Ala kalau setakat ikan tak berjenis ni, dalam air longkang hitam legam pun tu saya tahu jantan betinanya. tak payah tengok muka, dari jauh pun tahu dah yang dia tu busuk. Lagi nak bagi orang tahu yang dia tu memang bangkai.
Cakap tak pernah nak kalah, tak pernah nak low, apa je perkataan keluar dari mulut semuanya nak menjatuhkan orang. Semua nya nak tunjuk yang dia terlebih baguus dan orang lain tu buruk je.
Inilah mentaliti orang yang gagal dalam hidup. Tak pernah sedar-sedar kenapa dia gagal. Bukan dia nak memperbaiki diri dia malah kebahagiaan dan kejayaan orang lain pun dijadikan tohmahan dan cemuhan.
Banyak kes ipar duai macam ni. Ada je ada kepincangan. Ada je yang sompek di mana-mana.Hati mereka cukup senang bila kita hidup susah. Bukan ipar duai malah ada juga adik-beradik dan kawan-kawan yang begitu.
Pernah suami saya berkata, "I tahulah mana kawan i yang boleh tahu yang i ni hidup senang dan yang mana tak boleh tahu yang i ni hidup senang.I lebih suka, kalau dia orang rasa yang hidup dia orang hidup lebih senang banyak daripada i".
Masa Liana PMR dapat 7A dulu, anak dia dapat 8A, pukul gendang satu kampung, yang Liana tu bukan pandai sangat, tak boleh lawan lah dengan anak dia. Anak dia lagi terror. Ni apa kes ni, suka sangat nak membanding-bandingkan dengan orang lain. Kalau dah berjaya tu alhamdulillah. Tak perlu heboh kata orang ni tak bagus, orang tu tak bagus.
Bila anak dia cuma dapat 2 pointer dan Hanis pulak dapat 3.94 dah kata pulak tak heran dengan budak yang belajar kat Uitm tu, Uitm tu tempat buangan orang-orang melayu.
Heh elehh, apalah mamat seekor ni, hidup sendiri pun terumbang ambing, ada hati pulak nak cakap pasal hidup orang lain.
Memang tak semua macam tu, tapi bagi saya. daripada pengalaman hidup saya, kadang kala tak semua PENERIMAAN ORANG LAIN TERHADAP KEJAYAAN KITA AKAN KEDENGARAN SERONOK DI TELINGA apabila cerita tentangnya dikongsi bersama. Bukan setakat saudara mara atau kawan-kawan, malah ada orang yang tidak kita kenali pun boleh mencemuh dan mempertikaikan kejayaan yang kita perolehi.
Siap-siap bandingkan, course yang Hanis ambik tu senang, kacang. Berjuta rakyat Malaysia yang pandai2, course bagus-bagus, pelajar JPA, kenapa Hanis yang cuma ambik kos kacang tu boleh masuk surat khabar.
Alamak saudara, u memang terror dalam dalam course yang u ambik. Tapi belum tentu dalam course yang orang lain ambik.So tak perlulah nak pertikaikan.
Percaya atau tidak memang itu rezeki Hanis kan. Saya percaya apa yang Hanis perolehi kerana berkat kebaikan dan kemurahan hati dia terhadap ibubapa. Dalam usia seawal 18 tahun dia terlalu banyak berbakti kepada kami. Sejak duit rm6000 menang MDG dulu, dia cuma ambik rm2000 dan selebihnya saya rm2000 dan daddy dia rm2000. Duit PTPTN itu pun semuanya diserahkan kepada saya begitu juga duit JPA. Belum lagi duit nuffnang ang dia dapat setiap bulan. Nah lihatlah sendiri, Hanis memang anak yang sentiasa ingat dan mahu ibubapanya gembira. Alhamdulillah kalau kita baik, yang baik-baiklah datang kepada kita.
Pernah saya tulis sebelum ini. Inilah masalah hati. Bukan senang nak pujuk hati jadi baik, jadi bersih. Sebab tulah kena selalu urut dada tu, agar terbelai sikit hati tu. Tarik nafas panjang-panjang, paling penting amalkanlah mengucap alhamdulillah setiap kali mengetahui kejayaan orang lain.Kerana mendoakan orang lain sama seperti mendoakan diri sendiri.
