Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah, Syukur Kehadrat Illahi

Alhamdulillah saya panjatkan rasa kesyukuran yang amat sangat kerana Allah memberi saya petunjuk dan hidayah. Saya dapat rasa saya telah kembali ke diri saya semula. Saya telah dapat melupakan segala onar yang mendatang.

Perlahan-lahan saya cuba mengatasi segala beban yang mengulit diri saya kebelakangan ini. Saya mula mengaji semula bermula dari surah al baqarah. Bila sampai di surah al-imran saya dapati satu ayat yang boleh membuat sesiapa mengasihi kita jika kita mengamalkannya. Maka saya mula mengamalkannya.

Alhamdulillah, saya perolehi keberkatan dari Allah s.w.t, saya dapat rasa, yang selama ini cinta suami saya terhadap saya semakin mendalam. Begitu dia amat memahami apa yang saya tempuhi kebelakangan ini. Dia beri saya semangat. Dia berlemah lembut dengan saya. Dia banyak meluangkan masa bersama saya. Dia melayan saya dengan penuh kasih sayang.

Saya bersyukur dan rasa amat gembira bila saya dapat merasai berbaik dengan semua insan disekeliling saya. Saya rasa gembira bila Allah menyedarkan saya, lalu dapat saya memalingkan pandangan mata hati pada sekeping cermin mistik yang tak berguna kepada permata berkilau yang amat berharga.

Saya panjatkan rasa kesyukuran kerana ramai pembaca blog saya yang sangat budiman memberi kata-kata yang elok sebagai semangat dan perangsang untuk saya jalani kehidupan ini menjadi lebih baik.

Alhamdulillah.

10 comments:

Payad said...

=) . Alhamdulillah. semoga tak datang cobaan yg halus halus itu.

mamashasha said...

alhamdulillah syukur....saya doakan yg terbaik utk akak & family....ambil itu satu pengajaran bangun dr kesusahan itew menjadikan kita lebih matang dlm kehidupan yg penuh cabaran ini kak....

oewyn said...

alhamdulillah. thx jugak pd sis yg beri kata2 semangat kt sy.
love u

xoxo
izza

Norr said...

Salam - kak Nani, surah Ali-Imran ayat berapa?

Norr

Pintas A! said...

aunty.
boleh bgtau ayat berape tu?
terima kasih.

Pintas A! said...

aunty.
boleh bgtau ayat berape tu?
terima kasih.

miss teja said...

alhamdulillah aunty. itu sebaiknya :)

KR said...

suami akak ada suka perempuan lain? sbb akak kata dapat memalingkan pandangan mata hati pada sekeping cermin mistik yang tak berguna kepada permata berkilau yang amat berharga

NaniRostam said...

Assalamualaikum, terima kasih semua kerana sudi singgah diblog yang tak seberapa ini dan memberi nasihat yang berguna dan kata-kata yang elok dan sedap didengar

Mengenai ayat keberapa tu, kena tanya ustaz atau ustazah yang lebih ariff. Saya tak berani nak jelaskan, takut ada yang menyalah guna.

Sesiapa yang ingin tahu samada suami saya ada perempuan lain ke tidak, tanyalah yang empunya diri...

Yang nyata, bukan semua isteri boleh dapat tahu suami mereka ada perempuan lain ke tidak. Begitu juga bukan semua suami boleh dapat tahu yang isterinya ada lelaki lain ke tidak.

Zareda Norman said...

betul kak nani, tak semua suami boleh terima isterinya menyimpan rasa pada lelaki lain.. seperti wanita juga..