Sunday, February 27, 2011

Jangan Berhenti Mencintaiku


Jangan berhenti menyayangiku
kerana aku tidak pernah berhenti mencintaimu
jangan berhenti mengenang aku
kerana aku tidak pernah berhenti merinduimu
jangan berhenti mengingatiku
kerana aku tidak pernah sedikitpun melupaimu
jangan pernah membenci aku
kerana aku tidak pernah sekalipun membencimu

Biar jauh
biar kita tidak bersama
biar kita tidak pernah jadi pengantin
biar kita tidak pernah bersaksi berwali
tapi kita pernah bersanding
dalam hati
dalam mimpi yang sempurna
Teruskanlah mencintaiku
jangan pernah berhenti
kalau rasa itu ada dalam kamu
Akupun tidak akan pernah berhenti mencintaimu
kerana rasa itu tidak akan pernah pergi dariku.

Saturday, February 26, 2011

You Are Not Ugly. You Are Just Not Your Own Taste.

" U are not ugly. You are just not your own taste".



Betul sangat.... Sebab itu memang sifat manusia. Selalu sangat kita kagum melihat kecantikan orang lain dari diri sendiri.



Bila kita lebih kagum dengan kecantikan orang lain bermakna kita tidak mengkagumi diri sendiri. Dan juga bermakna yang kita sendiri pun ada yang tak berkenankan akan sesetengah anggota badan yang Allah jadikan untuk kita. Memang kedengaranynya seolah-olah kita tak bersyukur. Tetapi itulah manusia ...mana ada sifat sempurna.



Pasti ada keluh kesah sana sini...tak puas hati sana sini. Tipulah kalau kita sentiasa puas hati dengan segala yang Allah beri. Bila ada kekurangan diri, jauh di sudut hati pasti terdetik jugak...kenapalah gigi aku ni jongos macam ni...kenapalah punggung aku rata je.., kenapalah dada aku leper jer...kenapalah rambut aku kerinting macam berus dawai, atau setidak-tidaknya kita pasti tertanya-tanya kenapalah muka orang tu putih, cantik, halus, gigi cantik, body cantik, kenapalah kenapalah...kenapalah...dan kenapalah.


Susahkan nak tipu diri sendiri. Kalau pipi kita kembong, hidung kembang, kulit hitam, gigi jongang, dada gepeng sekeping, leher pendek, badan ketot, dah tu rambut kerinting halui yang tak boleh nak bentuk apapun...dah buat rebonding ke..relaxing ke...tahan dua tiga minggu jelah...lepas tu balik ke kerinting halui balik, tak mungkin kita merasai yang diri kita cantik. Bukankah kita pun diberi Allah akal fikiran. Tahu menilai mana yang cantik mana yang hodoh. Tahu membezakan mana yang buruk mana yang elok.


Kalau kita rasa kita hodoh bukan bermakna kita tidak bersyukur dengan diri kita. Cuma selagi kita manusia biasa kita pasti mahukan yang lebih baik dari itu. Mengimpikan rupa paras yang elok. Itu memang naluri setiap manusia. Tak perlu dinafikan.



Cuma kita perlu ingat, bahawa kecantikan itu bukan sahaja subjektif tetapi harus diselenggara! Dan yang demikian diri harus rajin untuk tampil anggun dan menarik bagi yang memandang. Maksud saya selenggara adalah 'grooming'.



Sejujurnya seringkali saya lihat seorang yang boleh saya kata tidak begitu cantik paras rupanya, tetapi bagi saya dia kelihatan menarik, bila cara dia berpakaian kemas, anggun dan elegan, rambut atau tudung yang didandan, pandai menyesuaikanan kasut dan tas tangan, wajah dijaga rapi dengan sedikit makeup yang tipis tetapi tampak menawan dengan senyuman manis. menawan.



Nak kecantikan itu tidak datang dengan mudah. Sekalipun Allah bagi dia rupa paras yang molek tetapi kalau dia sendiri tak tahu nak grooming, maleh nak mandi, maleh nak jaga muka, maleh nak bersenam, kerja tidur, kerja makan....ingat boleh nampak cantik anggun ke?



Jangan ingat orang arab yang kita nampak cantik menawan tu bangun tidur jer terus berjalan ditengah alam. Tidak....tidak begitu. Biar paras rupa indah menawan, mereka tetap berhabis untuk grooming. Tengoklah mereka bertebeng pun di kaunter mac, bobbibrown, dan sebagainya.



