Sunday, May 29, 2011

Apakah Jalan Yang paling Selamat

Assalamualaikum.....



Menjalani kehidupan sehari-hari tak kira di mana kita berada, dengan siapa kita berhadapan waima dengan orang yang paling rapat sekalipun pasti kita pernah rasa tersinggung dengan kata-kata mereka yang tidak enak didengar dan langsung tidak sensitif dengan perasaan kita.

Dalam beberapa situasi, bagi sesetengah orang perkataan-perkataan memaki, menyindir itu dan yang seumpamanya tidak sedikitpun menyentuh hati mereka. Mungkin juga benar kalau kita memang dah biasa dengan suasana seperti itu maka semua itu tidak menjadi hal bagi kita. Malah kadang-kadang ada orang dah biasa bergurau seperti itu dan boleh pula berbalas kata.

Bagi saya tentu saya tak tahu macam mana harus menunjukkan reaksi bila kata-kata sindiran yang tak sedap didengar dari seseorang yang tak biasa dengan kita malahan baru pertama kali berjumpa.


Bukan itu sahaja, tetapi mungkin kerana jiwa saya ni halus atau kerana saya bukan jenis yang suka marah, atau juga bukan jenis yang mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati orang atau pandai membalas balik dengan perkataan yang sepatutnya, maka saya juga sukar menerima bila ada seorang kenalan yang gemar mengeluarkan kata-kata seperti "you ni bengong ke apa?"

Sejak itu saya semakin tidak rapat lagi dengannya hanya kerana habit mulut dia yang gemar mengatakan : "you ni bengong ke apa?".

Tak apalah....cuma nak cerita baru-baru ni saya rasa saya tak larat nak jaga chacha. Oleh kerana kesibukkan saya dengan kedai minuman yang seminggu sekali terpaksa saya ambil alih kerana apabila pekerja bercuti atau apabila PWTC mengadakan sebarang event maka saya harus ke kedai menolong pekerja saya yang tak menang tangan.

Bayangkan kalau dulu saya setuju menjaga chacha kerana ketika itu saya ada Hafiiz bersama saya di rumah tetapi sekarang apabila hafiiz tinggal di asrama maka saya dah macam ayam berak kapur...betul-betul hilang semangat.


Dari kecil hafiiz memang terkenal dengan keras hati dan kenakalannya sehingga begitu menjengkelkan daddynya. Dengan sikapnya itu dia sering dimarahi oleh daddynya sehingga saya dapat merasakan hari demi hari terbinanya rasa pertentangan di hati daddynya terhadap hafiiz apabila ada sahaja komplen yang kedengaran dan yang tak berkenan dihatinya terhadap hafiiz.

Apabila dimarahi oleh daddynya, sayalah tempat dia mengadu dan melepaskan rajuknya.Saya akan memeluknya sambil memujuknya. Mungkin sebab itu saya amat rapat dengan hafiiz berbanding anak lain. Mungkin juga kerana saya sering mempertahankannya apabila kena marah menggambarkan yang hati saya lebih terusik berbanding dirinya.

Hati memang tersentuh bila melihat rajuknya yang tidak panjang dan hatinya yang tidak berdendam langsung. Walau dia anak yang sering dimarahi oleh daddynya, namun dialah anak yang selalu menawarkan bantuan secara sukarela ketika daddynya memerlukan, dia lah juga yang sering menolong daddy membuat kerja, dia lah anak yang begitu ambil berat dan melayan ketika daddy dia sakit, dialah anak yang ingat daddy dia waktu dia makan. Semua itu membuat saya begitu tersentuh akan sikapnya yang amat penyayang dan tidak berdendam.



Chacha walaupun gemar menangis tanpa sebab tetap dilayan hafiiz dengan sabar. Itu yang buat hati saya tersentuh dan bertambah rindukan hafiiz.


Kadang tu tiba-tiba jer menangis bila kita senyum dengan dia. (tangisan mengadanya) Jalan yang paling selamat ialah saya sering buat-buat tak nampak dia. Tetapi en suami kini dah mula menyayanginya dan melarang saya berhenti dari menjaganya.Teringin cucu ke en suami?








Haha lari topik....sebenarnya dari mula memang nak bagi resepi mee kari yang paling sedap akan anda masak...cubalah......





Resepi Mee Curry


Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis






A)




10 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

15 btg cili kering yang telah direndam dan dibuang biji

2 sudu makan biji ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak

2 biji buah keras

1 sudu makan udang kering

1 sudu makan rempah kari daging


Kisar halus dan tumis di dalam minak sehingga naik bau. Masukkan 1 batang serai yang diketuk. Masukkan santan dari sebiji kelapa, sedikit air, garam dan stok ayam.


