenks k.nani 4 ur info, linda pun dah 32 tahun, so molek sgt lah utk mencari set penjagaan yg ala2 nih, tambah2 pulak ianya dr nuetrogena...:)

UyuNs NuRuls said...

akak nak kene komen kat mane ..> teringin nak try ...

Haris Zuhaina said...

As Salam... Dah tukaq ka? Ari tuh guna SK II, sblm tukaq tuh kena free kan dak muka? boleh ka campuq2.... :)

ceklala said...

penuaan berlaku di awal usia 21 tahun..patutla sy dah nampak sikit2 kedutan di muka sy..paling ketara di bawah mata..kadang agak menakutkan bila eyebag muncul!!

saya sangat layak untuk menang Neutrogena Ageless set yang aunty tawarkan itu!masa untuk bertukar!!hehe

UyuNs NuRuls said...

yun nak sngt try this Neutrogena Ageless set ni ...coz tahun depan baru nak masuk 30...tp kulit muka da kusam, banyak timbul bintik hitam, dah macam2 produk da yun cube..tp still tak dpt result yg mengembirakan...plz HELP ME NEUTROGENA AGELESS...SAYA TIDAK MAHU KELIHATAN TUA DR UMUR YG SEPATUT NYE !!!!!

Cik Suheela said...

aik??aunty dah beralih arah drpd SKII kaaaa???

Erra Collections said...

wahh!!! bagusnya produk ni... erra suka sangat bila ada produk-produk yang berkesan cam ni... patut la muka kak Nani cantik,tengok muka kak Nani pakai produk ni,erra teringin la jugak nak mencuba..tetambah lagi dah masuk usia 20-an.

Zareene Saifuddin said...

salam kak nani,
saya selalu baca blog akak dan amat tertarik dengan beauty tips yang akak share dengan all your readers. saya berusia 34 tahun dan kulit telah menunjukkan garis2 halus tanda penuaan :( sekarang ni menggunakan produk safi rania gold.. telah menggunakan produk ni selama 1tahun tp kurang menampakkan kesan. Nak bertukar kepada SKII atau Olay Regenerist, bila tengok harga, ternyata saya tidak mampu. saya berharap agar saya menjadi antara 3 org pengomen bertuah untuk memenangi set neutrogena supaya saya dapat kembalikan keanjalan kulit serta menghilang garis2 halus tanda penuaan di wajah saya... saya nak wajah saya glowing macam kak nani.. u're my inspiration, kak nani..

TheGreatestMom!!! said...

wah mcm best je... Packaging tersangat menarik, haruslah selari dgn keberkesanannya... Haruslah mencuba sementelaah usia dah masuk 3 series ni...

kuchintaantik said...

walaupun saya nampak muda gak (err... mengikut firasat anak saya yg berumur 11 tahun), tapi Nani nampak jauh lebih muda. Ada makan jamu ke? Sharele ye...

Nak dengar cerita pasai kucing org Bukit Jelutung, jempot ke blog saya ya!

- your admirer

Ismayanti said...

Dah jadi pengguna Neutrogena masa umur 20 an lagi…tak tau la plak ada Ageless set ni…sesuai bebenor la nampaknya. Dengan umur yg dah 3 series nk masuk 4 series ni…penjagaan kulit mmg..mmg..mmg teramat penting sekali..tu belum lagi faktor2 cuaca, aircond kat opis dan muka bos yg ala2 singa mengaum lagi menambah garis2 halus dan kedut2 kt muka terutamanya sekitar mata…dah usha2 krim mata dia…mmg tk brpa oily. Nanti nak sambar satu....Tenkiu k nani for the info…

Rafidah Ahmad said...

Ingin ku cuba Neutrogena Ageless
Demi kulit yang anjal dan ada 'kelasss'
Moga komenku yang paling teratas
Neutrogena Ageless, pilihan First Class!

:)

elis said...

Salam kak nani, x pernah tahu yg neutrogena ada ageless punya produk sampai la baca blog ni. so maknanya kena pakai sunblock dulu yer before pakai anti aging n eye cream. saya selama ni dok pakai sunblock last before putting on makeup. thanks kak nani for the info..nak kena try la this product coz sk2 di luar kemampuan.

shaliza said...

Saya nak cuba bertukar:-)

perempuan said...

assalam aunty nani ^__^
teringin nak hadiahkan Neutrogena Ageless utk emak tersayang... seronok kalau dpt tgk wajah mak berseri2 bila balik cuti sem ni (:

shiori_LA said...