Kesimpulannya, Allah jadikan manusia ini ada yang cantik ada yang kurang cantik. Maka sekiranya Allah jadikan paras rupa dan bentuk badan yang bukan impian hati atau seperti yang kita inginkan, tetapi kita masih boleh kelihatan anggun dan menawan dengan syarat jangan malas untuk grooming.



Jangan malas jaga badan, jaga muka , jaga penampilan diri. Kalau ada sifat rajin begitu memang anda seorang yang cantik!!!



Apa yang saya bincangkan di sini ialah kecantikan fizikal yang dipandang orang secara jauh dan dekat. Kecantikan dalaman itu belum termasuk dalam perbincangan ini. Harap maklum.

Friday, February 25, 2011

Tiba-Tiba Terputus

Assalamalaikum.....








Seharian tadi aku berjaya bebaskan diri dari beralam maya. Walah. Agak lega jugak sebab kek dapat siap mengikut waktu yang diharapkan.





Itupun sebab line telekom kena potong. Kalau tak kena potong jangan harap aku dapat mendisplinkan diri untuk tidak beralam maya. Mana boleh aku melupakan medan tempat aku berceloteh, berkongsi cerita, berkongsi pikca-pikca, berperang dengan perasaan sendiri, beremo-emoan, berpuisi-puisian dan segala yang dapat melepaskan sedikit tekanan perasaan sekurang-kurangnya.





Hah lega...bila line disambung semula. Rindu padanya menggamit-gamit. Cepat-cepat aku buka blog dan menyelak ruangan komentar.



Tiba-tiba airmata menggenang deras membasahi pipi. Rasa pilu sangat. Pilu Lagi. Bagai terkoyak perasaan bila mengetahui orang yang bernama Nas begitu menyayangi dan menyanjungiku telah pergi buat selama-lamanya. Sedih sangat. Sedih bila tahu diri disayangi seseorang tetapi tidak berkesempatan langsung untuk bertemu dengannya. Rupanya Allah s.w.t lebih menyayanginya. Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan diampuni segala dosa-dosa.



Setelah begitu lama aku tidak menjenguk blog beliau lantaran tuntutan masa yang begitu mencemburuiku, tiba-tiba semalam ketika aku membuka blog, entah mengapa hati tiba-tiba terdetik teringatkan beliau. Lalu aku terus menjenguk blog beliau dan meninggalkan secebis komen untuk beliau. Tanpa kuduga komen itu tak sempat dibaca oleh beliau kerana disaat aku menulis komen itu arwah sedang dikebumikan. Innalillahi wainalillahi rojiun. Marilah semua, kita menghadiahi sedekah ikhlas Al-Fatihah untuknya.

Bukankah hidup ini singkat. Jadi hargailah orang yang kita sayangi dan begitu menyayangi kita sebelum kita kehilangannya.

Thursday, February 24, 2011

Bila Milik Kita Di Rampas Orang

Assalamualaikum.....





Siapakah perempuan yang sungguh tega mengejar peragut sehingga menyebabkan peragut mengalami kemalangan dan mati serta merta di tempat kejadian. Saya rasa bukan kerana perempuan itu seorang yang berani, tega atau seumpamanya.



Kadang-kadang bila kita fikir balik...mengapalah sanggup bersusah payah, bermati-matian mengadai nyawa dan keselamatan demi mempertahankan sebuah beg tangan. Terlalu banyak cerita tentang orang mati, koma , cacat seumur hidup akibat diseret oleh motorsikal peragut akibat tidak mahu melepaskan sebuah beg tangan. Sedangkan apalah nilai sebuah beg tangan berbanding dengan nyawa dan keselamatan diri.



Begitulah penilaian kita yang hanya memandang atau membaca berita mengenainya.



Apabila kita sendiri yang mengalaminya barulah kita tahu apa yang hadapi. Allah mengurniakan makhluknya dengan satu naluri iaitu pertahankan kepunyaannya dari dirampas oleh orang lain.

Saya sendiri pernah mengalami apabila rumah saya mahu dimasuki orang...tanpa rasa gerun atau takut berhadapan dengan sipencuri, saya kejar pencuri tersebut dengan kayu. Begitu juga perempuan tadi naluri mempertahankan haknya daripada diambil orang lebih kuat daripada kekuatan dirinya sendiri. Masa tu dia pasti tak fikir panjang tentang apa-apa kemungkinan yang bakal dihadapi. Perkara seperti itu sangat spontaneuos.

Pernah saya ceritakan tentang seorang rakan yang langsung tak risaukan tentang kesetiaan suaminya dan memberitahu saya yang dia tak heran kalau suaminya ada perempuan lain. Tetapi bila perkara itu betul-betul terjadi, kawan saya ini jadi histeria dan mengamuk di rumah perempuan tersebut. Itu kerana apabila dah terkena batang hidung, barulah kita tahu yang kita tak sanggup melepaskan milik kita dengan begitu mudah!!!


