Monday, April 11, 2011

Rindunya Aku......

Take A Break!!!.


Assalamualaikum...


Hectic. Kesibukan buat aku dapat melupakan kegundahan hati. Mujur ada beberapa kek hantaran yang harus aku siapkan. Jika tidak seharian semua yang kubuat serba tak kena.

Aku rindukan Hafiiz. Sekali pun tak pernah berjauhan. Terasa teramat sebak berjauhan dengannya. Mudah-mudahan pengorbanan aku menghantarnya ke sekolah yang jauh akan dapat menjadikan anak yang soleh dan berjaya dimasa depan.

Hafiiz consider anak bongsu. Walaupun kasih aku padanya bukan kerana dia anak bongsu tetapi bagi aku dia sangat istimewa dihati aku.

Sebenarnya tak mudah memujuknya untuk ke sekolah berasrama penuh. Aku tahu dia enggan sebab dia sangat rapat dengan aku. Dia tak mahu berjauhan dari aku. Namun sampai bila dia terus bergantung begitu. Aku melepaskan dia untuk jadi lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Selain daripada sifat pemalu yang amat sangat, dia juga merupakan anakku yang agak degil dan sukar mendengar kata. Kalau ahli keluarga lain terutama daddynya tidak begitu sabar dengan sifatnya tetapi sebagai ibu aku selalu cuba menutup kekurangan anak dengan melihat kelebihan yang dia miliki.

Bagi aku Hafiiz memiliki sifat terbaik seperti sangat pemurah, tidak suka mendesak, penyayang, penyabar dan rajin mengikut caranya.

Bila di rumah Hafiiz tak lupa tugasnya membancuh air minum untuk hidangan makan,pandai masak nasi goreng atau hidangan ringan, melayan anak-anak orang yang aku jaga dengan penuh perasaan kasih sayang, tidak jemu melatih Arissa bercakap walaupun doktor pernah mengesahkannya lambat bercakap dan sangat menyayangi kucing.

Sila amati video di sini betapa sifatnya yang sangat penyayang dan penyabar.



















60 comments:

Tasha said...

mmng mcm tulah bila anak2 dah besar....kan auntie

MasReena said...

"...sebagai ibu aku selalu cuba menutup kekurangan anak dengan melihat kelebihan yang dia miliki."

sebak baca ayat ni.. dulu saya selalu rasa mak saya berat sebelah kerana selalu lebihkan abang& adik saya yg suka buat perangai. bila dah jadi ibu, otomatik kita akan defend anak kita, kan?

How to overcome man-dominated society

Raden said...

aunty...nanti die jumpe gf camne aunty? :)

♥MAMASYAZA♥ said...

bila akak cerita pasal anak akak, saya teringat anak saya pulak, en. abah penah plan, kalo ami lulus upsr dgn cemerlang, dia nak ami masuk asrama penuh, biar berdikari ckit. tapi dlm hati saya, saya sedih, sy macam tak merelakan ami jauh dari saya, rasa cam tak harap pulak....sedihhh sgtttt

Miey_ZA said...

Sejuk hati ibu yang mengandung...!auntie,leh tak share resepi msak asam pedas melaka... tetiba tehengen plakkkkkkk...

Unknown said...

sebagai ibu, tersentuh hati sy melihat video bayi menangis ... kasihan sungguh nangis sehingga sebegitu rupa tanpa inisiatif yg sewajarnya utk memujuk sehingga die kembali tenang.. if sy ditempat ibu bayi tersebut pasti sedih bile fikir anak yg ditinggalkan kpd pengasuh menangis sebegitu rupa.. moga anak sy dan anak2 lain selalu dlindungiNya

Cik Puan Nurul said...

ooohhhh so sweet..

Masam Manis said...

phewwit dh nmpk peha hanis zalikha.. tp nmpk mcm dia x brmnt ngn budk2 je..

NaniRostam said...

Assalamualaikum mazliza....

Betul. Saya setuju. Kerana kamu hanya membuat andaian melalui apa yang kamu lihat bukan yang kamu hadapi.

