Sunday, May 29, 2011

Apakah Jalan Yang paling Selamat

Assalamualaikum.....



Menjalani kehidupan sehari-hari tak kira di mana kita berada, dengan siapa kita berhadapan waima dengan orang yang paling rapat sekalipun pasti kita pernah rasa tersinggung dengan kata-kata mereka yang tidak enak didengar dan langsung tidak sensitif dengan perasaan kita.

Dalam beberapa situasi, bagi sesetengah orang perkataan-perkataan memaki, menyindir itu dan yang seumpamanya tidak sedikitpun menyentuh hati mereka. Mungkin juga benar kalau kita memang dah biasa dengan suasana seperti itu maka semua itu tidak menjadi hal bagi kita. Malah kadang-kadang ada orang dah biasa bergurau seperti itu dan boleh pula berbalas kata.

Bagi saya tentu saya tak tahu macam mana harus menunjukkan reaksi bila kata-kata sindiran yang tak sedap didengar dari seseorang yang tak biasa dengan kita malahan baru pertama kali berjumpa.


Bukan itu sahaja, tetapi mungkin kerana jiwa saya ni halus atau kerana saya bukan jenis yang suka marah, atau juga bukan jenis yang mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati orang atau pandai membalas balik dengan perkataan yang sepatutnya, maka saya juga sukar menerima bila ada seorang kenalan yang gemar mengeluarkan kata-kata seperti "you ni bengong ke apa?"

Sejak itu saya semakin tidak rapat lagi dengannya hanya kerana habit mulut dia yang gemar mengatakan : "you ni bengong ke apa?".

Tak apalah....cuma nak cerita baru-baru ni saya rasa saya tak larat nak jaga chacha. Oleh kerana kesibukkan saya dengan kedai minuman yang seminggu sekali terpaksa saya ambil alih kerana apabila pekerja bercuti atau apabila PWTC mengadakan sebarang event maka saya harus ke kedai menolong pekerja saya yang tak menang tangan.

Bayangkan kalau dulu saya setuju menjaga chacha kerana ketika itu saya ada Hafiiz bersama saya di rumah tetapi sekarang apabila hafiiz tinggal di asrama maka saya dah macam ayam berak kapur...betul-betul hilang semangat.


Dari kecil hafiiz memang terkenal dengan keras hati dan kenakalannya sehingga begitu menjengkelkan daddynya. Dengan sikapnya itu dia sering dimarahi oleh daddynya sehingga saya dapat merasakan hari demi hari terbinanya rasa pertentangan di hati daddynya terhadap hafiiz apabila ada sahaja komplen yang kedengaran dan yang tak berkenan dihatinya terhadap hafiiz.

Apabila dimarahi oleh daddynya, sayalah tempat dia mengadu dan melepaskan rajuknya.Saya akan memeluknya sambil memujuknya. Mungkin sebab itu saya amat rapat dengan hafiiz berbanding anak lain. Mungkin juga kerana saya sering mempertahankannya apabila kena marah menggambarkan yang hati saya lebih terusik berbanding dirinya.

Hati memang tersentuh bila melihat rajuknya yang tidak panjang dan hatinya yang tidak berdendam langsung. Walau dia anak yang sering dimarahi oleh daddynya, namun dialah anak yang selalu menawarkan bantuan secara sukarela ketika daddynya memerlukan, dia lah juga yang sering menolong daddy membuat kerja, dia lah anak yang begitu ambil berat dan melayan ketika daddy dia sakit, dialah anak yang ingat daddy dia waktu dia makan. Semua itu membuat saya begitu tersentuh akan sikapnya yang amat penyayang dan tidak berdendam.



Chacha walaupun gemar menangis tanpa sebab tetap dilayan hafiiz dengan sabar. Itu yang buat hati saya tersentuh dan bertambah rindukan hafiiz.


Kadang tu tiba-tiba jer menangis bila kita senyum dengan dia. (tangisan mengadanya) Jalan yang paling selamat ialah saya sering buat-buat tak nampak dia. Tetapi en suami kini dah mula menyayanginya dan melarang saya berhenti dari menjaganya.Teringin cucu ke en suami?








Haha lari topik....sebenarnya dari mula memang nak bagi resepi mee kari yang paling sedap akan anda masak...cubalah......





Resepi Mee Curry


Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis






A)




10 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

15 btg cili kering yang telah direndam dan dibuang biji

2 sudu makan biji ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak

2 biji buah keras

1 sudu makan udang kering

1 sudu makan rempah kari daging


Kisar halus dan tumis di dalam minak sehingga naik bau. Masukkan 1 batang serai yang diketuk. Masukkan santan dari sebiji kelapa, sedikit air, garam dan stok ayam.


B)


Celur 200 gram udang dan buang kulit. (Udang digunakan sebagai bahan hiasan manakala air rebusan udang masukkan kedalam tumisan (A).


Setelah mendidih, masukkan hirisan fish cake, fish ball, tau pok (tauhu goreng yang ringan), ayam yang dipotong sederhana kecil. Angkat setelah mendidih.Hidang bersama taugeh celur, udang dan sambal jika suka.




