Friday, August 5, 2011

Hanis Zalikha Raya Collection - Bila Memakainya Sebijik Macam Model

Assalamualaikum......


Kenapa akak rasa puasa tahun ni sungguh simple dan sunyi. Sebenarnya rumah akak ni pun dah terasa sepi sejak awal tahun. Rasa macam kurang seri, nak mekap-mekap rumah pun dah kurang semangat...taman sekeliling rumah semakin terbiar....aduhai..bila hidup dah biasa dengan hiruk pikuk anak-anak bergaduh dan sebagainya. Kini anak-anak semua diperantauan. (Tulah memang dah terasa tuwe kan giliran kita tunggu anak-anak balik pulak).

Liana dari hari pertama tak berpuasa. (nanti bila Liana dah kahwin tambah rasa sunyi kan huhuhu).

Tinggal akak terkontang kanting tertonggok 3 orang menghadap meja makan dengan hanya satu jenis lauk untuk bersahur.Ayam goreng kunyit dengan nasi panas pun dah kira haven. Malam sebelum tu terlajak tak sahur. Bila terbangun dah pukul 6....tengok2 Alisya pun terbangun sama sambil airmata meleleh dihujung mata akibat terlepas sahur...."alisya kenapa nak nanges...jangan nanges...insyallah kadang-kadang yang tak sahur tu yang tak rasa lapar" Kata-kata akak nak bagi semangat kat Alisya.

Soal kuih muih akak dah serah sebahagian pada adik ipar. Dia yang handle dengan para pekerja seramai 13 orang. Akak serah resepi jer kat dia. Cuma ada sesetengah resepi yang lain tangan lain jadinya maka terpaksa akak buat jugak. Kek untuk hari raya akak terpaksa ambil tempahan berdasarkan sapa cepat dia dapat sebab kek hanya dapat disiapkan the very last minute serentak bayangkan...memang tak leh ambil banyak2 order.....tak terbuat den kalau 40 orang serentak nak kek sehari sebelum raya.mano nak cukop poti sojuk.

Selain daripada akak dah terbabit dengan business COLLAGEN DUST iaitu product kecantikan dan kesihatan yang TERBAIK DAN BERKESAN pernah akak ambil, tetiba ada seorang pembaca blog ni telefon akak dari brunei ajak syer sewa booth di BAZAAR RAYA RAMADHAN SECTION 13 SHAH ALAM, bersebelahan perodua dan giant.

Dah banyak kali akak menolak pelawaan orang entah macam mana bila dengar suara Myra yang lemah lembut dihujung talian tiba-tiba akak macam tak sampai hati mengecewakan orang maka akak pun kommit bayar setengah untuk sewa tapak. Lepas tu baru akak terfikir nak ajak kawan akak ella syer business dengan akak. Segala-gala the very last minute...tetapi akak just grab peluang begini.


Myra pula jual kerepek segala kerepek memang murah dan sedap.. tak payah pergi tempat lain, nak baju ada, nak kerepek ada nak kuih raya akak pun ada....

Rempeyek yang cruncy dan sedap - rm10 untuk 1/2 kilogram
Kerepek pisang yang lemak rm10 untuk 1/2 kilogram
Kerepek ubi berperisa rm 5 untuk 1/2 kilogram

dan bermacam-macam kerepek.

Bagi akak kalau kita nak berjaya mesti start something somewhere....tak boleh hanya berangan dan bercakap tetapi tak tahu bila nak mulakan apatah lagi nak bergerak.

Akak bagi nama boutique akak (amboi jual kat pasar tapi nak jugak sebut boutique) jangan tak percaya baju-baju yang akak pilih semua terkini dan standard boutique tau. Ok akak bagi nama HANIS ZALIKHA RAYA COLLECTION sebab setiap helai baju akak bila Hanis mencubanya memang the Vogy The Vas...cantik bebenor....

Tetapi jangan giveup....kat badan akak yang gemuk besar perut buncit nipun ok jugak kan....lagi lah kat you all yang memang muda-muda belia...

