Tuesday, September 27, 2011

Alisya Dapat Pencalonan...

Assalamaualaikum...


Last weekend saya sibuk sangat. Hari Sabtu dan Ahad paling sibuk. Bangun jam 3 pagi buat pavlova dan kek untuk customer. Sambil tu saya buat bread puding berkuah custard dan nasi lemak untuk sarapan anak-anak. Sambil saya cuci dapur dan mop lantai.




Tepat jam 7 pagi bertolak pergi ke rumah orang bertunang yang pertama...selesai pergi kerumah ke dua dan yang ketiga adalah jiran lama saya.Mekap 3 orang dalam masa majlis yang berlangsung waktu yang sama tetapi tempat yang berlainan. Kus semangat. Sepanjang memandu saya baca selawat dan mohon doa dipermudahkan segala urusan saya hari itu. Alhamdulillah...segalanya Allah permudahkan maka...saya dapat mekapkan ketiga-tiga orang yang bertunang dengan anggun dan sungguh vogue.


Balik rumah terus laki ajak gi rumah gi open house kawan dia. Bini ni jarang bantah cakap laki...ikut jelah...biar badan penat ya rabbi. Di rumah kawan laki...jumpa pulak kawan-kawan laki...bini pun pelawa kawan-kawan laki beraya di rumah. Lepas tu mereka setuju...dan laki dan bini naik kereta lain-lain pecut 100 kmj untuk nak tengok rumah jadi apa...takutlahkan dok ajak-ajak orang sekali rumah yang dah setengah hari ditinggalkan itu jadi macam tongkang pecah...mana nak letak muka....


Sampai rumah...buka pintu pagar luas2 sebab ingat nak menyapu daun daun kering tengah laman yang tak semenggah tu...tup-tup kawan-kawan laki dah sampai...uikks tak sempat den...


Lepas tu masuk rumah kutip tu kutip ni...sempatlah hidang bread pudding, nasi impit kuah kacang dan kuih muih saya dengan kopi kampung....hah...alhamdulillah...gembira terima tetamu...



Masa hari sabtu lagi serabut. Pagi pergi rumah orang bertunang di usj 9. Rumah delaila...la rumah yang orang buat nasi ambang paling sedap seantero benua tu rupanya...sungguh. Delaila yang cantik dan berbudi bahasa. Sampai-sampai dipelawanya makan mee goreng dan air kopi...memang sedap. Lepas mekap bapak delaila yang saling tak tumpah berwajah hail amir tu bersungguh mempelawa makan..walhal belum siap betul pun hidangan... Makanan banyak betul. Memanglah tuan rumah ni pemurah dan bersungguh mengajak orang makan. Bertuah tetamu.Selain gembira dapat makan macam-macam dan sedap-sedap, tambah gembira delaila asyik cakap mekap dia cantik sangat....huhu...




Ok balik dari situ terus siapkan kek dan hantar ke Saujana Putra. Dek terlalu leka berbual dengan Liana..terlajak ke Cyberjaya. Terus pergi casting Alisya, Hafiiz dan Imran di KRU Sudio untuk filem terbaru mereka. Mudah-mudahan dapat...lagi lagi Alisya yang berbakat tuh.



Kemudian patah balik ke Saujana Putra dan dipelawa makan open house sekali sambil menghantar kek. Terima kasih nora atas rendang ayam yang sungguh sedap...rasa nak tambah tapi malu nak bangun.



Lepas tu bergegas ke Sunway Langoon untuk event My Kids TV3 Awards. La mana nak sangka watak Yaya dalam siri BoBoBoi dapat pencalonan. Walau tak menang tapi tetap rasa bangga sebab orang recognise. Jangan marah saya selalu berbangga dengan pencapaian anak-anak.




Tulah sampaikan terlalu sibuk...anak telefon tak terjawab. Tapi sebab bagi anak yang tahu betapa kasih sayang dan restu dari mak itu penting sama penting bila kita rasa bangga dan gembira melihat pencapaian mereka dalam diri mereka maka...walau sibuk tak dapat menjawab panggilan anak semalam...saya menerima mesej dari Hanis ketika sedang mekapkan nonie di Subang Jaya. Mak mana yang tak doakan kejayaan anak-anak?










Anugerah Dunia Je Ni Makcik Oi.....

anugerah dunia je ni mak cik oi..
By Ms on Anugerah Buat Mak on 9/16/11








Assalamualaikum....