Kak Nani...memang orang perempuan kena jaga penampilan kan...kalau tak nak tua sebelum waktunya...kecantikan dengan orang perempuan tak boleh dipisahkan macam lagu dengan irama.....cantik luaran dan cantik dalaman itu yang kita nak...

p/s lawa kak nani tak bermekap....natural beauty...

Rosniena said...

penemuan produk baru yang amat hebat dan setanding produk yang mahal di luar sana,amat berkesan dan efektif bagi kulit yang semakin dimakan usia,semoga penemuan produk baru ini memberi peluang kepada ramai wanita di luar sana mampu milik dan cantik.Yang pasti harga berpatutan,bebas ujian haiwan dan selamat dalam jangka masa panjang.

Ibu Comel Sedunia said...

Bestnye klu dpt produk ni. Dah lama sebenarnya mencari produk-produk yang memberi fokus kepada 'usia' ni dan dalam lingkungan harga yg berpatutan.Rasanya dah sampai masa untuk memberi penjagaan kulit muka yang lebih teliti dan berfokus. Jgn jadikan kulit kita mangsa kepada angka2 yg bertambah pd setiap tahun.

aimyaiman said...
This comment has been removed by the author.
aimyaiman said...

salam kak nani....

sy silent reader kak nani selama ni..bile baca entry ni, dapat tau pulak ada chance utk menang set neutrogena tu,best gile!saja mencuba nasib ni...suke sgt la blog akak ni, macam2 ada...kagum ngan bakat yg ada pada akak..sume pun boleh buat...

kalau lah dpt 1 set produk tu, mesti kulit saya pun jadi cantik macam akak kn...eceh...berangan la disitu..tp ikhlas dr saya, akak mmg superb...sgt beruntung mereka2 mempunyai ibu n isteri yg serba boleh mcm akak..

love...intan ;)

zooming zieta said...

Thanks Nani, I must try this wonderful product. Selama ni dok pakai product biasa2 je, tapi garis halus & kedutan are still obvious. Thsnks for sharing, this will be the first product I will search during my next visit to the beauty counter soon.

Nisrina said...

Salam k.nani,
Saya silent reader ader ajer selama nih..nak cuba nasib lah pulak...if ado rezeki kan..
Saya rasa saya layak di pilih oleh k.nani coz memang tengah tercari2 produk muka untuk diri sendiri yang baru masuk awal 30- an ni...selalunya yang jumpa semua over the bajet..yang ni ngam2...mana tau produk ni sesuai dengan saya...amin

Mymie Sein said...

salam kak nani..wahhh sangat excited dengar tentang products ni..teringin sangat nak mencuba sebab umur semakin menginjak naik..tapi sampai sekarang masih belum menemui products yang betul2 sesuai dan serasi..usia belum 30s tapi tanda2 penuaan sudah jelas ketara diwajah saya seperti wringkle, fine line, pigment, kusam, warna tak sekata, kering..kalau nak ditulis memang panjang berjela2 la..saya harap dengan terpilihnya komen saya ni, saya dapat mencuba dan akan terus menggunakannya dan membuktikan yang ianya benar2 berkesan..tq kak nani..

Aishah Megahasz said...

Oh Kak Nani. Saya sangat teringin mencuba. Produk sekarang hanya mampu hilangkan jerawat sahaja. Kalau saya yang bertuah itu, mungkin wajah bertambah jelita. Juga tampak lebih muda....hehehehehehe

cik sally said...

aritu kak nani cakap SKII la yg plg bgs abad ini...ni da neutrogena plak...huhhhh sungguh tidak stabil pendirian k.nani...bole poning pala

Laura said...

MasyaAllah, kak nani looked so young tak sangka dah ader anak dara umur 20an tahun.. no wonder beauty companies pilih akak untuk represent their products. They made the right choice! Kak nani comel la posing2 pakai produk camtu hahahah. Apapun, packaging Neutrogena nampak 'menyelerakan' huhuhuhu.. I want!

mulan said...

kak nani, saya mmg tgh mencari product untuk penjagaan muka...rasa mcm dah jumpa je yg terbaik..mmg sebelum ni saya pakai product neutrogena tp ada certain2 benda je ygs aya beli..now on kena tukar pada Nuetrogena ageless pula nampaknye..thanks kak nani for the info!!

NaniRostam said...

Assalamualaikum...