Bercerita tentang hak milik kena ragut atau rampas...saya teringat cerita seorang kenalan saya yang pergi membeli pokok bunga kedai nursery di Damansara. Ketika dia hendak melintas jalan menuju ke nursery tersebut, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggangi oleh dua orang lelaki. Lelaki yang menumpang itu terus mengacukan sebilah parang ke arah kawan saya meminta kawan saya menyerahkan beg tangannya.

Tanpa ingin menyerahkan begitu sahaja, dengan keadaan menggigil kawan saya terus melemparkan beg tangan kepunyaannya sejauh mungkin dengan sekuat hati.

Apa yang buat saya tergelak besar mendengar ceritanya, bila dia menyangka dia dah baling beg tangan itu sejauh mungkin tetapi beg tangan itu cuma dilambung tinggi dan jatuh betul-betul di hadapan peragut itu. Apalagi.....tak pasal-pasal tugas peragut menjadi mudah! Walah....




Apa anda sanggup berdiam diri sekiranya beg tangan anda berjenama mewah yang berharga berbelas ribu seperti ini diragut oleh peragut?

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Saya rasa sekiranya seseorang itu sudah mampu membeli beg tangan berjenama mewah yang berharga berpuluh ribu..sudah pasti dia mampu mempunyai driver atau bodyguard. Dimana peluang untuk diragut adalah sangat tipis.

Wednesday, February 23, 2011

"Dia Akan Bersamamu Sampai Mati"

Assalamualaikum....

Dapat empat tiket wayang free. Aku mana ada masa nak nonton segala ni. Anak-anak dara aku pun macam dah serik nak bawak aku tengok wayang. Belumpun wayang start dah tersangap-sangap aku.Bagi aku tengok wayang ni macam aku jadi bayi balik pastu mak aku letak dalam buaian dan nyanyi lagu penawar rindu nyanyian rafeah buang.Memang mimpi indahlah.

Dahlah bangun pukul 3 pagi...sepanjang hari tak tidur-tidur tiba-tiba destinasi terakhir kerusi panggung wayang...walah wayanglah yang tengok aku.

Liana dok tanya aku jadi pergi ke tidak. Aku asyik dok kata jadi. Tapi masih terpacak depan oven sejak pagi. Dari hari ke hari nak pergi tak jadi-jadi.Hari tu tarikh akhir luput tiket. Tengok jam dah pukul 5 petang. Alisya pulak kalau aku tak ikut nanges....walah. Aku paksakan diri ikut jugak.

Sampai di Sunway Pyramid tengok jadual wayang pukul 7. Kami sepakat nak tengok citer Khurafat. Tengok ada 1 jam lagi nak menunggu. Aku pun ajak anak-anak pergi minum dulu di Ole Bali. Boleh tahan harga. OOoopss minum ke makan.....tak kisahlah janji anak-anak happy.

Pastu proceed tengok wayang....mujurlah tiket free. Kalau tidak rugi tengok citer Khurafat arahan si hensem Shamsul Yusoff. Hampir 3/4 masa dihabiskan dengan menutup mata. Apalagi henbeg aku lah jadi pelindung mata alisya....memang seram giler...suspen...takut....gigil. Pastu aku siap-siap pujuk Alisya...jangan takut Alisya...tu ada pengarah dia, cameraman dia...krew dia semua.

Tapi memang takut!!!!










Tips Memasak

Assalamualaikum...

Selalunya bila kita rasa kita tahu sesuatu perkara seperti memasak dan sebagainya, kita menyangka bahawa apa yang kita beritahu semua orang akan faham.

Sebenarnya tidak semua begitu. Jadi di sini saya terangkan serba serba sedikit sebahagian daripada cara memasak yang belum diketahui oleh banyak orang.

1. Untuk mendapatkan telur yang berurat halus seperti yang terdapat dalam nasi goreng cina atau butter prawn, maka telur perlu di pukul sehingga kembang dan tuang bancuhan telur ke dalam sedikit minyak yang telah panas dengan menuang dalam keadaan kedudukan yang agak tinggi dan perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan memegang sudip dan kacau di atas kuali dengan cepat menggunakan belakang sudip.

2. Istilah deep fry bermaksud menggoreng dengan minyak yang banyak dan menenggelamkan makanan tersebut.

3. Karamel bermaksud gula yang dihanguskan. Untuk membuat gula hangus yang simple, letak sebuah loyang di atas api dapur dan masukkan beberapa sudu makan gula dan panaskan sehingga gula menjadi keperang perangan. Untuk rasa yang lebih lemak boleh ditambah sedikit whipping kedalam gula hangus tersebut.

