Monday, February 1, 2010

DIA BUKAN BAYIKU

Pernah ada seorang kenalan sangat terkejut bila anak yang dilahirkan oleh isteri tercintanya saling tak tumpah wajah anak kepada kawan baiknya seorang mat saleh semasa mereka sama-sama belajar di universiti di UK.



Memang sukar untuk dia mempercayai yang bayi itu anak dia. Dia berkulit agak gelap, kulit orang melayu. Dah tu isteri memang hitam manis.



Sejak anak itu lahir, dia jadi tak senang duduk. Sepatutnya dapat anak rasa gembira, ini tidak marah, geram, sakit hati bercampur baur. Sikit pun tak da macam muka dia.



Isterinya pulak bukan main gembira dapat anak yang sangat putih dan comel. Saudara mara dan sahabat handai yang datang semua memuji-muji akan kecomelan itu. Tapi dia dapat merasakan seolah pujian itu adalah sindiran. Sakit hati memikirkan adakah isteri yang disayangi selama ini berlaku curang terhadapnya. Hati meronta-ronta ingin bertanya, tapi lidah kelu tak terkeluar suara.



Sudah dua hari isteri di hospital tapi hanya sekali dia menjenguk anaknya. Seharian di tempat kerja, dia langsung tak boleh fokus. Fikirannya tidak dapat lari dari memikirkan bayi tersebut juga wajah isteri yang sangat dicintai selama ini.



Hari tu adalah hari yang ketiga isterinya melahirkan. Jururawat menelefon mengatakan isterinya boleh pulang kerumah hari pagi itu.Dia pun bersiap-siap untuk menjemput anak dan isterinya pulang dari hospital.

Dia terfikir untuk membawa sepasang pakaian untuk isteri dan beg besar untuk mengisi barang-barang isterinya selama tinggal di hospital. Apabila dia membuka almari pakaian isterinya, dia pun tersenyum-senyum sendiri lalu mencapai apa yang patut dan bergegas ke hospital menjemput isteri dan anaknya.

Sampai di hospital dia bertanyakan isterinya kenapa dalam almarai baju isterinya terlalu banyak gambar bayi comel. Jawab isterinya, saya mahukan anak kita sama macam dalam gambar itu. Jadi setiap hari saya akan menatap gambar-gambar tersebut dan berdoa moga-moga Allah bagi kita anak yang cantik secantik dalam gambar yang ditatap setiap hari.




Bukanlah tengok gambar kucing ni. Ni noughart. Kucing kesayangan Alisya.





Tapi tengok gambar baby yang secomel ini.



Atau ini




Dan ini




Dan DIA BUKAN BAYI KU, dia ni adalah ARISSA anak orang yang ku jaga selama ini. Comel giler kan. Ha tengok.tengok, yang jaga pun comel, sebab tu dia comel. Tak adalah gurau aje. Yang jaga Arissa ni adalah si comel ALISYA. Dia sangat sayang dan rapat dengan ALISYA. Maklumlah ALISYA pun sayang sangat kat dia sebab teringin sangat nak adik, tapi saya tak dapat memenuhi permintaannya. Dah tua......


Agar jadi baik macam ini, minum susu pun tak buka tudung.












20 comments:

nino said...

subhanallah comelnya
putih gebus hurm tengok dalam gambarpun rasa nak gomol2

Ms Tikot said...

Cutenya...

♥Azie♥ said...

gebunyer geram tgk..klu jumpa nak ggit peha

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

alolololo..
comelnye..aishh..geram nak cubit2..

mamashasha said...

akak...terkesima saya akak dtg menjengah tadi....tq kak masih teruja lagi ni...belum dpt bertemu muka...sy amat perlukan sokongan skrg ni...nk dtg opis takde mood...balik umah pun takde mood.....wahhh mmg gebusss arissa ni.....bape bulan kak?

eynda said...

Comelnyer baby tu :-)

lily lotus said...

comelnya! suka tengok baby tu...

MommyCT said...

oh rasa nak letak maisarah kat umah akak jek bior gebu cenggitu..
skrg ni mcm "kurimen"....akak tau kan..jawa mesti tau punye...=P

MommyCT said...

oh rasa nak letak maisarah kat umah akak jek bior gebu cenggitu..
skrg ni mcm "kurimen"....akak tau kan..jawa mesti tau punye...=P

♥ Ummi Hanie ♥ said...

alhamdulillah saya pun ada baby2 secomel itu kak sebab umminya pun comell..opsss..gurau jugakk... :)
serius..serius...bby2 saya alhmdllh Allah beri semua comel2 tembam2 dan ada sorang tu sampai skrg gebus (umo dah 2 thn lebih masih maintain)

abang ensem said...

Laaa... ingatkan budak jepun tadi.. comelnye mcm saya kecik2 dulu... hehehe

_ettyEzudin_ said...

aah...comey baby nih.ader gak baca yg lebih kurg same story to this.tgk gambar baby yg cute2,then finally baby sendiri pon jd comey2...

rapheydhillo said...

sis nani,
sgt comel. Ada org ke nak kasi baby camni kat saya???

A.I said...

meh nak geget skit :P

umieaisyah said...

hug n kisses kak nani..you r my idol....

Aleeya Zailan said...

Comelnyerrr!!! bagus juga entry kali nih.. dah kire bole amik mcm petua laa pulak... if aleeya nak pregnant nnt bole laa tgk gambar baby arrissa nih lagi! hahahaha... tembam n putih! bestt2!

siti fathiyah said...

kucing tucomellllllllll gila!!!love white cat!!!

lina rahim said...

hm..kalaulah baby tu depan mata saya, saya cium-cium dia, peluk-peluk dia, comel sangat-sangat. saya pun nak baby comel macam tu..

lina rahim said...

hm..kalaulah baby tu depan mata saya, saya cium-cium dia, peluk-peluk dia, comel sangat-sangat. saya pun nak baby comel macam tu..

TeRRoRRiZZ said...

salam untie nani....
cam bezz lak cter nih........
baby dalam nih pun tomei sangat cam sayer....
but method tuh berkesan ke untie??????
i mean kalu kter tgk baby tomei, baby dalam perut pn lh tomei gak?????
huhuhuhu.......
saye budak baru belajar........