Monday, May 16, 2011

Apa Yang Aku Kagum Tentang Kota Bandung

Pesawat sedang berada di langit kota bandung.

Indah.

Hati ku terbetik ketika meninjau pemandangan dari tingkap pesawat. Cahaya lampu neon berselerakkan rapat-rapat dan padat. Sorotan lampu kereta berselirat di jalan-jalan kecil yang menambah indah malam dikota bandung ku kira.

Tepat jam delapan malam pesawat tambang murah menyentuh landasan. Ku lihat sorang-sorang pramugari dan pramugara berwajah lega seolah-olah dah tak kuasa nak pandang apatah lagi walau sekadar ingin lemparkan senyuman sumbing terhadap muka-muka murahan yang konon nak melancong jauh tapi tambang nak murah..termasuk akulah tu.

Tak mengapa.

Tetapi dalam hati tetap berkata, inilah nak murahkan...jangan harap lah senyuman harum manis dari pramugari melambai-lambai kau pergi. Dapat lari dari segala bau tengik ketiak yang dah berjam-jam berumahtangga di lapangan terbang tambang murah tadi pun dah cukup bagus.

Cukup bagus.

Yang penting aku patut mengucap syukur pada Allah bila dapat melangkah keluar dari perut pesawat dengan selamatnya.

Alhamdulillah.

Sampai di pemeriksaaan kastam bandung...kesabaranku dalam agenda menunggu terpaksa ku teruskan. Hanya terdapat dua kaunter dan pelancong yang sekali serbu lebih kurang seratus orang maka menunggu memang agenda utama dalam pengembaraan ini.

Tiada apa yang membuat aku keterujaan menunggu keseorangan dan berada dua jam dilapangan terbang bandera, bandung kecuali bila aku dapat tahu bahawa tambang teksi dari lapangan terbang ke hotel amaris tempat menginap hanyalah 40 ribu rupiah.

Setelah liana sampai kami pun terus menelefon supir. Supir yang bernama yayan terus membawa kami menuju ke hotel penginapan.

"wah ramai orang malaysia kamu kenal ya yayan.".

"rame jugak kak, kak ainur...

" oh kak annur?"

"ya kak ainur".

"pak puji"....

" oh fauzi?"

"ya pak puji"..

"Itu dari celcom, maxis, digi semua saya kenal kak"

"wah untung kamu ya kenal semua orang malaysia yang datang sini".
kamu pernah datang malaysia enggak?

"ya tidak pernah kak".


Apabila kereta hampir memasuki kawasan hotel amaris, aku bertanyakan yayan berapa caj dari lapangan terbang ke hotel yang harus ku bayar.

"yayan berapa kakak nak kena bayar yayan?"

"100 ribu saja kak"

Hah!! kamu biar betul yan...la lagi mahal dari teksi...buat apa susah2 kakak panggil kamu kalau kamu caj mahal dari tambang teksi. Tambang teksi pun baru 40 ribu!!!.

Aku lihat yayan termangu.

"berapa betul-betul ni yan?"

"Ya 40 ribu sudahlah".

"Habis untuk esok sehari dan lusa setengah hari berapa kamu caj?"

"700 ribulah kak!"

"Hee mahalnya...tak naklah ambil dua hari mahal"..kalau satu hari esok sahaja berapa kamu caj?"

400 ribulah kak!"

"Kuranglah yan...."

"Saya memang biasa harga segitu kak. Kak ainur pun bayar saya segitu".

"Yan, ainur tu orang kaya, kakak biasa-biasa saja...kakak datang pun sebab tambang murah"..

"Tambang promosi ya kak?"

"Jadi berapa kamu nak caj kakak ni?"

"400 ribu kak, saya sewa kereta, minyak lagi"...

"Tak apalah nanti kalau kakak mahu, kakak telefon kamu".



Sampai di kamar penginapan aku terus menghempaskan badan keletihan. Sambil tangan terus menelefon nombor nombor supir yang diberi oleh beberapa kawan blogger dan facebook.

