Wednesday, February 10, 2010

Mengapa Kita Suka Meletakkan Orang Dalam Keadaan Serba Salah. Baik Sangat kah Kita?

"Learn from your past, move on, grow stronger. people are fake, but let your trust last longer. do what you got to do, but always stay true, and never let anyone get the best of you".




Bumi Allah ini luas. Seluas manapun, jalan itu juga yang akan kita lalui. Pantai itu juga yang akan kita sisiri. Langit itu juga yang kita dongak dan merasai terik mataharinya, simbahan sinar bulannya dan mengkagumi kerlipan bintangnya.

Hari hari yang mendatang merupakan sebuah rentetan hidup buat kita nikmati.Dan hari-hari yang berlalu adalah satu sejarah yang harus kita pelajari dan usah dilupai.


Andai kita menyedari bahawa hidup ini bagai pusingan roda. Hari ini kita di bawah, esok lusa pasti kita diatas pula. Begitulah sebaliknya. Jangan sesekali kita berfikir yang kita tidak seperti mereka itu dan ini. Walhal bila tiba masa kita mahu tak mahu kita pula berada dalam situasi seperti yang pernah mereka tempuh.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Siapa kita untuk mencemuh, menilai dan memandang rendah apabila kita sendiri tidak berada di dalam keadaan mereka itu.

Siapa kita untuk selalu mencari kelemahan dan kekurangan mereka sedangkan kita sendiri tidak mampu tampil menghulur salam sebaliknya cuma berani menunjukkan kekuatan dan kebenaran di balik nama yang indah dan sekadar gambaran luaran yang kita adalah baik.


Memang mudah untuk lidah berkata-kata, memang mudah untuk jari menuding sana sini. Memang mudah untuk tangan membaling batu kemudian sembunyikan dibelakang. Tetapi kalau kita berada di tempat mereka barulah kita faham yang mereka cuma manusia biasa, yang mahu belajar dari pengalaman, kesilapan dan keadaan. Kalau kita tidak mampu membantu, sekurang-kurang memahami mereka dengan kata-kata yang indah dan baik. Jangan cuma tahu mencela kelemahan orang.

Wajarkah kita rasa keyakinan dan kekuatan orang itu adalah satu kelemahan dan keaiban dirinya.Sedang kita tak tahu apa yang cuba ditempuhi dan diatasinya. Bersahabatlah dengan mereka dengan kata-kata semangat, bukan menyebab mereka jadi jauh dengan kata-kata yang melemahkan lagi jiwa mereka.

Begitu saya memahami deritanya hati seorang isteri jiran sebelah saya. Tiada mendung, tiada hujan, tiba-tiba hati suami berubah pergi. Sudah hampir 6 bulan suami tidak mahu kembali. Bayang betapa hancur hati seorang isteri. Saban hari menangisi diri. Saya yang mendengar pun pilu sendiri. Sejak itu dia langsung tidak mahu bertegur sapa dengan jiran tetangga. Cepat-cepat keluar masuk rumah takut bertembung dengan jiran-jiran. Hilang entah kemana keyakinan dirinya selama ini. Melihat sikap nya jadi begitu saya tidak langsung berkecil hati terhadapnya. Malahan saya amat memahami situasinya. Dia keliru. Dia malu. Dia takut akan reaksi dari jiran tetangga bila mengetahui masalah rumahtangganya.

Memang wajar dia merasakan begitu. Kerana banyak di antara kita, hanya tahu mencemuh bila melihat kepincangan orang. Bila dia bercerita kepincangannya, kita mungkin merasakan untuk apa membuka pekung di dada. Sebaliknya bila dia bercerita rumahtangganya bahagia kerana dia cuba menjadi isteri yang terbaik, kita mengata yang dia terlalu yakin dan riak.

Mengapa kita begitu gemar meletakkan orang dalam keadaan serba salah. Mengapa tidak kita bersama-samanya cuba meletakkan diri kita ditempatnya. Dan menghargai hidup kita tidak seburuk nasib dirinya.

Saya amat memahami keadaan siisteri yang menderita ditinggalkan oleh orang yang dicintai begitu juga saya amat memahami keadaan suaminya yang memang dah tidak menyintai lagi isterinya dan cintanya telah beralih arah.Si suami mahu menceraikan isterinya tetapi isterinya merayu untuk tidak diceraikan.

Dalam keadaan begitu tiada siapapun yang bersalah. Amatlah sukar untuk kita menduga perasaan manusia.Kalau dah hilang rasa cinta, memang sukar untuk menemui kembali. Kalau dah menaruh rasa cinta pula amat sukar untuk membuangnya dari hati.

