Friday, February 19, 2010

Rahsia Awet Muda

Dulu sewaktu saya kerja bank, memang tak pernah lekang dari ingatan bagaimana saya sering jadi bahan bualan atau umpatan kerana kerap sangat jadi mak buyung. Bila mereka terserempak saya ketika keluar makan tengahari atau sebagainya, selalu benar dialog ini diucapkan, hai nani, setiap kali i jumpa you, mesti you mengandung. Bila masa yang i akan jumpa you, you tak mengandung".Kemudian saya jawab dengan selamba, heeh ada bapak bukan tak da bapak.

Saya tak tahu kenapa saya suka sangat anak ramai. Termasuk seorang anak yang meninggal dan satu lagi keguguran, sudah lapan kali saya mengandung. Semasa mengandung Imran pun, saya juga hampir mengalami keguguran apabila berlaku pendarahan semasa mengandung. Oleh kerana terlalu sayangkan kandungan saya, bimbang akan mengalami keguguran lagi, saya sanggup mencuba satu kaedah terbaru dipasaran ketika itu untuk menguatkan hormon dalam kandungan agar kandungan jadi kuat dan dapat menghindarkannya dari keguguran.

Kaedah tersebut memang sungguh menyakitkan. Setelah ubat tersebut dimasukkan kedalam saluran darah melalui drip, saya akan merasa mual yang amat sangat dan berterusan muntah-muntah sehingga tubuh saya jadi lembik kerana tidak boleh menerima makanan mahupun minuman. Ianya berlangsung selama tiga hari.

Doktor mengarahkan supaya saya perlu berada di wad untuk mendapat kaedah rawatan tersebut. Saya perlu menghabiskan rawatan itu selama tiga bulan iaitu sebulan sekali perlu masuk wad.

Saya fikir saya boleh melaluinya, tetapi untuk temujanji kali kedua, saya terpaksa menarik diri kerana tak sanggup menempuh kesakitan itu. Namun alhamdulillah dengan kuasa Allah, walau cuma satu rawatan yang saya terima, kandungan saya stabil dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda akan gugur.

Setelah genap 9 bulan maka lahirlah bayi seberat 3.97kg iaitu anak yang ke lima bernama Ahmad Imran.Kus semangat, bayi saya yang paling comel, putih dan gebu.

Namun dalam semua anak-anak yang saya kandung, mengandungkan Hanis adalah antara yang paling berat dan mencabar. Sampaikan kaki tak larat di angkat untuk melangkah. Setiap minggu pasti saya terpaksa mengambil cuti sakit.

Ketika itu dalam jangkamasa dua minggu lagi saya akan melahirkannya, saya ke klinik untuk pemeriksaan kandungan seperti biasa. Saya ingat lagi ketika itu doktor yang akan memeriksa kandungan saya ketika itu ialah doktor Norashikin, salah seorang doktor di Hospital Bersalin Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh.

Setelah selesai memeriksa kandungan saya, saya pun bangun dari katil di bilik pemeriksaan itu. Namun saya merasa sangat tak berdaya untuk melangkahkan kaki saya sama seperti yang saya alami pada hari-hari sebelum itu.Sebaik jururawat meminta saya beredar, dengan rasa keberatan saya memusingkan badan dan meminta doktor Nora, memberi saya surat cuti sakit untuk hari itu. "Doktor boleh tak saya dapatkan mc untuk hari ini. Saya saya tak laratlah nak pergi kerja". Saya ingat lagi betapa masa tu, muka doktor Nora berkerut-kerut memandang saya sambil berkata, eh, i tengok you sihat saja, kandungan pun sihat. Kenapa perlu mc pulak?".

Saya pandang doktor tu dengan pandangan memohon simpati. Namun hati saya amat geram dan berbuku atas sikap kedekut doktor Nora untuk memberi saya cuti sakit. "Tapi saya tak larat nak pergi kerja lah doktor"... suara saya hanya separuh kedengaran yang separuh lagi tertinggal berbuku, kalau saya ucapkan juga, saya pasti yang keluar suara getaran nak nangis.

Dengan rasa berat nak beri saya mc, Dr Norashikin pun menyuruh saya berbaring semula di atas katil. Dalam hati memang menyumpah-nyumpah doktor kedekut mc nih. Sebaik doktor memeriksa pintu rahim..."ha....!!!! you punya pintu rahim dah 7 cm bukak, tinggal teran jer ni....nurse, pergi ambil wheel chair, nasib baik you tak naik teksi tadi....nurse, terus masukkan dia dalam labour room"!

