Wednesday, October 26, 2011
Monday, October 24, 2011
Jadi Kekasih
Sepi itu seperti angin..
seperti bayu seperti aku tidak mahu merasai
tapi dia terus menyapa dingin...
ada namun tak terlihat...
ku rasai namun ingin ku hindari...
yang memberi ku ruang...
bernafas...menyiram dingin dipori kulitku..
emosi berlari lari
kadang ku buang kadang kukejari....
jangkau kemusim ku simpan kemas di dalam saku ini.
jadi gebar malam yang ku tebar bila ingin bermimpi.
Sunday, October 23, 2011
Laki Kita Orang Kedah
Assalamualaikum....
Laki memang seorang yang kelakar. Bini boleh tergelak besar kalau laki bukak mulut buat kelakar. Itu yang Hanis anak laki suka sangat nak cari jodoh orang kedah.Hanis kata orang kedah sangat kelakar...tapi hanis bakal dapat jodoh orang kelantan....huhu orang kelantan pun sangat lawak bukan?
Hari tu masa sama-sama pergi ofis orang cina mana ntah...staff amoi tu suruh kita orang duduk kat meja yang ada beberapa biji kerusi. Tiba-tiba laki sangat gatal pungkok pergi duduk atas salah sebiji kerusi yang diletak di tepi dinding sambil berpusing pusing macam boss besar.. Dalam hati bini macam dah agak yang kerusi tu mungkin kerusi rosak...tetapi tak sempat nak bersuara tiba-tiba staff cina tu 'eh jangan duduk itu kerusi wo...itu kerusi sudah rosak ma. Laki cepat-cepat bingkas bangun sambil tersipu-sipu dan berkata' aiyoh ini company mahu bikin orang mati ooo...bagi orang duduk kerusi rosak ini macam.
Bini dengar macam nak pecah perut tahan gelak.
Ada satu hari..laki balik dari berambu mana ntah...pukul 3 baru reti nak tengok jam. Bila sampai kat guard tu...laki tengok guard nepal tu tengok nyenyak tidur sampai tak perasan kereta laki lalu. Laki yang kuat mengusik tu sajer lalu buat tak tahu...bila dah jauh sikit baru laki hon kuat-kuat sambil pandang guard nepal tu dari cermin belakang. Guard nepal yang terkejut tiba-tiba terbangun dan terus tabik...walhal laki dan jauh dari situ...kemudian laki nak tergelak pecah perut sendiri dan esoknya bercerita dengan bini...
Tiba-tiba semalam bila bini bercerita dengan laki ada seorang customer complain yang pavlova yang dia dapat tak sama macam gambar. Katanya pavlova yang dia dapat besar gedabak dan tak banyak strawberry. Walhal itu lah Pavlova yang dia dapat sama macam dalam gambar yang bini upload banyak-banyak di atas tu.
Laki kata nasib baik dia tak complain dekat laki kalau tak laki kata 'pavlova tu i buat gedabak sama macam orang yang order'!!
Sabar jerlah bini dengan laki yang mengalahkan loyar....sebab bini ni lebih banyak sabar dengan perangai customer yang macam-macam .Bini ni pun selalu beli kek atau kuih muih orang lain....banyak kali juga rasa tak puas hati dengan kek orang atau kuih orang lain...tapi bini jenis yang tak suka complain kecikkan hati orang...tak suka diam tak perlu order lagi...bila kita tak suka kecikkan hati orang...maka dapat nikmat dan hikmah dari sudut lain pulak....
Tetapi baru beberapa hari lepas ada seorang tetamu tu kata..orang yang selalu menyakitkan hati orang akan lebih panjang umur....lalu bini masih berfikir-fikir tentang teori tetamu itu.....
Friday, October 21, 2011
Check List Majlis Perkahwinan Liana
Assalamualaikum
Pantasnya waktu berlalu. Sedar-sedar dah seminggu saya abaikan blog ni. Hujung minggu yang lepas saya terlalu sibuk dan kini alhamdulillah masih sibuk. Sibuk dengan baking dan perniagaan, serta hal-hal keluarga. Jika ada sesiapa yang terasa saya tidak melayannya atau mengabaikannya saya minta maaf sangat-sangat sebab memang sibuk. Kerana kesibukan saya adalah sumber punca rezeki saya. Alhamdulillah...semuga saya akan terus sibuk dengan hal-hal dunia dan akhirat sekaligus...
