Thursday, August 25, 2011

Dah Rope Tepung

Kalau you all tengok muka akak kat ateih tu...janganlah terpedaya ya.....memang orang kata indah khabar dari rupa....eh bukan indah gambar dari yang nyata....

Sapa-sapa yang datang rumah ambek kuih jer yang tahu...sebenarnya akak ni taklah vogy the vas macam kat gambar tu...sume tu palsu. Yang nyata orang yang bergelumang dengan tepung ni dah tentu muka serabai macam tepung gak....

Selalu terjadi macam tu dalam hidup akak...orang lain bila nak raya muka cun bergetah...siap pergi buat facial lagi tapi akak masa raya muka kempot mata cengkung badan melengkung....

Ni lagi 4 hari nak raya...kepala dah penuh dengan persoalan...bila nak start kemas rumah, bila nak start anyam ketupat, bila nak start beli barang masak, bila nak start beli lauk ayam daging, beli nak start beli tempe tauhu....


Ok akak cuma nak bagi tahu...sesiapa yang order kuih akak hari jumaat ni adalah hari last mengambil kuih-muih tempahan. Sesiapa yang nak ambek selepas tu sila telefon beritahu akak ya...kalau tak dikhuatiri akak terlelong kuih raya you all.....

Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum,

Apa khabar semua....macam mana persiapan raya....raya tahun ni pasti meriah kan...balik kampung tak? Seronok dapat berhari raya di kampung kan...maklum lah kebanyakan generasi seangkatan berasal dari kampung...wak asil balik asal...macam mana bandarnya kita...desa juga tempat kita berfeeling-feeling terkenangkanya apatah lagi bila dengar lagu 'dendang perantau'.

Kalau saya, paling suka dengar lagu satu hari di hari raya lagu raya m.nasir. Mungkin masa tu saya baru nak kenal remaja. Berhari raya sebagai remaja adalah saat paling indah. Maklumlah masa tulah kita pandai berkawan-kawan. Saling kunjung mengunjungi...memang nostalgia bila ingat semua tu...maklumlah nanirostam ni berjiwa senti mental penuh kedesaan. Amboi tak nak kalah...sebut..kedesaan...yalah sedap sikit didengar berbanding kekampungan.

Sebelum balik tu...apa-apa yang belum dicolect...sila lah collect. Kalau collect semua siap-siap tak perlu berlast minute. Janganlah on the way nak balik baru nak buat semua tu. Apa kata tak da buat apa tu terus selesaikan itu ini. jadi bila balik kampung tak da lah banyak tempat nak menyinggah. Eloknya balik kampung biarlah bertolak dari rumah terus menuju destinasi. Jika amalkan begitu pasti perjalanan lebih teratur dan tidak memenatkan.

Sebenarnya saya berharap kepada sesiapa yang order kuih daripada saya, di minta segera mengambilnya agar dapatlah kiranya saya membuat sedikit persiapan untuk menyambut raya. Selagi seluruh ruang rumah penuh dengan kuih maka, niat untuk mengemas sentiasa terbantut. Tak tahu nak kemas yang mana dulu...tak tahu mana nak mula dulu.

Lagi sekali saya menyeru kepada sesiapa yang ada membuat tempahan kuih raya walaupun belum membayar deposit...diharap dapat mengambilnya kerana saya telah tersilap memasukkan nama mereka yang tidak membayar deposit ke dalam list kuih. Rupanya bila mereka menempah tanpa membayar deposit, mereka akan segumbira hati buat tak tahu selepas itu dan akan mengubah fikiran untuk membeli kuih raya di bazaar atau jalan TAR.

Maka terjadilah kuih raya tidak bertuan. jadi sesiapa yang ingin membeli secara walk-in datanglah ke rumah saya atau menalipon saya di 012-3959779.

Kepada sesiapa yang sudah membayar dan belum mengambil, sila lah telefon atau datang ke rumah saya secepat mungkin.