Semasa saya ditolak ke labour room, sempat saya menyuruh jururawat itu menelefon suami saya supaya datang kehospital segera. Sampai dilabour room, jururawat terus menyuruh saya menukar pakaian hospital. Doktor pun mula memecahkan air mentuban dan saya mula merasai resa sakit bersalin yang berskala rapat.Bila saat merasai kesakitan yang amat sangat, saya mula merasa kepala bayi sudah menghampiri pintu rahim. Bila melihat saya tidak cuba meneran dengan bersungguh, Doktor Nora dengan suara tinggi...ok, you teran sekarang..teran..lagi...lagi" tiba-tiba muka doktor Nora berubah serta merta. Saya pula hanya terpinga-pinga penuh rasa bersalah.

Sejurus selepas itu maka lahirlah bayi saya yang paling berat iaitu 4.10 kg yang saya namakan Hanis Zalikha.

Itulah takdir saya melahirkan Hanis pada 09.10.1990 walhal tarikh sepatutnya saya melahirkannya 25.10.1990. Namun akibat setiap hari menapak dari bangunan Menara Bank Bumiputra, Jalan Melaka hingga ke bus stand klang untuk menaiki Bas Sri Jaya ke Subang Jaya, maka bayi dalam kandungan turun dan telah memasuki pangkal rahim sejak kandungan saya sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi. Oleh kerana kepala bayi berada di antara tulang pelvik, maka ia menyebabkan saya kesakitan apabila berjalan ataupun sekadar mengangkat kaki untuk melangkah.

Sungguhpun begitu, saya tidak pernah merasa serik untuk mengandung lagi. Walaupun saya sering di gelar sebagai kilang namun, saya bangga kerana bukan mudah untuk membina sebuah kilang. Anda adalah merupakan seorang wanita yang cekal sehingga boleh menyerupai kilang. Untuk para suami di luar sana, hargai isteri anda setinggi-tinggi penghargaan kepadanya kerana sanggup melahirkan anak untuk anda seramai mungkin.

HIJRAH ROHANI

Sabda Rasulullah s.a.w.


"Ada tiga perkara yang jika di antara kamu ada yang melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkanya ke dalam syurga-Nya. Iaitu orang yang jika diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf, dan jika marah ia dapat menahan diri".


RESEPI

Kali ini sesiapa yang suka nak mencuba resepi daging beriani, silakan dengan besar hati saya turunkan di sini:-


2kg daging batang pinang (potong bentuk kiub sebesar 2 atau 3 inci, daging hendaklah direbus terlebih dahulu didalam pressure cooker atau sehingga lembut)


Bahan-bahan tumis :

A
2 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
1 pokok daun ketumbar dengan akar sekali

B
2 sudu makan serbuk kas-kas
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
4 sudu makan biji ketumbar

C
10 biji cili kering dibuang biji dan cuci
1 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
11/2 inci halia

D
1 tin kecil tomato cincang dalam tin (heinz)
1 tin susu cair
1/4 cawan kicap manis
1 sudu makan air mawar
1 sudu makan stok ayam
4 sudu makan gula

Minyak sapi untuk menumis

Cara-cara

Tumis bahan A dalam minyak sapi.
Masuk bahan B yang telah dikisar.
Masuk bahan C yang dikisar juga
Tunggu sampai bau wangi
Masukkan gula
Masukkan daging yang sudah lembut
Masukan bahan D
Tunggu sampai masak dan naik minyak

Hidang dengan daun ketumbar dan tabur bawang goreng.

25 comments:

MeL said...

wow 4.10kg, beratnya bb hanis! hehe..auntie, anak saya yg lahir 3.7kg ni pun saye da mengah2 yg amat nak bwk perut apatah lg klu lebih berat dr tu. tabahnya auntie pegi balik keje jalan kaki ke bus stop time da sarat..

abang ensem said...

aikkk.... takde pun citer rahsia awet muda??? takpe.. kat sini saya perturunkan rahsia utk sentiasa kekal cantik dan menawan... selalulah mengambil wudu', insyaallah wajah anda akan sentiasa cantik.

MasReena said...