72 comments:
bila baca cerita auntie teringat saya dengan kes saya ngan ipar duai saya.
melayu mudah lupa. bile berjaya, akan bangga diri n berlagak dgn orng. tp bile gagal atau tgk orng lbih maju,mula la sakit ati. kata itu ini kat kite. xsedar diri sendiri adalah bodoh sombong. tapi harap auntie sabar je la. sbb auntie sendiri tau kemampuan and kebaikan anak2 auntie. biarla orng nk mengata. doakn mereka terbuka pintu atinye. sampai bile die nk membawa mulut. lama2 senyap la bile dah penat. =))
untie.
saya suke cara family untie.
happy jep :)
may Allah bless u.
nnti kirim salam kat kak Hanis oke?
btw, untie cantik :)
untie.
saya suke cara family untie.
happy jep :)
may Allah bless u.
nnti kirim salam kat kak Hanis oke?
btw, untie cantik :)
alhamdulillah auntie orangnya berlapang hati~
Sebab tulah kena selalu urut dada tu, agar terbelai sikit hati tu... what a nice and loving phrase.. ;p
kak,
sabar kak...
hehe..u r lot better than org yg kutuk u tuh~
salam kaka nani
ignore jer..
orang macam ni dia sakit.. sakit kejiwaan
Kak Nani, sabar jerlah. Memang ada manusia dalam dunia ni yang tak boleh tgk orang lebih dari dia. Insecure person jer yang selalu dengki dengan kejayaan orang lain.
Be strong ya Kak.
mulut org kak..
nampak kita buruks jer..
kalau kita layan, kita yg mati nanti..
bukan diorg yg bg rezeki sume kat kita kan? ;)
cheers kak!
Salam kak...
xpe lah kak biar ape org nk kata yg penting kita bahagia sefamily...
Gila ke apa2.
senang2 mulut je ckap macam ni kat orang.
eii,
saya membaca, saya yang sakit auntie.
klu auntie x tahu la..
sabar le..
bio je. nnt bio dio tgk langit tu tinggi atau rendah.
lepas smua anak antie da bjaya. br ternganaga mulut dia.
OK
Auntie,
Sabar lah ye...biarkan dia org ckp apa pon... Janji hidup kita happy..
i love this post very much cause i used to experience what u and ur family have been thru. kita susah dicemuh, kita senang pun dikata macam-macam.. entahla
Salam Kak Nani
betul tu
yang penting hati kita baik
manusia dalam dunia ni, walaupun kita baik macamana pun, perasaan hasad dengki tu tetap ada
kita jangan terikut-ikut dengan mereka
semoga kak Nani sentiasa tabah sbg seorang ibu:)
ADHA
http://myadha.com
salam auntie.
sabar. sometimes, jealousy is a form of flattery. just in a bad way.
suka tengok auntie & hanis & your family. i wish mine would be like yours one day.
good luck to everyone in your family.
azreena
org suka mendengki ni mmg x kemana. anak yang pandai x semestinya bagus. kdg2 yang x ok pon lagi elok dari org berpelajaran tinggi.betul x?
mmg macam tu lah manusia aunty... ade je yg dengki! saya jugak mengalaminya lg dasyat bila yg dengki itu adalah family terdekat sendiri.
xpa lah aunty... kawan saya slaloo berpesan, "sabar itu adalah suatu kemenangan!"
aunty sabar byk-byk k?!
auntie, kes mcm ni memang byk pon..bersabar jela..bile dah t'gigit lidah sendiri nnt, terdiam la die..dengki xsudah2..
akak...sabar ye dlm dunia org kite mcm ni lah....tak blh tgk org senang or lebih sikit..kadang bukan kite yg nk tapi dia yg sibuk membanding...saya suka cara akak didik anak2 akak...pada sy family akak patut jadi role model...anak2 akak sumer berjaya....pedulikan dia yg selalu selak kain akak tu....dia akan hanyut dlm dunia dia...
salam auntie..org macam ni ssh nk kwn dgn dia.
xnk kte lbih sng dr yang lain.
dia xspatotny memperkecilkan kebolehan hanis sbb itu adlh kurniaan tuhan..
bila dia kata cm 2 dia mmperlekehkn rezeki yg tuhan bg n xbsyukur apa yg dia dpt..
bila dia dpt lbih sket dr auntie mst dia cri auntie dlu.trust me
byk pengalaman yg sy dpt..
rezeki yg Allah bg spatutny dia byukur sbb bkn mudah kdg2 org nk dpt pointer hebat mcm hanis even rmi ckp course sng la uitm la..
cube try dia amek course 2.mampu ke dia dpt 4flat?
wpon bkn medic ke engineering ke tp jika teliti btol2 sbnrny medic n engin xbawa ke mana2..
org mcm hanis la yg akn mmbagunkn dan memimpin ngara sbb amerika bagkit sbb ekonomi kuat.kuasa ekonomi tbesar dunia.
