Monday, June 13, 2011

Doa Buat Anak

Assalamualaikum...

Menjalani kehidupan yang agak sibuk...mencari nafkah untuk anak-anak sekaligus harus hadirkan diri untuk anak-anak juga.Tak mahu rasa penat melayan apa sahaja okesyen untuk anak-anak. Tiada apa yang lebih membahagiakan hati saya selain dapat menggembirakan dan membahagiakan mereka.

Sesibuk mana, tiada apa yang lebih penting selain berada disekeliling anak-anak. Saya hampir tidak memahami ibu-ibu yang sanggup meninggalkan anak-anak tidak dibawah jagaan mereka walau apapun alasan yang ada. Justeru bagi seorang wanita sejati usia yang berlalu itu sebagai sia-sia tanpa anak membesar didepan mata.

Sekalipun tak sempat memasak juadah istimewa kerana banyak menerima tempahan kek, alhamdulillah saya tetap cari masa untuk meraikan besday imran di sebuah restoran baru-baru ini. Imran seorang anak yang boleh diharap dalam apa juga pekerjaan. Selamat Hari Jadi Imran...semuga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah. Amin...


Tiup lilinnya...tiup lilinnya...tiup lilinnya sekarang juga....sekarang juga .....Potong kuihnya...potong kuihnya...potong kuihnya sekarang juga...sekarang juga...(nada lagu hepi besday versi indonesia)

Happy Birthday Imran 14




Kek pavlova yang saya bake dan potong di restoran....





Imran dan Hadi








Hadi yang sedang memasang api lilin....






Alisya dan budak demok yang teruja.



Kami-kami jer....Liana, Hanis, Hadi, Imran, Alisya, Kak Nani dan budak demok...







Menunggu makanan....dah lapar.....









Hadi melayan budak demok yang tengah sombong






Budak demok ni memang sombong kalau Alisya ada di situ.......









Dia cuma nak Alisya jer.....





Alisya jer......




Pizza untuk demok....



Memang berselera....


Pavlova...untuk demok....


Bila dah kenyang and buhsan ...buruk perangai demok....terus tak nak dah duduk situ lama-lama...nak orang semua bangun dan belah dari situ.....





Buat-buat histeria pengsan merajuk sebab kami masih tak bangun dan beredar....biar...tak kuasa saya nak melayan....


Friday, June 10, 2011

Bercuti Jakarta Bandung Jakarta

Daun gugur pasti ke tanah
angin meletakmu kemerata arah
tidak lagi dibawah pohonnya....
dan ia menangis bukan kerana lemah
tetapi kerana terlalu lama menjadi kuat






Pemandangan di atas adalah taman di Monas, Jakarta, Indonesia.







Bercuti untuk diri ke Jakarta, memang sebuah perjalanan yang amat menyeronokkan dan penuh gelak ketawa. Makan-makan, shopping-shopping, naik kereta turun kereta, spa-spa...cuma badan dah terlalu penat maka walau Carcadin Hotel menyediakan pusat karoke di lantai satu tetapi kami terus tertiduran sampai ke pagi walau rencana awal mahu karoks.




Lagu 'MENGAPA' nyanyian Nicky Astria adalah sebuah lagu yang sering dimainkan oleh rendy supir kami yang bila kami tanya "rendy, enggak ada lagu lain?" Dan dijawab oleh rendy, "ada lagu 'JADUL' ". Lalu kami serentak bertanya "apa itu lagu JADUL?...Dan rendy dengan muka selamba berkata menjawab, "lagu jaman dulu, bu!".....dan diikuti deraian tawa oleh kami berlima.




Memang orang-orang di sana gemar meringkaskan ayat seperti




BATAGOR ringkasan Bakso, Tauhu Goreng




PISGOR - pisang goreng




NASGOR - nasi goreng




WARNET - warong internet




DUGEM - dunia gemerlapan




dan sebagainya.







Ok saya pasti mahu kesana kembali bersama orang-orang yang sama, ella, Zana, Yanti dan Kak Bedah. Kepala semua best. Tak sorang pun hipokrit. Walau badan penat tetapi kami masih ada masa untuk sessi luahan hati dan perasaan sehingga jam 3 pagi masih belum tidur.




