Tuesday, May 17, 2011

Demikian

aku duduk jauh di kerusi hujung
sambil menonton
sebuah drama pentas
kau dan dia pemeran utama
walau watak bersahaja
cerita belum tamat
klimaks dah dapat
aku angkat punggung termangu
memikir tentang kesudahannya
cerita hebat mengapa diolah begitu
demikian
bila kaulah pelakon kaulah juga pengarah
pentas itu kau yang kuasai.

8 comments:

mamawana said...

Bila kuasa dimiliki
Putih katanya putihlah jadinya
Hitam katanya hitamlah jadinya
Kita sekadar penonton tanpa komen.

Siti Takhirah said...

assalam
saya lebih gemar puan nani kongsi cerita yg straight to the point dari semua puitis2 ini.saya paham ia ditujukan buat seseorang..
tapi rindu lah nak tahu apa yg puan nani buat sepanjang bulan ini,lalu dan akan datang. windu sangat2
yg paling best bila puan nani jadi supermom, terkejar2 utk menyiapkan apa saja. you really inspire us especially me.

~ raihazi ~ said...

salam..

mendalam maksud di sebalik setiap kata2. tertunggu2 cerita auntie mengurus rumah dan anak2.

Rihazdu said...

Biarkan bulan terus berbicara...

cik suka senyum said...

itulah pentas kehidupan..hehe betul ke tidak tah..

An said...

kitalah pelakon di bumi yg kerdil ini..kita yg mencorak baik buruk kehidupan ini tanpa paksaan..

Mak Wardah said...

Saya lebih suka kalau Puan Nani berceloteh tentang kehidupan harian...banyak pengajarannya.

ReeNaJoE said...

maksud yg sgt dalam..hmm..