Kalau anda suka karamel daripada susu pekat manis. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis dan rebus tin itu selama 8 jam didalam periuk berisi air. Apabila tin susu dibuka anda akan dapati susu pekat manis bertukar warna coklat perang dan sedia untuk diguna sebagai karamel atau bahan manis pencicah.

4. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan gebu harus menggunakan hand mixer ketika memukul bancuhan telur dan sebagainya.


Selamat mencuba. Semuga anda semua mendapat manafaat daripada tulisan saya ini.

Hilang Tajuk

Selalu aku ingat kau adalah yang terbaik
pernah hadir dalam hidupku
selalu aku ingat begitu
selalu sangat

Selalu aku fikir kau cinta yang terhebat
pernah ada dalam hidupku
selalu aku fikir begitu
selalu sangat

Selalu sangat aku menyangka semua itu betul
tanpa mahu meneka hidup ini penuh dusta
selalu aku mengira begitu
selalu sangat

Selalu sangat yang ku ingat terbaik adalah yang terburuk sebenarnya
selalu sangat yang ku kufikir terhebat adalah kosong semata-mata
selalu sangat yang ku sangka benar adalah dusta belaka
selalu aku menerima semuanya tanpa prasangka
selalu sangat
selalu sangat.

Monday, February 21, 2011

Resepi Pisang Bakar










Hmmmrp..kalau dulu pisang bakar tu adalah satu makanan yang paling akhir ingin saya makan tetapi kini bila rindu kampung halaman mengusik hati....tiba-tiba saya teringin sangat nak makan pisang bakar.

Pisang bakar akan lebih mengiurkan bila dimakan dengan aiskrim, gula hangus, kacang pecan dan buahan berries.

Resepi Pisang Bakar


4 biji pisang berangan
Aiskrim vanila
Karamel gula hangus
Kacang pecan yang di panggang
Buah-buahan segar.

Cara-caranya :-

Atur pisang di rak besi pembakar tanpa dibuang kulit.
Bakar di atas api dapur gas atau kalau mahu sedap di atas bara api.
Setelah masak kupas kulit dan aturkan dalam piring.
Cedukkan aiskrim vanila di tengah-tengah antara pisang bakar tadi.
Siram dengan karamel dari gula yang telah dihanguskan.
Tabur dengan kacang pecan dan buahan segar.

Bahagia Saya Dapat Membahagiakan Orang Tercinta

Assalamualaikum...



Pernah saya berangan-angan kalau saya jadi isteri pada suami yang berkemampuan memenuhi impian saya maka sudah semestinya saya tak perlu lalui semua kommitment yang berat dan perlu sungguh-sungguh. Bahkan saya hanya perlu melayan suami dan mendidik anak-anak...alangkah... tetapi hidup tak selalu seperti yang kita impikan.



Saya adalah antara berjuta wanita yang perlu bekerja untuk mendapatkan semua impian saya kerana itu yang saya mahukan. Boleh sahaja saya terima keadaan hidup yang ala kadar mengikut apa yang mampu disediakan oleh suami saya.



Tetapi tidak begitu. Saya bukan begitu.





Hati saya tidak senang untuk hidup goyang kaki kalau sekadar menunggu apa yang suami mampu adakan. Kalau ada, adalah......kalau tak da tunggulah.....




Saya tidak mampu untuk bermalas-malasan dan berserah begitu sahaja. Jadi inilah jalan yang saya pilih walau kadang-kadang bagai tak terjangkau difikiran bagaimana saya boleh melakukan. Semuanya harus saya fikir dan laksanakan.



Membuat kek dan kuih muih serta harus memasarkan dan menjualnya, mengambil upah menjaga anak-anak orang lain, mengimbangi tanggungjawab menyediakan makan pakai anak-anak dan mengurus rumahtangga sekaligus adalah satu yang tidak mudah. Tetapi syukur dengan kekuatan Allah bagi bagi saya masih upaya melakukan itu semua dengan jayanya. Alhamdulillah.....tidak sedikitpun saya mengharap apa apa balasan dari orang disekeliling yang amat saya sayangi kecuali rasa hormat, penghargaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.



Bagi saya berkorban dan memberi apa yang diperlukan oleh orang yang kita sayangi itu adalah merupakan satu kebahagiaan kerana dengan menggembira orang yang kita cintai dan kasihi pasti hati sendiri rasa bahagia.




