Bila saya amati gambar saya di atas, seolah-olah saya nampak sebalik senyuman ceria saya tak mampu menyembunyikan sinar mata yang ayu, ayu, sayu gitu.
Cuma naluri keperempuanan saya tidak cukup kuat. Dari kecil saya lasak. saya bersifat lebih macam lelaki,suka main parit, main tembak-tembak, main kapal korek, main panjat pokok. Ketika usia saya darjah satu saya masih memakai seluar sukan yang pendek tanpa baju ke hulu kehilir. Dan hingga kini pun tenaga saya seperti tenaga lelaki. Saya boleh buat semua kerja dalam masa satu hari. Saya paling suka berkebun, pandai memandu dan hampir hafal semua jalan di lembah klang.
Disebabkan saya merasakan naluri wanita saya ada bercampur dengan naluri lelaki, maka saya mudah jatuh cinta. Maka kalau saya jadi lelaki, kemungkinan untuk saya berkahwin lebih sangatlah besar. Kerana hati saya mudah berasa kasihan dan suka menyayangi. Dari dulu orang yang saya sayangi itu tidak semuanya kacak, lawa dan tinggi. Tetapi kerana saya mudah berasa kasihan, kalau orang yang meminati saya macam muka pecah rumah pun tetap saya beri senyuman kerana saya berasa kasihan dan wajar memberi layanan sama rata dengan semua orang.
Kalau anda dapat tengok muka adik beradik saya, pasti anda akan bertanya, dia tu perempuan ke pondan. Dan dalam adik beradik mujurlah wajah saya yang paling kuat nampak kewanitaannya.Kalau tidak bertambah kuat mental dan fizikal saya.Lagi bertambah mudahlah saya jatuh cinta.
Mujurlah cinta saya bukan kepada manusia sahaja bahkan lebih kepada tuhan. Kira-kira kalau saya lelaki, agaknya boleh jadi uztaz kerana jadi lelaki tak banyak dugaan seperti jadi perempuan.Lelaki kalau nak solat tak yah cari telekung. Kalau nak jadi uztazah sangat besar dugaan sebab saya suka make up dan baju cantik-cantik. Masih pandang keduniaan tu walaupun jiwa tu mahu pandang akhirat. Jadi perempuan mudah tergugat iman.
Dari kiri adik saya, dan anak-anak saya.
12 comments:
Aunty, your sister is very pretty and sexy :)
Haah brenda tapi kalau dia sorang sorang jalan, mesti orang panggil dia mak nyah. tapi kalau dia jalan dengan i selamatlah sikit sebab nampak juga kami adik-beradik perempuan.
maybe die nmpk mcm mak nyah sbb raut wajah die agak 'keras' berbanding wajah kak nani nmpk 'lembut'..
Erk. Saya blur. Tak nampak mcm pondan pun. Mcm perempuan lain je. Ade eh panggil dia mak nyah?
Actuly dia tu memang perempuan kan. Sebab tak nampak ciri2 lelaki sgt pun.Ada iras2 Ning Baizura ade la. ;)
karakter auntie banyak persamaan dgn saya..
Tapi kalau die pakai tudung macam mak lagi cantik kan?
setiap kejadian Allah itu ada kehebatannya tersendiri..
Adik you sama la muka macam you. Dah pun nama adik beradik kan :)
hehe..kelakar lah puan ni..
auntie.. saya slalu je sembang dgn kwn² saya bab ni.. kesiankan klu kita wanita ni org nampak mcm pondan?
memg the best way solution kena pakai tudung.. sebab manada pOndan yg pakai tudungkan? seayu-ayu pOndan.. xde yg sampai nak pakai tudung~
saja nak bkOngsi pendapat =)
kak, agaknya org cakap mcm pondan sbb selalunya klw pondan mmg suka pakai seksi.. hehehe..
tapi mgkin jgk sbb rambut dia pendek..klw panjang mgkin tak kot..hehe
eh mcmane sy terlepas entri ni yer??
very loving la akk ni...bagusnye kalau semua ibu , erm semua insan lah mcm akk ni.xde lah jenayah agaknye dlm dunia ni kan?
btw,akk asal s'pore ya?
mak saya pun asal sana,dpt jodoh org perak.langsung jadik malaysian.adik dia,aunty saya,norma zainal penah jadi pelakon masa mude2 dulu..hehe:)
Post a Comment