Saturday, April 30, 2011

Kau Melengkapi Hidup Ku

Harus aku ucap terimakasih
atas hadiah mu
sebuah kamar
yang kau ajak aku menghuni bersama
waktu matahari tersenyum
dan bulan bercanda
sedang lagu cinta bergetar memukul tembok
kau dan aku menikmatinya dipojok
terima kasih buat kau
yang pernah jadi teman sekamar
dan hadiahmu
melengkapi hidupku
dengan cerita sedih
dan irama pilu.

Wednesday, April 27, 2011

TERLALU

Dia genggam aku kemas kemas
sampai aku yakin siapapun tak layak merangkulku cuma dia
lalu dia lepaskan genggaman dan aku terhempas
sedang dibawah kerikil tajam berceracak merobek seluruh ragaku

Dia junjung aku tinggi tinggi
sehingga aku berfikir hanya dia mampu meletak aku diatas
lalu dia campak aku dan aku terhumban jauh
sedang dibawah gaung curam menghancur seluruh jiwaku

Dia dakap aku erat erat
sampai aku rasa hatiku dan hatinya bersatu
hangat tubuhku dan hangat tubuhnya menyatu
bagai sepasang uda dan dara
romeo dan juliet
lalu dia tolak aku dan aku tersembam ke bumi
sedang dia tersenyum sinis berlalu tanpa mahu memandangku lagi

Dalam wajah manis
dia terlalu kejam
terlalu jahat
TERLALU!!!!!

Tuesday, April 26, 2011

Jom Ke Bandung!!!

Assalammualaikum


Jangan kata selesai majlis tunang saya boleh bersenang lenang beb. Sebenarnya habis sahaja majlis tunang maka bermula journey untuk saya peningkan kepala dengan persiapan perkahwinan pula.

Jangkamasa Liana bertunang bukan bertahun maka tak banyak masa nak bermalas-malas sangat...sebelum majlis kahwin pulak saya harus bersedia untuk sample biskut raya...fuhhh.

Esok saya nak ke bandung. Liana book tiket ni dah lama. Insyallah terlanjur majlis Liana di rancang berlangsung pertengahan disember maka itinery ke bandung ni bolehlah dipenuhi dengan menjenguk-jenguk barang-barang yang perlu untuk majlis nanti.

Alhamdulillah murah rezeki Liana banyak tangan yang sudi menghulur pertolongan dan bantuan. Terima kasih pada kawan yang sudi arrange tempat tinggal kami di sana dan supirnya sekali pak....terima kasih banyak..."i love u darling".

Semuga segala urusan sentiasa dipermudahankan oleh Allah s.w.t.


Dalam sibuk-sibuk dengan persiapan liana kahwin, bakal sibuk dengan biskut raya...alhamdulillah tiba-tiba ada orang mahu menjual perniagaan airnya di The Mall dan tanpa merancang saya membelinya. Jadi kalau ada kesempatan sudi-sudikanlah....datang ke gerai air saya dengan nama HOT BEVERAGES di food court The Mall di hadapan PWTC. Untuk sesiapa yang berminat membeli kolagen yang saya makan selama ini boleh telefon dan buat appointment jumpa saya di The Mall. Silakan telefon saya di 0123959779.


Gambar-gambar oleh jurugambar belum saya perolehi...maka gambar dari kamera kesayangan saya ini sahajalah akan jadi tatapan anda semua...

Gambar-gambar hantaran akan menyusul nanti...







Wajah semanis impian menyulam cinta direnda pelamin.......

Hati mana tak bahagia...bila cinta akan dimeteri oleh akad tak berapa bulan lagi...




Kawan-kawan Min dan Syaf...tumpang bahagia sekaki....






Syaf jangan lama-lama untuk menyusul....


Anak saudara pertama yang akan menempuh gerbang pelamin....


Bakal mak mentua yang baik sama penting dengan bakal suami yang budiman...




Semuga sentiasa mendapat restumu.....


Pelukan kasih sayang......



Hanis tak lupa bergaya dihari yang indah ini.......




Anakanda ku yang rupawan macam muka anak Chef Wan....







Hati siapa tak bahagia bila cinta hati sudah jadi tunangan....




Alahai mesranya bakal ipar duai.....

























Wednesday, April 20, 2011

Terima Kasih Buat Yang Begitu Menyayangi Dan Prihatin.

Assalamualaikum....

Walaupun belum lagi dapat mengaplod gambar-gambar dari jurukamera profesyenel saya ingin paparkan di sini rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang disekeliling saya yang banyak membantu saya menjadikan majlis pertunangan liana seperti yang diharapkan.

bunga selasih dilurut dilayang
dicelah umbut pohon kelapa
rasa kasih dan rasa sayang
budi kusambut takkan ku lupa


Terima kasih buat jurumekap najwa dan jurukamera andi.