"400 ribu kak...enggak boleh kurang..memang itu harganya". Sayup-sayup suara para supir yang hanya bagi peluang aku untuk telan air liur tanpa dapat menyambung kata-kata.

Aku telefon yayan semula.

"Yayan, 300 ribu sudahlah".

"Oklah kak tapi sampai jam enem saja".

"Gurl kalau 300 ribu yayan kata sampai pukul enam ok ke?" Aku terpaksa bertanya bakal pengantin yang akan membayar. Maklumlah perkahwinan budget jadi semua perkara harus dibudgetkan.

Liana setuju. Maka setelah hal supir selesai, kamipun pengsan sampai pagi.

Tepat jam 6 pagi waktu tempatan iaitu waktu indon aku sudah bangun mandi dan bersiap untuk turun bersarapan di rumah kopi di lobi hotel.

Kami amat berpuas hati dengan waktu hanya sehari kami dapat membeli pakaian dan barangan untuk majlis perkahwinan liana disamping berbelanja tas tangan, kasut dan sebagainya.

Sepanjang hari yayan menghantar kami ke hampir semua factory outlet di bandung seperti TERMINAL TAS, RUMAH TAS, THE SECRET, DONATELO, BLOSSOM, JETSET, VICTORIA,GRANDE, RAFLES, EPISODE, CARLA,GLAMOUR, TEH HERITAGE, CASCADE, UNUSUALLS, RENARITY, THE SUMMIT, BRANDEED CLUB. OASIS, STAMP dan pasti ketinggalan Pasar Baru.

Sepanjang perjalanan berbelanja (mereka tidak memanggil pusat membeli belah tetapi pusat belanja, kami tidak lupa membelanja dia makan dan minum. Itulah agaknya dia tidak sampai hati menamatkan servisnya sehingga jam 6 tetapi diteruskan sehingga jam 10.30 malam.

Sepanjang perjalanan banyak yang aku lihat tentang bagaimana rakyat bandung yang miskin sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan nyawa untuk bernafas sehingga hari esok.

Apabila senja mula berlabuh aku lihat dua orang kanak-kanak kecil yang seusia 7tahun mengatur kotak-kotak ditepi-tepi gerai untuk dibuat tempat menumpang tidur.

Aku lihat bagaimana gigihnya seorang wanita tua yang begitu uzur terbongkok-bongkok,mengais-ngais tong sampah untuk mencari barang-barang buangan yang boleh dijual untuk kitar semula.

Manakala anak-anak muda yang berbakat dan berbekal sebuah gitar kapok menunggu angkutan kota iaitu bas mini kecil untuk menghibur penumpangnya dengan harapan ada tangan-tangan yang sudi menghulur dua tida puluh sen nilai wang kita.

Lelaki dengan monyetnya beraksi ditepi jalan dengan harapan yang sama.

Begitu juga aku melihat lelaki yang berlagak seperti polis traffik mengawal lalu lintas sambil tangan-tangan pemandu kereta membuka cermin dan menghulur wang tanpa paksaan.


Aku rasa agak terkilan bila mendapat tahu bahawa pendapatan sebulan jurujual di kedai-kedai factory outlet cuma 500 ribu rupiah sedangkan tas tangan kiriman Hanis yang ku beli di situ berharga 2 juta rupiah.

Melihat semua itu membuat aku cukup insaf dan berfikir betapa bertuahnya aku jadi rakyat malaysia yang aman makmur dan kaya dengan sumber rezeki.

Cuma satu perkara yang amat aku kagumi tentang kota bandung, iaitu sepanjang aku berjalan dan berbelanja di situ, tidak sekali pun aku bertembung dengan para peminta sedekah atau orang yang gemar meminta-minta melainkan hanya di kerumuni oleh orang orang yang hanya menjual segala jenis barangan souvenir dan sebagainya.






Sewaktu nak bersalam dengan Alisya tiba-tiba dia menangis kerana terlalu sedih mahu ditinggalkan. Maka aku terpaksa menyuruh dia turun dari kereta dan makan di lapangan terbang.
Hampir 4 jam menunggu tiba-tiba kami diarah untuk beratur mengambil burger dan air mineral kerana kapal delay.