Langsung tiada basa basi kedengaran rasa tak puas hati. Kami saling membantu. Bila masing-masing sopink tak hengat....kemudian bankrupt, kami segera berfikir mana yang lebih convinence maka saya tawarkan pada zana untuk meminjam duit saya dahulu dan ela segera mencari mayban untuk mengeluarkan duit buat menyambung muflis kali kedua.haha.




Makan di sana memang tip top...dan air minuman nya yang amat enak provided bill harus di share berlima maka makan seperti dihotel lima bintang tetapi cuma bayar rm20 seorang....




Makan seafood di Ancol paling heaven. Mula-mula aku hairan apa itu air kelapa batok. Lalu mengusik, "Adik, air kelapa batok ni kalau kakak minum jadi batok macam mana?"...Lalu semua ketawa mendengar usikan ku. Tiba-tiba otak aku ligat teringat bahawa dalam bahasa jawa batok itu tempurung....apa da....lama tak cakap jawa lupa la pulok. Air kelapa di sana sangat enak disamping aku memang teringin mencuba semua minuman yang ada....mujur kantung kecil.




Tanah Abang dan ITC Kuningan harus dikunjungi bila ke Jakarta. Memang kurang tepat pepatah mengata ' shop till u drop' kerana kami shopink sampai kedai tutup dan sesungguhnya semangat bersopink belum pudar walau semua lampu telah dipadam di Tanah Abang yang berbelas tingkat itu.




Bila ke Bandung tempat yang harus dikunjungi ialah Rumah Mode dan Toko 3 yang menjual barangan branded yang ori dengan harga yang sungguh menyeronokkan.




Untuk melihat salah satu benda-benda unik ciptaan Illahi, kunjungilah Tangkuban Perahu yang ada cerita mitos disebalik terjadinya perahu yang tertangkub. Pada zaman dahulu kononnya ada seorang ibu yang terpisah dengan anak lelakinya sehingga anak lelakinya mencapai umur dewasa dan mereka bertemu semula hanya sebagai pasangan kekasih kerana si anak tidak mengetahui wanita yang dicintai adalah ibunya begitunya dengan si ibu. Namun setelah mendapat tahu tentang siapa mereka, si anak tetap berkeras tidak mahu memutuskan cintanya lalu disumpah sehingga perahu yang dinaiki tertangkub dan menjadi gunung yang terdapat kawah gunung berapi disekeliling.




Pastikan juga kamu tidak ke sana waktu hari libur (cuti umum indonesia) kalau tidak mahu terperangkap dalam macet (traffic jam).


















Hari pertama di tanah abang....ku merinduimu abang...





Bila mengamati gambar ini saya jadi begitu seram......






Makan nasi dan sayur chap chai di food court tanah abang. Macam-macam nama gerai ada di situ.. Gerai nama Setan pun ada.




Nasi Uduk lauk ayam kot....





Nasi Uduk Lauk Cumi (sotong).....






Meraba-raba mencari lif dalam gelap...janganlah ingat ada lampu ya...itu adalah cahaya flash dari kamera iiiii.....mujurlah ada seorang bung yang baik hati menunjukkan kami arah lif. Dan sampai di lif ada pula orang menunjukkan kami arah keluar. pasar shopink di sana agak berbelit-belit sehingga boleh sesat....senang masuk susah keluar.




Makan direstoran sederhana bintaro...makanan nasi padang....air jambu batu merah jambu memang heaven...harum dan manis.







Lihatlah mukaku yang keletihan....





Pasti ownernya ibu yang gendut.




Wah tak payah kipas tangan kannnnnnnnnnnnnnn




Pasti ownernya bapak yang gendut. Yang baju merah adalah budak muda sedang menyanyi....






Bila melihat orang-orang dihujung sana terlalu kecil barulah perasan betapa besarnya kawah gunung berapi itu.







Makan makanan sunda. Hidangan yang harus dicoba...sup bontot bakar....waduh pak!




Sambal terasi yang enak...belacan indonesia memang sedap.







Kabus tebal bila hari semakin sore....





Masih tenang.....tetapi menggerunkan...




Rumah-rumah di sini bersifat sementara....bumbung diperbuat dari atap kayu kayan.