Bayi yang bernama Chacha itu bukan kena sawan tangis, kembung, berak atau lapar. Dia hanya mahu didukung dan dipeluk oleh saya nanirostam sahaja tidak orang lain waima anak-anak saya.

Dia adalah bayi yang terlalu sedikit waktu tidurnya sepanjang hari. Dia hanya akan tertidur dimerata tempat tetapi bukan tempat tidurnya.

Bulan pertama menjaganya saya telah giveup dan meminta ibunya mencari babysitter lain. Tetapi ibunya sukar mencari babysitter dan dari semangat anak saya Alisya dan Hafiiz yang sangat menyayanginya menyukai bayi maka saya akur.

Dia akan terus terusan menangis bila tidak didukung oleh saya dan akan diam bila saya peluk dan dukung dia.

Puan mazliza fikirlah sendiri...seronok kah saya mendengar tangisan bayi berterusan begitu sepanjang hari.

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

Ahmad pun mcam tu bila saya hantar nursery. Tengok pengasuh dia pun mcam nak tak nak jaga Ahmad. Tapi skg Arissa dah ok kan? dia nak biasakan diri dgn org macam tu la asyik nangis aje.

NaniRostam said...

Assalamualaikum ashie niesha...

Hehe betoi...saya setuju.


Chacha (Arissa) tak macam tu...dari mula sampai dah 4 bulan saya jaga....habit dia memang menangis teran-teran yang kedengaran macam kena pukul....tetapi sebenarnya tak keluar airmata pun...kalau saya angkat dia boleh gelak macam tak da apa.

Pantang dalam hidup dia tengok saya lalu lalang tak angkat dia.Atau elok-elok mengadap dia lalu bangun...memanglah dia melalak meneran2....

anak-anak dalam rumah saya dah biasa sangat dengan kerenah dia...

tetapi saya salute dengan hafiiz dan alisya tak pernah jemu melayannya kalau dapat kan pengasuh lain tak tahulah.

Along Maklong said...

nani.. maklong pun dapat rasakan apa yang nani rasa.. sangat rindukan anak yang bongsu dan perempuan pulak tu.. dari mula dia dok asrama masa dia f.1 hinggalah sekarang.. dia lagi jauh dari maklong.. sambung belajar dinegara matahri terbit.. dah itu impian dan cita2nya.. maklong redhakan je..
doakan yang terbaik buat anak2 kita..

Life as a new momma said...

aunty must be very proud of Hafiz. i dont think there are many 13 years old boy who can stand listening baby crying that long. Atta boy!

JuliannaHashim said...

kak nani barulah nana tau mcm mane cha cha kat rumah kak nani..die memang mcm tuh..kalau boleh nak org mengadap die..video tuh mase awal2 kan kak nani.

masliza don't jump into conclusion..saya bersyukur ade org mcm kak nani jage anak saye dgn baik dan sabar..

thanks kak nani :)

Hanis Zalikha said...

MAMA?! MANA INISIATIF SEWAJARNYA MA?! Hahaha judge orang guna video 5minit.

FS Baby Fashionista Closet said...

huh.. anak sy dulu, sy sendiri yang jaga, sama la mcm arissa, asik2 nangis, celik mata nangis, nak berdukung 24hrs, ikut logik, sy ni mak sendiri pun x larat nak dukung 24hrs kan, and bdk2 macam ni jenis manja sket, tidur sikit sgt, mmg penat. Mmg susah nak jaga, but I salute k.nani sbb jaga jgk, sy kalau anak org, mmg surrender.. huhu.. Dont worry nnt die dh setahun lebih, xde la die nangis2 sgt, tips die, jgn layan sgt kalau nangis sesikit. Lagi di ajar skit2 nangis, angkat, skit2 nangis angkat, lagi die ngade and drama queen. But lain mak lain caranye kan.. tapi kalau dpt anak yang mmg kuat nangis, tido xpenah lebih sejam, u'll know wat i said. huhu

Wan Collection's said...

sabar sungguh hafiz ye. aduhai sejuk perut auntie dpt ank lelaki sesabar itu!

