Seorang insan bergelar hamba
wujudnya oleh Maha Pencipta
Selagi nyawa dikandung badan
selagi jiwa melekat dihati
selagi tubuh memiliki roh
Selagi itu dia manusia
hidup dan bernafas
bernafsu serakah mengalah binatang buas
bertopeng pelbagai wajah dan rupa
lain diluar lain didalam
lain dibibir suka memungkir
lain dikata tanpa mengota
Selagi dia bergelar hamba
sering silap sering berdosa
selalu ada sesal tak sudah
selalu pula jadi pelupa
bisikan syaitan jadi halwa
sering menolak selalu terjebak
Selagi dia ada Pencipta
dia hanya seorang manusia
seorang hamba cuma
sedikit yang kuat banyak yang lemah
sesat dihujung pulang ke pangkal
berbuat onar pastinya nanar
dulu diatas sekarang dibawah
dulu dibawah kini di atas
Selagi ada akalnya
walau sepicing dia memikir
jasad dan roh pasti berpisah
hari ini hidup esok mati
ada dunia ada akhirat
ada syurga ada neraka
Harusnya dia mahu
menyusun jari memohon kemaafan
sesama insan yang disakiti
bersujud memohon ampun pada Pencipta
atas segala maksiat dan dosa
Mahu hari ini di lalui
penuh gemilang senyuman
penuh nada keinsafan
berbuat baik
jahat jangan sekali
kerana esok belum tentu dia di sini
menjejak bumi menjunjung langit
kerana dia cuma manusia biasa
cuma seorang hamba
yang pasti kembali pada Pencipta
3 comments:
Hanya 3 perkara yg akan membantu di alam kubur :
1. Ilmu yg diamal dan dimanafaatkan.
2. Amal jariah yg telah dilakukan.
3. Doa anak2 yg soleh/solehah.
Hamba allah yg tak tau beruntung..hmmm
byk nyeee bakat akk sorang ni...
hmm..ni i guess tntg kes pmuangan baby yg kejam , yg sdg hot skrg ni ye kak..opss sorry klu tersilap !
yeah manusia mmg lebih teruk dr binatang bile tiada iman dlm diri :(
Post a Comment