Monday, August 15, 2011

RM2780 Makan Di Restoran D'Chengmai, Kampung Melayu Sungai Buloh

Assalamualaikum...


Semalam buka puasa di Intai-Intai, Ampang...kus semangat meredah hujan mencari restoran yang berada di belakang workshop Honda......tempat agak sempit...makanan semua 'terasa'. Bukanlah makanan itu kecik ati ke apa...cuma apa sahaja menu masakan memang sedap dan secukup rasa. ..alhamdulillah...diberi rezeki untuk belanja ahli keluarga semuga mereka rasa seronok dibulan puasa dapat makan buffet best-best.

Tadi berbuka puasa berkawan-kawan di Restoran D Chengmai, Kampung Melayu Sungai Buloh. masa beratur nak bayar bil, mata memang tak boleh belah..nampak jer cashier pas resit transaksi...cepat-cepat jeling...hati berdegup ....mak oi....kenapa bil kakak dua orang tu boleh mencecah rm2780. Bisik-bisik kat Ela...mengumpat.."Ela, tengok bil orang tu".....Mata Ela pun membuntang....macam tak caya, kita orang tengok lagi...tengok lagi. Patutla dari tadi kakak dua orang tu tak settle-settle....bertebeng dekat cashier tu....

Dalam kereta, seperti biasa kita orang berteka teki sendiri...rm2780...berapa orang makan tu...takkan dia bayar untuk 100 orang, sorang rm27.80.

Zana siap kata, i buat kenduri kat rumah ajak ramai orang pun kos perbelanjaan tak sampai rm2780....maka terus menjadi teka-teki....apa yang dia orang makan sampai bil mahal macam tu...

Yanti siap sambung, makan emas ke....10gm rm180 so berapa gram makan tu...amboi Yanti....kau memang money matters..mahal jer makan emas.......

Nasib baiklah bayar pakai kredit kad...kalau tak jenuh nak bayar kena pakai mesin kira duit yang macam kat teller bank tu....

Thursday, August 11, 2011

Simpan Dalam Hati Mu

Jiwa memang begitu
sekejap kacau
sekejap tenang
tak terjangkau dek akal
mampu merenggut kebahagiaan
siapapun gerangan
itupun kalau ada tepuk bersambut
hati sekadar menumpangi bahu
buat mengadu rasa
memujuk emosi
gelaran sekadar teman
tak pernah bertentang mata
bersua muka
bersentuh bersalam
hebatnya rasa
walau cuma huruf yang disentuh
mampu membuat cemburu mendidih
bagai aceh ditimpa tsunami
siapalah diri begitu besar upaya.

Tuesday, August 9, 2011

Tangga Kambing





Assalamualaikum..


Ni waktu lepas sahur...saya pun menyambung baca emel...balas emel....isi borang pos laju.....catit list kuih buat you all yang dah bank in duit. Kalau ada sesiapa yang rajin nak double check samada saya dah tulis list kuih you all order call lah saya sekarang ya. Mana tahu duit dah bank in list kuih tak catit lagi.

Sepatutnyan saya tak catit nama kalau belum bayar kerana dikhuatiri termasuk dalam list kuih nanti...kuih ada,orang yang order tapi tak bayar akan ada peluang besar tak kan follow up untuk ambek...huhu..

Ok just nak syer apa saya buat seharian berlalu. Lepas sahur saya tahan mata untuk jangan tidur...lepas tu nak solat subuh punyalah berat...orang kata bulan puasa setan kena ikat tapi kenapalah dekat nak syuruk baru dapat lawan malas solat subuh.....astaghafirrullahalazim.......

Kalau hari biasa saya masih steady walaupun tidur 3 atau 4 jam satu hari tapi bulan puasa pantang jumpa tempat nak landing kepala pasti terlelap...nak kata tak cukup tidur setiap hari jam 12 lebih dah selamat dah.....