Terlalu sibuk sehingga terlalu banyak untuk saya ceritakan. Jadi tak terungkap dengan kata-kata biarlah gambar yang menceritakan selebihnya.........






Mulai minuman sarapan pagi dengan jus tomato yang kaya dengan sumber vitamin C.


Puding roti yang dimakan dengan sos krim vanila. Dari minggu lepas mak Arissa order tetapi minta maaf sampai hari ni belum ada waktu untuk membuatnya. Insyallah kena tunggu esok lusa.....resepi di entri yang lepas.
Cucur udang. Resepi :- tepung, udang, cili padi potong, secubit soda bikarbonat, garam, ajinomoto, bawang goreng. Bancuh dengan air secukupnya. Sudukan untuk di goreng.


Nasi goreng cina. Cara membuat. tumis bawang udang hidup, bawang puting dan masukkan telur. kacau dengan belakang sudip. Masukkan nasi sejuk dari beras wangi. Masukkan sedikit lada sulah, sos tiram, gula, air dalam 2 sudu makan, setitik dua minyak bijan, gaam ajinomoto. goreng dengan api besar.




Sarapan pagi saya, nasi goreng cina, cucur udang dan pusing roti dengan sos krim vanila.




Minuman : Jus tomato, air kopi untuk emak saya dan air milo untuk budak2.


Sibuk macam manapun...mereka tetap harus saya layan....bahagia hati saya menggembir
akan orang yang saya sayangi.

Tomyam campur untuk makan tengahari. Resepi : Didihkan air, masukkankan jus limau nipis, lengkuas, serai, sos tomyam thai, cili padi, bawang putih, bawang merah, cendawan, tomato, susu cair sedikit, makanan laut/ayam/daging, daun ketumbar, daun limau purut dan garam, gula dan stok ayam.





Ikan siakap tiga rasa. Resepi ada di entry yang lepas2.


Tak sah makan lauk tomyam tak da ikan masin jeruk....terlioq cheq.






Sayur sawi cina, tumis simple2 jer. Resepi : tumis bawang putih dan udang hidup masuk sayur bubuh stok ayam dan sedikit sos tiram.




Udang goreng tepung bersalut serbuk roti. Sedap giler dowh......siap beli sekilo udang buat lagi.....si Hafiiz hantu udang lah yang buat apa lagi. ok resepi....tepung gandum, garam, ajinomoto, lada sulah, secubit soda bikarbonat. gaul dengan air. Celupkan udang dan cicah-cicah di atas serbuk roti kemudian goreng secara deep fry.

Susunan pinggan oleh Alisya. Bagi chance kat dia nak cuba bakat menghias.


Sibuk macam mana anak dan emak harus dapat makan tengahari.





Pelanggan haru sjuga dapat kek-kek air tangan ku......




Yang ini juga.....










Untukkan masa untuk buat pisang bakar yang di makan bersama ais krim vanila dan gula hangus, dan berrieesss

Saturday, February 12, 2011

Merajuk Terlampau

Assalamualaikum...

Sampai sekarang aku tak pernah lupa bagaimana sejak kecil hidup tak semudah kanak-kanak lain bila terpaksa berdepan dengan mak yang sangat garang. Apa yang aku pasti mak mewarisi sifat arwah datuk aku.

Aku ingat lagi waktu aku kecil aku selalu dengar orang bercerita tentang kegarangan arwah datuk. Datuk siap berparang jika marah pada seseorang. Aku ingat lagi betapa kecutnya perutku apabila bertandang ke rumah arwah datuk dan nenek ku. Setiap langkah ku atur dengan cermat agar datuk tidak mendengar kedatangan ku. Sekali datuk berdehem...sekali jantung terasa nak luruh. Cepat-cepat aku melangkah ke dapur berjumpa dengan nenekku.

Sikap garang mak ku kadang-kadang tak masuk akal. Disebabkan kesalahan kecil kerap kali aku dibelasah semahunya menggunakan batang limau manis yang mak aku cantas sepantas kilat untuk menghukum aku.

Pernah satu petang, waktu itu aku berusia 8 tahun hanya kerana aku dituduh mak bermain dengan kantung guni beras lalu menghilangkkannya maka aku di belasah sehingga lemah longlai. Mak seperti hilang akal tak mahu berhenti walaupun aku merayu-rayu mengatakan "makkk, nani dah mati ni, janganlah pukul lagi...mak nani dah nak mati ni janganlah pukul lagi....". Mujurlah ketika makcikku datang lalu menenangkan ibuku sambil airmatanya tergenang melihat aku dibelasah begitu.

Namun di kalangan kami sekeluarga ayah dan aku adalah yang paling tabah berhadapan dengan sifat garang mak aku. Akulah yang paling puas merasa segala kesakitan.