cik rye said...

salute la ngan auntie,alisya and hafiz!

sy nih dgr budak nanges lamer2 dah nak moody. Inikan auntie..penyabar btol

budak2 bese la cmtu..dier nak perhatian tu..lambat laun ok la tu..adek sy dulu, smpai sekolah kuat nanges mcm tu.. siap ayah bawak jumper pakar kanak-kanak..

but now dier dah habis sekolah, dialah yang paling berjaya and taat kat mak ayah..sbb dier ingat mak ayah dah berkorban mcm2 since dier lahir lg..lyn ragam dier..

Siti Hajar Masri said...

faham sgt perasaan auntie..mcm sy hntr ank sy kat kampung..tiap2 mlm mesti sy nangis teringatkan dia..sy tahu auntie kuatkan..hehe~

shiori_LA said...

ermm baca entry kak nani nih rasa rindu lak dengan abang (duduk asrama since form 1)...skang dah form 5 tapi still rindu lagi kat dia...huhuhu..kadang2 kalau beli barang kat budak2 nih..mesti beli gak kat dia...rasa macam dia masih kecik je....huhuhu...meleleh dah airmata nih...
btw hafiz sekolah asrama kat mana?

Nani Shahabudin said...

saya tak tgk video tu mula2. but after baca komen masliza terus pegi tgk. ingatkan apa yg teruk sangat. tak baik tau judge orang mcm tu. nak cari babysitter baik mcmana lagi? kalau hantar nursery lagi teruk diorang buat.

anita said...

hi, izinkan i yg tumpang lalu ni buat bizibodi skt nak bagi komen. ecually k.nani i understn wat u feelin. rasa serba salah sbb anak yg takmau pi dah pi, dan gundah gelana sbb bgn pagi tengok dia tak de kat rumah and reality hits home. so ur heart not in right plc kan, when u posted this. anyway, sometime we parent hv to mk tough decisions for children's future, kekadang rasa mcm bersalah kan, so dont worry. as for the vids k.nani, u hv to careful sikit..gambar baby mandi tu semua, u know la kan kat internet esp Youtube tu mcm mcm makhluknya yg tgk baby pun tak mcm baby.and rgdg t inisiatif wajarnya komen, i think mazlina got a point and u also got a point. klu iku psikologi mat salleh, mmg anak meragam kita takleh nak lyn even kkadang baby pun expert2 dia orang dulu ckp kita kena biar menangis sampai 15min supaya dia tak buat lg. tapi ada pendapat expert2 latest skang kat anak tak di layan nanti confidence low tak boleh bonding. so careful ler. lgpun setengah ibu2 too soft tak leh nak tengoh anak nangis so dukung la sampai tulang belakang terpulas. semua ikut individu dan anaknya. anyway, ur kids all turn out superb so im sure ur doin right.

Mama Mia said...

ape pun yang berlaku...tetap kesian tgk baby tu nangis..sedihh...

Laura said...

salam kak nani :)

memular saya pun sedih gak tgk baby chacha nangis cenggitu, sumer ibu pasti rasa camtu. Terpikir gak, napa la kak nani tak gi pujuk chacha tu since apa2 yg dibuat anak kak nani semuanya tak ngam ngan chacha. Tapi trpikir pula, ntah2 mmg habit si baby camtu. Teringat kat anak saya sendiri, suka nangis manja, nak mintak angkat, pantang tgk saya lalu kat depan :-)
Mak and ayah saya penah pesan, sometimes we need to ignore habit baby camtu, its just a phase and they'll grow out of it.