Apatah lagi masih pening memikirkan tentang hal-hal persiapan perkahwinan Liana...
Masih banyak check list yang belum di penuhi.
Alangkah bagusnya kalau anda semua dapat membantu saya memenuhi checklist yang belum selesai..
1. Catering dah confirm.
2. Canopy belum ditemui
3. Pakaian pengantin bersanding tengah mencari
4. Door gift dah ok
5. Thank you kad dah ok
6. Pelamin dah booking
7. Baju pengantin untuk bertandang dah booking
8. Baju nikah baru ditempah jahit.
9. Kad udangan belum siap ditulis nama jemputan
10.Kuih muih..terima kasih semua...insyallah akan dipilih dalam waktu terdekat.
11. Dulang hantaran masih mencari...ada sesiapa yang mahu menyewakan sila telefon saya.
12. Barang hantaran ....sudah disediakan oleh Liana dan tunangnya.
13. Orang-orang yang harus diberi tugasan belum finalise.
14. Bilik pengantin sedang di siapkan.
15. Mekap artis dah booking
16.Fotographer...dialu-alukan sesiapa yang sudi.
17. Pakaian keluarga mengikut tema sedang difikirkan.
Alamak ada lagi dua bulan....harap-harap sesiapa yang sudi menyumbang informasi dan sebagainya amatlah dialu-alukan.....
Sebelum tu...just layan gambar-gambar aktiviti saya pada hujung minggu lepas.....zasssss

Bila dengan bread pudding mcm orang mengidam.....anak-anak mungkin dah jemu..tapi saya belum |
Teman Alisya di studio untuk suara YAYA kartun animasi BOBOBOI yang disiarkan setiap ahad jam 7 malam. |
Bunuh waktu ketika menunggu Imran shooting iklan TESCO..di Avenue Segambut |
Ye ye...Alisya dengan gaya street dance.... |
cantik kawasan shop lot ni |
Si budak pemalu... |
Hafiiz adalah abang kesayangan alisya walau...selalu menangis kerananya.... |
Nak senyum pun malu...... |
Anak bujang dan anak daraku..... |
Imran sudah dimekap dan ready for the shoot....... |
Anak bujangku di apit oleh dua dara jelita.....huhu |
Untuk iklan back to school TESCO |
Yang budak kecik pakai tudung tu anak cina...hantam sajala labu.... |
Lepas shoot dia orang kelaparan..singgah di IKEA untuk mengisi perut mereka |
Sampai rumah tengok kek besday Alisya sudah ready untuk celebrate malam tu... |
Happy Birthday Alisya |
Alisya atau YAYA |
Sekali dengan besday kek Hanis....sebab nak celebrate sekali... |
bunga ungu yang indah |
Luar coating dengan whipping cream dan dalam adalah chocolate indulgence |
Besday kali ni Hanis dapat dua biji kek sebab yang pertama tu rasa macam tak proper tak dapat celebrate.... |
Balik dari IKEA pergi ke rumah jiran depan untuk majlis doa selamat |
Zila adalah jiran depan rumah.... |
Dapat jemputan dengan kad udangan..Zila dan Rosli yang akan berlepas ke tanah suci mekah pada 30/10/11 |
Celebrate besday di RED BOX.... |
Friday, October 14, 2011
Kuih Muih Melayu Vogi The Vas
Assalamualaikum,
Ok post ini adalah iklan.
Saya ingin bertanya di sini ada sesiapa yang kenal atau tahu pembuat kuih muih melayu yang vogi the vas...sedap giler....seperti kuih tepung talam, talam ubi, kole kacang, cream puff dan sebagainya.
Kalau ada sila beritahu saya, sebab saya nak order untuk majlis perkahwinan Liana pada bulan disember nanti.

Thursday, October 13, 2011
Puteri Bongsu
Assalamualaikum,
Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...Happy Birth To Alisya..Happay Bithday To You...Semuga Alisya panjang umur, murah rezeki, berjaya dunia akhirat..amin ya rabballamin.