lihat pengerusi celcom.dr pelajar perniagaan bkn engineering.
lihat bertapa besarnya pengaruh ekonomi wlpon org sring mmperlekehkn kate sng la course 2 ape la..
think b4 u said
harap auntie bsbar n bdoa spy Allah mmbukakan hatinya ntok btaubat :)
sama la dengan auntie..ada je yang dengki sakit hati..bukan setakat ipar duai je, mak mertua sendri pun kekadang jeles tak tentu pasal..
lantak pi lah..wat bodow sudah..janji kita tau apa yg kita buat,dan allah lebih tahu apa isi hati kita..
mak aih...ce suh org yg konon pandai sgt bercakap tu bukak mata dia luas2..bukan main ramai org kt malaysia yg berjaya, ada nama, most of them ex-itm..
bersabarlah auntie...
org dengki memang camtu
keep smile=)
erk888.blogspot.com
dizisgude.blogspot.com
biasalah auntie@kakak( xsampai hati nak panggil auntie dah nampak muda)
Kita memang tidak boleh nak memuaskan hati semua orang. Apa yg kita rasa baik buat kita, kita buat jer.
Salam...
Biasalah Puan Nani, hasad dengki & irihati dan yang peliknya dgn kaum
keluarga sendiri pun ada perassan
mcm itu. Sabar je la.....
Saya kagum dgn cara Puan Nani membesarkan anak2...alhamdulillah semuanya berjaya...
Salam Nani
Ya betul, ramai yang cemburukan accomplishments kita, jadi yang terbaik untuk mereka ialah condemn. Saya begitu banyak melaluinya, dan semakin tabah menghadapinya.
setuju2, bukan senang nak didik, sabar + syukur + sujud..mesti sabar. hadirnya insan begini, kadang2 mmg untuk uji tahap sabar kita.Alhamdulillah moga sikap sabar k.nani & hal2 kebaikan yg lain tersebar & diambil manfaat untuk kita semua.
tak mudah nak didik hati dari sikap2 tak elok tu, sebab tu kekadang saya,kalau dah geram memang mulut ni nak terkeluar jugak, so..sebelum terkeluar, istighfar dulu then tampar mulut tu..haaa..jaga2 oii... ehehe..
apapun moga yg baik berterusan.. :)
setuju2, bukan senang nak didik, sabar + syukur + sujud..mesti sabar. hadirnya insan begini, kadang2 mmg untuk uji tahap sabar kita.Alhamdulillah moga sikap sabar k.nani & hal2 kebaikan yg lain tersebar & diambil manfaat untuk kita semua.
tak mudah nak didik hati dari sikap2 tak elok tu, sebab tu kekadang saya,kalau dah geram memang mulut ni nak terkeluar jugak, so..sebelum terkeluar, istighfar dulu then tampar mulut tu..haaa..jaga2 oii... ehehe..
apapun moga yg baik berterusan.. :)
Salam,
Selama ni jadi silent reader saje, tapi topik ni rasa cam nak komen pula...
Situasi itu selalu berlaku pada saya...Ada saja orang yang kerjanya mempertkaikan kerja orang...Itu cara dia nak tutup kelemahan diri dan rasa bersalah dia...
Cara nya abaikan saja...kalau ada ayat power, bagi je sedas dua...tapi kalau dah malas sangt nak layan, doa saja semoga kesabaran kita dipertingkatkan...dan semoga dia dapat petunjuk...
Hi auntie,
Had been following your blog for almost 2 years and would like to pen down my first ever comment.
You have a very lovely family that will certainly bring a lot of hurtful comments from people out of jealousy. They are truly pathetic and auntie don't have to feel bad about it as many many more people have the eyes to see who's the good and bad.
Wish one day I have a family like yours too!
P/s I like kuih raya so much and please share with us some recipes pls. :D
Fang Fang
biarkan je orang yg hidup penuh hasad dengki.. tgk balasannye... auntie dpt anak-anak yg berjaya, dah lah berjaya, ingat mak/ayah plak tu..sejuk jer prot mengandung.. pedulikkan dgn org2 yg iri...
salam, yes this is among the typical cases. not only among malays but infact among all human race. Pekakkan telinga dan igt yang hidupnya kita ini kerana ada nya Allah bukannya insan-insan ini. saya faham perasaan auntie walaupun saya baru sahaja 19 tahun because it is a common syndrome among people these days. But i am impressed that you are strong. :) pedulikan mereka kerana mereka sedang bergembira apabila mereka tahu yang kita terluka.