Filla said...

kak nani,
faham sgt apa rasa seorang ibu..dulu kecik2 walaupon mak garang giler..tapi mak jugaklah yang akan backing anak2 bila ayah marah...
lagi satu pasal baby menangis nie.. filla antar anak-anak dari baby lagi ke nursery.. yang 1st tu anto masa dah 7bulan.. beza2 perangai.. yang kecik tu memang melekat ngan filla je.. kalau ngan papa dia memula ok jer.. nampak kelibat filla, dan-dan tu melalak.. nak tido je, tanak orang lain kecuali filla.. sepanjang antar nursery filla tak kisah pon bila cikgu2 nursery ckp amaani tu asik melalak.. nak tido pon susah giler.. sampai dorang kata dorang biarkan jer kalau dia nangis.. memang lah sebak kalau bayangkan.tapi kita sendiri pon paham yang memang perangai dia susah tido dan mengamuk melalak sebelum tido..so biar jerlah.. janji takde luka bedarah kene dera sudah..aishh dah tekeluar point dah nie. sebenarnya nak cakap jgn nilai orang tgk luaran jer.. tgk video pendek mcm tu terus nilai orang tatau jaga budak.. omg direct sudah! kalau ler dekat, dah lama merayu mintak kak nani jadi babysitter amaani tu ;)

NaniRostam said...

Assalamualaikum...

Saya pernah hantar anak ke babysiter. Dan saya juga jadi babysitter.

Jadi saya tahu situasi dikedua-dua belah pihak ya.

Bila mengenang macam mana anak saya dilayan dirumah babysitter....

diikat di stroller sepanjang masa dalam keadaan ruang yang tiada kipas, tidak pernah dipegang mahupun didukung apatah lagi dimandikan, dibiarkan sendirian didalam buaian dan ditinggal agak lama untuk membawa kanak-kanak lain ke playground yang agak jauh,tidak pernah dilayan, maka saya cuba menjadi babysitter yang terbaik.

Saya mempunyai rumah yang luas, dipersekitaran yang selesa dan dikelilingi oleh anak-anak saya yang rajin melayan kanak-kanak dan penyayang. Memberi makan mengikut waktu, melayan dan membawa mereka pergi berjalan, casting seperti anak sendiri.

Memahami ibu bekerja, selama dua tahun saya menjaga Arissa baru semalam pertama kali saya meminta cuti.

Menyusukan bayi dengan memangku dan memeluknya sebab itu bayi yang saya jaga jadi rapat dengan saya dan menganggap saya macam ibu mereka.

Saya tidak pernah berkira masa, mereka boleh ambil anak mereka walau lewat sekalipun.

Saya menjaga mereka dengan erti kata lebih kepada tak sampai hati kerana mereka sukar mencari baby sitter dan kerana saya memang menyayangi kanak-kanak.


Bayangkan baby sitter melayu, berapa ringgitlah sejam baby sitter melayu dapat dengan bersusah payah menjaga anak orang.Ada yang hanya dibayar sejam cuma rm1. Bayangkan....pekerja filifina bekerja part time maid pun sejam rm15.

Kadang-kadang bila berhadapan dengan kanak-kanak yang sering menangis dan banyak ragam saya faham mengapa sesetengah individu yang tidak sabar boleh mendera anak-anak. Sebenarnya mereka amat STRESS dan bingit dengan tangisan dan ragam budak.


Mengata orang mudah...cuba diri sendiri yang berada dalam situasi itu macam mana rasa!!!!

lily lotus said...

saya banyak belajar dari entry ni :)

Chempaka Aziz said...

salam.

memang pun,hanya kesabaran yang kuat sahaja dapat menangani karenah mrk.tp kadang2 tu ilang sabar juga(hihii).tak payah pergi jauh,anak pergi sekolah utk 6 jam pun dah rasa rindu,inikan pulak yg jauh di mata...mmg rindu dan teringat2.sesiapa pun,bila dah tiada di mata,mmg rasa rindu..