Sibuk benar kebelakangan ini. Alhamdulillah kalau tak sibuk...makna tak da kerja...kalau tak da kerja...nak makan apa?kan....

Kalau tak makan...melepeklah kan. Kalau setakat melepek tu boleh tahan...takutnya bila tak makan....rasa nak makan orang jer...

Itulah pentingnya cari makan kalau nak hidup. Kalau tak makan nak solat pun tak daya...nak ibadat pun tak mampu.

Jadi bila kita lahir ke dunia...huhu lahir memanglah ke dunia...kalau ke akhirat terus tanpa lalu dunia makanya....dalam bahasa halus lemah gemalai maka KAU TU TAK WUJUD.

Jadi bila kita lahir ke dunia...perkara yang perlu kita pelajari adalah ilmu dunia.

Ilmu cari makan, ilmu buat baju (yang ni sama penting dengan cari makan kalau tak mahu bogel semedang...macam orang utan), ilmu buat rumah untuk tempat tinggal, ilmu bertani, ilmu berniaga dan sebagainya.

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina. Kenapa negeri cina? Orang cina gemar menuntut ilmu sehingga hampir apa sahaja barang yang wujud di dunia ni 'made in china'.

Tanpa ilmu dunia...jangan ingat mudah untuk kita mencapai hidup sebagai manusia yang selesa, ada makan, ada tempat tinggal dan ada ketenangan jiwa untuk kita beribadat.

Saya perhatikan di tempat tinggal saya di Bukit Jelutong ini, masjid sentiasa penuh. Bayangkan satu kawasan sebesar Bukit Jelutong ini terdapat 4 buah masjid. Salah satu daripadanya yang hampir siap adalah yang kedua terbesar di Selangor. Apa yang dapat saya buat kesimpulan dari pemerhatian itu adalah kerana hampir semua penduduk di Bukit Jelutong ini golongan melayu elit. Maka bila mereka telah berada di tahap yang selesa dan baik maka hidup mereka lebih terarah untuk lebih menumpukan ibadat.

Ilmu dunia dan akhirat sama pentingnya... jangan kerana ada satu titik hitam dalam hati kita...maka bila melihat orang lain dapat anugerah siswi maka kita beranggapan orang itu tiada ilmu akhirat.

Sekalipun hati tidak senang melihat kejayaan orang lain, walau berat mulut mengucap tahniah tetapi tak perlu anggap orang lain tidak tahu ilmu agama kalau ilmu agama kita penuh didada.Jangan anggap kita baik kalau kita sering nampak orang lain tidak baik.

Adakah ilmu agama anda sudah cukup tinggi atau dalam agama tidak ada pendidikan moral untuk kita bercakap menghormati orang yang lain dengan mengeluarkan kata-kata 'oi...' begitu...

Bila saya post mengenai kejayaan anak saya sebagai siswi terbaik....banyaknya komen-komen negatif....yang hanya diluahkan oleh perasaan tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Baru saya tahu banyaknya manusia yang tidak ikhlas dan berhati walang disekeliling kita....nauzubillahiminzalik.....



Thursday, September 15, 2011

Anugerah Buat Mak

Assalamualaikum...

Bangun pagi bila terkejut dari tidur...terus tuju ruang tamu...tengok muka kat cermin yang sebesar alam...pastu duk termenung jap...perhatikan dinding ruang makan yang laki belum habis cat malam tadi...ingat bini jer ada cerita bersambung-sambung...laki pun suka buat kerja bersambung-sambung...tak pe laki janji kerja siap...

Lepas tu mata tertumpu pada satu objek.Pastu mak belek-belek...sentap jap...terharu pun ada...gembira pun ada..

Walah anak mak dapat anugerah best student....anak mak yang model tu...yang blogger tu...yang tegas tu...yang kalau bercakap kalah lawyer...yang ramai sangat kawan baik dan setia....kalau dengan daddy lagi la...tak leh nak cakap apa...maklumlah anak daddy (mana tak sayang daddy..tingkatan satu daddy dah beli handfone lg...tingkatan satu dah dapat laptop hyundai...jadilah anak daddy)....kalau pergi melancong abes rm3000 untuk beli souvenir kat sume orang..yang kalau pilih boyfriend pulak yang harus ada ciri-ciri mak dalam boyfriend..(bangga tak pasal-pasal mak).