Saya hanya syer beauty product...neutrogena adalah produk penjagaan kulit terbaik untuk range price itu kerana harganya yang amat berpatutan untuk orang yang tidak berapa mampu. Kalau yang terbaik tu harganya tinggi habis yang tak mampu nak pakai apa...so neutrogenlah jawapannya...

Saya memakai banyak range product yang berlainan. Asalkan kita tahu keperluan kulit dan yang mana lebih berbaloi serta berkesan saya pilih yang itu....bila ada duit boleh beli yang mahal...bila tak cukup duit...memadailah cari yang terbaik tetapi masih dalam budget...

Cubalah baru tahu...dua-dua tetap ada kebaikannya..

Sekian terima kasih.

Aslyn said...

Dah lama tercari-cari produk yg blh menjadikan kulit saya macam kulit bayi. Maklumlah usia dah meningkat. Harap-harap Neutrogena Ageless lah jawapannya. Tambahan pula harganya amat berpatutan. Begitu teruja utk mencuba!

Tuan Din said...

eh, kak Nani, macam Warnidah imran ler sesekali solek... ada bau2 bacang ker?

vanillacoke said...

suntymes letih cari product yg paling seswai dengan kulit..umur dah 25..n still tak jumpe yg elok..hbes sme product try..huh..mcm mane la if umur 30 nanti..if sekarang pun tak dapat kasi yg terbaik..jeles tengok kak nani ..muke mude remaje lagi..kulit cantik sangat..mau seperti itu juge..

mama koda said...

Kulit yang licin, tiada kedutan dan berseri memang menjadi impian setiap wanita. Apabila usia sudah melepasi angka 30,saya masih tercari-cari produk yang sesuai untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan tanpa mengganggu kulit sensitif saya. Terujanya untuk mencuba neutrogena Ageless yang kak nani perkenalkan. Sudah semestinya kak nani amat mementingkan kualiti dan keberkesanan Neutrogena Ageless sebelum memperkenalkan kepada pembaca setia blog kak nani. Saya seronok baca blog kak nani!

ZF said...

saya perlukan produk Neutrogena Ageless ni, kerana saya baru berusia 22 tetapi kulit wajah saya tidak sekata dan nampak sangat tanda penuaan,bermasalah(kejap2 berminyak, kejap2 kering),masalah parut jerawat, tetapi untuk menutup cela2 (saya sanggup menebal dengan memakai bedak).

kalau saya dapat produk Neutrogena Ageless, saya harap Neutrogena dapat membuatkan kulit wajah saya kembali sihat, sekata, dapat menyelesaikan masalah-masalah penuaan dan parut jerawat dan ketidakseimbangan kulit di samping mencerahkan kulit wajah saya dengan sekata dengan kulit badan dan mengembalikan keyakinan saya kerana hari2 ada meeting dan berhadapan dengan klien. saya mahu kulit yang cantik dan sihat untuk berhadapan dengan public.

terima kasih aunty gojes!

dewicinta said...

Asssalammualaikum..

Saya adalah silent reader Kak Nani, sememangnya saya pengguna Neutrogena dan kekal memakainya sehingga kini. Kini dengan Neutrogena Ageless maka saya yakin akan keberkesanannya untuk merawat kedutan dek umur yang meningkat dan faktor tekanan.Memelihara kesegaran dan kesihatan kulit muka sememangnya penting dan harus di titik beratkan sejak awal 20-an lagi kini dengan umur yang baru memasuki angka 30-an saya amat menitik beratkan penjagaan kulit muka yang bersih, segar, licin, tegang tanpa kedutan.Sekian, terima kasih..

syazwanie sidik said...

Bila baca je entry kak nani kali ni..1st thing yg terlintas di hati nak beli produk ni dan hadiahkan to my mum..xper lah besday dah lepas..bg hadiah x mesti tunggu besday...even im just a housewife tapi sgt suka bg hadiah to my mum..hope she will like this one and make her much younger ;)

abbie eusoff said...

kak nani,
saya harap saya menang produk ni
sebab saya dari kecik, darjah 6 mcm tu memg jaga gila kulit.
kulit saya ok, takde masalah dan tak pernah pakai mekap bila keluar..even bedak pun dan sunblock pun tak pakai sebab rimas..
so nak elakkan sunburn, saye avoid dari panas, pakai payung,smpai mak saye cakap saye puteri lilin sebab saye takleh lgsg kene panas
so bile kak nani cakap dari stat umur 21 penuaan start,
saya terfikir yg saya tak pernah guna anti ageing produk. sekarang ni umur dah 23..berminat sangat nak beli produk ni, tp saye ni student lagi, allowance jpa pun dah habis, so faham2 lah ye kak nani...hehe

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, ooooo là là .. cantik-jelita sungguh, dengan penjagaan yang begitu rapi dan teliti dengan discipline diri yang teguh maka itu kulitmu menjadi bersih, berseri suci sekali, jika Nani tengok Ratna sekarang ini ?? ya ampun .... boleh lari semua orang !!

