Sunday, August 7, 2011

Resepi Spaghetti Dari Food Court Ikea

Assalamualaikum,


Agak-agak you all lah kalau nampak spageti ada hati tak nak buat juadah berbuka...mesti tak kan...

Cuba kalau tengok nasi baryani, sup tulang, masak lomak cili api, yang manis-manis macam kuih akok, kuih lapis dan sewaktu dengannya mesti berombak-ombak kerongkong telan air liur.

Apa kata bulan-bulan puasa ni kita isi perut yang kosong dengan makanan yang berkhasiat. Jangan sesekali pandang remeh pada spageti hanya kerana dia bukan makanan tradisi kita. Pandang tinggi pada nya sebab dia merupakan salah satu makanan yang paling berkhasiat kalau kita tak tahu.

Selain daripada pasta yang dibuat daripada tepung semolina, kuah spagetti yang dibuat daripada tomato itu mengandungi bahan anti oksidan. Buah tomato pula lebih menghasilkan vitamin C setelah di masak.

Yang selalu menyebab banyak orang tak suka makan spagetti adalah kerana kita kerap membuat kuahnya menggunakan sos spagetti yang siap dibotolkan seperti prego dan sebagainya yang mana rasanya sangatlah pekat dan masam membuat sekali jamah tak rasa tak jamah lagi.

Tetapi saya membuat kuah spagetti hasil daripada pemerhatian dan rasa ketika makan spagetti di food court ikea. Memang sedap, menyelerakan dan tidak jemu.Tetapi sejak kebelakangan ini apabila mendengar unsur-unsur samak dan sebagainya di ikea, saya jadi malas lagi untuk ke sana.

Membuat spagetti di rumah yang sama resepi macamnya lebih menyeronokan dan menjimatkan. Satu dua pinggan memang tak cukup...akan selalu ulang....cubalah resepi spagetti saya cipta ni....memang sedap...jangan marah sebab saya selalu kata masakan saya sedap....kenyataannya saya memang berusaha untuk menjadi masakan saya sesuatu yang terbaik!!!




Sms yang saya terima daripada salah seorang kawan hanis yang datang ketika saya mengadakan jamuan harijadi hanis tempohari.




Ini lah dia spagetti yang sungguh menyelerakan dengan kuah tomato cincang yang tidak pekat.



Mana nak cari tomato cincang, carilah yang dijual di dalam tin seperti ini. Kalau tak jumpa jugak..pilih tomoto yang merah dan masak, rebus atau reneh dalam periuk berisi air sehingga tomato benar-benar masak. Keluarkan kulit tomato dan cincang-cincang ia. Gunakan sekali air rebusan tomato tadi sebagai kuah. Tetapi resepi saya, saya gunakan tomato dalam tin yang di atas ini.




Resepinya :-




Pasta yang di rebus empuk angkat, tos dan gaulkan dengan olive oil dan tabur sedikit oregano.



Sosnya :-



- Panaskan minyak zaitun dan tumiskan 2 labu bawang holland, 5 ulas bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.


- Masukkan isi ayam yang telah di cincang halus, banyaknya mengikut kesukaan. Tumis rata dan masukkan sedikit serbuk lada hitam dan stok ayam knorr.


- Setelah ayam sudah agak masak, tuangkan tomato cincang dari dalam tin. Reneh sehingga masak dan angkat.


- Hidang dan hias dengan daun pasli dan tabur sedikit oregano atau rosemary.




21 comments:

Puan Eka said...

nyumm22222 eh lapo plak tengok auntie punya spaghetti ni.........

nak buat jugak ler...

p/s:auntie,tadi eka klik iklan sk11 nuffnang..ada muka auntie and hanis..wahhhh bestnyaaaa...hehe

Nadia GhazaLi said...

aunty, kalau tambah meatball lagi yummy2. *gulp! tertelan air liur.

LINA EVERLYNN said...

boleh cuba resipi spageti cara kak nani plak.:)

cik nur said...

semalam baru berbuka makan spegethi hehehe :)

Hudalatip said...

nak try la..oh pakai ayam eh? bukan daging?

cham's said...

epi ramadhan kak nani...nak velvet kek!!!

Nani said...

nak jadi top Commentators la hihi...

Nani pun tak suka spagheti tp baru sedar sos tu pakai tomato, ok lepas ni nak suka la ..

Rani Rashid said...

K.Nani, next time kongsi resepi chicken lemon boleh x? :)

Ibu Muda 30series said...

wah...senang!

Filla said...

wah? macam senang jek ni.. bagus2.. nanti nak try.. selain boleh save budget.. prego dahlah mahal! heheh

Dinas Aldi said...

Wahhh nampak sedaplah! Nasib baik tengok malam2 ni, hehehe

Syamimi Fatin said...

wah, mcm ni ke nk buat xguna prego? akan dicuba! tq auntie :)

Nurul said...

daH try...mmg btl2 sdap..thanks kak..

ayuni rosli said...

prego memang tak sedap pon, sebab masam sangat. antie try la leggo pulak. banyak jenis. sumpah best. pekat, cukup rase, terangkat! tambah je mushroom n daging kisar. try yang pasta bake punye.

wanna said...

Kak nani, kat mana nak beli tomato brand tu? Td pegi cari kat JJ n cold storage tapi takde.

Elyssa said...

baca resepi saja pun dah terasa sedap spagethi dan makin lapar perut ni.

_ettyEzudin_ said...

salam kak..yg nih resepi tuk brape org nih?nk wat for raya laaa

Saidatul Syakiera Mohammad Idrus said...

aunty, sai dah try resepi ni last night. memang simple and senang sangat nak buat. thanks ! ;)

yayanrahman said...

aunty, sy dah try resepi ni tp ada la ubah2 sikit ikut selera sendiri, sedap sangat, mmg dah lama cari resepi spageti yg cmni..mohon izin share kt blog sy..tQ

Pinkbubblegumprincess said...

boleh tau berapa umur kak nani? sorry out of topic hehhee...*u look young thats why i am eager to know ur age..if u dont mind :p

nuramalina said...

asalamualaikum... auntie... saya nk tumpang tanya... auntie pernah buat egg tart x? kalau pernah, boleh share resipi x? sy teringin nk buat egg tart mcm dkt ikea tu or yg jual dkt macau express sedap sangat... =)