Terharu mak...mak mana tak terharu...anak dapat anugerah kan.Dulu masa Imran dapat anugerah pelajar cemerlang kat tadika pun dah kembang kempis hidung mak tahan bangga. Masa tu YB yang sampaikan hadiah..lagilah...jakun.

Inikan pula dapat anugerah siswi terbaik...mak panjatkan syukur..alhamdulillah..mak ni bukanlah mak yang demand sangat kat anak-anak. Tak rajin pun nak hantar anak tusyen, anak kelas tu kelas ni...emak ni hanya percaya pada anak-anak. Mak tahu anak-anak boleh buat. mak yakin anak-anak boleh berjaya.Doa mak untuk kalian tak pernah putus...

Tugas mak cuma masak sedap-sedap, cari duit banyak-banyak...buat bayar yuran sekolah, belanja sekolah, baju sekolah dan segala-galanya untuk menyambung kehidupan sejak daddy dah 5 tahun pencen. Satu sahaja yang emak rasa anak-anak rapat, penuh azam, penuh cita-cita bila dorang tengok sendiri macam mana usaha mak untuk dapatkan duit sara hidup dia orang. Alhamdulillah selama menjadi emak ni...anak-anak susah nak dengar emak marah-marah...bising-bising..

Mak memang lembut dengan anak-anak. Kadang-kadang satu ketika mak menjerit maki hamun sekadar nak anak-anak tahu yang mak tengah marah...Kalau setakat suara mak alahai susahnya nak keluar marahkan anak. Nak berleter lagila...bukan perangai mak macam tu..

Penuh rasa syukur dan senantiasa mak berdoa agar anak-anak mak terus mencapai kejayaan demi kejayaan. Tahniah buat semua anak mak...kau orang semua adalah pembakar semangat mak untuk terus jadi ibu yang memikul tanggungjawab dan penuh rasa sayang. Insyallah amin.










Monday, September 12, 2011

Adakah Anda Sudah Cukup Adil Pada Diri Sendiri

Assalamualaikum,


Prinsip hidup Kak Nani yang selama ini Kak Nani amalkan adalah beri peluang pada diri untuk mencapai segala yang kita impikan atau citakan selama ini. Selalu sangat antara kita gemar menghakimi satu-satu perkara tanpa ingin memberi peluang pada diri untuk menerokai atau merebut peluang yang tersedia.

Misalnya, bila kita melihat kejayaan seseorang, kita hanya mengeluh…yang kita tidak begitu bertuah seperti mereka….tanpa kita dalami bahawa jika kita beri peluang pada diri kita untuk mencuba dan merebut peluang yang sering lalu lalang depan mata…mengapa kita tidak boleh berjaya seperti orang lain?Jadi adil lah pada diri sendiri agar kita mendapat yang terbaik untuk diri kita.

Cewah kemain lagi berfalsampah kat sini ya….sebenarnya kak nani cuma nak ajak you all supaya beri peluang pada diri pergi ke kaunter-kaunter SK-II dan dapatkan free consultation tentang keadaan sebenar kulit wajah you all. Dari situ baru you all tahu apa masalah sebenarnya yang dialami oleh kulit dan bahagian mana yang harus kita titik beratkan.






Tak perlu diragui bahawa SK-II adalah satu-satunya produk kecantikan yang terbukti sangat berkesan dalam mereliasasikan impian mendapatkan kulit yang berseri, awet muda, anjal, halus, dan mempunyai tona yang sekata . supaya kita tidak terus-terusan membiarkan kulit wajah terabai tanpa penjagaan yang betul.





Jadi untuk you all mengetahui apakah kulit you all berada dalam kondisi yang diimpikan itu wajarlah you all pergi dapatkan skin consultation dan baru tahu bahawa buat permulaan you all hanya perlu ambil range product yang kulit you all perlukan.








Hari itu, Kak Nani dipelawa untuk mengajak beberapa orang kawan-kawan blogger memberi peluang pada diri untuk mendapatkan free skin consultation. Apa lagi…kak nani part-part benda free ni laju jer aku pergi….tambah lagi selepas mendapatkan free consultation dapat pula free gift…..muaahhh sayang kat SK-II.