Chempaka Aziz said...

salam.

memang pun,hanya kesabaran yang kuat sahaja dapat menangani karenah mrk.tp kadang2 tu ilang sabar juga(hihii).tak payah pergi jauh,anak pergi sekolah utk 6 jam pun dah rasa rindu,inikan pulak yg jauh di mata...mmg rindu dan teringat2.sesiapa pun,bila dah tiada di mata,mmg rasa rindu..

nor'aini said...

nk nangis tgk vc baby nangis tu. my kids yg sulung n no.2 jenis menangis siang mlm. dukung nangis, x dukung nangis.babysitter sggp jaga seminggu je, sbb dia x leh solat. then mintak tlg mak sdri jaga, pun seminggu je thn. lps tu baru anta nursery.

bila mengandung ank ke-3, sy jeran sgt.takut dia pun kuat nangis.Alhamdullilah yg no.3 ok.

so kak nani i heart u. tp vc mandi tu not nice la

Ruza Apparel said...

sian kak nani kiter ni...lain yg nak disampaikan, lain pulak yg orang nmpk ye? begitu ler manusia ye kak nani..suka nak judge orang sesuka ati sesedap rasa... :(

Ruza Apparel said...

sian kak nani kiter ni ye...lain yg nak disampaikan..lain plak yg orang nampak..begitu ler manusia..suka nak judge orang sesuka ati sesedap rasa :((

Unknown said...

as-salam,
kak nani, saya faham sgt apa yang kak nani rasa tu.naluri ibu ni susah nk explain.kita terlalu sayangkan anak lebih dr nyawa sendiri.tp masalah saya ialah bila terlalu sayangkan anak saya mmg garang dgn dia.sbb anak saya mmg jenis kurang tidur dan hyper dan saya garang sbb saya takut kaalu saya tak garang dia akan terjatuh,terhantuk kepala dan mcm benda yang xelok yg saya tak ingin fikirkan.kadang2 saya tak tahu apa yang saya buat ni betul atau tak.kalau boleh harap sgt kak nani share cara kak nani didik anak masa depa kecik2 dulu sbb alhamdulillah nampak depa semer bernas dan berjurus(sopan) je budaknya.saya ibu muda anak sorang mmg tak tahu samada perlu menjadi ibu yang lembut dan tidak garang lansung kepada anaknya atau garang sgt tp garang sbb terlalu sayangkan dia.
tq

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak,

I am a stranger here but when I saw the last video, I could feel how special your son is. When everybody else has left the baby, he was the only one who stayed on with only the baby's interest at heart. I can imagine how you must be missing him.

Kalau saya mesti saya dah pegi amik dah dia kat asrama bwk balik sebab rindu. But I know you are the stronger one.

Take care.

Siti Takhirah said...

seksinye hanis.phewet.

hanabanana said...

sexy nye hanis. hehe :D

meriahceria said...

kak nani,

btul tu, jiran saya chinese, anta anak dia kat baby sitter, RM700 sebulan, ohoh...nak pengsan sy dengar..tp dia kata tu rege kira murah kalau nak compare rege kawan2 dia anta

erm, anak sy kuat meragam, mmg sy akui kalau org tgk saya jaga anak ppl will claim, ohoh, garang ye mak dia. But, berat mata memandang lagi berat bahu memikul.

Eyrique Ettiqazz. said...

mmg sukar seorang anak utk berenggang dgn their parents...Kalau ibu lagi susah hati bila anak berjauhan..

Ape2pon,slm perkenalan.baru sempat singgah ke sini wpon dah byk kali dgr cerita dr bloggers ttg blog model 80-an ni...

NaniRostam said...

Assalamualaikum semua....

Kepada yang baru, salam perkenalan. salam kasih sayang.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul itulah suasana yang paling tepat saya lalui.

Tentang chacha yang kuat menangis tu...sekarang dah ok sket...tak teruk macam dulu...video itu saya rakamkan beberapa bulan yang lepas tanpa disedari oleh anak-anak saya yang fikir saya cuma ambil gambar.


Bukan setakat begitu, sekiranya saya bawa chacha berjalan menaiki kereta dia akan menangis semahunya sepanjang jalan kerana saya memandu dan tidak dapat memegangnya.

Walaupun anak-anak saya berusaha cuba memegang dan memujuknya.

Nelly Ixora said...

adore ur family mama nani;)

gadis itam said...

bla tgk video yg baby nangis tu rasa geram sgt..geram kat baby tu..sy penah keje kat taska..jg bdk2 camtu la..mmg kalo kuat nangis, kna pukul dah..heran gak camna aunty ngn anak2 ley sabar..tabik spring la..