Burger dan air mineral.


Inilah bilik penginapan kami di Hotel Amaris. rm130 satu malam termasuk sarapan pagi.


Liana mengibas comforter kerana berpasir..


Saja jer kamera ni nak tangkap gambar-gambar pelik orang berpakaian.....



Aku dengan sarapan pagi yang macam nak isi perut untuk bekal seharian berjalan.




Kan.....




Minum kopi selepas bershopping...


Mencari rezeki ......








Mencari kartu undangan untuk liana...

Liana borong kain untuk berniaga...kalau sesiapa yang berminat datanglah rumah tengok...boleh buat baju raya.
Kain lace merah jambu untuk baju nikah
Liana suka dengan kain pengantin ala india...
Kain untuk perkahwinan budget....so harga sangat budget...



Singgah makan di restoran sunda....



Rasa boleh tahan...harga pun boleh tahan...


Bila berkenankan mangkuk nasi tambah tadi...tiba-tiba ternampak kedai jual barangan anyaman maka pasti tak mahu terlepas..... apatah lagi dengan harga yang terlalu murah....tikar mengkuang berharga rm7, mangkuk pengukus dimsum 4 biji rm3.85, tempurung kelapa buat penceduk air 70 sen, mangkuk nasi tambah rm2.Selepas itu terfikir betapa murahnya hasil penat lelah diaorang menganyam begitu tekun untuk menghasilkannya.


Bergaya didepan kedai kek Kartika Sari...aiskrim yogurt dia kalah tutty fruity dan baskin robbin ya....



semuanya mengancam.....
kan....


kan...dan semuanya sedap-sedap belaka.

33 comments:

Lieyda Sabri said...

wah bestnya.teringin nk g shopping sne

aNIe said...

Nani...kain ada lagik tak? Kalau ada nak datang ni...

Hudalatip said...

wah, berjalan-jalan kak nani yea..shoping barang pengantin yea..sedap betul aiskrim yogurt tu kan..terliur la..

Unknown said...

Smoga majlis Liana nnt berjln lancar. Syoknya dpt jln2 wpon utk shopping..anyway, anak2 aunty bnyk ikut uncle..hafiz n imran je kot yg mcm aunty..

cik suka senyum said...

seronoknyee aunty dapat p bandung...

Unknown said...

waa bestnye kak nani jenjalan...wajahmu memang sangat jelita dimata ku kak...semoga kaka nani sentiasa gembira ye...

Mrs. Norrie said...

yelah kak...beruntung kita jadi rakyat Malaysia...
cuma satu yg saya rasa respect org bandung nih, mereka tak minta sedekah...tapi akan berbuat apa sajer utk dapatkan rezeki termasuklah khidmat menyediakan payung bila kita terkandas ditengah ujan....bagi duit kita 50sen pun dorang bersyukur dan seolah nak cium kaki kita....

cik suka senyum said...

aiskrim tu nampak sangat sedaaapp la aunty....

Cik Puan Nurul said...

memang murah2 ke kak kain kat sana kalo nk banding dengan kat sini kak..ngk ramai gak yg suke soping brg kawen kt sana.

Sebona said...

wah... bestnye...

kasihredha said...

enak bangett :)

Zareda Norman said...

besnya kak nani... zar bakal terbang ke bandung rabu ni...

anakcikbob said...

murahnya lace tu.. kalau 4meter baru rm100..

cham's said...

adoooOooiii sedap giler kartika sari...kek pisang salai cheese dia buat ati dag-dig-dug terus goyang inul :)

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, komentar per-1 ialah cantik-jelita nya Nani walau pun setengah hari ter-sidai lama di-airport, boleh turun-kan itu petua gimana boleh tampak segar lagi jelita?

Komentar yang seterus-nya, part berpakaian pelik, ya ampun Nani ... tersentak Ratna seketika, berbaju senteng tapi bertudung pengertian Ratna ialah mempersenda kan ugama, tutup kepala dan rambut tapi betis kaki boleh di-pamer kan!! muslimah sejati ke?