:)
mulut org tak boleh tutup , but you are the great mum for your children :)
Pn Nani, tabah dan sabar ya! Biarla depa nak dengki...bukan depa bagi rezeki kat Pn Nani...kan!
salam.
auntie, saya faham situasi yg dialami setelah membaca post ini. saya tahu ada pihak yang membandingkan kejayaan anak-anak mereka dengan anak-anak auntie. dan jelas di sini bahawa auntie tidak setuju dan sekaligus tidak berpuas hati dengan orang yang suka membandingkan kejayaan anak mereka dengan anak auntie. tapi auntie sendiri tidak sedar bahawa di kala auntie sedang bercerita, auntie juga sebenarnya sedang mewar-warkan kejayaan anak auntie sendiri. mungkin orang yang membaca akan merasakan yang auntie juga sebenarnya sedang membesar-besarkan kejayaan anak auntie dan membandingkan dengan anak orang lain.
satu lagi, saya tahu bahawa konsep konsep menulis blog ini adalah bebas dan terpulang kepada penulis blog sendiri mahu menulis apa pun di dalam blognya. tetapi, saya rasa tidak perlulah mewar-warkan kebaikan anak auntie seperti yang auntie beritahu kepada satu dunia bahawa hanis memberi duit beribu-ribu kepada auntie dan suami auntie membuktikan kebaikan hanis.
saya minta maaf jika terkasar bahasa ataupun kata-kata saya menyinggung perasaan auntie. tapi sebagai pembaca setia blog auntie, saya rasa tidak elok kalau imej auntie yang saya rasakan mulia selama ini tercalar kerana hal membesar-besarkan kebaikan anak sebegini.
again, i am so sorry for my words. just my 2 cents.
regards.
salam.....
entri yg sangat menarik..membuka kepada makna yang sanagt mendalam sekali...syabs.
salam. yep. memang ramai dalam dunia ni yang ada "jenayah" macam ni.
"jenayah hasad dengki" namanya.
dah terlampau banyak jenayah. tak payah tambah lg 1 la.
:) org macam ni, sampai bila xkan maju. dek hasad dengki yang menggunung.
uitm tempat buangan melayu? haih, kalau la kita buka kuota tu untuk kaum lain,berebut orang nak masuk.pakcik tu dah lupa ke benda ni pernah jadi isu hangat satu masa dulu? saya memang sakit hati bila orang cakap pasal uitm. subsidi kerajaan la, semua melayu la, apa masalahnya?yang dapat masuk uitm selected people saja ya.uitm bukan jenis universiti yang terima intake kamu sebab duit.tolong la.
uitm dari dulu gunakan english language as a medium to study.dulu semua orang kutuk,sekarang banyak pulak Universiti yang tergedik2 nak ikut.sebabnya,baru sedar graduate mereka tak ke mana.bayar yuran mahal2 sampai 40K-60K bila kerja gaji sama jugak dengan this so-called-universiti-subsidi ni.
haih,k nani,banyakkan bersabar. memang ramai orang nak tengok kita jatuh. terutamanya bangsa sendiri.
yes!kena belai hati ni..
apalah org yg tak boleh tgk org lainberjaya..
aini suka tgk org lain berjaya n bahagia mcm kita pun sebahagian dari dia..=))
Salam akak...first time read ur blog, nice...and you're so gorgeous...I thought you are around mid 30's...you look younger than your age...(pssst..kak what's the secret..hehehe)
By the way, we almost having the same problem....dia x boleh tgk org lebih dari dia, kalau org lebih kene kutuk, if dia lebih pon kene kutuk gak, I x tahan gak, mmg simpan je, until one extent, I meletop, than confront dgn dia, then I realised perangai dia mmg mcm tu dan jenis x nak dgr ckp org, dia je betul, terus je I assume she did that because of her punya 'kebodohan'....malas nak layan org2 mcm ni..yg penting kita terima semua yg berlaku itu, samada baik @ buruk datangnya dari Allah dan ada hikmahnya tersendiri...
salam..
hi Aunty..Aunty ada baik??hehe sejuk mata memandang Aunty..
sabar ye Aunty..inilah ragam manusia yang tidak pernah ingin memikirkan Dzat Allah..ini semua ujian dari Allah untuk mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta..
semua manusia akan melalui cabaran tapi dari segi aspek yang berbeda..saya bangga dengan ketabahan Aunty dan sikap Aunty yang positif. (^^,)
saya doakan Aunty akan sentiasa tenang dan bahagia di smaping suami dan anak-anak serta keluarga Aunty..ameennn~~
sis nani,
org melayu memang tinggi sekali ilmunya sampai ramai yg achieve phd..