Aku dan Yanti moneymatter.




Nani yang taksub dengan keenakan tahu goreng indonesia....







Mainan set rumah kayu hanya berharga rm12...naseb bek tak da anak kecik.




makan tauhu dengan cili padi.......yummyy.




Makan-makan.....





Dihadapan Rumah Mode yang happening....





Makan seafood di Cilaki....




Di sinilah aku ditenung begitu lama oleh seorang apek cina tua...sehingga niat untuk membungkus tempe goreng yang paling sedap diantero benua dengan tissue terbantut. Maka aku hanya campak tempe ke dalam beg sandang yang tersedia ditepi aku duduk...kawan-kawan gelak pecah perut melihat gelagat aku.






Ketika dikaunter reception, ela dapat tahu apek cina tua yang menenung aku adalah seorang datuk, maka selepas itu apek cina tua datuk menjadi bahan cerita dan ketawa kami semua.






Dan dihotel carcardin ini juga terdapat ramai ore-ore PAS dari kelate...yang datang semata-mata nak main golf.




aku dan ela....




Dah habis sopink di Bandung kami bersedia ke Jakarta semula.....





Ketika lalu di tempat ini aku terlihat sebuah gerai bernama 'Gerai Nasi Goreng Gila'. Kemudian aku pun berkata ' La....tak habeh lagi aku ni...dah lepas kena dengan man kajang, bajunikahlah gila...mahal lah gila...kat sini nampak nasi goreng gila lah pulak!" sambil diikuti deraian tawa oleh zana, ela, yanti dan kak bedah.






Gambar di atas adalah pemandangan lelaki2 yang berkumpul dan bermain catur di dalam gelap. Kemudian aku pun bertanya "La mainpun dalam gelap!" maka memang sahlah kawan-kawan ku itu memang kaki gelak. Aku cakap macam tu pun digelakkannya.





Di apartment hampston park..Amat dirindui oleh yanti setelah 2 hari ditinggalkan.





Sessi mengurut dan merehatkan badan...di Spa Martha Tilaar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.




































































Sunday, May 29, 2011

Apakah Jalan Yang paling Selamat

Assalamualaikum.....



Menjalani kehidupan sehari-hari tak kira di mana kita berada, dengan siapa kita berhadapan waima dengan orang yang paling rapat sekalipun pasti kita pernah rasa tersinggung dengan kata-kata mereka yang tidak enak didengar dan langsung tidak sensitif dengan perasaan kita.

Dalam beberapa situasi, bagi sesetengah orang perkataan-perkataan memaki, menyindir itu dan yang seumpamanya tidak sedikitpun menyentuh hati mereka. Mungkin juga benar kalau kita memang dah biasa dengan suasana seperti itu maka semua itu tidak menjadi hal bagi kita. Malah kadang-kadang ada orang dah biasa bergurau seperti itu dan boleh pula berbalas kata.

Bagi saya tentu saya tak tahu macam mana harus menunjukkan reaksi bila kata-kata sindiran yang tak sedap didengar dari seseorang yang tak biasa dengan kita malahan baru pertama kali berjumpa.


Bukan itu sahaja, tetapi mungkin kerana jiwa saya ni halus atau kerana saya bukan jenis yang suka marah, atau juga bukan jenis yang mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati orang atau pandai membalas balik dengan perkataan yang sepatutnya, maka saya juga sukar menerima bila ada seorang kenalan yang gemar mengeluarkan kata-kata seperti "you ni bengong ke apa?"

Sejak itu saya semakin tidak rapat lagi dengannya hanya kerana habit mulut dia yang gemar mengatakan : "you ni bengong ke apa?".

Tak apalah....cuma nak cerita baru-baru ni saya rasa saya tak larat nak jaga chacha. Oleh kerana kesibukkan saya dengan kedai minuman yang seminggu sekali terpaksa saya ambil alih kerana apabila pekerja bercuti atau apabila PWTC mengadakan sebarang event maka saya harus ke kedai menolong pekerja saya yang tak menang tangan.

Bayangkan kalau dulu saya setuju menjaga chacha kerana ketika itu saya ada Hafiiz bersama saya di rumah tetapi sekarang apabila hafiiz tinggal di asrama maka saya dah macam ayam berak kapur...betul-betul hilang semangat.


