Sunday, February 28, 2010

Layak kah Anda Digelar Sahabat

Bukan mudah untuk kita mempunyai kawan yang sehati sejiwa. Yang boleh bertahan hingga meniti ke usia tua. Boleh membantu dikala kita memerlukannya. Bersedia meluangkan masa untuk menemani kita. Saling kunjung mengunjungi. Sedia mendengar dan memahami apa sahaja luahan hati kita. Memahami apa jua situasi kita. Boleh bercuti bersama. Mengenali dan mesra antara keluarga kita dan keluarganya. Tempat kita mengadu, tempat kita bercerita dan tempat kita bergurau senda dan tempat kita juga mencurah rasa..mencurah airmata. Tahu menjaga hati kita.Selalu akan cuba menggembirakan hati kita bila dilanda kesusahan.



Menjalin persahabatan memerlukan kommitment. Kalau anda terlalu sibuk dengan tugas harian. Kalau anda tak ada masa nak bertanya khabar walau sekadar bersms. Malah nak jawab sms pun tidak. Kalau sebulan sekalipun susah nak bertemu. Kalau dalam masa seminggu pun susah nak menelefon kerana berkira bil melambung atau memang anda seorang yang sombong. Kalau anda tidak boleh menemaninya walau sekadar pergi membeli belah. Kalau anda tak sudi berkunjung kerumahnya. Kalau anda tidak ingin dia berkunjung ke rumah anda.Kalau anda berkira-kira mahu membantunya. Kalau anda berprasangka dia mahu berkawan dan baik dengan anda kerana ada niat lain. Kalau anda sendiri berasa tidak senang kerana dia hidup lebih senang dari anda. Atau kalau anda malu dan tak suka kerana dia bukan orang senang malah hidup susah pula. Bermakna anda sendiri tidak ikhlas berkawan. Anda tidak mementingkan persahabatan sejati. Anda pentingkan diri sendiri. Maka tidak wajar anda menjadi sahabat baik dan mengharap orang boleh menjadi sahabat baik anda.



Banyak juga sahabat terputus apabila masing2 sudah berkahwin dan terlalu taksub dengan suami atau isteri dan rumahtangga maka, dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri apatah lagi mahu bersahabat.



Ada sesetengah kita mempunyai sahabat yang baik, rapat dan mesra hanya kerana mereka teman sepejabat. Tetapi setelah berhenti kerja atau berpindah kerja, maka persahabatan terputus begitu sahaja.Senyap tanpa berita. Sebenarnya persahabatan begini hanya berlaku kerana mereka tiada pilihan. Mereka kena bersahabat kerana bekerja satu tempat. Walau macam mana rapat sekalipun tetapi persahabatan mereka tiada nilai. Tiada value.Boleh hilang begitu sahaja bersama angin lalu.



Begitu halnya bila kita berkawan kerana tinggal satu kawasan. Bila berpindah maka selepas itu bawa haluan masing-masing. Sibuk dengan tuntutan kerja dan sebagainya. Lalu terus melupakan persahabtan yang pernah terjalin.



Ada pelbagai ragam sahabat. Kalau yang memang bertuah boleh bertahan sampai mati, ada tu tak sampai sebulan. Malah ada yang cuma sehari. Maka renung-renungkan adakah kita layak dipanggil SAHABAT SEJATI.


Hijrah Rohani :

Sabda Rasulullah s.a.w

"Sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya, (dan Baginda memberi isyarat dengan jejarinya) itu lebih baik baginya dari beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi ;

"Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan muka manis dan menuangkan (air dari bejanamu ke dalam bejana saudaramu".

12 comments:

Abdul Wafi said...

OMG, tak tahu kenapa tetiba saya nangis bila baca post ni. huhu.

Unit Kerjaya & Kaunseling UiTMKB said...

Kak nani,tulisan kali ini btl2 membuatkan mas merenungi diri sendiri...mungkin dalam persahabatan, tak cukup sekadar ingatan semata2 tanpa tindakan utk merapatkan hubungan persahabatan itu sendiri...

TeRRoRRiZZ said...

semoga saye tak tergolong antara orang yang berkawan tak sampai sebulan tu.
kalo lh nak la sampai ke ahhir hayat.........

Zareda Norman said...