sebab tu melayu susah nak maju.. klu kita naik setakuk, ramai yg dok nak cuba tarik bawah bertakuk-takuk..klu kita tersungkur jatuh tak de sapa yg nak hulur tangan.. yg tepuk tangan ckp padan muka tu ramai le..
for me senang saja.. orang yg macam ni hati tak bersih.. hati tak bersih walaupun kononnya tinggi amalannya. Padahal ramai yg beramal tak guna akal fikiran.. tak berpandu al-Quran... sebab tu tak de keberkatan.
jgan di layan sgat org cam ni..masuk telinga kanan keluar telinga kiri jer..apapn kita kena tenangkn diri kita dn cara terbaik yg ieza selalu buat..sentiasa ingat..setiap perbuatan yg buruk pasti ada pembalasannya..jadi kita tunggu jer org yg berhasad dengki tu dpt bahagian dia plak..
hakikat hidup..manusia semua tak sama..
saya suka baca blog ni..
*wink*
hakikat hidup..manusia semua tak sama..
saya suka baca blog ni..
*wink*
hakikat hidup..manusia semua tak sama..
saya suka baca blog ni..
*wink*
hakikat hidup..manusia semua tak sama..
saya suka baca blog ni..
*wink*
uitm tempat buangan???tak patut betul..sy pon student uitm..n sy tak rasa pon uitm tempat buangan malah ramai yang berjaya..sejak dari nama dia itm...
org yg busuk hati mmg suke nak dengki..tp apa yg kita boleh buat dgn org2 macam ni..buat tak reti ja..
org bisa berkata apa saja..tapi biarlah kata2 yg tak berasas tak membina tu makan diri org tu sendiri...
takpa aunty..klu org lain tak bangga..sy bangga dgn aunty..dgn semua..bukan setakat bangga malah boleh dijadikan contoh untuk bangkit..
Biasalah tu kak.
Manusia berbagai rupa dan jenis..
Kena berhati-hati untuk rapat dengan sesiapa jua.. Sebab musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang kita nampak...
Tentang banding membanding tu rasanya memang tak patut sebab takrifan kejayaan tu subjektif.. Pada saya, bolayan je orang camni.. Bukan kita pinjam duit dia pun...
Zool ligakampung
sabo je la mama hanis..
manusia pesen tu berlambak kat muka bumi ni..
dok tengok kain orang koyak aje keje depa ni, kain sendiri terbelah sampai nak nampak celah kelengkang dia tak nampak..
losers like these mmg sentiasa ada..
kita buat tak layan sdah.. dia sebenarnya jeles dan dengki dengan apa yang orang lain ada.. nyampah toll.. hoh!
Apa yang terjadi kepada famili puan tu mmg terjadi kepada famili saya. Tapi yang dengki ni bukanlah dari kalangan adik beradik sendiri (Alhamdulillah setakat ni adik beradik mak ayah masih lagi baik), tapi yang dengki dengan famili saya siap buat perbandingan ni adalah mak ayah bekas kawan sekelas adik saya.
adik saya ni kalau dari segi rupa tidaklah kulit putih melepak, badan langsing umpama model. Tapi Alhamdulillah Allah kurniakan otak yg pintar dan cerdas kepadanya. Dari tadika sampai SPM dan seterusnya matrikulasi dia tak pernah jatuh, sentiasa berada dalam kelompok 10 terbaik.
Tapi kawan adik saya ni cantik dan langsing. Masih lagi kategori budak pandai. Cuma kedudukannya tak dapat mengatasi kedudukan adik saya dalam pelajaran.
Apa yang menyakitkan, bukan sahaja kawan adik saya iri hati dengan adik saya, tapi mak ayah dia pun sama naik.
Masa keputusan SPM keluar, tanpa mengetahui keputusan adik sy boleh ayah dia kata anak dia lagi pandai dari adik saya hanya kerana anak dia dapat 7A! Adik saya dapat 8A pun tak bising. Tapi mak ayah saya diam aje sbb org macam tu jgn dilawan, nnt jadi gaduh.
Adik saya dapat tawaran matrik begitu juga kawan dia. Tapi budak tu tolak tawaran matrik sbb kononnya nak tggu tawaran belajar ke luar negeri. Untuk pengetahuan Puan, adik saya dan kawan dia tu dapat hadiri temuduga JPA untuk pemilihan pelajar ke Jepun. Tapi adik saya tak yakin sbb adik saya ni kurang sikit keyakinan dalam pergaulan di sbbkan sedikit kekurangan dalam penampilan diri.