Ironinya kini aku tidak langsung mewarisi sifat garang ibuku.Malah aku merupakan seorang ibu yang sangat berlembut dengan anak-anakku. Berlainan pula dengan keadaan aku ketika kecil, anak-anak ku kini pula yang kuat merajuk. Pantang ada kata-kataku yang tak kena di hati mereka maka terus meluru masuk bilik sambil bunyi pintu bilik gedegang dengan kuatnya.Sekali lagi terasa jantung pun nak luruh. Bukan setakat darah daging semuanya kuat merajuk kecuali Liana tetapi anak orang yang aku jaga pun macam dah terkena penyakit berjangkit ni...walah.

Siapa lagi kalau bukan si budak demok yang suka merajuk terlampau.......











Jumaat dua minggu sudah, sidemok ni merajuk bila aku suruh Alisya bawa dia masuk ke dalam rumah tanpa mahu membawanya bersama untuk menghantar Hafiiz ke sekolah. Pantang nampak aku memakai tudung cepat-cepat cari kasut dan memakainya tanpa disuruh.

Friday, February 11, 2011

Harus Berani Berubah

Assalamualaikum......





Alhamdulillah...terima kasih tidak terhingga pada yang mempelawa saya. Saya sayang kamu. Nanti kalau saya pergi bercuti ke Melaka atau ke tempat-tempat lain insyallah boleh saya war warkan di blog.





Bila saya katakan apa sebab makan luar....jawapan hanya satu hidup harus seimbang. Sekalipun hebat memasak atau mahu berjimat, jangan belenggu fikiran...jangan terlalu kedekut... sekali sekala kita harus memanjakan diri, bersantai makan luar dan enjoy life.





Saya minta maaf sangat-sangat sebab banyak sms masuk yang tak dapat saya jawab. Di samping sibuk dengan aktiviti di dapur, dalam tahun ni dah dua kali telefon kena bar kerana tiada masa nak bayar maka ada sms yang bersusun tak terbalas oleh saya. Tambahan pula anak-anak semua dah sibuk dengan persekolahan dan saya tiada pembantu untuk membaca mesej dan tolong typekan replynya sekali hehe...Makanya... di sini saya jelaskan bagaimana cara paling mudah untuk menghubungi saya.





1. Telefon saya


2. Telefon saya


3. Telefon saya


4. Sms saya


5. Emel saya (shinarostam@yahoo.com)





Terima kasih banyak-banyak kerana menggunakan cara nombor 1, 2 dan 3 yang mana merupakan yang paling mudah dan berkesan untuk menghubungi saya.





Walau bagaimanapun saya akan saya cuba menjawab beberapa pertanyaan oleh pembaca blog yang saya hormati.





1) Mengapa saya kerap menggunakan buah keras dalam masakan saya?



Jawapannya : Buah keras merupakan agen pemekat dan melemakkan masakan.



2)Di manakah mascarpone cheese dan whipping cream mudah didapati?



Jawapannya : Di kedai menjual barang-barang membuat kek. Antara jenama cheese yang bagus adalah Kraft philidephia, whipping krim jenama Rich atau Value Pride dan mascarpone jenama Galbani.



3) Mengapakah saya suka menggunakan whipping krim dalam masakan saya.



Jawapannya : Boleh diganti dengan susu full cream, susu segar atau susu cair tetapi hasilnya tidak seenak menggunakan whipping cream.



4)Bagaimana saya menjaga bawah mata agar supaya nampak sihat dan tidak hitam?



Jawapannya : Jangan suka tidur siang.Selain itu tidak perlu berhabis dengan krim mata. Memadai merehatkan mata dengan hirisan timun, uncang teh atau selalu melihat tumbuh-tumbuhan hijau.



5)Apakah produk kolagen yang saya ambil dan bagaimana boleh mendapatkannya?



Jawapannya : Produk kolagen itu saya yang menjualnya. Tetapi kami masih menunggu supply dari France. Bila sudah ada nanti pasti saya akan beritahu segala kebaikannya di entri akan datang.



6)Bagaimana saya mengekalkan bentuk badan walau sudah berusia?



Jawapannya : Hidup ini harus ada excitement. Harus berani berubah,mencuba benda baru, perkara baru. Sentiasa bergerak dan bekerja kerana selesa, takut dan malas menyebabkan kita tua sebelum waktunya.

Thursday, February 10, 2011

Apa Sebab Makan Luar

Assalamualaikum.....