Ok yang ni adalah model untuk surat khabar kosmo.Surat khabar kosmo call saya minta saya jadi makeup artis untuk model diaorang maka inilah aktiviti untuk slot harian saya. Suratkhabar yang ada model ni keluar hari isnin depan ni. Jangan kata saya naya orang tunjuk gambar sebelum mekap rope tepung gomak...model tu sendiri suruh saya tangkap gambar dia masa sebelum mekap ya....walau dah tepek fondesyen .



Almaklumlah saya ni malas nak buat profile-profile ni...cuma nak fokus mekapkan orang jer...maka selalu sangat terlupa nak tangkap gambar sebelum dan selepas mekap...tapi yang ni dah buh fondasyen dah baru teringat...so cakap dengan model tu alamak lupa nak tangkap gambar sebelum....then dia kata tak pa kak tangkap sekarang pun ok jer.....



Ok dah siap........jelita kan...






Lepas tu sibuk dengan order, kek dan biskut serta mandikan arissa dan chacha, bagi dia orang minum susu, bagi dia orang makan belen-belen makan sahur...naseblah korang,rumah ni kalau tak puasa cuma dapat makan nasi dan lauk belen-belen sahur tadi sebab memang dari anak-anak umur 6 tahun semua berpuasa...so aku tak biasa masak untuk orang tak puasa dibulan puasa.....huhu..







Lepas tu macam biasa...pergi berniaga bazaar raya shah alam....telekong handy yang cinonet yang boleh letak selamba jer dalam handbag lepas tu bila balik kg ke gi rumah orang ke...boleh terus guna untuk solat tanpa perlu ada beg telekung lain yang terpaksa pegang dan sering buat kita malas nak hangkut sini sana....pun saya jual di bazaar ni. Sapa-sapa nak order online....harga rm55 termasuk kos penghantaran sila emel saya di shinarostam@yahoo.com









Lepas tu macam peniaga-peniaga uptown lain, buka puasa pun kat tapak gerai...saya dan ira iaitu kakak pada zaimah viruspadu.










Seharipun saya belum lagi berbuka di rumah......hari-hari di sini lah tempat saya berbuka puasa...



Tiba-tiba teringin nak buka puasa makan masakan Kelantan kat RESTORAN HASAN AYAM KAMPUNG....bluweeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

ayam busuk pun sanggup dia jual....tengok sket punya lebam warna ayam tu...patutlah masa beli u terbau busuk semacam.....ingatkan bau minyak gorengan ke hapa....





Sumpah rumah ni sejak kebelakangan macam tempat kucing beranak...tapi jaguh ni jantan ya tuan puan...tukang menyibuk memang ramai di sini......selain Arissa dan Chacha...terlanggar-langgar saya dibuat nya...ngikut jer mana orang pergi....







Baru ni TROPICANA RESORT GOLF CLUB buat buffet dengan juadah yang sungguh menggugat iman....maka saya sungguh berbesar hati membawa Imran, Hafiiz dan Alisya bersama Ela dan Aiman berbuka bersama-sama....tapi ya Allah...kus semangat ramai nya orang....bayangkan 1000 lebih tetamu untuk buffet begitu...ke ramai mungkin sebab saya promote tak tahulah...tapi memang kena duduk kat tangga kambing la....nak makan kena berjalan nunnnn saujana mata memandangkan...letih den....kalau lah tahu dia buat macam tu...tak lalu den nak poi.




Bila dah ramai mengalahkan kenduri kahwen orang nak berbuka makan serentak makanya.....minum dan makan pakai gelas dan mangkuk polistrin lah jawabnya...apa ke nama makan kat hotel kalau macam ni.....sama jer cara saya makan berbuka puasa kat gerai jual baju saya di bazaar setiap hari huhu...atau mungkin up sket sebab kat gerai saya minum pakai cawan plastik bukan polistrin.....



Bila dah jauh sana jauh sini maka banyaklah benda tak dapat dijamah....ini yang tak puas hati ni nak kena jugak bawa anak-anak gi buffet lagi sekali...