Jadi adik saya hanya terima tawaran matrikulasi sahaja, manakala mak ayah kawan adik saya ni pula canang satu kampung kata anak dia nak gi belajar ke luar negeri. Kami anak beranak cuma gelak sahaja.
Alhamdulillah, skrg adik saya melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Dentist. Keyakinan diri dia pun semakin bertambah. Tapi kawan adik saya tu tak dapat gi luar negeri dan tengah menyambung matrikulasi UIA selama 2 tahun. So, kurang la sikit gendang mak ayah kawan adik saya ni.
jadi puan Nani, bersabar aje la....sbb org yg jenis macam tu lama2 akan malu sendiri juga. Apa yang dia cakap akan balik kepada diri dia juga.
tu tipikal Melayu yang amek PhD yg tak di offer di mana2 IPTA or IPTS..
Perasaan hasad Dengki ...
first time singgah blog auntie ni..betul kata akak,berbakti kepada ibu bapa banyak berkatnya...rezeki salih berganti dan hidup pun gembira..
Ada Apa Dengan Hanis Zalikha
macam2.. setiap masalah i rasa xperlu nak share ngan orang lain.. sbb akan menambah marah org jer. elok kalau akak selesaikan dgn org tu jer. akak pun dah dikira mcam mengwar2 hebah kan pada semua org.. ni bukan personal diary yang kita sorg jer akan bace. kalau kita simpan, pendam, pahala yang kt dapat. klu kita hebahkan bukan pahala bahkan dosa pula yang dapat mnyakitkan hati org. sy hanya berkongsi pendapat.
bila akak war2kan mcm ni ramai pula yang mendoakan keburukan org tu. tak ker manambah musuh org tu. padahal akak menulis blog cuma nak tgk berapa ramai pula yag membela akak.. tak baik gitu.. :)
thanks aunty! love all of your words! =)
susahnya nk idop dgn org yg cmtu..
kene bertahan n sabar byk2 je..
salam auntie.saya juga bangga dengan anak auntie.saya sendiri penuntut UiTM.and, sape cakap cos DBS senang? kalau senang, dah ramai student UiTM dapat ANC.takde nye belajar yang senang sekarang nie.takpe.biarkan je.biar orang mengata kita,jangan kita mengata orang.saya juga dah pernah kena.cuma pekakkan telinga dan buktikan yang kita juga boleh berjaya atas usaha sendiri.amin~
Salam bahagia untuk semua yang bagi komen. Memang panas,panas,panas topik tentang sakit hati, irihati dan apa apa yang berkenaan dengan hati.
Kita ni manusia biasa, tak sempurnapun, tak kuat sangat pun, kadang-kadang kalau nak elakkan jadi gila, ada masalah kita perlu cerita kat orang. Macam akak, akak ceritalah kat blog akak sendirikan.Akak pun macam you all jugak, kalau pergi blog orang akak suka bagi komen yang membina.
Sekurang-kurang adanya blog sendiri nak bercerita ni terlepas perasaan berbuku, tambahan bila dapat komen-komen yang membina. Kalau yang tak membina tu pun tak apa, sekurang-kurangnya akak kena ucap terima kasih jugak kerana meluangkan masa menaip komen untuk akak baca.
Prinsip hidup akak, akak akan sentiasa membanggakan kejayaan dan kebaikan hati anak-anak akak. Kalau kita sebagai mak ayah tak sudi nak membangga-banggakan anak sendiri, sapa lagi ek?
Bagi akak tak mengapa kita banggakan anak sendiri asalkan jangan kutuk anak orang lain dah.
salam kak.
itu lah namanya persaingan tak sihat..dia berjaya pun salahkan kita..dia gagal pun salahkan kita..
biarkanlah kita teruskan hidup kita dengan cara kita sendiri..orang macam tu biasanya hati dia tidak tenang..sebab tu dia tak senang atas kejayaan orang lain..
salam aunty nani..
biasalah tu aunty.. dlm dunia ni mana2 je ade org dengki n jelaous dgn kesenangan org lain.. kita mmg tak boleh nak lari.. saya tak nafikan mmg hanis tu anak yg baik.. memang tuhan kurniakan dia sifat2 yg mulia.. pasal org yg dengki tu, aunty takpayah fikir.. biarkan dorg dgn mentaliti mcm tu..
take care. (:
bila manusia berpikir mengunakan kepala lutut..bersabarlah akak..org mcm 2 xke mana pn..hati busuk ni mcm bangkai anjing kat tepi jalan yg kene langgar..xda sapa nk kutip, so kita wat xtau je la..bau 2 mmg la bau, tp just bau je la..kita xluak pe2 pn..mana2 pn da org mcm ni..die la PALING teror, padahal die la terrorist..