Terima kasih buat mama arissa dan mama chacha yang sanggup bersusah payah mengambil cuti pada hari khamis dan jumaat atas permintaan saya.


Sungguh...kalau ada budak dua tu memang tak kan terkemas rumah saya. Apa tidaknya selain dia orang berdua kuat memunggah apa-apa sahaja yang tercapai oleh mereka tiap kali saya menyapu dia turut berlegar disekeliling saya sambil menyedut habuk-habuk berterbangan.





Si budak demok yang bertambah demok lately ni....kadang-kadang berlagak macam gangster kampung pisang pun ada......



Jangan ingat chacha ni kuat nangis sahaja...kuat gelak pun dia jugak......





Sepanjang masa nak berkepit sampai tidur pun kalau boleh nak atas orang......





dapat tidur atas sebelah kakipun jadila....







Menyiapkan pavlova untuk dibuat hantaran kepada pihak lelaki...






Lukisan yang di atas adalah suveniyer yang saya beli dari hongkong tempohari.







Terima kasih banyak-banyak pada kawan saya Asiah yang sponsor kuih seri muka yang tersedap pernah saya makan. Mula-mula saya telefon untuk minta resepi seri muka yang pernah diberi dulu kerana saya malas nak cari dalam buku resepi saya yang bertimbun itu. Tetapi kemudian katanya tak palah Nani, nanti i bagi you serimuka yang you nak itu....alhamdulillah...thank you so much Aishah...




Bunga rampai, bunga pegang dan bunga hiasan meja di bilik liana...







Terima kasih yang tidak terhingga buat biras saya yang amat saya sayangi dunia akhirat iaitu Ina kerana datang paling awal...yang paling banyak membantu saya...selain menyiapkan gubahan bunga hantaran, membantu saya menyiapkan mee rojak dan nasi ayam, membasuh pinggan mangkuk dan mengemas selepas habis majlis....serta bunga halwa buah betik untuk hantaran di atas adalah di hadiahkan olehnya.....








Kek Fondant untuk hantaran inipun dihadiahkan oleh biras saya Ina..



Terima kasih banyak-banyak pada mama chacha yang hadiahkan hamper dari famous amos...thank you so much Nana...







Alisya suka sangat dengan bunga pegang tu....rasa nak peluk katanya sebab selesa!!!








Terima kasih kepada adik saya Nadia kerana menyediakan inti dan kulit karipap. Kemudian karipap digoreng oleh maid Ina. Terima kasih pada dua orang maid Ina yang banyak membantu.



Red velvet mascarpone cuppies yang saya buat, kek batik dalam cuppies yang dihadiahkan oleh ina biras saya, dan kek span bertopping keju parut dihadiahkan oleh ella.Terima kasih ina dan ella. Thank u so much.


Kaum perempuan dari rombongan pihak lelaki.




La teringin duduk makan bersimpuh...kalau tahu tak yah sewa khemah heh...

Hanis, Min dan Syaf....terima kasih banyak pada kawan Liana Min dan Syaf kerana bermalam di rumah dan tolong kupas bawang...dan atur kuih muih....thank you so much



Kakak saya, adik saya dan saya.





Hanis dan adik saya Nadia.



Nadia dan anaknya Shaza






Saya dan kakak saya mima.














































Syukur...Allah Beri Saya Kekuatan

Assalamualaikum....


Alhamdulillah...syukur saya kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya maka segala urusan majlis pertunangan Liana berjalan seperti yang diharapkan. Alhamdulillah.

Penat memanglah penat. Namun hati ibu mana tak gembira lalu lupa segala penat bila lihat wajah anak yang tergambar rasa gembira bila majlis tunang yang diimpikan terlaksana dengan meriahnya.

Sebagai ibu yang mahu yang terbaik untuk anak-anak, walau majlis apapun bagi meraikan anak-anak, walau sekecil manapun majlis itu tetap akan saya usahakan menjadi yang paling meriah dan diingati oleh anak-anak.

Berminggu-minggu awal saya merancang dari membeli perkakas dan menyediakan dulang hantaran, memilih jurumekap, fotographer, mengemas rumah, mengelap dinding, kipas, perabut, membasuh kain langsir, menggosok kain langsir, membasuh semua pakaian supaya tidak berlonggok dihari majlis kerana terlalu sibuk dengan pekara lain, mencuci semua bilik air, mengemas bilik semua tidur dan menghias bilik bakal yang bertunang, membeli barang-barang menghias bilik, membeli peralatan penyediaan makanan dan minuman, membeli barang-barang makanan untuk dimasak, membeli pokok-pokok perhiasan, mengemas halaman rumah, menyapu dan mengelap lantai, membersihkan dapur, menyediakan pinggan mangkuk dan peralatan menghidang dan sehari sebelum majlis saya membuat kek hantaran, juadah manisan serta memasak nasi ayam dan mee rojak untuk hidangan majlis pertunangan liana.