B)


Celur 200 gram udang dan buang kulit. (Udang digunakan sebagai bahan hiasan manakala air rebusan udang masukkan kedalam tumisan (A).


Setelah mendidih, masukkan hirisan fish cake, fish ball, tau pok (tauhu goreng yang ringan), ayam yang dipotong sederhana kecil. Angkat setelah mendidih.Hidang bersama taugeh celur, udang dan sambal jika suka.




Wednesday, May 25, 2011

Terkedu








Mahal lah gila.

Kedengaran seperti terngiang-ngiang di telinga. Walhal perkataan itu yang sepatutnya kami ucapkan buat jejaka bermulut suka suki tak da insuren weh.

Siapakah jejaka itu????

Tak lain tak bukan man kajang yang ada boutique paling popiler satu Malaya.

Pestime jejak kaki di situ dan berjumpa secara in pesen. Liana pun belek-belek baju pengantin. Kemudian bertanya dengan penuh lemah lembut….“yang ini baju pengantin lelaki untuk bersanding ke?

Tiba-tiba sedap-sedap jer terpacul dari mulut man kajang “ehh itu baju nikahlah…Gila”.

Saya terkedu. Liana pun terkedu. Tapi disebabkan kami dilahirkan lalu menjadi orang yang tak biasa nak sakitkan hati orang..maka kami teruskanlah terkedu sendiri-sendiri…


Kemudian saya bertanya, “man kenal tak dengan Hanis Zalikha??”.

“Apa tak kenal nyer…”.
“Hanis Zalikha”?
“Iye…baru pagi tadi telepon”!.

Aku berpandangan dengan Liana…Dalam hati aku “apa da”!!!

Rasa terkedu medu yang belum habis tu bertambah-tambah lagi bila dengan selamba dia berkata,

“ Eh baju kawen ni, rm4500…. Baju aku semua baru tau!!!..kalau nak ambek terus kira rm6000. Mana nak dapat murah macam tu.Orang terkejut tau tak percaya rm4500..murah man… kain aku beli kain les kat euromoda jer…satu meter rm500. Bandung-bandung punya les tak mainlah…apa kelas!!!!!!”.


Nasib baik kami dilahirkan lalu tak biasa nak sakitkan hati orang, tak reti nak menjawab…kalau tidak masa tu senang-senang aje aku cakap,

Mahal lah gila”.

Ehmmm…atau patutkah perkataan di atas ditujukan buat Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Reko, Kajang yang buat aku terkedu lagi.


Aku tak tahulah kalau cawangan lain pun sama harga macam tu.Selain daripada ikan tilapia yang tak berapa nak besar tu dia caj rm30 seekor….nasi lemak bungkus yang cinonet tu….dia caj rm3.50…..kau bayangkan…aku punyalah nak sep semua pun pakat ambek nasi lemak….7 bungkus dowh…

Kau sewa kat pavilion ke apa???

Thursday, May 19, 2011

Putus Cinta Bukan Kehilangan Tetapi Pengenalan

Suka sangat baca entri terbaru Hanis mengenai surviving breakup. Siapa yang mahu putus cinta? Tak siapa kan?

Rasionalnya, cinta itu putus bila salah seorang daripada pasangan tidak mencintai pasangannya lagi. Macam-macam penyebab...dan apa pun penyebabnya...jawapannya hanya satu SUDAH TIDAK LAGI MENCINTAI...maka putus cinta. Kerana kalau betul masih ada cinta pasti kita sanggup mengharungi apa jua HALANGAN selagi cinta ada dihati.

Kadang-kadang macam-macam tips tentang putus cinta kita baca, kita pelajari, kita cuba amalkan tetapi kesudahannya hati kita, diri kita, kita sendiri yang lalui keperitan itu.

Macam mana sakit pun hidup harus diteruskan...harus pergi kerja, harus makan minum....dan macam mana sakitpun kita pasti tiada daya menyambung kembali cinta atau memaksa dia kembali kepada kita.Walau macam manapun lemahnya kita kita tiada pilihan untuk merasai kesakitan itu.

Hanya satu sahabat akrab yang dapat membantu kita menangani segala kepedihan dan kekecewaan kita adalah MASA. Hanya masa dapat menyembuhkan luka. Beri diri kita masa, beri diri kita ruang...insyallah maka dengan masa dan ruang pasti kita boleh bernafas seperti biasa.

Bercinta, putus, bercinta putus itu adalah satu proses kematangan. Pasti dalam setiap percintaan dan kekecewaan kita lalui macam-macam cerita. Jadi selalu pandang positif atas setiap yang terjadi.