assalamualaikum..
saye setuju dgn kak nani, tak salah membanggakan anak sendiri, in a way ianya dpt memberi motivasi kpd anak2 untuk lebih berjaya. At the same time, dpt motivate other ppl jugak untuk berjaye and that's if you look at it positively. Kalau orang tu sendiri ade sedikit rase iri, then they will think that k. nani sengaje mengwar-warkan kejayaan anak2 die. apepun, tak salah kalau k. nani nak bangga sebab mmg sepatutnyepun! harap k. nani tabah n terus menjadi ibu dan wanita contoh kpd orang2 mcm saye. kami pun tau, k. nani bukanlah sempurna, sentiasa berserah n redha walaupun dicerca mcm dlm drama spektra kan!! mestila ade rase marah n rase nak meluahkan..but i would say that you are almost perfect, at least for me ;)
wassalam..
salam..
my first comment at auntie's entry.
Pada hemat saya,bukan semua org akan senang melihat kejayaan kita kecapi.Mmg akan ada perasaaan jealousy eventhough drpd kaum kerabat sendiri,masalah nye berpunca drpd hati.sejujurnya,hati manusia unpredictable as well as unexpected. Jangan cemburu negative seandainya melihat kejayaan org lain but cemburu dprd sudut postive yg boleh memberi inspirasi utk kita berjaya seperti orang lain juga.Orang yg mulia adalah apabila dilanda kejahatan,tetapi dia membalas dgn kebaikan.Bukan membalas dgn kejahatan sbb kalau kita membalas dgn kejahatan,maksudnya level kita sama dgn org yg berbuat jahat td.
And saya jugak juz nak comment yang setiap course ada susah and senangnya..tak baik merendah2kan orang lain.Contohnya,medical,i think everybody knows student who pursue their study in medical,they are brilliant,bukan semua mampu sbb cabarannya sgt byk.Tanpa doctor,sape yang nk treats all the sick ppl kan?same goes to engineering,technology really need engineer to improve it.Contohnya Japan,technology mereka much more advanced than us,sbb mereka ade kepakaran dlm bidang engineering and engineers manage to invent something yg extra ordinary,meninggalkan negara2 lain.Also,yang ambil bidang business/economy,their expertise penting utk memajukan ekonomi negara.
Just my humble opinion~
p/s : totally agreed ibubapa mmg patut banggakan anak2..cuma jangan sampai tahap bermegah-megah menimbulkan riak^_^
salam..
my first comment at auntie's entry.
Pada hemat saya,bukan semua org akan senang melihat kejayaan kita kecapi.Mmg akan ada perasaaan jealousy eventhough drpd kaum kerabat sendiri,masalah nye berpunca drpd hati.sejujurnya,hati manusia unpredictable as well as unexpected. Jangan cemburu negative seandainya melihat kejayaan org lain but cemburu dprd sudut postive yg boleh memberi inspirasi utk kita berjaya seperti orang lain juga.Orang yg mulia adalah apabila dilanda kejahatan,tetapi dia membalas dgn kebaikan.Bukan membalas dgn kejahatan sbb kalau kita membalas dgn kejahatan,maksudnya level kita sama dgn org yg berbuat jahat td.
And saya jugak juz nak comment yang setiap course ada susah and senangnya..tak baik merendah2kan orang lain.Contohnya,medical,i think everybody knows student who pursue their study in medical,they are brilliant,bukan semua mampu sbb cabarannya sgt byk.Tanpa doctor,sape yang nk treat all the sick ppl kan?same goes to engineering,technology really need engineer to improve it.Contohnya Japan,technology mereka much more advanced than us,sbb mereka ade kepakaran dlm bidang engineering and engineers manage to invent something yg extra ordinary,meninggalkan negara2 lain.Also,yang ambil bidang business/economy,their expertise penting utk memajukan ekonomi negara.
Just my humble opinion~
p/s : totally agreed ibubapa mmg patut banggakan anak2..cuma jangan sampai tahap bermegah-megah menimbulkan riak^_^
uitm tempat buangan melayu?
alamak celuparnya dia.. sedih hati saya sbg student itm.