Suka kan…apa tak sukanya…tambah lagi kawan-kawan kak nani yang turut serta dalam sessi free skin consultation tu. Menurut mereka, apa yang paling mereka suka tentang skin consultation ini ialah :-

1. skin consultation ini dapat membantu mereka memilih range produk yang betul-betul mereka perlukan. Maklumlah boleh juling biji mata tengok banyak benor nak kena pakai. Tapi bila dah pergi buat skin consulatation…barulah mereka tahu….mereka hanya perlu pakai apa yang kulit perlukan.

2. mereka belajar bagaimana cara menggunakan produk secara betul dan lebih berkesan.

3. dapat merasai sendiri kehebatan produk melalui beberapa ‘test’ produk ke atas kulit.

Jadi jangan jadikan apapun alasan dan rebutlah peluang seperti ini. Ambil kunci kereta, start enjin, tekan minyak terus jalan…sampailah you all ke destinasi kaunter-kaunter SK-II dan baru anda tahu bagaimana rope kulit anda yang sebenor-benornya….





Ini lah chart yang menunjukkan 5 dimensi kulit yang perlu kita ambil perhatian. Setelah menjalani analisis kulit melalui mesin canggih yang disediakan, barulah kita tahu bahawa bagaimana :-






1. Tahap keanjalan kulit
2. Wujudnya garis-garis kedut
3. Kehalusan dan kemulusan kulit
4. Keseimbangan tona warna kulit
5. Keserian dan kecerahan kulit



Inilah hasil daripada analisis kulit wajah kak Nani. Jadi selepas ini kak nani tahu mana satu produk SK-II yang harus kak nani guna. Yalah…pening kepala kalau tengok banyak sungguh range produk kalau kita tak tahu yang mana perlu lebih kita tekankan.








Yang tertera ‘you have 2D’ tu maksudnya dalam 5 dimensi kulit kak nani hanya excellent pada 2 bahagian sahaja itu garis kedut kulit wajah kak nani mencapai 87% iaitu hampir 100% tiada. Dan keseimbangan warna tona kulit kak nani mencapai 78% bermaksud hampir 100% warna tona kulit Kak nani sekata…jangan marah.

Setelah selesai kulit dianalisa, kami dibekalkan free gift berupa trial set penjagaan kulit Pitera Essence. Setiap kali memakainya, kulit memang tampil berbeza iaitu semakin bertambah halus dan mulus dengan produk SK-II yang tidak mengandungi bahan wangian langsung….sukernya….

Walau bagaimanapun kak nani perlu ambil product yang lebih menumpukan pada keanjalan, kehalusan dan keserian atau kecerahan kulit wajah. Jadi range yang disyorkan untuk kak Nani adalah pitera essence dan signature moisture. Best kan…jadi kak nani hanya perlu focus pada 2 jenis penjagaan kulit. Apa yang paling kak nani kagum dengan produk ini ialah kulit wajah jadi halus mulus walaupun baru beberapa minggu memakainya.






Kak Nani dan kawan blogger ika…selepas kulit selesai dianalisa barulah tinggi azam mahu menangani permasalahan kulit yang selama ini kita abaikan.










Terima kasih ika, aida dan yanti kerana tak mahu melepaskan peluang sebegini.Memang hari itu adalah hari yang sungguh menyeronokkan bagi Kak nani dan kawan-kawan yang ikut sama kerana selama ini kita selalu anggap kulit kita sudah cukup cantik rupa-rupanya dibawah lapisan sana kulit memerlukan produk yang memahami kehendaknya serta memberi kesan yang menakjubkan.

Cadangan ikhlas dari kak nani, apa kata you all semua sedaya upaya luangkan sedikit masa untuk pergi mendapatkan perundingan analisa kulit secara percuma di kaunter-kaunter SK-II ini kerana para perunding kecantikan di SK-II sangat peramah dan berpengetahuan membuat anda merasa selesa dan tidak sedikitpun rasa dipaksa untuk membeli produk mereka malah anda akan rasa terkilan jika melepaskan peluang untuk mencuba produk yang bagus seperti SK-II ini.

Sekiranya ingin tahu lebih detail tentangnya jangan berlengah lagi jenguk-jenguklah ke sini.


Untuk semua kawan-kawan diluar sana, kalau ada kemusykilan tentang kulit wajah atau produk yang ditawarkan oleh SK- II, layari laman web ini, dan sambutlah cabaran ini 1 hari tanpa makeup dengan SK-II ini dan you all mempunyai peluang untuk memenangi hadiah lumayan daripada SK-II! supaya kita tidak terus-terusan membiarkan kulit wajah terabai tanpa produk yang bagus dan yang memberi kesan yang maksimum. Hari-hari tanpa mekap, sahut sekarang.