Gimana pun, cara Nani me-demonstrasi-kan product Neutrogena itu betul seperti "a beauty expert". Malam ini Ratna mahu mula sagat/scrub dengan aloe-vera, itu kulit muka yang tidak tentu keruan lagi!!! Terus bersemangat jadinya, begitu lalai tidak mengendahkan hal perihal kulit selama ini.

TerimaKasih wahai Ratuku memberi semangat lagi!

Salam manis manis madu.

dekmok said...

sy memang abaikn penjagaan kulit muka... biasa pki apa yg ada kat rumah ajer, biasa nyer ank2 pnya yg jd mangsa... klu terpilih memenangi set ni pn best juga sebagai permulaan saya menjaga kulit muka dgn set jagaan sy sendiri hehe... dgr kn pantun sy ini...

bekas merah mencuit hati,
ditambah testimoni puan nani sendiri,
dengan harapan belum terlambat lagi,
walaupun usia mencicah 44 kini...

aizeepesona said...

wah nampaknya kak nani dah puji produk ni & dah ada testimonial drp salah seorang follower akak...sooo confirmlah produk ni bagussskan..seronok saya tengok N3 kak nani betul2 macam artis pujaan bersama dalam ruangan Rahsia Kecantikan..

Begitulah kita sebagai wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik & berseri.

Semakin usia meningkat, perubahan demi perubahan akan berlaku pada kulit wajah kita..kita tak bisa untuk menolak ketentuan itu cuma kita haruslah berusaha agar janganlah kita "tua sebelum waktu".

Nak guna produk kecantikan ni perlu ada testimonial daripada si pengguna. Maka kita akan lebih yakin dengan untuk menggunakannya. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah harga yang berpatutan & berkualiti..faktor2 itu saya lihat ada pada
Neutrogena Ageless....

ehem..ehem...

Hidayah Yaso said...

sape yg tukang ambik gmbr neh? hehe

faizal Suib said...

salam, Kak Nani .

Setelah membaca review dari kak nani membuatkan hati saya terpaut ingin memberi isteri saya mencubanya . supaya nampak kulit lebih anjal dan berseri serta nampak lebih muda . saya lihat isteri saya menggunakan produk yang memberikan kesan sampingan seperti penglupasan dan membuatkan kulitnya nipis dan kemerahan . produk ini boleh melambatkan penuaan kulit sebabnya range produk ini menjaga kulit lapisan demi lapisan . Ia didatangkan dengan set penjagaan siang dan set penjagaan malam supaya kesan dapat dilihat dalam masa seminggu sahaja .Disamping itu harga juga berpatutan dan mampu beli .Insyaallah jika saya dapat 1 set produk NEUTROGENA AGELESS ini boleh lah saya memberikannya sebagai hadiah harijadinya yang ke 32 tahun yang jatuh pada 6hb Oktober . Amin .

maria isabella said...

Assalamualaikum

Sbnrnya yg mana satu kak nani guna?, hari tu SK II tak silap saya, ni Neutrogena pulak.

Owh iklan saja rupa2nya ... yg sbnr2 guna yg mana? pengikut confuse.

tq.

Akak Kembang said...

Kak Nani memang nampak neautural beauty. Cantik + Kiut. Ada jugak teman mengsyorkan jenama Neutrogena Ageless n tapi saya ni jenis kurang percaya sebab klit muka saya sensitif dan sering dihinggapi jerawat. Tapi setelah melihat kejayaan Kak Nani..hati saya tergedik-gedik nak habiskan skincare sebelum ni dan nak cepat2 try Neutrogena Ageless plak :)

Cieri said...

makcik pakai y mana more?aritu promote SKII. ke campur2?

leclatante said...

Hehe I think I should win because I'd be 22 next year and I'm still on the normal teenager skin cleansing regime hehe plus as a student saya takder duit to purchase the whole range, once I like it I will be a loyal user until I'm old haha :) plus, my mother would appreciate these products as well!

xoxo

NaniRostam said...