Dari kecil hafiiz memang terkenal dengan keras hati dan kenakalannya sehingga begitu menjengkelkan daddynya. Dengan sikapnya itu dia sering dimarahi oleh daddynya sehingga saya dapat merasakan hari demi hari terbinanya rasa pertentangan di hati daddynya terhadap hafiiz apabila ada sahaja komplen yang kedengaran dan yang tak berkenan dihatinya terhadap hafiiz.

Apabila dimarahi oleh daddynya, sayalah tempat dia mengadu dan melepaskan rajuknya.Saya akan memeluknya sambil memujuknya. Mungkin sebab itu saya amat rapat dengan hafiiz berbanding anak lain. Mungkin juga kerana saya sering mempertahankannya apabila kena marah menggambarkan yang hati saya lebih terusik berbanding dirinya.

Hati memang tersentuh bila melihat rajuknya yang tidak panjang dan hatinya yang tidak berdendam langsung. Walau dia anak yang sering dimarahi oleh daddynya, namun dialah anak yang selalu menawarkan bantuan secara sukarela ketika daddynya memerlukan, dia lah juga yang sering menolong daddy membuat kerja, dia lah anak yang begitu ambil berat dan melayan ketika daddy dia sakit, dialah anak yang ingat daddy dia waktu dia makan. Semua itu membuat saya begitu tersentuh akan sikapnya yang amat penyayang dan tidak berdendam.



Chacha walaupun gemar menangis tanpa sebab tetap dilayan hafiiz dengan sabar. Itu yang buat hati saya tersentuh dan bertambah rindukan hafiiz.


Kadang tu tiba-tiba jer menangis bila kita senyum dengan dia. (tangisan mengadanya) Jalan yang paling selamat ialah saya sering buat-buat tak nampak dia. Tetapi en suami kini dah mula menyayanginya dan melarang saya berhenti dari menjaganya.Teringin cucu ke en suami?








Haha lari topik....sebenarnya dari mula memang nak bagi resepi mee kari yang paling sedap akan anda masak...cubalah......





Resepi Mee Curry


Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis






A)




10 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

15 btg cili kering yang telah direndam dan dibuang biji

2 sudu makan biji ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak

2 biji buah keras

1 sudu makan udang kering

1 sudu makan rempah kari daging


Kisar halus dan tumis di dalam minak sehingga naik bau. Masukkan 1 batang serai yang diketuk. Masukkan santan dari sebiji kelapa, sedikit air, garam dan stok ayam.


B)


Celur 200 gram udang dan buang kulit. (Udang digunakan sebagai bahan hiasan manakala air rebusan udang masukkan kedalam tumisan (A).


Setelah mendidih, masukkan hirisan fish cake, fish ball, tau pok (tauhu goreng yang ringan), ayam yang dipotong sederhana kecil. Angkat setelah mendidih.Hidang bersama taugeh celur, udang dan sambal jika suka.




Wednesday, May 25, 2011

Terkedu








Mahal lah gila.

Kedengaran seperti terngiang-ngiang di telinga. Walhal perkataan itu yang sepatutnya kami ucapkan buat jejaka bermulut suka suki tak da insuren weh.

Siapakah jejaka itu????

Tak lain tak bukan man kajang yang ada boutique paling popiler satu Malaya.

Pestime jejak kaki di situ dan berjumpa secara in pesen. Liana pun belek-belek baju pengantin. Kemudian bertanya dengan penuh lemah lembut….“yang ini baju pengantin lelaki untuk bersanding ke?

Tiba-tiba sedap-sedap jer terpacul dari mulut man kajang “ehh itu baju nikahlah…Gila”.

Saya terkedu. Liana pun terkedu. Tapi disebabkan kami dilahirkan lalu menjadi orang yang tak biasa nak sakitkan hati orang..maka kami teruskanlah terkedu sendiri-sendiri…


Kemudian saya bertanya, “man kenal tak dengan Hanis Zalikha??”.

“Apa tak kenal nyer…”.
“Hanis Zalikha”?
“Iye…baru pagi tadi telepon”!.