Mula-mula baca entry bahagian intro tu rasa kelakar plak.



tapi bila teruskan pembacaan rasa terkesima sekejap. Anyway, penulisan auntie seronok dibaca dan mudah difahami.


ramai yang kata melahirkan anak kedua ni paling sakit. betul ke?

dan ada yang kata anak kedua ni paling lain dari yang lain. mcm entry saya yang ni:-

http://masputriworld.blogspot.com/2009/11/sindrom-anak-kedua.html

hanis zhalika i think memang unik dari yang lain.

saya selalu dengar juga kalau kuat berjalan kaki mungkin bersalin awal dan contraction tak lama. entry ini mengukuhkan lagi pendapat tu.

auntie saya ucapkan tahniah atas pengorbanan auntie sebagai isteri dan ibu. sanggup 8 kali mengandung dan melahirkan. sanggup menempuh kecekalan walaupun masa tu mungkin hidup belum berapa senang lagi. auntie memang seorang isteri dan ibu yang baik.

saya doakan kebahagiaan auntie. jangan sedih-sedih ye =)

Cik Fasyareena said...

wah..leh cube ni resepi ni..
mcm best jek..

wow,besar jgk hanis time baby..
tp bile dah besar,kurus je kn..

Mrs Camillo said...

auntie, beratnya hanis!!! :D

auntie, tahun ni saya tak balik beraya di kampung. instead, saya da belikan tiket untuk mak ayah beraya dengan saya di sini (rumah sewa saya masa saya praktikal nanti)

saya takut saya tak pandai buat kuih muih raya sendiri. kalau auntie ada tips yg mudah untuk buat biskut sendiri, boleh auntie kongsikan? :')

berdebar2 nak jadi anak yang responsible pada program raya tahun ini.

tiatyot said...

banyak dugaan kan? mak kita pun sama..masa nak bersalin kan adik kita dia sampai terbersalin dalam kereta, and abah kita sambut..jadi bidan terjun..nasib baik dia tak pengsan..
kelakar je..

Cheedah said...

seronoknya dengar cerita seorang ibu..tp saya belom berjaya jd ibu lagi..harap sangat hari tu akan sampai jugak nanti :)

.: ayesha.ahmad :. said...

Aunty,

Really amazed with you.

Regards,
sHa

NaniRostam said...

Hanis, masa lahir memang berat.4.10kg kus semangat, lenguh mengangkat. Itu disebabkan masa mengandungkannya paras hameoglobin dalam darah saya sangat rendah, jadi saya sentiasa mengambil obimin dan makanan seperti, hati, limpa dan sumber2 yang boleh menambah darah. Hasilnya bayi lahir sihat dan montel.

Maksud saya, anda perlu beranak ramai untuk menjadi awet muda kerana setiap kali beranak anda berpantang dan mengamalkan jamu dan penjagaan diri, kalau selalu beranak, maka selalu memakan jamu dan sebagainya maka peluang untuk nampak muda dari usia sebenar amatlah cerah. Cubalah kalau tak percaya.

NaniRostam said...

Tak da sapa perasaan ada satu perenggan saya tulis "tiba-tiba muka Doktor Nora berubah serta merta.Saya pula hanya terping -pinga penuh rasa serba salah"

Kalau anda ingin tahu mengapa terjadinya sedemikian, anda email saya di shinarostam@yahoo.com

miss teja said...

saya baru nak tanya kenapa muka dia berubah. haha.

tapi aunty mmg mantap, 4.1 kg dengan normal delivery sahaja. alhamdulillah dipermudahkan^^.

MasReena said...

betol tu auntie! ada jugak dengar pendapat tentang kelebihan bersalin macam tu sebelum ni.

lagipun salah satu risiko kanser payudara adalah wanita yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan anak.

NaniRostam said...

Kalau aktif, banyak buat kerja, banyak berjalan...memang akan memudahkan kita bersalin.

Buat diri saya semasa melahirkan Aisya saya berada dilabour room hampir satu hari kerana bayi lambat turun. Ini mungkin masa itu saya dah jadi surirumah yang agak 'leisure'. Tak banyak berjalan, ataupun aktif buat kerja. Masak pun jarang, selalu makan diluar.

Nur -al- Ain said...

baru nk tnye nape. ok2 akan email aunty. aunty publish la gambar diorg mase baby. sure comel kan..

Unknown said...