Cerita bersambung-sambung (part 2)


Assalamualaikum...nak sambung balik cerita......


Inilah ha...nama dia mira...cantik kan...inilah petunang yang kak nani mekapkan...garang orang dia...tunang dia orang jawa...mungkin tunang dia lembut...tapi kelakarlah dengan dia ni...mesti tunang dia sayang giler dengan dia sebab walau garang hantaran handbag gucci idaman kalbu kak nani...harga ribu raban kau...ini antara dialog yang saya dengar ketika mekapkan dia...

Dialog 1
Kawan mira :...mira mana kawan kau yang tu...

Mira : ala dia call tadi kata dia lambat sebab gaduh dengn bapak dia..

Kak Nani : gaduh dengan bapak? (dalam hati best ya boleh gaduh dengan bapak)....

Mira : haah dia tu memang selalu gaduh dengan bapak dia....

Dialog 2

Bapak Mira : Mira mana dorang ni tak sampai-sampai...

Mira : Eh bapak ni sabarlah nape stress sangat...kan dia orang kata lepas zohor..

Bapak Mira : Ni dah pukul 2 dah....

Mira : la yang tak sabar sangat tu kenapa ...dia orang kan otw...

Mira : U kat mana? Kat padang futsal? ha...oklah...

Mira : Hi tahulah ..memang lepas zohor...tapi kalau dah ramai-ramai tu bukan senang tak tepat masa...





Ha inilah mira dan sebelah tu kakak dia ayu...dia orang bertunang sekali. Sehari selepas bertunang dia orang datang beraya rumah kak nani. Dapatlah hidang tauhu bakar dan pavlova..

Dialog 1

Kak nani : mula ingatkan mira kakak ayu adik

Ayu : haha iye ke .tulah nampak sangat muka kau muka tuwe...sebab tu orang ingat kau kakak aku...

Mira : eh pandailah kau tu yang ketot..aku ni tinggi pada kau..sebab tu orang ingatkan aku kakak.

Kak Nani : hari tu tak sempat nak tengok tunang mira...sempat tengok tunang ayu jer...sesuai dengan ayu...

Mira : haah memanglah sesuai badan pun lebih kurangkan...

Ayu : oh kau memang nak cakap yang aku ni gemok kan...

Mira : eh tak dalah tak da maksud..aku tak bermaksudpun....

Ayu : kau jangan mira...nanti lepas kahwin badan kau gemok baru kau tahu...

Mira : eh tak baik kau ni tau...kau doakanlah tu agaknya...tak baik tau..

Kak nani seronok tengok telatah dua beradik ni...suka sebab tak pandai berpura2.



Yang ni kakak dia ayu....punyalah sibuk mekapkan mira...majlis ayu pun dah selesai...gambarpun tak sempat tangkap...ni aje yang sempat....sebelum balik.







The next day sahaja baru dapat buat masak-masak untuk sesiapa yang sudi berkunjung ke rumah...selalu raya macam tu...tak buat open house...sapa-sapa yang rajin berkomunikasi dengan kak nani...kak nani ajak datang rumah...



Nasi baryani....



Ayam goreng KLG (Kakak Liana Goreng)






Acar nenas/timun...




Daging Masak Baryani...(resepi dah pernah bagi)kalau nak boleh jadi ASTRO...ulang tayang...



Tauhu Bakar.....resepi pun dah bagi (masih boleh ulang tayang)



Ulang tayang......





Ramai jugak tetamu yang datang ....tapi yang ni jer sempat ambek gambar....




Pavlova....hasil kekecewaan imran....

Pagi raya Imran dah siap kan satu pavlova....terpaksa saya ambil untuk customer...
Raya kedua Imran siapkan satu lagi.....terpaksa liana ambil untuk pertunangan nazmin...

Akhirnya....saya ganti dengan yang lain dan dihias oleh Imran begitu......

















































Friday, September 9, 2011

Cerita bersambung-sambung..........