Aku berpandangan dengan Liana…Dalam hati aku “apa da”!!!

Rasa terkedu medu yang belum habis tu bertambah-tambah lagi bila dengan selamba dia berkata,

“ Eh baju kawen ni, rm4500…. Baju aku semua baru tau!!!..kalau nak ambek terus kira rm6000. Mana nak dapat murah macam tu.Orang terkejut tau tak percaya rm4500..murah man… kain aku beli kain les kat euromoda jer…satu meter rm500. Bandung-bandung punya les tak mainlah…apa kelas!!!!!!”.


Nasib baik kami dilahirkan lalu tak biasa nak sakitkan hati orang, tak reti nak menjawab…kalau tidak masa tu senang-senang aje aku cakap,

Mahal lah gila”.

Ehmmm…atau patutkah perkataan di atas ditujukan buat Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Reko, Kajang yang buat aku terkedu lagi.


Aku tak tahulah kalau cawangan lain pun sama harga macam tu.Selain daripada ikan tilapia yang tak berapa nak besar tu dia caj rm30 seekor….nasi lemak bungkus yang cinonet tu….dia caj rm3.50…..kau bayangkan…aku punyalah nak sep semua pun pakat ambek nasi lemak….7 bungkus dowh…

Kau sewa kat pavilion ke apa???

Thursday, May 19, 2011

Putus Cinta Bukan Kehilangan Tetapi Pengenalan

Suka sangat baca entri terbaru Hanis mengenai surviving breakup. Siapa yang mahu putus cinta? Tak siapa kan?

Rasionalnya, cinta itu putus bila salah seorang daripada pasangan tidak mencintai pasangannya lagi. Macam-macam penyebab...dan apa pun penyebabnya...jawapannya hanya satu SUDAH TIDAK LAGI MENCINTAI...maka putus cinta. Kerana kalau betul masih ada cinta pasti kita sanggup mengharungi apa jua HALANGAN selagi cinta ada dihati.

Kadang-kadang macam-macam tips tentang putus cinta kita baca, kita pelajari, kita cuba amalkan tetapi kesudahannya hati kita, diri kita, kita sendiri yang lalui keperitan itu.

Macam mana sakit pun hidup harus diteruskan...harus pergi kerja, harus makan minum....dan macam mana sakitpun kita pasti tiada daya menyambung kembali cinta atau memaksa dia kembali kepada kita.Walau macam manapun lemahnya kita kita tiada pilihan untuk merasai kesakitan itu.

Hanya satu sahabat akrab yang dapat membantu kita menangani segala kepedihan dan kekecewaan kita adalah MASA. Hanya masa dapat menyembuhkan luka. Beri diri kita masa, beri diri kita ruang...insyallah maka dengan masa dan ruang pasti kita boleh bernafas seperti biasa.

Bercinta, putus, bercinta putus itu adalah satu proses kematangan. Pasti dalam setiap percintaan dan kekecewaan kita lalui macam-macam cerita. Jadi selalu pandang positif atas setiap yang terjadi.

Asakkan dalam diri bahawa putus cinta itu bukan satu kegagalan tetapi kemenangan yang didahului dengan kepahitan. Itu sahaja. Maka jangan menyesali diri bila putus cinta.Tak mengapa..tak jadi kudis...laluinya dengan bersahaja maka di situ kekuatan hati kita yang sebenar.

Tanamkan dalam hati bahawa putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka.

Dan kalau kita sedar betapa putus cinta itu adalah satu pelajaran yang tidak dapat kita perolehi dari mana-mana institusipun tetapi hikmahnya lebih manis daripada cinta itu sendiri!!!!

Percayalah.....hidup ini tak mudah...tetapi tidak pula sukar untuk kita lalui....

Wednesday, May 18, 2011

Walhal Tak Pernah Faham

Mendengar lagu-lagu deddy dores kebanyakan membuat diri seperti berada dizaman ketika kecil lagu-lagu berirama seperti itu sering menjadi halwa telinga. Walhal tak pernah faham apa itu cinta tetapi cukup gemar mendengar lagu-lagu yang berkumandang.. seperti lagu-lagu emilia contessa, titiek sandhora, broery dan yang lain-lain.