Assalamualaikum....
Walaupun belum lagi dapat mengaplod gambar-gambar dari jurukamera profesyenel saya ingin paparkan di sini rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang disekeliling saya yang banyak membantu saya menjadikan majlis pertunangan liana seperti yang diharapkan.
bunga selasih dilurut dilayang
dicelah umbut pohon kelapa
rasa kasih dan rasa sayang
budi kusambut takkan ku lupa
Walaupun belum lagi dapat mengaplod gambar-gambar dari jurukamera profesyenel saya ingin paparkan di sini rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang disekeliling saya yang banyak membantu saya menjadikan majlis pertunangan liana seperti yang diharapkan.
bunga selasih dilurut dilayang
dicelah umbut pohon kelapa
rasa kasih dan rasa sayang
budi kusambut takkan ku lupa
Terima kasih buat jurumekap najwa dan jurukamera andi.
Terima kasih buat mama arissa dan mama chacha yang sanggup bersusah payah mengambil cuti pada hari khamis dan jumaat atas permintaan saya.
Terima kasih buat mama arissa dan mama chacha yang sanggup bersusah payah mengambil cuti pada hari khamis dan jumaat atas permintaan saya.
Sungguh...kalau ada budak dua tu memang tak kan terkemas rumah saya. Apa tidaknya selain dia orang berdua kuat memunggah apa-apa sahaja yang tercapai oleh mereka tiap kali saya menyapu dia turut berlegar disekeliling saya sambil menyedut habuk-habuk berterbangan.
Si budak demok yang bertambah demok lately ni....kadang-kadang berlagak macam gangster kampung pisang pun ada......
Jangan ingat chacha ni kuat nangis sahaja...kuat gelak pun dia jugak......
Sepanjang masa nak berkepit sampai tidur pun kalau boleh nak atas orang......
dapat tidur atas sebelah kakipun jadila....
Menyiapkan pavlova untuk dibuat hantaran kepada pihak lelaki...
Lukisan yang di atas adalah suveniyer yang saya beli dari hongkong tempohari.
Terima kasih banyak-banyak pada kawan saya Asiah yang sponsor kuih seri muka yang tersedap pernah saya makan. Mula-mula saya telefon untuk minta resepi seri muka yang pernah diberi dulu kerana saya malas nak cari dalam buku resepi saya yang bertimbun itu. Tetapi kemudian katanya tak palah Nani, nanti i bagi you serimuka yang you nak itu....alhamdulillah...thank you so much Aishah...
Bunga rampai, bunga pegang dan bunga hiasan meja di bilik liana...
Terima kasih yang tidak terhingga buat biras saya yang amat saya sayangi dunia akhirat iaitu Ina kerana datang paling awal...yang paling banyak membantu saya...selain menyiapkan gubahan bunga hantaran, membantu saya menyiapkan mee rojak dan nasi ayam, membasuh pinggan mangkuk dan mengemas selepas habis majlis....serta bunga halwa buah betik untuk hantaran di atas adalah di hadiahkan olehnya.....
Terima kasih banyak-banyak pada mama chacha yang hadiahkan hamper dari famous amos...thank you so much Nana...
Alisya suka sangat dengan bunga pegang tu....rasa nak peluk katanya sebab selesa!!!
Terima kasih kepada adik saya Nadia kerana menyediakan inti dan kulit karipap. Kemudian karipap digoreng oleh maid Ina. Terima kasih pada dua orang maid Ina yang banyak membantu.
Red velvet mascarpone cuppies yang saya buat, kek batik dalam cuppies yang dihadiahkan oleh ina biras saya, dan kek span bertopping keju parut dihadiahkan oleh ella.Terima kasih ina dan ella. Thank u so much.
Terima kasih yang tidak terhingga buat biras saya yang amat saya sayangi dunia akhirat iaitu Ina kerana datang paling awal...yang paling banyak membantu saya...selain menyiapkan gubahan bunga hantaran, membantu saya menyiapkan mee rojak dan nasi ayam, membasuh pinggan mangkuk dan mengemas selepas habis majlis....serta bunga halwa buah betik untuk hantaran di atas adalah di hadiahkan olehnya.....