Satu jer yang best tempat ni...kalau parking jauh dia orang bawa kita naik shuttle sampai ke lobby.....yeay...















Mimpi Semalam

Salam fajar sadiq mula mengintip
melambai pergi dinihari
hati tenanglah dikau
wahai....
adu kan sendu mu
pada Nya
kerana Dia Maha Mendengar......

Sunday, August 7, 2011

Resepi Spaghetti Dari Food Court Ikea

Assalamualaikum,


Agak-agak you all lah kalau nampak spageti ada hati tak nak buat juadah berbuka...mesti tak kan...

Cuba kalau tengok nasi baryani, sup tulang, masak lomak cili api, yang manis-manis macam kuih akok, kuih lapis dan sewaktu dengannya mesti berombak-ombak kerongkong telan air liur.

Apa kata bulan-bulan puasa ni kita isi perut yang kosong dengan makanan yang berkhasiat. Jangan sesekali pandang remeh pada spageti hanya kerana dia bukan makanan tradisi kita. Pandang tinggi pada nya sebab dia merupakan salah satu makanan yang paling berkhasiat kalau kita tak tahu.

Selain daripada pasta yang dibuat daripada tepung semolina, kuah spagetti yang dibuat daripada tomato itu mengandungi bahan anti oksidan. Buah tomato pula lebih menghasilkan vitamin C setelah di masak.

Yang selalu menyebab banyak orang tak suka makan spagetti adalah kerana kita kerap membuat kuahnya menggunakan sos spagetti yang siap dibotolkan seperti prego dan sebagainya yang mana rasanya sangatlah pekat dan masam membuat sekali jamah tak rasa tak jamah lagi.

Tetapi saya membuat kuah spagetti hasil daripada pemerhatian dan rasa ketika makan spagetti di food court ikea. Memang sedap, menyelerakan dan tidak jemu.Tetapi sejak kebelakangan ini apabila mendengar unsur-unsur samak dan sebagainya di ikea, saya jadi malas lagi untuk ke sana.

Membuat spagetti di rumah yang sama resepi macamnya lebih menyeronokan dan menjimatkan. Satu dua pinggan memang tak cukup...akan selalu ulang....cubalah resepi spagetti saya cipta ni....memang sedap...jangan marah sebab saya selalu kata masakan saya sedap....kenyataannya saya memang berusaha untuk menjadi masakan saya sesuatu yang terbaik!!!




Sms yang saya terima daripada salah seorang kawan hanis yang datang ketika saya mengadakan jamuan harijadi hanis tempohari.




Ini lah dia spagetti yang sungguh menyelerakan dengan kuah tomato cincang yang tidak pekat.



Mana nak cari tomato cincang, carilah yang dijual di dalam tin seperti ini. Kalau tak jumpa jugak..pilih tomoto yang merah dan masak, rebus atau reneh dalam periuk berisi air sehingga tomato benar-benar masak. Keluarkan kulit tomato dan cincang-cincang ia. Gunakan sekali air rebusan tomato tadi sebagai kuah. Tetapi resepi saya, saya gunakan tomato dalam tin yang di atas ini.




Resepinya :-




Pasta yang di rebus empuk angkat, tos dan gaulkan dengan olive oil dan tabur sedikit oregano.



Sosnya :-



- Panaskan minyak zaitun dan tumiskan 2 labu bawang holland, 5 ulas bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.


- Masukkan isi ayam yang telah di cincang halus, banyaknya mengikut kesukaan. Tumis rata dan masukkan sedikit serbuk lada hitam dan stok ayam knorr.


- Setelah ayam sudah agak masak, tuangkan tomato cincang dari dalam tin. Reneh sehingga masak dan angkat.


- Hidang dan hias dengan daun pasli dan tabur sedikit oregano atau rosemary.