30 comments:

An said...

sgt rindu akan mee kari my mum... :) tak dapat bayangkan bila aunty ada cucu sendiri..neneknya masih muda dan cantik.. :)

Sarah Khan said...

salam ;)

yep. berdiam diri adalah lebih baik. bersabar jalan terbaik.

sangat tersentuh bila aunty bercerita pasal hafiz. anak lelaki memang lebih rapat dengan ibunya kan? hehe

Umi Anaan said...

sedapnyerrr nampak mee kari

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum Puan Nani,

ouh, namanya tau pok ye? ok noted. TQ share resipi ini.

aizeepesona said...

Adoi ..intro kak nani touching ar pepagi nih..

saya pun sama ! tak suka orang yang bermulut "puaka"..(ringkas tp padat).

yang penting mee kari nanirostam mmg sedap...(buat2 macam dah penah rase..hehee..)

annapeje said...

kaknani resepi sambal x der ker :D

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam nani,

hu..hu..jgnlah buat saya sedih.. saya pun rindukan satu2nya anak bujang saya yg baru jer meneruskan studynya du UiTM, Jengka.

Sepanjang kakaknya study di UiTM Segamat, dialah paling rajin vacum dan mop rumah, rajin tlg sidai baju, senang disuruh pergi kedai..kini mcm patah kaki patah tgn dibuatnya..

klu masak mee kari ni, mesti dia makan bersungguh2 dan memuji melambung masakan ibunya.. best in the world katanya selalu, hu..hu.. rindunya kat angah..!

Oyis said...

jelas kerinduan seorg ibu terhadap anaknya. x psl2 saya yg tiada kaitan hiba kjp eheh :)

Ulam Kerdas said...

boleh try ni bile AF balik nanti..thanx for sharing aunty :)

teacher anis said...

teringin ade anak lelaki macam hafiz

Unknown said...

salam kenal..
saya tumpang amik resepi mee kari yea,nmpak sedap & simple..

tQ 4 sharing..

Sofea said...

slurrppp mee kari... sedapnyaa.

NenetPenne (NP) said...

kalau kita tak biasa dgn ayat2 kasar mungkin kita akan berjauh hati...
i pun penah kenal, first day jumpa dgn this lady, tetiba kata i sengal..
i dalam hati..eh..who are u to say that word to me?
tak semua orang biasa dgn perkataan kasar mcm tu ..

orang yang menjaga anak kecil setiap hari tak sama dgn orang yang menjaga sekali sekala..

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, ber-jiwa dan ber-perasaan halus memilih mendiam kan diri tanpa reaksi bukan kerana tidak tahu membela diri = petanda lemah, namun kerana Nani ada lah seorang yang berhemah-tinggi, itu sahaja!! Barang-siapa yang bermulut laser itu seperti"you ni bengong ke apa" adalah sejenis species manusia yang di-wajib kan di hindar kan, jauh kan diri dari mereka, tidak membawa munafaat dapat dosa kering kerana bertahan berkawan dengan nya tanpa membetul kan perangai nya yang bengong itu!!!
Sabar ya Nani walau pun rasa kesayuaan-rindu berjauhan dengan anakanda Hafiz, pasti terhapus rindu kerana sekarang ini musim cuti sekolah.

Yummy ... mee curry bikin Ratna kempunan!! Salam manis manis madu.

CheQ Sue said...

prangai hafiz srupa dgn adik sy yg sorang tuh...

n mee kari tuh..alahai..nasib la gambar jer...kalu ada kat depan haruss tinggal pinggan n sudu jer

Yasmin said...

thanks for the recipe ;)

Unknown said...

x sabar saya nak tunggu kak nani dapat cucu....sebab neneknya gorges gila..x macam nenek langsung...

nisa j ramli said...

teringat mee kari ibu buat, air tangan ibu kan sedap lain dari yg lain. tapi semua tu tinggal kenangan je. hampir setahun ibu meninggal. btw thank you aunty sebab bagi resepi mee kari, lepas ni sy boleh buat sendiri :):)

Oyis said...

lately ni byk plak org rude yg k nani encounter, man kajang la, 'u ni bengong ke apa' fren lah.. mcm2 betul. saya yg baca pon tumpang sakit mata/telinga. sabar je lah.. mohon Allah jgn jd kan kita dan keturunan kita yg bermulut biadap sudah la ek k nani

MiaSaidin said...

kadang-kadang yg selau kena marah tu la yang paling disayangi kan?

naz said...

wow sedap tu makann..trse lapr pulak..
salam perkenalan
http://nasilemak-naz.blogspot.com/

NajlaaY said...

bestnye mi kari. huhu. anyway, sgt suke blog ni. n mntak izin link dr blog k :)

cik suka senyum said...

hafiz mmg baik laa

cik suka senyum said...

bz nye rutin harian aunty ni...hope evrthg is ok yea aunty..

cik suka senyum said...

sesibuk mane pon aunty mmg tetap leh masak sedap2..bagus betul aunty..

Tyha said...

Kali ni resepi Kak Nani lebih teratur...kalau x sebaris ayat je bahan2 dgn cara masak...hehehehehe

rintzpalil said...

Kak Nani,
Mungkin kak nani blh share mcmna kak nani didik anak lelaki sampi dia tk kisah buat kerja2 rumah. Tapi kalu nakal2 tu biasalah, dh nama bebudak.

evanatasha said...
This comment has been removed by the author.
evanatasha said...

Look nice.. how can i get it...

ReeNaJoE said...

dah try dgn sedikit ubahsuai hehehe..sgt sedap..tq kaknani for d recipe