Kek Fondant untuk hantaran inipun dihadiahkan oleh biras saya Ina..
Terima kasih banyak-banyak pada mama chacha yang hadiahkan hamper dari famous amos...thank you so much Nana...
Alisya suka sangat dengan bunga pegang tu....rasa nak peluk katanya sebab selesa!!!
Terima kasih kepada adik saya Nadia kerana menyediakan inti dan kulit karipap. Kemudian karipap digoreng oleh maid Ina. Terima kasih pada dua orang maid Ina yang banyak membantu.
Red velvet mascarpone cuppies yang saya buat, kek batik dalam cuppies yang dihadiahkan oleh ina biras saya, dan kek span bertopping keju parut dihadiahkan oleh ella.Terima kasih ina dan ella. Thank u so much.
46 comments:
dasatnya kak nani...dahla makanan sedap2....x sabar nak tgk gamba liana pulak...mesti gorjes sangat kan...
aunty, mudanya adik aunty dgn anak dia. aunty dgn anak2 aunty mcm adik beradik, adik aunty dgn anak dia pun mcm adik beradik.... petua apakh? share la. share la.
alhamdulillah semuanya selamat...patutla kak nani tak update blog..rupanya anak kak nani bertunang....opsss assalam kak nani..saya one of ur silent reader..suka sangat nak bc ur blog and cuba resepi resepi yg u bg...till the next update ya...byeee...
Majlis yg cukup indah dan sempurna. Alhamdulillah segalanya berlangsung dengan bahagia dan happy. Semoga keluarga kak nani sentiasa diberkati Allah. Amin...
baru kak liana bertunang.
dah meriah camni
belum nikah.
mesti lagi meriah!
hehe
congrate puan...
wah.. ur siblings pom cantik2...
Lawa lawa semuanya dari hiasan, dari makanan hinggalah org2 yang dtg. dan plg penting baik sungguh hati mereka! selawa mereka selawa hati mereka!padan!
slm kak nani...maaf nak tanye..nadia tuh dok JB ke?kwn lame i tuh..lame x jumpe die...tq
must try pavlova..must go and find it...
letaklah gambar lagi ye kak nani..tak puas nengok gambar..:)
salute dgn kak nani, w/pun sibuk masih gagah utk msk mcm2 juadah...
pssstt...suka masuk blog ni sbb suka tgk kak nani dressing...dan sgt awet muda...dgn anak2 nmpk mcm kwn2...
part tido kt mana2 tu yg cute. kat kaki pun jd la jgk....comelllll
wah makanan2nya semua sedap2 belaka..yg bestnya famili byk betui membantu yea..syukurla sedara mara pun rajin membantu menyempurnakan majlis pastinya hub akak ngn ipar duai semuanya rapat2 belaka..tu akak kak nani yg sulong ke yang pandai mengurut tu yeaa..semua nampak masih muda2 lagi.
sedapnya mknan2 kat atas tuh...lebih2 pulak tgk pavlova....melonjak2 baby dlm perot sy nih nak rasa.....
anyway congrate to kak nani dan liana....
besnyer..bertuah auntie semua org teringin nak tolong
beshnyer!!!!!
menariknya pavlova tu..mintak resipi pelissss..ke dh suda ada ek? memang menggoda jiwa raga lah
sama-sama kakak cantek. hihi ..
Auntie, saya mengidam nak makan puff yang auntie buat. terliur sungguh,kalau auntie takde aral melintang, boleh buatkan utk saya?
saya sedia menunggu.
saya call ur number n sms tak dapat.
Appreciate & look forward for ur reply auntie:)
Hai...assalam...
Saya ni silent reader akak dari dulu lagi tau...tahniah kak atas pertunangan liyana...
