Thursday, May 19, 2011

Putus Cinta Bukan Kehilangan Tetapi Pengenalan

Suka sangat baca entri terbaru Hanis mengenai surviving breakup. Siapa yang mahu putus cinta? Tak siapa kan?

Rasionalnya, cinta itu putus bila salah seorang daripada pasangan tidak mencintai pasangannya lagi. Macam-macam penyebab...dan apa pun penyebabnya...jawapannya hanya satu SUDAH TIDAK LAGI MENCINTAI...maka putus cinta. Kerana kalau betul masih ada cinta pasti kita sanggup mengharungi apa jua HALANGAN selagi cinta ada dihati.

Kadang-kadang macam-macam tips tentang putus cinta kita baca, kita pelajari, kita cuba amalkan tetapi kesudahannya hati kita, diri kita, kita sendiri yang lalui keperitan itu.

Macam mana sakit pun hidup harus diteruskan...harus pergi kerja, harus makan minum....dan macam mana sakitpun kita pasti tiada daya menyambung kembali cinta atau memaksa dia kembali kepada kita.Walau macam manapun lemahnya kita kita tiada pilihan untuk merasai kesakitan itu.

Hanya satu sahabat akrab yang dapat membantu kita menangani segala kepedihan dan kekecewaan kita adalah MASA. Hanya masa dapat menyembuhkan luka. Beri diri kita masa, beri diri kita ruang...insyallah maka dengan masa dan ruang pasti kita boleh bernafas seperti biasa.

Bercinta, putus, bercinta putus itu adalah satu proses kematangan. Pasti dalam setiap percintaan dan kekecewaan kita lalui macam-macam cerita. Jadi selalu pandang positif atas setiap yang terjadi.

Asakkan dalam diri bahawa putus cinta itu bukan satu kegagalan tetapi kemenangan yang didahului dengan kepahitan. Itu sahaja. Maka jangan menyesali diri bila putus cinta.Tak mengapa..tak jadi kudis...laluinya dengan bersahaja maka di situ kekuatan hati kita yang sebenar.

Tanamkan dalam hati bahawa putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka.

Dan kalau kita sedar betapa putus cinta itu adalah satu pelajaran yang tidak dapat kita perolehi dari mana-mana institusipun tetapi hikmahnya lebih manis daripada cinta itu sendiri!!!!

Percayalah.....hidup ini tak mudah...tetapi tidak pula sukar untuk kita lalui....

44 comments:

kakchik@ella said...

ayat terakhir tu paling best.

cik saba said...

best entry ni..
sngt bergune..
mintak izin share nyer aunty.:)

Filla ~ Kasihs said...

Alamak kaknani.. sgt terkesima.. sgt benar.. nasiblah dah tak remaja... hahaha..dah takde peluang nak putus-putus cinta nie.. kalau tak konfem rujuk ayat knani utk bagi kekuatan >__<"

Azira Amir said...

saya suka dua2 sekali. hanis and aunty punya entry. :)

ukhti syikin said...

:) semua perkara ada pengajarannya.... terpulang pada penganalisisnya.. mau yang baik.. atau yang buruk yer :)

mOoN said...

terima kaseh sebab wat entry nie...ia bukan satu kehilangan tp satu pengenalan...lepas putus cinta baru sy tahu mama sy sgt understanding...

-atiQah- said...

setuju 100% dgn kata2 auntie..yg akan mematangkan kita hanyalah masa..

MIRA UTTIKA said...

aunty,
sedihnya bila baca entri kali ni.
tengah mood putus cinta ni aunty. dah nak dekat 2bulan setengah nak putus..tapi masih tak boleh melupakan :(

cik melur desa said...

"putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka."

well said... :)

[i.l.y.a] said...

setujuuu sangat :)

myravea said...

Sangat berguna..like this entry la aunty!kuat semangat sket bila baca..baru putus cinta, mmg perit..sobsob

Muna said...

bestnye entry ni...rs dpt 1 smgt blk..."cinta itu putus bila salah seorang daripada pasangan tidak mencintai pasangannya lagi".. tsangat betolnye kak...

lily lotus said...

memang hidup tak mudah. terlalu banyak dugaan. hanya Dia yg mengetahui kebaikannya...