"Walaupun saya sering di gelar sebagai kilang namun, saya bangga kerana bukan mudah untuk membina sebuah kilang."

Superb quotes~

Thanks for cheer up my stay up time for research...Baca entry auntie ni teringat susah payah ibu saya...single mother lak tu...

Semoga selalu diberkati Tuhan...

-Saya Si Kutikura-

Mohd Azirul bin Ismail said...

i Love my mama..

n i love her briani 2..ehehe..

pepun thanx auntie atas rahsia awet muda ni..:)

Chit Ana said...

auntie..susah jugak nak beranak dan mengandung ni ye..alhamdulillah sejuk perut auntie tengok anak2 membesar dan berjaya.

sedapnya resepi nasi beriani..ana mau mencuba masak nati ;)

mamashasha said...

akak...mmg betul la beranak ramaii buleh buat awet muda...nenek sy 13 kali beranak...umo dah 70 tahun tapi org dok ingat dia baru masuk 6O tahun...dahla badan maintain je....mcm akak cantik & muda lagi...anak dah 6...

bab byk berjalan & bergerak senang beranak tu sy setuju kerana experience sy masa bersalin pun mcm tu...

ha DR nora tu terkejut bb beso ke kak?

Anonymous said...

tapi saya pernah dengar makin banyak kita melahirkan anak,makin muda suami kita dari kita...betulke? huhuhuhu

Ummi Hanie said...

owh...rahsia awet muda ialah selalu beranak yer..kak,suami sy pun suruh beranak ramai2,sampai 12 katanya..ni baru 4,so ada lagi 8 ler..
kak,sy rasa saya tak sekuat setabah akk.kekadang sy ni lembik jugak.huhuuu..tp suami mmg bagi sokongan penuh,padu,mantopp..xsampai ati nak menolak..:p

kak makan jamu apa?ceritala

syasya said...

1st time bace blog aunty trus nk bace the whole entry blog ni.i were most impressed wif u! hope i dapat jadi wife+mommy mcm aunty..

Mummy Nana said...

Salam,
Nak panggil auntie ke? Akak? Umur saya in between akak dan hanis :-)

Saya dah lama baca blog auntie/akak mmg best, nak2 saya seorg diri bersama suami dan anak2 jek di luar negeri nie jadi kalau ada masalah pun xde sapa yg boleh membantu kecuali rakan2 yg baru dikenali. Memang mencabar membesarkan anak2 sendirian disini tapi insyaallah berkat kesabaran dan keihklasan kita, pasti ada ganjarannya.

Sekurang kurangnya blog auntie/akak dpt memberi rujukan kepada wanita2 di luar. Sgt teruja, walaupun dah berusia auntie/akak kelihatan muda jelita.. Jealous nya saya. hehehe.. Satu kelemahan saya lepas bersalin saya xamalkan sgt berpantang err haish menyesal... tapi mmg xlarat kot berpantang di negara org lain rasanya..

Nanti kalau saya balik bercuti nak order kek chocolate. NAmpak sedap. Kalau tahu kuwujudan blog nie b4 balik cuti aritu dah tentu saya singgah rumah auntie/akak. Mak mertua saya pun tinggal di BJ.

TC

Salam perkenalan again

http://mummynana.blogspot.com/

aqilah ilham said...

oh sekarang baru saya faham nape mak saya kekal muda walaupn dah ada cucu 3 orang

sbb dia ada anak 8org rupanya!

tahniah mama mama sekalian!
anda sume mmg wanita yg kuat
moga dapat kasih syg Allah dunia dan akhirat

Mademoiselle Ctiey said...

Ya Allah... Ape salahnya kalo nak beranak ramai pun... kenapalh kutuk macam tu sekali.. maybe diaorg dengki tu aunty nani.. ct nyer aunty ada anak 10 org xpi badan macam anak dara dan awet muda macam aunty nani.. maybe itulah rahmat yang tuhan bagi...

Firnena said...

Assalamualaikum...
Ada satu lagi rahsia awet muda yg menunggu di garisan penamat, iaitu:

Rahsia Awet Muda di penghujung

Yang uniqnya; selepas sampai situ, anda boleh kembali melakukan aktiviti / amalan kecantikan seperti biasa - cuma kali ni; kesannya lebih ketara! Nak kata penghujung kurang tepat la...dia ibarat 'perhentian sebentar'. cuma after that; your world will never be the same!