Friday, August 5, 2011

Hanis Zalikha Raya Collection - Bila Memakainya Sebijik Macam Model

Assalamualaikum......


Kenapa akak rasa puasa tahun ni sungguh simple dan sunyi. Sebenarnya rumah akak ni pun dah terasa sepi sejak awal tahun. Rasa macam kurang seri, nak mekap-mekap rumah pun dah kurang semangat...taman sekeliling rumah semakin terbiar....aduhai..bila hidup dah biasa dengan hiruk pikuk anak-anak bergaduh dan sebagainya. Kini anak-anak semua diperantauan. (Tulah memang dah terasa tuwe kan giliran kita tunggu anak-anak balik pulak).

Liana dari hari pertama tak berpuasa. (nanti bila Liana dah kahwin tambah rasa sunyi kan huhuhu).

Tinggal akak terkontang kanting tertonggok 3 orang menghadap meja makan dengan hanya satu jenis lauk untuk bersahur.Ayam goreng kunyit dengan nasi panas pun dah kira haven. Malam sebelum tu terlajak tak sahur. Bila terbangun dah pukul 6....tengok2 Alisya pun terbangun sama sambil airmata meleleh dihujung mata akibat terlepas sahur...."alisya kenapa nak nanges...jangan nanges...insyallah kadang-kadang yang tak sahur tu yang tak rasa lapar" Kata-kata akak nak bagi semangat kat Alisya.

Soal kuih muih akak dah serah sebahagian pada adik ipar. Dia yang handle dengan para pekerja seramai 13 orang. Akak serah resepi jer kat dia. Cuma ada sesetengah resepi yang lain tangan lain jadinya maka terpaksa akak buat jugak. Kek untuk hari raya akak terpaksa ambil tempahan berdasarkan sapa cepat dia dapat sebab kek hanya dapat disiapkan the very last minute serentak bayangkan...memang tak leh ambil banyak2 order.....tak terbuat den kalau 40 orang serentak nak kek sehari sebelum raya.mano nak cukop poti sojuk.

Selain daripada akak dah terbabit dengan business COLLAGEN DUST iaitu product kecantikan dan kesihatan yang TERBAIK DAN BERKESAN pernah akak ambil, tetiba ada seorang pembaca blog ni telefon akak dari brunei ajak syer sewa booth di BAZAAR RAYA RAMADHAN SECTION 13 SHAH ALAM, bersebelahan perodua dan giant.

Dah banyak kali akak menolak pelawaan orang entah macam mana bila dengar suara Myra yang lemah lembut dihujung talian tiba-tiba akak macam tak sampai hati mengecewakan orang maka akak pun kommit bayar setengah untuk sewa tapak. Lepas tu baru akak terfikir nak ajak kawan akak ella syer business dengan akak. Segala-gala the very last minute...tetapi akak just grab peluang begini.


Myra pula jual kerepek segala kerepek memang murah dan sedap.. tak payah pergi tempat lain, nak baju ada, nak kerepek ada nak kuih raya akak pun ada....

Rempeyek yang cruncy dan sedap - rm10 untuk 1/2 kilogram
Kerepek pisang yang lemak rm10 untuk 1/2 kilogram
Kerepek ubi berperisa rm 5 untuk 1/2 kilogram

dan bermacam-macam kerepek.

Bagi akak kalau kita nak berjaya mesti start something somewhere....tak boleh hanya berangan dan bercakap tetapi tak tahu bila nak mulakan apatah lagi nak bergerak.

Akak bagi nama boutique akak (amboi jual kat pasar tapi nak jugak sebut boutique) jangan tak percaya baju-baju yang akak pilih semua terkini dan standard boutique tau. Ok akak bagi nama HANIS ZALIKHA RAYA COLLECTION sebab setiap helai baju akak bila Hanis mencubanya memang the Vogy The Vas...cantik bebenor....

Tetapi jangan giveup....kat badan akak yang gemuk besar perut buncit nipun ok jugak kan....lagi lah kat you all yang memang muda-muda belia...