Syukur dengan pertolongan Allah bagi saya kekuatan untuk mengerah tenaga saya melakukan hampir semua itu seorang diri bila Liana sendiri terlalu sibuk dengan kerja sehingga malam baru pulang kerja, anak-anak lain yang selalu membantu kini tidak lagi kerana sekolah jauh berasrama disamping saya masih menerima tempahan kek dan menjaga Arissa dan Chacha.










Ruang tamu yang sudah saya siapkan untuk menerima rombongan dari pihak lelaki.




Seperti biasa bila dah lapang seronok bergolek-golek di situ ya...




Kekecahan di dapur......




Ayam bakal menjadi nasi ayam............




Persiapan di meja buffet.




Katil bilik Liana yang ditabur kelopak bunga mawar menambah keharuman dan suasana indah....




Sessi berdandan mengalah yang mahu bertunang.....




Liana yang sedang didandan.......



Rombongan pihak lelaki dah sampai dan jurucakap sedang memulakan acara.....
Selesai acara masuk waktu asar...sebelum makan uztaz mengimamkan solat asar berjemaah.



Alhamdulillah.



Gambar-gambar lebih vogue belum disiapkan oleh fotographer. Kamera yang saya punya amatlah sedikit gambar kerana tuan punya terlalu sibuk sehingga terlupa untuk melantik Hafiiz mengambil alih tugas sebagai fotographer.


Insyallah dientri akan datang gambar-gambar yang lebih jelas akan saya upload untuk tatapan semua.


Monday, April 11, 2011

Rindunya Aku......

Take A Break!!!.


Assalamualaikum...


Hectic. Kesibukan buat aku dapat melupakan kegundahan hati. Mujur ada beberapa kek hantaran yang harus aku siapkan. Jika tidak seharian semua yang kubuat serba tak kena.

Aku rindukan Hafiiz. Sekali pun tak pernah berjauhan. Terasa teramat sebak berjauhan dengannya. Mudah-mudahan pengorbanan aku menghantarnya ke sekolah yang jauh akan dapat menjadikan anak yang soleh dan berjaya dimasa depan.

Hafiiz consider anak bongsu. Walaupun kasih aku padanya bukan kerana dia anak bongsu tetapi bagi aku dia sangat istimewa dihati aku.

Sebenarnya tak mudah memujuknya untuk ke sekolah berasrama penuh. Aku tahu dia enggan sebab dia sangat rapat dengan aku. Dia tak mahu berjauhan dari aku. Namun sampai bila dia terus bergantung begitu. Aku melepaskan dia untuk jadi lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Selain daripada sifat pemalu yang amat sangat, dia juga merupakan anakku yang agak degil dan sukar mendengar kata. Kalau ahli keluarga lain terutama daddynya tidak begitu sabar dengan sifatnya tetapi sebagai ibu aku selalu cuba menutup kekurangan anak dengan melihat kelebihan yang dia miliki.

Bagi aku Hafiiz memiliki sifat terbaik seperti sangat pemurah, tidak suka mendesak, penyayang, penyabar dan rajin mengikut caranya.

Bila di rumah Hafiiz tak lupa tugasnya membancuh air minum untuk hidangan makan,pandai masak nasi goreng atau hidangan ringan, melayan anak-anak orang yang aku jaga dengan penuh perasaan kasih sayang, tidak jemu melatih Arissa bercakap walaupun doktor pernah mengesahkannya lambat bercakap dan sangat menyayangi kucing.

Sila amati video di sini betapa sifatnya yang sangat penyayang dan penyabar.



















Sunday, April 10, 2011

Broery Marantika & Dewi Yull : Jangan Ada Dusta Diantara Kita

Aku suka lagu. Lagu yang perlahan menenangkan perasaan sambil aku buat kerja sambil perasaan terbuai. Tak rasa penat sangat.





The Tony Rich Project - Nobody Knows

Sama Sahaja

Dulu pernah mengata
sekarang baru aku rasa
bila terkena batang hidung
mulutpun terrmuncung-muncung
mata terkenyit-kenyit
rasa segala masam dan pahit

Hidup memang macam roda
tak kira roda MYV atau lori
yang pasti di atas tak lama
lepas tu kau lenyek tahi lembu segala.