Kak Nani

ya zar pun terharu baca entry ni. Zar suka berkawan dan ada beberapa sahabat yang sudah diuji sanggup tawa menangis bersama.. Saya amat menghargai sahabat saya dan menghormati mereka.

Sukar mencari sahabat di masa sekarang, ibarat mencari permata di taburan kaca.. kilauiannya sama tapi nilainya berbeza, kaca pasti mmebuatkan kita terluka jika tidak berhati hati.. sedangkan permata tetap memberikan sinarnya walau kala gelap.

Saya juga berharap agar saya mampu menjadi sahabats ejati kepada sahabat@ saya.. InsyaAllah

Ummi Hanie said...

persahabatan bukan sekadar sebuah perkataan yg senang diungkapkan di bibir begitu saja...
sy sndiri kehilangan sahabat karib selepas berkahwin..kenapa ya??mcm org takut pulak nk berkawan dgn kita yg dah bertukar status ni ye??buat masa skrg sy belum ada mana2 sahabat karib pun...ambil masa sikit insyaAllah....

blackcardomompods said...

Kak nani

Macam2 sahabat yang kita jumpa,bukan sahaja bertahan sehari malah ada yang hanya bertahan di angin lalu sahaja.sahabat juga kadang kala merupakan ujian yang dr Allah .

Adakalanya terlalu baik tapi ahkirnya putus sebegitu sahaja kerana 1 perkara,ada kalanya terlalu jauh,tapi kekal sampai bila2,adakalanya hanya menghubungi kita bila kita senang dan pergi bila kita susah..

Apapun..terlalu sukar utk menjadi dan mencari sahabat sehati di masakini.

Adakalanya baik utk hidup bersama suami dan anak2 dr berkwn dengan sesiapapun.

DYNAMICDUO said...

salam auntie nani,

bab berkawan ni mmg lah sensitif.. saya mmg sgt loyal pada kawan2 saya yg tak berapa kerat ni. sehinggakan mak saya kata saya ni mendahulukan kawan daripada family. mungkin itu cara saya commit pada hubungan saya dgn org luar dr family. saya anggap itu satu kelebihan, sbb ada juga orang di luar sana yg bukan nak berkawan, tapi cuma nak melepaskan diri mereka dari kesusahan. ayah saya pernah pesan, jgn terlampau baik kat kawan kita, nanti kita kecewa. tapi saya percaya, kesayangan saya pada kawan2 saya adalah benar, dan jika mereka belot pd saya, well, it's their loss, not mine.

apa pun nak promote blogshop saya http://www.sapphire-desire.blogspot.com silalah singgah menjamu mata, and perhaps beli sebarang dua..:)

tulisan auntie mmg membuka mata. teruskan!

tia said...

di usia 22 tahun, ramai kawan saya sdh berumah tgga..terasacemburu..tp sy tidak berniat lagi untuk mempunyai suama walaupun sudah bersedia untuk menjadi ibu.

haha.

sejati tak sejati it's depends,

bagi saya,
saya seorang pendengar yang baik,
tapi cepat rasa bosan.

sebab tu saya ramai kawan..
tapi banyak kawan banyak problem.

pening - pening..

kadang-kadang saya suka lari dari mereka kerana silap-silapa saya akan migrain kerena mereka.

tia said...

di usia 22 tahun, ramai kawan saya sdh berumah tgga..terasacemburu..tp sy tidak berniat lagi untuk mempunyai suama walaupun sudah bersedia untuk menjadi ibu.

haha.

sejati tak sejati it's depends,

bagi saya,
saya seorang pendengar yang baik,
tapi cepat rasa bosan.

sebab tu saya ramai kawan..
tapi banyak kawan banyak problem.

pening - pening..

kadang-kadang saya suka lari dari mereka kerana silap-silapa saya akan migrain kerena mereka.

AQisH said...

kak nani nice writing..

nak tnya sabtu lepas akak dgn hubby ada gi ikea x..saya nampak mcm akak lah tp memula skali saya perasan hubby akak dulu masa tu akak tgh tulis²..klu itu akak ler..sbb muka mcm akak je ;-)

Khairiah Jelani said...

setuju ngn entri nih. tanya diri sndri dahulu adakah kita mampu mjadi sahabat sejati.

SITI SHURAZIRAH SUKHUR said...

auntie noni,saya share kat blog saya ye..thanks..

saya suka la dengan entry ni..sangat sesuai dengan situasi saya sekarang..huhu