Sesiapa yang berminat boleh order online...kalau nak datang tengok kat Bazaar Raya Ramadhan Section 13 Shah Alam. lagi ok sebab dapat tengok lebih 80 pilihan.

Kalau nak order online just bank in payment kat MAYBANK 162302584929 atau CIMB 12090001687526. Harga adalah termasuk postage. Ada pertanyaan call ler kak nani tel no : 012 3959779 atau emel shinarostam @yahoo.com.

Sesiapa yang berminat...sila beritahu tinggi anda, berat badan dan saiz bentuk badan. Maka akak dapat consult samada baju yang dia berkenan tu sesuai atau tidak untuk dia.

Sekian terima kasih.





Resepi sekali lagi ayam masak kunyit untuk bersahur kami 3 beranak.......



isi ayam - 200 gram - potong kecil2 gaul dengan sos ikan dan sedikit gula. (ketepikan)


Dalam kuali sediakan satu cawan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat ketepikan dan luakkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.


Tumiskan, 1 biji bawang besar yang telah dihiris, 3 ulas bawang putih yang dicincang halus, 9 biji cili api dan 1 batang serai yang diketuk sehingga naik bau dan masukan ayam yang telah digoreng tadi.



Gaul rata dan letak sedikit garam, perasa dan cuka.



Angkat dan hidang dengan hirisan timun dan tomato.



Code- JV1 - RM250

Amboi mentang-mentang Hanis tak balik dari Segamat, semangat take over tempat dia....dengan segala keletihan sempat juga akak memekapkan diri sendiri untuk mengimbau kembali ke zaman MODEL 80-AN.

Ok yang ni jubah paling cun pernah saya pakai.kasual yet elegen.amboi nak speaking spekang jugak...tapi kalau pakai baju buat beraya pun masih nampak raya sakan walau bukan baju kurong moden warna warni.

Yang tinggal cuma 3 warna, coklat, merah dan biru. Satu set dengan anak tudung sekali. Yang kat gambar akak pakai tu bukan anak tudung dia...anak tudung dia tertinggal kat gerai semalam....huhu. Yang hijau SOLD OUT.





code : SV1 - RM180


Dah lepas-lepas beraya, dah berlemuih dengan baju raya yang kain dia belum tentu menyejukkan tu, takkan terus nak tukar kain batik dengan tiset makcik-makcik....baik beli jubah casual yang hood dia boleh lepas sahaja...kalau ada orang datang cepat2 pakai kan.....so cuma ada sehelai berwarna coklat muda....apa lagi jangan terlambat sebelum melepas....








code :KV1 -rm300

Amboi ya habibi ya maulana....kemain lagi akak posing sakan....Fuh yang ni pun cuma sehelai...maka kalau berjalan-jalan tak mungkin terserempak jumpa orang pakai baju yang sama....cantik menawan tak kira siang atau malam. Nak buat pergi kenduri kahwin lepas-lepas raya atau wedding dinner memang vogue the vas....











Saja jer nak letak dua gambar.......sebab yang ni senyum ikhlas sket.......







Code : K1 - RM120

Yang ni memang sesuai untuk orang-orang macam akak...supaya nampak awet muda...








Apa tak mudanya.....bila akak pakai cenggini mesti orang tanya 'you dah berapa bulan ngandung?' Kan ke nampak muda tu....umur2 macam akak ni pun orang ingat perempuan muda mana yang mengandung tu....memang sesuai untuk nampak muda dan ibu2 mengandung. Bagi akak kalau tak nak nampak macam menghampiri usia warga emas pilihan berpakaian pun penting tau.














Code BS1 - RM89

Yang ini memang comel sapa yang memakainya...sesuai untuk orang yang berbadan sederhana atau kecil. Sesuai untuk orang yang tak fancy-fancy memakai jubah kaftan dan segala. Cuma ada 3 warna dan corak.