Saya nak ajak akak jalan2 kat butik saya...macam2 ada...jom tengok.
http://firzaracollection.blogspot.com
cantiknyaaa k.nani nii:)
congrats aunty alhamdulillah setel dah.minggu depan saya datang meminang kat rumah aunty.eh
Salam Ratuku Nani, meriah lagi anggun suasana hari pertunangan Lyana, dan Nani adik-beradik tampak mesra lagi rapat begitu juga kesemua anakanda Nani.
Ratna sabarkan diri dengan paparan photos yang seterusnya pasti Lyana anggun seperti mamanya Nani.
Salam manis manis madu.
kat gambar auntie 3 beradik tu auntie yg paling cantik dan nampak muda.. series! nak kenal auntie lebih rapat boleh tak?
mne gmbar bkl pngantin niii...heheh
salam aunty, tahniah.. apa lagi nak kata, aunty memang superb! macam makan kat hotel... semoga semuanya selamat ya untuk terima menantu...
Gorgoeus
hi Aunty Nani..semua resepi yg aunty post, semua saya kumpul lepas tu try..hehehe..aunty, I have a request - aunty tunjuklah pulak macam mana aunty buat pavlova tu..selalu saya tengok orang buat tak tinggi and tak nampak crispy macam aunty buat tu.
hahahaahah! gambar baby chacha tu mmg tak tahan tgk... bole pulak tido depan org (dgn harapan org akan angkat) atau tido atas kaki (dgn harapan besar jugak la tu)... hahahah babies are soo cute!
Congrats to kak nani for majlis tuh :)
wah..bestnya..macam meriah je..x sabar nk tgk gmbr liana..hehe~
congrats utk Pn.Nani dan Liana..
semua persiapan mmg nmpk teratur..mknn pun enak2 kelihatan.. mmg mommy yg superb la Pn.Nani nie...
salam aunty nani :) [aunty ke?? :P never mind la ~~]
aunty,saya ct..fanatik jgk la ngn bl0g aunty nani..saya ad jgk la tgk pic2 anak aunty 2nang :) sgt chantek :) ni saya share link pic2 dia:) h0pe nnt,bley la 0rder kek sedap aunty n red velvet :) hikhik luv hugsss..
http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.196658320371498.37192.194474323923231
~erm~
nampak sedap sgt makanan2 tu...!!
(^,~)
www.izzlatif.blogspot.com
Tahniah dan syukur alhamdulillah... Hebatt!!!..
auntie saya dah tgk gmbr tunang liana..santik sgt kat deesphoto.net
salam
jemput join ga saya.
http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html
semua makanan nampak sgt sedappp..yummmmy:P
comellnyeee
Aunty, berapa harga pavlova tu dan berapa berat die? if nak tempah bole mintak tambah2 lebih sikit buah2 tu?
cantiknya auntie...anggun :)
salam..suka dgn blog akak..selama ni saya silent reader jer..tetibe na jd follower blog ni..and suka jgk resepi2 yg dishare teringin sgt na buat kek2 tu..tp ruma tiada oven (da dijahanamkan oleh hubby)..inys' jk ada rezeki akan buat jgk..
~~congratz to liana, semoga tabah menangkis sebarang dugaan sepjg tempoh bergelar tunangan orang tau!
hi kakNani,
saya sll bace blog kakNani, tapi x penah pulak terasa nak komen2. Tapi tadi bace2 ternampak gambar kakak kakNani, kakMima..Kak Mima tu yang urutkan saya lepas bersalin taun lepas,hihi..
salam aunty. mesti best ada family yg bahagia kan? selamat hari ibu aunty (:
assalam....aunty, mcmna nak buat pavlova tu ek??boleh bagi recipe x??:)
masya'allah auntie.. seronok baca k.liyana punya majlis pertunangan..everything was done by you.. kagum sangat.. nak jadi mcm auntie lah.. dah la cantek, pandai memasak, kreatif menghias, isteri yang mithali..pandai berniaga.. seronok ye klu dapat 1 pakej mcm nie.. =D
tak tahan tgk makanan...sgt sedap..
Post a Comment