Sesiapa yang berminat boleh order online...kalau nak datang tengok kat Bazaar Raya Ramadhan Section 13 Shah Alam. lagi ok sebab dapat tengok lebih 80 pilihan.

Kalau nak order online just bank in payment kat MAYBANK 162302584929 atau CIMB 12090001687526. Harga adalah termasuk postage. Ada pertanyaan call ler kak nani tel no : 012 3959779 atau emel shinarostam @yahoo.com.

Sesiapa yang berminat...sila beritahu tinggi anda, berat badan dan saiz bentuk badan. Maka akak dapat consult samada baju yang dia berkenan tu sesuai atau tidak untuk dia.

Sekian terima kasih.





Resepi sekali lagi ayam masak kunyit untuk bersahur kami 3 beranak.......



isi ayam - 200 gram - potong kecil2 gaul dengan sos ikan dan sedikit gula. (ketepikan)


Dalam kuali sediakan satu cawan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat ketepikan dan luakkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.


Tumiskan, 1 biji bawang besar yang telah dihiris, 3 ulas bawang putih yang dicincang halus, 9 biji cili api dan 1 batang serai yang diketuk sehingga naik bau dan masukan ayam yang telah digoreng tadi.



Gaul rata dan letak sedikit garam, perasa dan cuka.



Angkat dan hidang dengan hirisan timun dan tomato.



Code- JV1 - RM250

Amboi mentang-mentang Hanis tak balik dari Segamat, semangat take over tempat dia....dengan segala keletihan sempat juga akak memekapkan diri sendiri untuk mengimbau kembali ke zaman MODEL 80-AN.

Ok yang ni jubah paling cun pernah saya pakai.kasual yet elegen.amboi nak speaking spekang jugak...tapi kalau pakai baju buat beraya pun masih nampak raya sakan walau bukan baju kurong moden warna warni.

Yang tinggal cuma 3 warna, coklat, merah dan biru. Satu set dengan anak tudung sekali. Yang kat gambar akak pakai tu bukan anak tudung dia...anak tudung dia tertinggal kat gerai semalam....huhu. Yang hijau SOLD OUT.





code : SV1 - RM180


Dah lepas-lepas beraya, dah berlemuih dengan baju raya yang kain dia belum tentu menyejukkan tu, takkan terus nak tukar kain batik dengan tiset makcik-makcik....baik beli jubah casual yang hood dia boleh lepas sahaja...kalau ada orang datang cepat2 pakai kan.....so cuma ada sehelai berwarna coklat muda....apa lagi jangan terlambat sebelum melepas....








code :KV1 -rm300

Amboi ya habibi ya maulana....kemain lagi akak posing sakan....Fuh yang ni pun cuma sehelai...maka kalau berjalan-jalan tak mungkin terserempak jumpa orang pakai baju yang sama....cantik menawan tak kira siang atau malam. Nak buat pergi kenduri kahwin lepas-lepas raya atau wedding dinner memang vogue the vas....











Saja jer nak letak dua gambar.......sebab yang ni senyum ikhlas sket.......







Code : K1 - RM120

Yang ni memang sesuai untuk orang-orang macam akak...supaya nampak awet muda...








Apa tak mudanya.....bila akak pakai cenggini mesti orang tanya 'you dah berapa bulan ngandung?' Kan ke nampak muda tu....umur2 macam akak ni pun orang ingat perempuan muda mana yang mengandung tu....memang sesuai untuk nampak muda dan ibu2 mengandung. Bagi akak kalau tak nak nampak macam menghampiri usia warga emas pilihan berpakaian pun penting tau.














Code BS1 - RM89

Yang ini memang comel sapa yang memakainya...sesuai untuk orang yang berbadan sederhana atau kecil. Sesuai untuk orang yang tak fancy-fancy memakai jubah kaftan dan segala. Cuma ada 3 warna dan corak.


























28 comments:

Hanis Zalikha said...

Cun betul mak sendiri.

Mrs. Norrie said...

akak tak mentionkan pun saiz baju2 tuh....free saiz yerk????

anyway, memang cantik...masih sesuai jadi model lagi...