Salam semua...

Very simple....


Dalam range product kecantikan banyak yang bagus-bagus dipasaran. Bukan satu tetapi berpuluh....

Jadi neutrogena adalah the best product untuk orang yang tidak mampu nak beli skincare yang mahal-mahal.

Bila saya diperkenalkan dengan banyak product...mana yang saya promote adalah antara yang terbaik...

Saya pakai banyak product ikut kesesuaian kulit dan juga poket.

Tapi percayalah setelah seminggu memakainya ianya antara product yang terbaik...

Cubalah....berbaloi dengan wang anda...

Kalau dah terlebih duit boleh beli yang lebih mahal...ikut citarasa masing-masing.

shidasyakirin said...

Benar kak nani, setiap wanita inginkan yang terbaik untuk kulit mereka cuma tidak menemui produk yang sesuai dengan wajah. Beli mahal-mahal tapi hasil tidak seperti yang diharapkan. Hampa bukan.

Sememangnya NEUTROGENA AGELESS mempunyai "Perfect Set" yang boleh menjadi rakan karib wanita dalam menangani masalah-masalah penuaan sebelum waktu yang dialami oleh kaum hawa.

Testimoni kak nani telah mengujakan hati kami untuk berubah.
Ya, masanya untuk wajah kulit yang lebih anjal dan cantik dengan NEUTROGENA AGELESS!

Mymie Sein said...

wahh yeke kaknani..ni yang teringin nak cuba bila kaknani nak cakap gitu..almaklumlah duit pun kadang2 tengah bulan dah kering ni kan pulak nak beli skincare yang kebanyakkan dipasaran semua mencekik darah kalau nak yang bagus..saya harap saya boleh terpilih antara 3 terbaik dan saya boleh mencuba set ini..terima kasih kaknani,,

Jinjulis J. Padasian said...

Auntie, saya berjanji sekiranya saya win this produk, saya akan menggunakannya dengan penuh sabar tanpa jemu mengikut arahan penggunaan, saya juga akan menggunakannya dengan konsisten walaupun setiap malam selepas balik dari kerja berasa sangat malas dan mahu terus tidur saja. saya juga akan mengamalkan mengambil wuduk dengan kerap, maka insyaallah ia akan dapat menambahkan seri diwajahku ini. thanks

The One and Only said...

Agak2 range price nya berape ye cik nani...rasa mcm nak cuba jgk la sbb saya pun pakai ikut suka je.....

Mohd Adib Bin Mohd Mohsin said...

Assalam Kak Nani Sekeluarga..

Saya rasa saya perlu dan layak untuk mendapatkan set Neutrogena Ageless range ini kerana walaupun saya seorang lelaki,tetapi saya juga perlukan penjagaan kulit untuk kelihatan menarik bagi meningkatkan self confident ketika berada di khalayak ramai.Ketika ini saya masih berusia 20 an ( 25 tahun) tetapi ramai yang mengatakan saya berumur dalam lingkungan 30.Kesedihan dan rasa down sangat2 melanda diri tatkala mendapat pujian(nada sedih n sinis)sebegitu @ teguran camtu.Jadi saya rasa saya lah yang paling layak di antara semua nya..

Wassalam…

DjiEOutlet said...

akak Nani,

sy dah masuk 30 this year. Sy juga pregnant anak ke-2. Untuk menyerlahkan lagi glowing di muka sewaktu menjadi mak buyung seterusnya menjadikan anak ke-2 saya (InsyaAllah)terkesima menyaksikan kemulusan kulit ibunya ketika beliau lahir nanti, saya syorkan agar salah satu set ini diberikan kepada saya. Lagi 2 set akak boleh berikan kepada komen bertuah yang lain. Semoga hadiah ini juga mampu membeliakkan mata suami dan anak lelaki sulung saya..Ya Allah, CUN nya ibu!!!!