O'gosh said...

saya juga setuju ngan hanis serta kak nani...

yellowie roses said...

hm~tp agak sedih lah kalau putus tu di lewat usia.....macam saya..:(
walaupon xbrapa lewat sgt..hehehehe
xpela....semua tu mengajar hati tuk jadi kuat...

Nurul IzzAtiey said...

mnta share..sy da lama putus cnta,tapi asyik teringat aje apa yg dia buat kat sy..mcm aunty ckp,biarlah masa menentukan :)

anaiha yusof said...

aunty ,ada button like tak,rasa macam nak likeee banyak333 kali kat sni,sangat awesome :)))))

cham's said...

baru dua tiga ari lepas buat blogs haram sbb baru lepas putus chenta http://shamsulcairol.blogspot.com/2011/05/19-reason-ko-kan-bergelar-janda-berhias.html

Lisa said...

i loike...

perawan said...

come to share some love here :)

NenekPenne said...

saya setuju dgn kak nanie..
masa yang akan mengubat kita..
tengok saya, saya mampu lagi berdiri disini setelah apa yang terjadi pada diri saya...

masa untuk meratap telah berakhir..

O J O L A L Y said...

i like..eh esok akak n hanis ada dalam berita harian kan?...inspirasi... sweet lak tgk

Umi Asura Sanusi said...

Siapa yang mahu putus cinta? Tak siapa kan?

betul!!!semua orang tak nak..tapi kalau dah takdir..tak ada jodoh la tu..

entri terbaru
review movie nur kasih

cik suka senyum said...

good entri la aunty...so nice..

banyak bagi kata2 dorongan..

dyna syamsuri said...

betol, sokong auntie!
Allah tak kan menarik sesuatu nikmat melainkan Dia ingin menggantikan dengan yang lebih baik. :)

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Putus cinta sangat menyakitkan.. tetapi, jika tidak sakit, apakah kita kenal dengan bahagia?

Send my regard to HZ ya Ms. Nani =)

yours
SH

Ibu Comel Sedunia said...

Yg penting..kena tabah dan kuat semangat.Sentiasa ingat padaNya..pasti semuanya dpt dilalui dgn mudah...

Musyirah :) said...

best2.

tadi, saya baru baca surat khabar BH :) saya terus bukak blog aunty dgn anak makcik :))

EedaFizZ said...

Memang best ayat yang last tu!!

Tyha said...

Comel dua beranak dlm BH tadi...;) Hanis nampak cam muka chubby,ada iras liana.

Mak Wardah said...

Betul sangat. Life not easy but not that difficult to get through.
Nice article

Cik NurulZaty said...

:) aunty ,thanks you.

saya pun bru je lepas kena berputus cinta. btol la org ckp, yg prtama x smestinya yg bgus kan..

btol kata aunty gak. masa la yg mnjdi peneman..sy pun 2 mggu gak la perlukan msa nk bfikir dgn waras..

moga cabaran mematangkan idup jugak..

hehe~ 1st time sy komen blog aunty! :)

{ finieViolet} said...

as salam..Pn Nani..,
cantiknya dan indahnya ciptaan Allah..

Pn Nani dtg dgn pakej yg hampir perfect..alhamdullilah..♥

aizeepesona said...

selalunya kita akan jumpa yang "salah" dulu sebelum jumpa yang "betul"..

aizeepesona said...

kak nani punyer gambar baru tu cantiklah ...anggun pesona.

contact lens tu pun sesuai dgn tuan empunya diri...

AziE said...

sungguh suker dengan entry ini

An said...

salam aunty,kehilangan dan peprisahan dah pun tjadi dlm hidup sy 2x taapi ia mgajar kita erti khidupan..

misslysaemilia said...

bestttt! copycat bole? ;p

Siti Hajar Masri said...

ye betul..setuju ngan auntie..;p

Siti Lyana said...

setuju... setiap kali putus cinta, setiap kali kita akan ada satu permulaan. Tapi harapnya jangan pernah putus cinta dengan Dia yang SATU :)

cLinaku said...

saya suka baca entry ni..time kasih!

Cik Syeeda Sobbihi said...

kak nani, this is an awesome entry!! rasa motivate je bila baca..

miss tembun said...

salam
kak nani..iza ni dah lama baca blog akk ni..semua entry akk semua iza dah baca..baru skarang berani nak buat blog..kalau rajin mai la blog iza ye...tq

Mars Mell-o said...

was here to read and follow :)