Thursday, April 7, 2011

Please Forgive Me





It still feels like our first night together
Feels like the first kiss and It's gettin' better baby
No one can better this
I'm still hold on and you're still the one
The first time our eyes met
it's the same feelin' I get
Only feels much stronger and I wanna love ya longer
You still turn the fire on
So If you're feelin' lonely.. don't
You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love ya a little more than I should

Please forgive me
I know not what I do
Please forgive me
I can't stop lovin' you

Don't deny me
This pain I'm going through
Please forgive me
If I need ya like I do
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me
I can't stop loving you
Still feels like our best times are together
Feels like the first touch
We're still gettin' closer baby
Can't get close enough
I'm still holdin' on
You're still number one
I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you
I remember the nights ya know I still do

One thing I'm sure of
Is the way we make love
And the one thing I depend on
Is for us to stay strong
With every word and every breath
I'm prayin' That's why I'm sayin'...

Wednesday, April 6, 2011

Persiapan Pertunangan Liana Part 2

Assalamualaikum....


Dah senang sket hati teman.

Ceciter ceciter......


Idak ler...hari tu serabot benor teman rasa bila tingkat ateh rumah ni dah macam kapal pecah.

Nak kata monyet yang duduk...idaklah teman tergamak mengata anak sendiri macam monyet. Udahnyer tahu je ler... anak-anak sekarang ni kan pandai menjawab..kang kita kata dema macam monyet dema jawab sapa mak bapaknya...monyetlah jugak.

Lepas tu teman bawah penyapu, penyodok sampah, skru driver, mop segala.

Sebelum tu teman gi ikea siap-siap. Beli langsir yang morah-morah dua tigaploh hengget tu. Nak bagi bilik budak budak tu ada ler mekap baru. Bagi semangat sket. Bukan kat budak-budak tu...kat teman ler...semangat nak mengemeh.

Gambor kat bawah ni semuanyer yang udah selepaih...iye....


ate yang sebelum tu idaklah teman tergamak nak upload takut mike semua fengsan la..bila menengoknyer...




Ini bilik liana dah kemas pun yang basic.....langir baru putih....tunggu ler nanti iye...teman hias cantik-cantik....
Tak sabar teman nak hias.......
Ini bilik anak bujang tapi anak teman Alisya nak berhijrah ke sini...langsir baru hitam kain jarang.
Ini bilik Alisya...langsir baru merah jambu terang tapi tak pernah dia nak duduk sini...
Ini menumpang hantaran yang baru separuh siap....tak sabar nak siapkan...

Tuesday, April 5, 2011

Resepi Ayam Kunyit

Assalamualaikum....


Tak tahulah kenapa kebelakangan ini otak serabut sangat. Hafiiz pulak , selepas kerugian bayar yuran sekolah VI...baru nak dapat tawaran Sekolah Asrama Penuh. Ada yang kata menten sekolah VI. Ada yang mahu Hafiiz pergi Sekolah Asrama Penuh.

Setelah dua tiga hari otak celaru memujuk Hafiiz, akhirnya Hafiiz setuju untuk ke Sekolah Asrama Penuh. Pujuk-pujuk pun, satu hal pulak nak kena pergi buat medical check up...beli barangan asrama segala...semua nak fikir dalam satu masa....semuga Allah terus beri saya kesihatan dan tenaga untuk masa depan dan kegembiraan anak-anakanda tercinta.....


Ok panjang lebar bercerita sebenarnya cuma nak berkongsi resepi masakan ayam kunyit. Bila saya sebut ayam kunyit, banyak jugak eh orang ingat ayam goreng kunyit yang biasa tu. Tapi ayam kunyit yang saya kenal adalah isi ayam yang di goreng juicy bersama bawang, cili padi dan kacang panjang.


Resepi Ayam Kunyit

200 gm isi ayam dipotong kecil-kecil

5 batang kacang panjang dipotong seinci seinci
1 biji bawang besar holland
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 batang serai
1 sudu teh kunyit
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula
1 sudu makan cuka
garam dan perasa secukup rasa.


Cara-caranya :- Gaul isi ayam dengan kunyit, gula dan sos ikan. Perap sekejap dan goreng dalam minyak sehingga agak kekuningan. Ketepikan. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris, cili padi, serai dan bawang putih yang telah diketuk. Masukkan semula ayam dan kacang panjang. Bubuh garam, perasa dan cuka. Angkat dan hidang.



Hidangan khas tetamu kehormat...budak demok Arissa. Hidangan yang tak boleh dilupakan walau dah berbagai lauk dimasak. Tomyam putih mulus...slurpppp..resepi dah pernah bagi. Sayoq campoq....resepi dah pernah bagi. Sila rajin-rajin selak.... Ayam kunyit kegemaran saya.......makan dengan nasi panas bertambah-tambah tak sedaq.