Jiwa memang begitu
sekejap kacau
sekejap tenang
tak terjangkau dek akal
mampu merenggut kebahagiaan
siapapun gerangan
itupun kalau ada tepuk bersambut
hati sekadar menumpangi bahu
buat mengadu rasa
memujuk emosi
gelaran sekadar teman
tak pernah bertentang mata
bersua muka
bersentuh bersalam
hebatnya rasa
walau cuma huruf yang disentuh
mampu membuat cemburu mendidih
bagai aceh ditimpa tsunami
siapalah diri begitu besar upaya.
11 comments:
teman alam maya ni kalau ada berlaku apa2,sakitnya macam teman realiti jugak kan auntie...sakitnya tetap sama..walau hanya ditekan hanyalah huruf,namun huruf itu berangkai dan membentuk kata.......
kata-kata....
bak kata orang..
indahnya kata-kata,sukar ditafsirkan...
Kadang2 walau sebaris ayat, tajamnya menujuk jiwa.
puisi yang sgt mendalam...
Kak Nani,
Saya tertanya-tanya apa menu akak masa bersahur? Masa bila akak memasak?
salam kenal2 kak nani...tergoda azue nengok pavlova akak tu..mesti sedap kan...x pernah torai lagii niee
salam semua..maksud memang mendalam tapi perasaan sahaja yang tak cukup dalam...
auuerina...salam kenal....kalau dah tergode kena lah ode.....hehhe
tenangkan hati,
kerna takdir tidak akan pernah membohongi,
panjatkan doa,
kerna dia akan selalu adil,
dan pasti memberi yg berhak akan haknya.
dalamkan sujudmu,
kerna tenang pasti bertemu tenang,
dan cinta akan mula berbahasa riang,
bila langit mula membuka pintu keredaan.
Degup akan terus berhubung,
walau dari liang-liang jentera Intel,
nafas-nafas ketulusan akan terus mengalir,
kerna kesucian tidak akan berdusta.
Ukirlah senyuman,
Kerna Maha Pemberi ingin melihat kita,
Berharap hanya pada-Nya.
wallahuaklam.
salam ramadhan nani
Salam perkenalan Nani...
Hebat dalam pelbagai aspek memasak, mendandan, menulis dan macam2. Sukar nak cari orang macam Nani nih...
Feel free to visit: cenderasari.blogspot.com
Salam kak nani. Pohon izin untuk copy paste puisi kak nani yang sedap ni kat blog saya utk berkongsi ngan kawan2 semua. Tkasih kak. Slm aidilfitri.
Akum kak nani. Pohon izin utk copy paste puisi ni kat blog saya utk dishare dgn kawan2. Slm Aidilfitri. Tkasih
Post a Comment