Pagi tu macam biaso den puro-puro lai. Den puro-puro lai jadi isteri yang tak tarik tali...bukan isteri mithali yo...isteri yang tak tarik tali jo...kot selamo ni den memang selalu buek kojo macam tu...kalau dongan laki den selalu kena tarik tali...kalau tak tarik tali pun den mengamalkan peribahaso ibundo iaitu bagai menarik bonang di dalam topung....tapi tulah selamo den bergolomang dongan topung tak pulak den jumpo bonang dalam topung...apo kojo lah orang dulu-dulu yo....letak bonang dalam topung.....



Tahulah kan laki den tu kalau den terus terang yo...ado yang konyang makan terajang. Jadi ado maso jugak den berpuro-puro walaupun kebanyakan maso den tak koso dah nak berpuro-puro lai....




Tarik tali yang den maksudkan...den puro-pro prihatin dan simpati lalu membiarkan iyo terus bermimpi....walau sebonarnyo....cuak den nak mandu kete sorang2 sampai pokan jolobu.




Eh tobolit bolit la lidah den ni cakap nogori...mentang-mentang nak cito pasa poi ngandam kek jolobu...oklah back to normal...




Pagi tu macam biasa bangun solat subuh terus bersiap nak mengandam di jelebu. Tengok laki baik punya mimpi....diam-diam aku ambek kunci kereta, start enjin...tekan minyak terus memecah keheningan pagi sabtu yang cuaca memang tak pernah mencemburui orang-orang yang kuat tido.




Niat seminggu lepas nak ajak laki temankan drive pergi ke jelebu tu...tetapi akibat berantakan malam tu maka bukan setakat niat...minat pun terus hilang.



Sejak akhir akhir ini rumahtangga aku sering berantakan. Kalau aku kata akhir-akhir ini bukan bermakna 5 hari terakhir...sejak akhir-akhir ini yang terjadi dalam hidup aku adalah 5 tahun kebelakangan ini. Kalau dikira jangkamasa itu maka hal pertama yang harus suami aku mensyukuri kerana memiliki aku adalah sifat yang ada pada aku iaitu sifat 'sabor jer la'.



Hal kedua yang paling harus suami aku syukuri beristerikan aku kerana aku adalah seorang perempuan yang tidak pandai berpura-pura...walaupun sikap tidak pandai berpura-pura itu sering meledakkan gunung berapi yang sedang sedap-sedap tidur.




Pertama sekali aku tidak pandai berpura-pura seronok bila melihat dia tidur secukup waktu sedangkan waktu itu jam menunjukkan angka 12 tengahri....sedangkan aku pula mata dah boleh buat beruang panda jantan tuwe keliru adakah aku ni gepren dia ke apa....




Kedua aku tidak pandai berpura-pura bahagia melihat dia khusyuk basuh pinggan sedangkan jam didinding menunjukkan angka 5 pagi iaitu sebaik sahaja dia balik entah dari mana ...selalu aku dapat penjelasan yang tidak jelas tentang pulang lewatnya itu....meeting apalah sampai hampir tamat dinihari tu....'cari duit!' setiap kali itu yang jadi halwa gegendang telinga aku...pastu aku tanya lagi...'mana duitnya?'......sambil cucuk pinggang aku...hai kenalah bersabar.....Heh!! geli!!!.meluat!!!




Tapi yang boleh diconsider agak maju kedepan apabila berantakan di waktu usia mula menginjak senja ini langsung tidak wujud feeling feeling.Selalunya bila berhentam macam dunia dah nak kiamat...selalu aku hentam dia cukup-cukup... manakala dia pulak tak pernah cukup nak hentam aku....kesudahannya perang bertukar dari suam2 kuku kepada perang dingin. Perang dingin yang aku maksudkan..tiba-tiba jer suasana hening dan sepi masa tu kalau jarum jatuh pun boleh dengar..amboi kemain lagi ayat orang dulu-dulu....






Cuma satu jer petua yang aku amalkan selama lebih 25 tahun berkahwin....petua bagaimana kami tidak pernah berantakan atau tidak bertegur sapa lebih dari sehari iaitu aku tidak pernah bergaduh sampai ke tempat tidur...maksud aku...walau aku tidur berasingan misalnya di sofa ruang tamu dan laki tidur di dalam bilik tetapi itu bukan kerana kami bergaduh.