Walaubagaimana pun "journey" berbelanja di-Bandung begitu berbaloi, semua barangan yang di-jual cantik dengan harga yang berpatutan, rasa-ingin kesana Nani namun tidak punyai kudrat dengan saksi jelas kebenaran hidup yang sebenar di-sana Bandung lagi-lagi mengenai nenek yang tua lagi uzur masihi berlawan dengan azab mencari rezeki!

Benar kata Nani, bersyukur dihati dengan kesedaran yang suci.

Salam manis manis madu.

Afra said...

bestkan auntie pegi bandung.. tapi auntie kat sana byk juga peminta sedekah terutamanya kalangan budak2.. kesian tgk mereka tp klu diberi kepada seorg pasti ramai lg yg akan dtg.

tp shopping kt pasar baru sgt BEST!! gile kejap la tgk kain2 yg murah tu..

Eza Faezah said...

bestnye.. bila la ada rezki nak sampai sana...

LINA EVERLYNN said...

pegi sana mmg best kan kak...segalanya murah terutama kain lace...kak nani tak pergi rumah mode ker?? ehehe..di sana mmg cantik2 kan factory outlet mereka terutama di the secret dgn rumah mode ;)

1989 said...

aunty memang kalau nak amek kete sewa drg slalu ketuk org mlaysia. sepatut nye harga dlm rp300 lebey je. saya memang study kat bandung. tu yg kalau ade family dtg, terus amek kwn2 punye kete sewa je

Izz Latif said...

~waaahh~
sedapnya part ais krim yogurt tuh!!
im a fan of desserts!
huhu
(^-^)


www.izzlatif.blogspot.com

vv said...

auntie!! cantik ye.. tak macam emak kepada anak..lebih kepada kakak.. hai~ sangat cantik laaa

am3thyst said...

auntie.. betul tu..
org kat sana mmg bekerja keras..
anak2 kecil mencari duit utk sesuap nasi bg memujuk perut, mncari duit utk makan pun payah, apatah lg nk cari duit utk bersekolah.
nenek2 tua pun menggendong mknan2 untuk dijual..
dorg buat apa saja yg terdaya untuk meneruskan hidup, tp tak meminta, tak duduk goyang kaki..patut dicontohi yg itu..

walaupun kat malaysia byk peminta sedekah, mujur majoriti peminta sedekah tu bukan org tempatan..

kita masih beruntung.. :D

Misz-ella said...

dapat gak burger dn air mineral, ela tk dpt apa-apa walaupun flight "cancelled"

Ibu Comel Sedunia said...

terujanya..x sabo nak g sane bln Jun ni.best...best...best

Muna said...

kak, murah rupenye kalo g sndiri tanpa pakai ejen ek..sy dh pg 3x tp sumer pakai ejen....utk hotel 3* (3mlm), tranport 3 hari n mkan 2x sehari utk 3 hari sumer ejen charge dlm RM850/head...pasni kalo nk g lagi kena gamble pulak lah ye... mest lagi save....tp nk kena pndai tawar menawar la pulak..tu yg lemah tuh...hehe btw, sedapnye aiskrim yogurt tuh.........

Umi Anaan said...

yang dekat restoran sunda tu nampak macam ayam penyet...lapor la pulak...

pinkiss said...

bab kain lace tu mmg tak boleh tahan lah.. cantikkk..

An said...

tmpt yg sgt cantik,plan utk kesana bulan 5 bersama arwah my lovely brother tapi dia pegi dulu meninggalkan kami semua buat selama2nya...

Unknown said...

nanti anak nak kawin gi sana gaklah..tapi lambat lagi nak ginya

Unknown said...

kak nani, bley bg contact no yayan tu ?? senang aida nak pegi nanti ..

Siti Lyana said...

bestnya jalan-jalan and shopping... tapi selalu kena tinggal dengan kawan² bujang... :(

ReeNaJoE said...

thanx kak..share citer2 ni sbb kitorg pun nak ke sana insya'allah bulan depan ni..bolehlah rasa iskem yogurt tuh heheh

anne said...

salam kak nani, boleh bagi contact no yayan & supir2 kat bandung yg kak nani ade? sy nak pegi bandung next week..