Namun hidup perlu diteruskan.Betapa pahit,pedih atau deritapun, kita harus tempuhi jua. Kadang-kadang dalam hidup kita cuma boleh memilih untuk melupakan atau terus mengenangkan penderitaan.

Kalau jiran saya itu datang dan mengadu nasib dan bercerita masalahnya kepada saya,pasti saya terima dengan hati penuh terbuka. Pasti saya akan depangkan tangan memeluknya penuh kasih sayang. Pasti bahu ini saya biarkan untuk dia menumpang tangisan. Pasti saya akan memberi perangsang dan semangat supaya keyakinannya datang kembali. Supaya dia merasa yang dia masih cantik, masih sempurna untuk merasai cinta yang lebih baik.

Tidak semua orang sama dalam menghadapi masalah hidup ini. Saya sekadar dapat melihat dan merasakan dari jauh kerana dia memilih untuk menghadapinya sendiri. Saban hari menangisi nasibnya sendiri. Merahsiakan perihal rumahtangganya dalam pengetahuannya sendiri.Mudah-mudahan dia tahu apa yang dia lakukan untuk menangani penderitaan jiwanya.





















Hari hari mendatang





14 comments:

mamashasha said...

kak nani....berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....org kita cepat sngat menghukum tanpa memberi sedikit ruang.....cuba letakkan diri kita ditempat mereka....silap2 tak ditanggung jua.....

mrsnan said...

sedey citer mcm ni, x dpt bygkan kalo cinta somi utk sy sdh beralih arah atau seblknya...sy pasti sy jga x sekuat wanita itu, malahan keluar rumah pun mungkin tidak kot...

nino mok said...

saya pernah rasa apa yang jiran kak nani alami sekarang. kalau suami beralih arah kata2 kita satu perkataan pun dia tak mahu dengar.

apa yang saya lakukan adalah:
pertama-lebih mendekatkan diri pada Allah, banyakkan berzikir membaca al-quran dan sentiasa berdoa yang baik2 untuk suami

kedua-berdandan supaya sentiasa kelihatan cantik berseri2

ketiga-berlapang dada dengan ujian yang Allah berikan.dengan berlapang dada dan menerima kenyataan..insyaAllah air muka kita akan tenang. dan percayalah walau pun si suami sudah merancang untuk berkahwin lain namun tanpa izin dariNya maka perkara itu tidak akan berlaku.

abang ensem said...

setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. jadikan iktibar di atas setiap musibah yg melanda org2 di sekeliling kita..

abang ensem said...

setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. jadikan iktibar di atas setiap musibah yg melanda org2 di sekeliling kita..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

salam,

bila kita terlalu taksub dengan cinta kepada manusia memang lah kita akan hilang arah bila orang yang kita cintai,orang yang kita sayangi yang sehidup setilam dan sebantal dengan kita mula beralih arah..
asuhlah hati kita dan ajarlah hati kita supaya mencintai dan menyayangi siapapon hanya kerana Allah..
insya Allah, Allah akan sentiasa bersama kita bila ada musibah berlaku..kadang-kadang kita rasa itu musibah tapi mungkin sebenarnya adalah lebih baik untuk kita.
Wallahualam.

ira said...

kebiasaany org keliling lebih gemar melihat org lain jatuh dari bangun, buruk dari yang baik.. mcm luqman al hakim pernah berkata pada anaknya masa bawah anak2nya jalan2 naik keldai masuk dlm satu kampung.. manusia tak pernah jemu mengata. buat A diorg mengata, buat B pun diorg mengata.buat A dan B pun diorg mengata, tak buat A dan B pun diorg mengata jgk..

Khalisa Ridzuan said...

sedihnye baca..wpun saya tak kawin lagi..tsk tsk..

jannah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Payad said...

pasal cinta memang susah nak handle.payah payah.

Mak Su said...

tak tahu nak cakap apa,

salam ziarah

linda said...

salam untie,

kat dunia ni mmg semua orang ada masalah, tp bukan semua orang tahu handle masalah including me...

saya suka cara untie berbicara, saya suka tgk untie rapat dgn anak2, saya yg anak tunggal ni pun tak serapat itu but saya sedang berusaha ke arah itu...

syurga di telapak kaki ibu...

lynda said...

salam sy baru shj mengikuti blog ini
sgt bersimpati dan bersabarlah kerna setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya

Ieza said...

sokong semua komen yg ada..dn tambah skit..memang sesetengah org ni suka memikirkn yg buruk jer bila terjadinya sesuatu perkara..
jarang yg nk memikirkn kemungkinan2 yg lain..dn bersimpati..(ni ieza tujukan buat jiran2 ieza yg memang suka jaga tepi kain org)..