12.10.2011 fuh lagi cantik nombor berulang besday Alisya kali ini...Alhamdulillah Alisya mencapai 11 tahun..Dalam semua anak saya, Alisya yang paling muda sudah earn income. Tak sempat buat kek untuk Alisya. Sibuk sangat..esok pun Alisya seharian ada BoBoBoi shooting dengan Majalah 3. Hari Sabtu pula harus menemani Imran shooting iklan TESCO. Maka weekend ini insyallah barulah saya bawa anak-anak celebrate besday Alisya dan Hanis di Luar...mungkin tengok wayang atau pergi Redbox.
Weekend lepas, seronok sungguh menghabiskan masa menemani Alisya shooting filem kru production yang bertajuk 29 February, di Taiping.
Saya tak tahulah anak orang lain. Anak saya memang nampak jakun sebab happy sangat bila dapat duduk hotel. Masuk jer bilik hotel, excited semacam...yeayy..."tido hotel'. Tambah bila saya tanya menu apa nak order dari room service.
Habis semua menu di sebutnya dengan satu nafas...heh..Kadang saya seronok melayan dia orang bila tengok dia orang happy sangat. Saya tanya apa nak order...bila tengok harga menu pulak tak da lah mahal sangat....
Petang tu sampai jer bilik hotel..saya dan Alisya terus tak turun-turun dah. Apalagi bila dapat tahu time shoot Alisya ialah keesokan harinya jam 5 petang. Sebelum naik crew production ada bagi tahu dinner dia orang akan hantar ke hotel.....tungu-tunggu tak da.....saya dan Alisya pun ...apa lagi godeklah menu paling menggoda....
Rupanya waktu sarapan pagi di coffee house lobby Hotell Traders, Kamunting Taiping baru kami tahu yang crew dah datang hantar makanan untuk dinner tapi disebabkan tiada siapa yang turun ke lobby maka makanan tak dapat di edarkan. Tak mengapa Alisya lebih suka yang saya order dari room service...bagi dia enjoy sekali sekala.

Rib Eye yang berharga rm29 boleh tahan combinasi dan rasa. |
Aircond bilik hotel ni sejuk giler tapi ada hati Alisya nak order banana split..tapi dah habis maka order sundae pun jadik,.. |
Sukalah Alisya tu...bila waiter hantar makanan yang meriah macam nih.. |
Pineapple Fried Rice rm 10 |
Antara menu sarapan pagi di cofee house lobby hotel..... |
Dah 11 tahun...pejam celik pejam celik....terasa baru jer tengok Alisya pakai baju kindergarden hari tu.... |
Lunch kami di bilik hotel...chicken chop rm 15 |
Rojak buah rm7...walau crew production ada menghantar makanan untuk tengahari tu...ikut jugalah kehendak Alisya yang teringin nak try chicken chop pula. |
Sebenarnya mata dah ngantuk tu...bila siang suruh tidur tak nak!!! |
Edry sedang mengarah dari monitor..... |
Verandah rumah agam Pegawai Daerah yang tidak diduduki lagi... |
Mujurlah ada lampu terang benderang oleh kru production, kalau tidak memang kawasan rumah yang terletak atas bukit ini scarymary... |
Rumah agam yang kosong memang menyeramkan... |
Shooting Alisya bersama kanak-kanak lain yang sedang duduk di taman sambil bernyanyi... |
Alisya dan kanak-kanak lain sedang menjalani latihan menyanyi beramai-ramai |
Kena pakai baju kurung ni...untuk watak zaman 50-an...polka dot.... |
Bandar Taiping yang mula diintai malam... |
Suka tengok perkataan..Larut, Matang dan Selama...teringat baca buku sejarah sekolah menengah dulu. |
Bandar yang didampingi bukit bukau..... |
sore yang damai........ |
Remy Ishak yang sedang di dandan rambutnya untuk kelihatan lelaki di zaman 50-an |
Bila terpandang di saya teringat aktor the ROCK. |
In person....agak peramah |
Amboiiii......akazzz!!! |
Alisya dan Jasmine....jasmine yang baik dan berbudi bahasa.... |
Amboii akakzzz!!!! |
Gambar yang last ni biasa saya letak gambar pembaca blog yang saya temui... |
Subscribe to:
Posts (Atom)