Maksud aku...susahnya nak gaduh lama-lama...hati cepat kesian tengok muka seposen dia....lepas gaduh dia keluar....beberapa jam balik pulak...tanya ada makan tak...kemudian aku pulak buat muka seposen menjawab...tak da...sibuk je nak makan kat rumah!!!memang penyataan berani mati. Dengan muka seposen jugak dia goreng telur...ceduk nasi makan....sambil basuh pinggan and kemas dapur and siram pokok and hisap rokok....kemudian masuk rumah tengok TV...and aku pun kebetulan tengah buat air minuman panas....tanya kat dia...'u nak kopi tak?...sambil dia jawab dengan muka seposen 'ehhhh nakkkkkkk'....maka hilang segala kata-kata jahanam yang kami hamburkan antara satu sama lain...hilang terus dibawa angin sepoi-sepoi bahasa tepi highway tu....walau geram dengan dia bergunung-gunung dalam otak....tapi aku selalu mati akal dengan laki aku....betul-betul mati akal..



ok nanti sambung citer ya....banyak tempahan kek ni...


Sekian terima kasih.



Friday, September 2, 2011

Hari Raya 2011

Assalamualaikum...

Salam aidilfitri....buat semua yang mengenali diri saya...samada jauh atau dekat di hati..samada kenal hati budi atau sekadar kenalan...samada yang pernah bersua atau sekadar di alam maya...saya ingin memohon kemaafan daripada anda semua sekiranya pernah ada salah dan silap..yang sengaja mahupun bukan.

Moga lembaran baru ini, segala dendam terlerai, api sengketa terpadam, ikhlas kemaafan saya berikan dan keampunan dari anda semua saya harapkan.


Alhamdulillah, subhanallah, syukur Allah swt...saya panjatkan doa dengan bertemunya saya lembaran kali ini dengan doa moga Allah panjangkan usia untuk saya bertemu semula akan setiap ramdhan yang membawa seribu keberkatan sehingga saya tidak lagi alpa di dalamnya.

Sungguh saya amat sebak bila ramdhan hampir berlalu walau hati tetap gembira di atas kemunculan syawal. Orang kata pejam celik...walau pun saya lebih banyak celik tup-tup esok lusa dah hampir hari raya.

Syukur sekali lagi Allah Yang Maha Mengasihani memberi saya khudrat dan tenaga untuk saya terus mengharungi cabaran hidup ini dari segi mental dan fizikal di samping mahu menjadi kan syawal ini lebih bermakna buat anak-anak yang taat menjalani ibadah puasa selama sebulan penuh dan pasti mahu meraikan akan kemenangannya.


Orang kata berniaga kuih muih hari raya ni..memang masyhuk. Tetapi kalau badan dan semangat tak cukup kuat lebih baik anda pilih business lain.Selain daripada part yang paling perlukan kommitment sepenuhnya iaitu sessi menghadap oven untuk membakar kuih, kerenah sesetengah pelanggan juga boleh membuat anda stress. Jadi pandai-pandailah menangani stress dalam hidup ini. Stress dalam hidup perlu untuk membuat kita terus bergerak tetapi terlalu memikirkannya boleh merosakkan kesihatan.


Alhamdulillah mujur walau begitu berat bebanan untuk saya menjayakan apa sahaja yang saya ceburi, tetapi oleh kerana saya tak pernah memikirkan bebanan tu malah terus menerus berkerja siang dan malam walau hanya dapat tidur sejam dua dalam sehari tetapi itulah Allah Maha Mengasihani hamba-hambaNya.......terus memberi saya kesihatan yang baik untuk saya bekerja siang dan malam demi anak-anak tercinta.


Biar syawal lagi dua hari menjelang namun rumah saya bagai sebuah kapal yang karam. segalanya serabut menyemak mata hati dah perasaan. Namun apalah sangat rumah yang serabut berbanding jika hati yang serabut mengenang orang-orang yang selama ini begitu rapat tiba-tiba menjauh diri sejauh-jauhnya.

Namun alhamdulillah Allah Maha Kaya, kalau ada yang menjauh pasti akan datang yang mendekat...kalau ada yang dah benci...pasti ada yang menyayang.

Hidup ini tak selalu sama. Tak selalu di atas dan tak selalu juga di bawah. Asalkan kita tahu hati kita...kita jaga hati kita rapi-rapi jangan sampai sekelumitpun dia berbau bangkai. Asalkan kita jaga hati kita biar terus harum...penuh saling sayang menyayangi sesama kita.Ikhlas menyayangi kerana kasih sayang yang lahir dari hati yang suci pasti membuat segala tekanan hidup kita dapat tangani dengan mudah...insyallah....amin.