Puan Eka said...

fuhh auntie..auntie macam anak dara lah...

pehhhhh macam hanis pon ada...

err auntie..eka suka baju no 1 tu...kalau pakai pagi raya sure cantik kan kan..

Misz-ella said...

Jemput-jemput .. Sila-sila .. Baju kami cantek-cantek oooo. Yang Kak Nani 'pose' kan tu sebahagian shj. Byk lagi yg 'vogue the vast' tau.

Jubah labuh .. jubah kelawar .. Blouse titisan airmata .. Blouse Justin Bibier. Koleksi Baju-baju dari Boutique Hanis Zalikha Collection lain dari yang lain ..

cik nur said...

hurm tetap mantap walaupun model 80 an hehehe :)

Unknown said...

Ya ampunnn..Cantik sangat kakeknya..terpana mataku melihat kakak cantek ni bergaya..

Nida Hamdan said...

wah kemain aunty nani posing ye.. hehe neway cantik baju2 yang aunty jual~ :)

Lomo Camera said...

haii. nice outfit! http://lomogcamera.blogspot.com

Unknown said...

saya rasa dlm banyak2 baju,baju yg last plg sesuai utk kak nani sbb nampak muda sgt!hehe

Orked said...

collagen tu baik untuk apa?aunty jual berapa?

Sofea said...

like mother like daughter

istanaputeriberadu said...

kakchik: mana tak cun kan akak, tgklah sapa modelnya... hehehe... baju Hanis Zalikha, sapa pakai terus nmpak mcm "eh, hanis ke ni"... hehehe.... smoga rezeki kakchik & KakNani melimpah ruah sempena bulan ramadhan nie... =)

p/s: KakNani ada mcm muka Noraniza Idris sikit la...

Haney said...

mana nak dapat collagen tu??

Rozzana said...

Fuh! Caya la Nani...entah bila i nak sempat singgah ke gerai u n ella tu..Jalan jem banget deh mau ke sana...itu mau buka pose kat gerai u ol tu! Nyway, congrates both Nani and Ella for being brave with the business...semakin busy lerrr...

Anonymous said...

saya datang sini follow auntie sbb auntie gojes.. bleh tak cakap macam tu? ^^

willing to visit here?

Atomizer said...

hahahaha!!! lawak la aunty ni.. suke ayat2 kat atas :D tergelak sy sorg2 dpn PC pagi2 buta kat opis ni.. hehehehehe...

A2Z said...

bulan2 puasa nampak ayam goreng pun sodap.. kak nani, sos ikan tu beli je ye? brand apa?...

btw, cantiknya mak hanis... meletop u....

gerhana luka said...

salam, tertarik pada pertam kali melihat, akak memang sweetlah! apa rahsia masih cantik walau dah ada anak yg besar2? saya dah follow blog ni kalau sudi singgah la blog saya.

bibabdulhamid said...

fuhhh!!!! anak dgn mak cam adik dgn kakak!!! weeee!! suka melihat wanita2 begini!

Sheila Adziz said...

waahhh... cantiknya auntie... tkejut sy bila tau mak hanis zulikha... patut la anak pun cantik... hehehe

ImaDean said...

cantiknya bebaju...plus tuan dia pun mmg cantek gitu..

Eva Sharmine said...

speechless hehe..auntie memang da boom!

lily lotus said...

phewit, kalau ada rezeki teringin nak jenguk bazar aunty.

Unknown said...

pergh..jeles tgk badan kak nani..tapi saya nye tema kaler baby blue taun ni..kang ada kene semelih ngan mak mertua kang pepandai tuka kale....

Bonda ArissaHana said...

tadi saye lalu dpn gerai auntie..tp segan nk tegur..hehe..

CT said...

wow...cantiknya..bukan baju tp modelnya...hehehe

Rosniena said...

kak nani saya berkenan dgn baju Code- JV1 - RM250,ada color apa sekarang?
email me mawarbiruairlaut@gmail.com

Mama Syabil and Rania said...

Wah.. memang cun lagi la kak Nani ni ye... :)
Sumber inspirasi nak kurus/bergaya cam akak.. :)