Memang ramai yang begitu kan?
hi auntie,
saya suka tgk blog auntie and hanis...suka tgk family autie macam sweet nye sgt..
sebenarnya.. saya pernah alami situasi ni jugak...saya dulu pun grad uitm, degree in data comm & networking... course pun tak famous, ada org tak tau apa pun tu...ye la tak gempark macam engineering ke med ke...
tp org tak sedar dgn ada nye sy la ada rangkaian network kat dunia ni..betul kata auntie, blom blaja sesuatu course tu jgn simply nak kata course tu senang ke ntah apa2..
dalam family saya ada la jugak macam tu...sy dulu masa kat skolah blaja tu ok cuma x de la secemerlang hingga dapat full As..sebab nye tak suka baca buku.....masa tu kan muda, tak fikir panjang pun..janji dalam kelompok pandai tak jadi terpandai rasa dah ok...so result spm pun sekadar baik... x de la dapat masuk ke course yg gempark dan ke universiti yg gempark seperti uia and etc..
byk yg mengata...pandang rendah...kesian tgk mak...
tapi alahamdulillah berkat kesabaran dan saya betul2 belajar apa yg sy pilih kluar university 4 hari saya sudah bekerja..tp tahun itu 2006, gaji sekadar dua ribu lebih la...ok la..permulaan kan...sekarang sy sudah boleh berasa lega...saya yg tidak mendapat full A's dan dgn hanya course yang katanya ntah apa apa ini, dan hanya belajar di uitm ini mampu meraih gaji 2 kali ganda gaji dulu n bekerja dgn multinational company... sedangkan mereka itu masih payah mencecah angka 2 ribu
bukan saya nak mengata tp seseorang (yg sedih ialah family sendiri), anaknya yg bijak itu masih terkapai...course nye bukan sembarangan...result nye tersangat cemerlang...masih perlu ayah berikan wang tambahan
moralnya pada saya jgn mudah membuat kesimpulan, tiap manusia ada rezeki masing2 yg tuhan janjikan..dah saya percaya setiap orang rezekinya berlainan...
contohnya suami saya haya berbekalkan diploma, rezeki mungkin lebih dari saya, die kini berada di level 3 network engineer, malahan gajinya juga jauh lebih dr saya yg mempunyai degree ini..yg die cuma la mempunya diploma dari UNI KL.
cerita saya sekadar berkongsi dan bersetuju dgn auntie.
and satu lagi...boss saya ad cakap..pelajar uitm antara yg bagus communication skill nya.. (in english)..so tak ada salahnya menjadi hanya pelajar uitm...
pada saya Hanis cukup hebat, die pandai, belajar dgn baik, malah tau mencari duit poke sendiri dan tidak dilupa ibu bapa nya..itu bukan sekadar baik..tapi CEMERLANG. Klu tidak kenapa say ini yg tidak kenal auntie atau die boleh memberi komen, memeberi masa mengikuti kisah hidup Hanis.
-aishah-
untie,
kat dunia ni memang ramai orang dengki busuk hati... saya ni pun terkena walaupun family taklah sesenang mana.... saya tahu untie tabah dan saya juga sedang cuba untuk tabah dengan dugaan yg datang skang...
salam.
jannah. this is her blog. she registered the blog address. sapa awak nak persoal ini bukan personal diary or not. if u think isi kandungan tak mencapai apa yang awak rasa selamat. ok just do the abuse report.
kak nani punya blog. dia nak tulis apa dia punya suka. kalau awak xsuka tayah dtg lagi ke blog nie. and pleaselah don't u dare to intepret other's people life lah. mcm what u did to rizalman's blog.
awak boleh beri komen apa yg awak suka tp biarlah kena pada caranya. buat apa awak ke blog sana ke blog sini tp komen awak cuma nak sakitkan hati org lain je?kak nani ada kacau blog awak ke?tinggalkan komen yang buatkan awak sedih ke?
saya tak faham kenapa awak cuba berlagak baik tp sebaliknya kata2 awak buat org lain menyampah dgn awak. please lah get a life.
salam.
jannah. this is her blog. she registered the blog address. sapa awak nak persoal ini bukan personal diary or not. if u think isi kandungan tak mencapai apa yang awak rasa selamat. ok just do the abuse report.
kak nani punya blog. dia nak tulis apa dia punya suka. kalau awak xsuka tayah dtg lagi ke blog nie. and pleaselah don't u dare to intepret other's people life lah. mcm what u did to rizalman's blog.
awak boleh beri komen apa yg awak suka tp biarlah kena pada caranya. buat apa awak ke blog sana ke blog sini tp komen awak cuma nak sakitkan hati org lain je?kak nani ada kacau blog awak ke?tinggalkan komen yang buatkan awak sedih ke?
saya tak faham kenapa awak cuba berlagak baik tp sebaliknya kata2 awak buat org lain menyampah dgn awak. please lah get a life.
Post a Comment