Balik dari Melaka...terbayang-bayang udang galah tu.Jangan salah sangka ya..gambar udang galah besar gedabak tu saya tangkap ketika dia berada di atas para kedai ya..bukan di atas meja makan saya.Haha tapi tak pe, saya dah pasang angan-angan bila balik kl saya akan ke pasar borong selayang cari udang yang sama besar gedabak tu. Buat masak lemak cili padi campur nenas...ehmmm tak toleh mana dah....mesti puas makan.

Hanis dah nak balik Segamat. Jadi bila saya katakan begitu...dia merungut-rungut. "ya lah bila kita tak de rumah baru nak masak sedap-sedap".

Habis tu tak dapat den nak nolong...setiap kali Hanis balik rumah ada je agenda dia nak mengajak saya keluar. Jadi kalau dah nak keluar mana nak sempat masak. Itupun dia kena tunggu sampai saya settle hal-hal perniagaan kek saya...walah.

Bila dia dah balik Segamat barulah saya ada masa nak masak lemak ketam...sementara nak menunggu udang galah besar gedabak tu...saya sauk je ketam kat tesco. Masak lemak campur rebung dan nenas. Tulah kalau dah giler rebung memang tak boleh belah.

Lepas tu pagi-pagi adalah masa saya nak buat sarapan puding roti. Oh ya puding roti ni kalau tak nak guna whipping krim pun boleh. Gantikan dengan susu cair. Tetapi rasa tu tak superb sangat la.







Makan di serai..empire gallery, ayam percik dengan asam pedas ekor lembu. Minum, lime soda, tamarind blended dan pavlova....berapa kerugian Nisss.......touch seratus lah jugak....



Imran kalau part-part makan bagilah kat dia........teruja....




Pavlova.......satu slice campur tax dekat 17 hengget.....




Lepas makan-makan di serai....gerak ke pavilion....dah soppink-soppink....lapar....jom Niss ke food court pavillion....tak naklah....kita ke pizza. Dalam tahun ni dah 3 kali makan di pizza. memang meruntun jiwa beb....







Hanis dah balik Segamat. Lunch di rumah bersama Arissa dan Alisya.....masak lemak ketam campur rebung campur nenas, ikan bawal goreng bercili dan sayur campoq.
















Masuk kali ni entah berapa kali buat puding roti untuk sarapan pagi...................

Wednesday, February 9, 2011

Bukan Lebai Malang

Aku menghela nafas lega bila kek yang ke 4 aku siap pagi itu. "Ok ini last....lepas ni tak boleh terima order. Cooking chocolate dah habeh!!!".Beritahu aku pada diri sendiri tetapi didengar oleh anak-anakku sambil mereka serentak berkata..."iye keeee......".



Alisya dari semalam dah siap dah mengemas baju yang mahu dibawa. Sungguh teruja dia!!.



"Ma, kita bertolak pukul 2 pm ya" jerit Liana dari depan laptop.Ok !!!!......jawap aku tanpa nada sedikit ragu pun.

Kejap!!! catatan nama pelanggan di whiteboard tepi pintu koboi dapurku semua dah settle, cuma belum ku padam. Kemudian aku capai henfon nokia kesayanganku lalu melihat balik semua sms inbox ku. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu sms dari suzai yang memesan triffle dan chocolate kek untuk besday anak dia. Ini mesti kes aku lupa nak salin balik sms ke whiteboard.



"Alamak...pengsan gurl....mama lupa ada orang order triffle dengan strawberry choc kek"...



"Ok mama duduk rumah, biar kita orang jer pergi!!"



Aku pun capai tu capai ni...tengek tu tengek ni...tung tang-tung tang...gedebak gedebuk....tepat jam 2 petang masih tak siap lagi....



"Ma nak pergi pukul berapa ni.....jadi pergi ke tidak?



"Jadi. Tunggu mama siap order orang ni".



Akhirnya tepat jam 4.30 petang aku berjaya keluar dari dapur kesayangan. Eh tidak...Liana yang berjaya membuat aku keluar dari dapur. Kalau ikut aku memang foreverla duduk dapur....

Sampai di Air Keroh lebih kurang jam 6. Sambil singgah di beberapa buah hotel kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka. Cantik Bandar Melaka. Dulu masa Lebuh Raya Utara Selatan belum ada, setiap kali balik kampung, lalu Bandar Melaka.

Tu dah 25 tahun yang lepas. Sekarang Melaka dah pesat membangun. Harga bilik hotel pun melambung tinggi. Satu bilik deluxe harga rm700 pun licin kena sapu. Nak booking online kena awal-awal. Kalau setakat main redah memang melopong. Ada lebih kurang 50-60 buah hotel kat Melaka ni satu bilik pun tak da yang kosong. Siap guard yang terpacak kat lobby hotel boleh beritahu kami dah dekat 50 orang datang tanyakan bilik tetapi hampa...walah.