Huda Aziz said...

alahai chacha..... jgn noty2 lg.... sian kt kak nani... tp ni mmg video lama an? sbb cha cha muk2 lg... skrg dia da kecik skit... hehehe..... love u cha cha.... :)

chempaka nur said...

ngs tgk vid..tetibe tigt adik boy yg kt asrama gak.sdih sgt..

cikgu KIPI said...

salam kak nani.
hafiz ke sbp mane..?
dun worry he gonna be very fine since i m the one who are from sbp also...

pelajaran die akan lebih terjaga di sana..
always remind him to choose the ryte fren..

Rina Isa said...

Assalamualaikum :))

Salam kenal Kak nani & pembaca setia kak nani :))

Izinkan saye berkongsi suatu kisah, tidak memihak kpd sesiapa, ttpi mungkin boleh dijadikan pengajaran & panduan bersame..:))

http://ceriteduniasaye.blogspot.com/2011/04/kisah-aliyah-asraf-tercetuskah-perang.html

Jumpa lagi n keep in touch yer..:))

-Ina Azrina, mom-to-be-
:))

oxaloacetate89 said...

salam.aunty nani,kite jumpe kat tesco extra seksyen 13 shah alam tgh hari td.nice to meet u! keep updating your blog..wanna meet u again! take care and sleep well ya (nmpk penat mse jumpe td)
=)

Ainaa Najihah said...

Hye aunty.. Saye pun baru kenal ngan Hafiiz tu. Tapi, dia tak same kelas dgan saye. Mule2 masuk tu, Hafiiz sgat diam.. Dia malu agaknye.. Tapi, skarang, tgom dia dah bergaul ngn semua org.. Baik dia tu.. Sporting.. Haha,tadi dia smacam je.. Rindu nak balek jumpe aunty kot.. :))

Nadiah Najihah said...

Sorry aunty, yg ainaa tadi tu was my sister. Tergune dia nye account.

-atiQah- said...

aunty, sy suka tgk alisya..
dia mmg pandai jaga budak, nampak mcm selalu tlg aunty.. :)

sy yg tgk chacha nangis tu mmg sy kesian dgr, menangis xberhenti..tp xboleh terus judge, kite xtau keadaan sebenar. mcm anak sdare sy, jns mcm chacha jugak, menangis selalu tp xkuar air mata pun..menangis ngade2 je.. :P hehe..

Shasha Mohamed said...

Semoga Hafiiz menjadi seorang anak yang pandai berdikari dan berjaya di dunia dan akhirat.

Amiinn...

Cik SHiNJU said...

Anak akak masuk skolah mane?
Kalau dekat boleh la jenguk2 selalu kan...elok dok hostel..boleh blajar berdikari... :)

Primadona said...

Assalamualaikum auntie nani..

sebak bila terkenang dengan adik yang berusia 13 tahun kini diasrama.Dalam usia yang begitu muda abah meminta mama untuk menghantar iman ( adik bongsu) ke asrama penuh.Iman juga sebaya hafiz.Sukakan kanak-kanak.

Baru kini saya mengerti betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya selepas baca entry auntie Nani.Banyak yang saya belajar dari sini.

sungguh sebak bila baca ayat-ayat ini:

sebagai ibu aku selalu cuba menutup kekurangan anak dengan melihat kelebihan yang dia miliki.

Auntie Nani banyak mengajar saya erti sebuah kasih sayang :)

Kekna said...

INISIATIF? Sampai dah kehabisan idea dah nak bagi baby tu diam.

Kadang-kadang orang ni laju je nak komen..tak pernah nak cuba faham the real situation.

Try la jaga anak orang wei!

ousna90 said...

aunty..xpa..cuti sekolah xlama dah ni..he he

Laura said...

Salam Kak,

Bak kater Filla-Kasih, kalau duduk setaman ngan kak nani, mmg dah lamer sya mintak akak jadi babysitter :) ... I like your house environment, sbb the babies will be surrounded by good kids who love babies and toddlers. Nak jaga anak org mmg susah, sbb kena lebih berhati2.