SEHARI DUA SEBELUM RAYA


Rumah yang tak ubah seperti tongkang pecah

Anak-anak yang lebih bermain dari menolong

Kalau tak sembang main pula.....

Kalau tak main sembang pula.....

Nak pecah anak tekak saya...dia orang masih gelak-gelak....

Satu cabaran untuk mengemas kalau kuih raya masih berada di mana-mana ceruk


Dalam pada itu saya masih ada hati untuk mengecat rumah yang saya rasa semakin hilang seri sejak kebelakangan ini....

HARI RAYA PERTAMA DAN KEDUA

Alhamdulillah...impian terlaksana....rumah dapat saya cat dengan warna putih mulus...
saya memilih tema putih mulus kerana harapan saya mahu orang-orang disekeliling saya semua mempunyai hati yang putih mulus...tak wujud hati hati yang jahat...tak wujud hati-hati yang pandai berpura...tak wujud hati-hati yang pandai berlakun...tak wujud hati-hati yang depan nampak baik tapi penuh dendam....

Balang kuih raya saya pun berwarna putih.....

Namun dalam putih saya serikan ruang dengan warna ungu agar hidup jadi ceria...

Lukisan yang saya beli ketika melancong ke Hong Kong tempohari.....

Ruang makan yang selama sebulan jadi tempat longgok barang.....


Bingkai pintu kayu yang putih mulus...

Percaya atau tidak entah bagaimana malam raya saya boleh berada di Jalan Pasar untuk membeli bunga-bungaan....







Merah yang menjadi titik tumpu bila berada ditengah-tengah putih yang menyejukkan.....




Lepas solat hari raya...saya arah anak-anak salin baju dan tolong saya gantung langsir....



Kakak ipar sekeluarga yang datang dari Perlis merayakan aidilfitri di rumah saya tahun ini.......



Gelas raya warna hijau...sekadar mahu menukar suasana yang meja makan tahun ini...


Liana dah berapa kali round makan ketupat lodeh ayam merah......






Dalam kesibukan menyediakan juadah saya minta Imran buatkan Strawberry Oreo Cheese Cake...memang berbakat....





Yummy....akhirnya saya dapat makan pada potongan yang terakhir.....


Hanis meraikan kawan-kawan satu universiti dengan nya.......





Lepas makan budak-budak ni pun mengadap TV lah jawabnya...






Paling atas kek kukus hasil airtangan saya, cheese tart oleh Ahmad Imran dan kuih makmur hasil tangan Liana....






Hari raya tanpa air oren...terasa ada yang kurang......



Ros dan anak-anak sekeluarga.........






Zana, Yanti dan keluarga turut bertandang.......






Hari raya kedua saya bangun solat subuh terus capai penyapu...menyapu dan membersih laman yang hampir berbulan tidak menerima sentuhan saya....


Rasa lapang dada dan perasaan melihat laman rumah bersih berkemas......


Selepas itu bersiap bertolak ke Tanjung Karang...untuk beraya di rumah Mak Wati iaitu mak angkat saya yang baru saya temui dua minggu sebelum raya ketika menemani Imran dan Alisya bershooting iklan raya.....



Ini kali kedua saya kerumahnya....alhamdulillah jiwa saya yang penuh kedesaan ini selalu merasa seronok berada di dalam suasana kampung...kami dihidang makan nasi berlauk masak lemak pucuk ubi dan sambal belacan...sungguh menyelerakan...



Pak Ahmad yang sangat rajin mengerjakan tanah yang penuh dengan tanam-tanaman...

Mak Wati berbesar hati memetik limau kasturi untuk membekal saya ketika pulang...



Anak-anak meninjau-ninjau sekeliling rumah dan seronok melihat ayam di dalam reban yang bersih....





Hanis berjalan-jalan sambil melihat tanaman cili padi yang menyubur...



Mak Wati mengajak saya memetik pucuk ubi untuk dibawa pulang.....


Imran hanya melihat...saya lupa nak ajar dia memetik pucuk ubi.....



Bersantai dan bergurau di tangga rumah kampung.....




Pak Ahmad memanjat dan memetik buah kedondong buat saya....



Terima kasih yang tak terhingga Mak Wati...peluk cium dan kasih sayang dari saya...mudah-mudahan siratulrahim ini berkekalan hingga akhir hayat...amin..