Kalau terus terusan mencari bilik hotel mahunya kami terlepas Ikan Bakar Umbai dan ronda di Jonker Street.

Maka kami memutuskan untuk pergi makan ikan bakar di Umbai. Nasib kami baik kerana kami adalah pelanggan terakhir yang di terima. Beberapa orang lain yang lambat seminit dari kami hanya disambut dengan kata-kata "maaf kami dah tutup".

Walaupun muka masing-masing nampak macam kekenyangan tetapi taklah sampai macam rupa ular sawa kerana masih begitu bertenaga dan bersemangat seolah-olah nak borong semua barang di Jonker Street tu....

Mujurlah kami cepat sedikit. Sempat juga menyoppink walau pekerja kedai baju tshirt beberapa kali telan air liur sebab tengok kami macam nak tolong tutupkan kedai ke apa ntah.

Sebenarnya tak puas lagi di Jonker Street tu. Lagi-lagi Hafiiz. Satu barang pun dia tak dapat-dapat. Sungguh indecisive....

Kami menyambung semula perjuangan mencari bilik hotel atau apartment.Akhirnya lebih kurang jam 2.30 pagi kami temui sebuah apartment 3 bilik yang bernama De Nice Hotel. Mujurlah masih baru dan masih cantik. Dalam pada itu mujurlah kami tercepat seminit dari sebuah keluarga yang kebetulan mencari bilik hotel juga. Harga semalam rm268. Itu pun dah last.

Itulah namanya langkah kanan...walau macam mana last minit...kami berjaya mendapatkannya. Kalau tidak terpaksalah kami berpatah balik ke KL tanpa dapat makan nasi kenduri seorang kenalan di dewan Asmavilla.

Maka perjalanan ke Melaka adalah cuti yang paling menyeronokkan walaupun dari mula sampai habis asyik last minute tetapi inilah pertama kali dapat makan kek kahwin 5 tingkat dan menonton pengantin menari poco-poco kerana semua orang dah balik dan tinggal sedara mara pengantin sahaja. Kami adalah tetamu terakhir disebabkan kesesakan lalulintas di Bandar Melaka menuju ke Ayer Keroh


Cantikkan .......Bandar Melaka. Itupun aku lupa nak tangkap pemandangan waktu malam di depan Dataran Pahlawan. Happening beb!!!




Kedai lukisan artis...di T shirt-t shirt...aku tak masuk. Cuma berdiri diluar sambil seronok tengok gerai jual bangku kecik dan payung kertas zaman aku kecik2 dulu.
Galery Jonker Street. Jumpa pembaca blog di sini. Malu I......



Kalau nak harap tunggang yang hidup tak kot.....dapat naik replika kerbau pun ok dah...gayat jugak!!!
Berlagak jakun sebab kalau yang hidup...tak cukup tanah kot nak lari...

Melepaskan lelah yang panjang...eceh-ecehhh.
Prawn Butter yang pucat.......tapi boleh tahanlah....



Ikan pari bakar....boleh lah....


Di Parameswara, Umbai. Aku order lala sweet sour, ikan pari, ikan cencaru, udang butter, sup sayur...semua untuk dua orang makan. Rasa biasa sahaja tambahan service agak mengecewakan..... Len kali kami datang nak cuba di gerai pertama DMuara pulak.
Buat-buat happy....padahal waiter tu serve nasi dalam mangkuk nasi tambah dan biar je pinggan masih tersusun sambil tolak dengan kasar tanpa memandang ke arah kami...sungguh rude....




Sungguh ceria wajah anak-anak dapat juga jumpa tilam dan bantal di Klebang, Melaka.
Perjalanan mencari sarapan pagi di teruskan.
Cantik.
Indah.


Terimbau kembali zaman rumah kedai dolu-dolu.
Di hadapan Dataran Pahlawan.


Ma....posing..jangan tido.....dahlah kat traffic light tadi...letak gear parking tarik handbreak...terus tertido.


Yang lain ceria sungguh. Muka penat aku tak habis-habis.


Menuju ke Muzium Kecantikan. Pasal-pasal cantik ni memang tak boleh belah ya...




Lunch yang paling best di Bandar Melaka. Len kali mesti singgah lagi.


Ikan bakar terubok tak da dalam gambar sebab dah macam kebulur apa ntah...tapi seyes memang menyelerakan....
Udang galah yang paling besar pernah aku jumpa...range harga sekor antara 25 hingg 30 hengget. Ha.. hambek ko!!!