Siti Takhirah said...

bila lah puan nani nak update blog.hari hari suram je

puteri_kebayan said...

salam kak...

hurm, nak komen pasal komen masliza n jwpan balas dr akak tu.

dua2 salah n dua2 betul.

di pihak masliza, dia xtau cerita sebalik video tu. xleh salahkan dia jugak kalau dia ckp mcm tu sb d entry ni akak xcerita details pasal baby yg nangis ni...

di pihak akak pulak, sepatutnya letak komen yg akak balas pd masliza tu pada entry ni. so, kalau akak dah letak alasan2 akak tu, mgkin takkan ada komen dr pihak masliza.

saya terdetik nak komen pasal ni sebab awalnya saya pun terlintas mcm masliza jugak. tapi bila baca komen balas dr akak, bru saya faham.

hopefully hanis pon baca komen ni. tak timbul isu judge orang guna vdeo 5 minit sebab smua org bleh judge dr vdeo. sebabnya? tak cerita habis kenapa baby ni nangis dan dibiarkan.

cuba kalau akak cerita details setiap apa yg akak buat. seriusly, saya respect. memang betul cara tu. sebab mak saya pon pernah jaga anak org. mula2 baby tu taknak ngan saya langsung. tp sy ttp amik bwk jalan2 even nangis. lama2 okey...

sekadar bkongsi apa yg dirasa. maaf kalau terasa. slalu jd silent reader jerk;)

NaniRostam said...

Assalamualaikum...


Buat pengetahuan semua saya pun tak menjawab tuduhan atau sindiran puan mazliza dengan jawapan marah-marah atau negatif belaka.

Saya pun cuba menerangkan dengan jawapan yang sebenarnya.

Lagipun video itu bertajuk 'my 12 years old very patient son' bermakna apa yang saya mahu tunjukkan tentu betapa sabarnya anak saya melayan kerenah kanak-kanak yang suka menangis begitu.

Kalau saya angkat dan dukung kanak-kanak itu sudah tentu saya tak dapat menunjukkan situasi sebenar tentang sabarnya anak saya Hafiiz melayan kanak-kanak yang suka meragam.

Lagipun dalam video itu menunjukkan betapa anak-anak itu tidak dibiarkan menangis begitu sahaja malah dipujuk tanpa jemu oleh anak-anak saya Alisya dan Hafiiz.

Cuma kami memang tak mahu jadikan habit apabila kanak-kanak menangis biasa didukung sehingga dia akan terbiasa begitu kerana apabila diletak dia akan menangis semula.

Kata-kata puan mazliza mengatakan semuga anak-anak dia dan anak-anak orang lain dilindungi Allah dari orang-orang seperti saya.

Saya dah biasa sangat menghadapi manusia yang gemar mencari-cari dan mahu memperlihatkan kesalahan orang lain dengan mengelak untuk ambil tahu, bertanya dan menyiasat bagi mengetahui perkara sebenar.

Jadi tak memgapa. saya tak mengharap sesiapa anggap siapa benar siapa salah.

Yang penting saya tahu dan ibu kanak-kanak itu tahu saya jaga anak-anak mereka dengan kasih sayang dari kami sekeluarga.

Kalau tidak takkan saya tunjuk video begitu yang melihatnya sudah tentu ibu bapa kanak-kanak tersebut.

AQisH said...

kak..ingatkan anak saya marissa tu yg kuat nangis..bila tgk video tu..rupanye ada lg yg lebih mabeles menangis dr anak saya..sabarnye lah anak akak layan karenah baby tu yer..syukur..sejuk perut ngandungkan dia yer..;)

An said...

tgk baby ni teringat pada anak buah sy,mmg jenis nangis..pujuk la mcmmana pun mula2 mama dia tggl pas dh setengah baru ok..org cakap tggu serasi... :) but hafiz mmg penyabar n insyallah satu hari dia akan mjadi seorg abg,adik n bapa yg baik :)