Unknown said...

kak nani,
memang tak salah masuk blog kak nani. sejak kebelakangan ni, merata rata saya tanya orang tentang produk muka yang sesuai sebab kulit muka saya bermusim, kak nani. kejap berjerawat, kejap ok, kadang kadang berminyak..kadang kadang ok. usia pun dah masuk 3 series. hu hu hu..so, masih tercari cari produk baru. cakap saja lah, apa jenis produk kat luar semua saya cuba. dari produk SKII, clinique sampai lah yang di jual di pharmacy (neutrogena pun biasa) dan saloon2 ni kebanyakkan dah try. few brands such as NV and few more pon pernah try. baru baru ni ada terfikir nak cuba product baru yang packaging seakan akan neutrogena ageless ni juga ;p. tapi, belum ada kesempatan nak jenguk tengok dan beli. ada yang berkesan ada yang tak. but kulit saya jenis bila lama pakai, lama lama dah hilang kesan nya. but hey, why not.. try neutrogena ageless. i must go and survey.. now!

sher said...

Assalamualaikum auntie...Sudi-sudikan terima pantun yang tidak seberapa dari sy khas buat auntie tersayang...:D

Mudik ke hulu memasang bubu,
Bawa bersama secekak jerami,
Neutregene Ageless idaman kalbu,
Meremajakan kulit segorges Auntie Nani.

Mendayung perahu ke hilir Melaka,
Mudik ke hilir bersama satria,
Jeragat,jerawat penuh di muka,
Kulit kusam tak pernah ceria.

Riak gelombang tepian kali,
Indah lembut bayu menyapa,
Puas sudah aku mencari,
Produk serasi belum kujumpa.

Tinggi terbang burung di angkasa,
Sambil terbang berlagu sendu,
Hati berharap berdoa sentiasa,
Semoga Neutregene Ageless merubah hidupku.

Miss Rynn said...

Hadiah terbaik buat ibu dan juga saya..terima kasih aunty untuk pengenalan kepada produk ini..sehingga kini, ibu masih tercari-cari produk terbaik termurah dan terkesan untuk dijadikan regim. saya akan dapatkan segera sempena ulang tahun kelahiran ibu..xoxo

Mohd Adib Bin Mohd Mohsin said...

Assalam kak Nani..

Saya rasa saya perlu dan layak untuk mendapatkan set Neutrogena Ageless range ini kerana walaupun saya seorang lelaki,tetapi saya juga perlukan penjagaan kulit untuk kelihatan menarik bagi meningkatkan self confident ketika berada di khalayak ramai.Ketika ini saya masih berusia 20 an ( 25 tahun) tetapi ramai yang mengatakan saya berumur dalam lingkungan 30.Kesedihan dan rasa down sangat2 melanda diri tatkala mendapat pujian(nada sedih n sinis)sebegitu @ teguran camtu.Jadi saya rasa saya lah yang paling layak di antara semua nya..

Wassalam…

abc123 said...

salam kak,
suitable utk semua ke dia ada range skin?age? bila akak ambik ni, akak stop ke produk lain spt SK11 tu?thanks

abc123 said...

salam kak,
suitable utk semua ke dia ada range skin?age? bila akak ambik ni, akak stop ke produk lain spt SK11 tu?thanks.

CaMbEsT said...

Salam kak nani,

di usia 30-an ni, saya masih belum menggunakan mana-mana set kecantikan muka. muka nampak kusam dan bila petang ja kurang semangat bekerja. sangat teruja bila lihat wajah berseri kak nani, SubhanAllah.

maka diri ini terasa akan kesedaran penjagaan muka amat penting dan tidak mengira usia. sesuailah dengan kerjaya saya di bahagian korporat yang memerlukan kita bertemu pelanggan.

dengan set Neutrogena Ageless ni, pastinya memberi kelainan kepada saya. dah dapat rasakan semangat untuk kerjaya dan rumahtangga dengan Neutrogena Ageless yang kak nani rekomen!

Zillion thanks kak nani (",)

Mak Wardah said...

U dah memang cantik, just maintain aje. Dun hv to spend byk. Anyway, u were born nearly complete.

orkedalia said...

mao cuba juga boleh?? hehehe

alasan yang paling tepat saya nak cuba produk ini kerana ramai kenalan atau kawan2 yang baru dikenli menyangka umur saya di sekitar 26tahun ke atas & sudah berkahwin. mereka mengatakan saya kelihatan matang & berumur dari usia sebenar (24tahun)lebih2 lagi apabila saya mempunyai lingkaran hitam bawah mata. saya mahu kulit yg berseri utk hari pertunangan saya dalam 4 bulan lagi..perlu mula dari skrg bukan?? malah saya juga sangat berminat dengan collagen dust..but kna kumpul duit dulu utk dapatkan nya.hehehe

maaf la..skema ayat..nak cuba nasib kan..hehehe blogger pasif mean buka blog utk blogwalking jea..hehehe