Asakkan dalam diri bahawa putus cinta itu bukan satu kegagalan tetapi kemenangan yang didahului dengan kepahitan. Itu sahaja. Maka jangan menyesali diri bila putus cinta.Tak mengapa..tak jadi kudis...laluinya dengan bersahaja maka di situ kekuatan hati kita yang sebenar.

Tanamkan dalam hati bahawa putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka.

Dan kalau kita sedar betapa putus cinta itu adalah satu pelajaran yang tidak dapat kita perolehi dari mana-mana institusipun tetapi hikmahnya lebih manis daripada cinta itu sendiri!!!!

Percayalah.....hidup ini tak mudah...tetapi tidak pula sukar untuk kita lalui....

Wednesday, May 18, 2011

Walhal Tak Pernah Faham

Mendengar lagu-lagu deddy dores kebanyakan membuat diri seperti berada dizaman ketika kecil lagu-lagu berirama seperti itu sering menjadi halwa telinga. Walhal tak pernah faham apa itu cinta tetapi cukup gemar mendengar lagu-lagu yang berkumandang.. seperti lagu-lagu emilia contessa, titiek sandhora, broery dan yang lain-lain.





Tuesday, May 17, 2011

Sunyi

Assalamualaikum....


Sejak duajak tigajak ni saya rasa amat sunyi. Sunyi sangat. Semangat pun hilang. Rasa kehilangan sangat. Walhal tak da pun benda hilang. Masak memasak pun jadi tak lalu. Satu resepi pun saya tak boleh fikir. Buntu. Mujurlah soal makan minum masih lalu. Itu yang paling penting.

Alisya lagilah teruk. Semangat bukan setakat hilang. Pupus terus. Hampir setiap minggu Alisya ponteng sekolah. Makan hati saya tengok dia. Tupun sebab selera makan saya tak pupus...itulah pasal.

Teruk sungguh penangan kami terima bila berjauhan dari Hafiiz. Saya tahu Alisya rindu sangat kat Hafiiz...saya apatah lagi. Setiap pagi Alisya liat nak bangun ke sekolah. Tak bersemangat langsung. Kerja sekolah selalu tak siap. Bila saya suruh siapkan dia kata bosanlah tak da kawan nak temankan buat homework.

Rumah memang sunyi bila Hafiiz tak da. Selama ini kalau saya sakit hati pun sebab kenakalan dia....tetapi sekarang saya lagi sakit hati bila dia tiada di rumah. Kalau saya masak tiada siapa yang rajin sediakan air minuman serajin dia. Tiada siapa rajin keluarkan kucing serajin dia. Tiada siapa mahu gomol kucing macam dia.

Rumah jadi gamat sebab suara saya selalu jerit panggil dia. Sebab dialah satu-satunya anak yang saya gemar betul suruh-suruh. Anak yang suka kena peluk dan cium oleh saya. Mana tak rindu jadinya....

Sebenarnya kalau dia keberatan untuk belajar di asrama maka saya seribu kali berat melepaskannya. Tapi apakan daya...hanya Allah yang Maha Tahu itulah pergorbanan saya untuk melihat masa depan anak saya lebih cerah. Insyallah.

Jadi untuk saya melupakan segala kerinduan itu, saya sibukkan diri dengan segala aktiviti dalam memahirkan diri dalam bidang perniagaan. Saya sekarang sibuk dengan stall air di foodcourt parkson, di The Mall, kursus menjadi makeup artist lebih professional manakala tempahan-tempahan kek masih lagi saya terima.

Tetapi saya semakin jarang memasak bila suami terlalu sibuk bekerja dan bila hanya saya dan alisya sahaja di rumah maka kami sering makan di luar.

Walau dengan tanggungjawab yang berat mencari nafkah untuk anak-anak yang ramai, saya masih ada masa untuk diri sendiri. Sekembalinya dari Bandung, saya dan liana terus ke Simpang Renggam Johor sekadar menemani Liana menghadiri perkahwinan rakan sepejabatnya.

Ditugaskan sebagai pengapit, maka saya adalah orang yang diharap liana untuk menyoleknya agar tampak sama anggun dengan pengantin.


Selalunya saya akan update entri dengan puisi ringkas semata-mata tidak mahu blog ini menjadi sepi.

Kali ini saya ingin mempromosikan diri saya sebagai makeup artist untuk pengantin. Insyallah jika anda semua percaya dengan hasil sentuhan tangan saya, maka saya akan cuba sempurnakan hari indah anda dengan menjadikan anda pengantin paling anggun.

Jadi jangan teragak-agak sekiranya mahukan perkhidmatan makeup artist sila hubungi saya di talian 012 3959779 dan emel shinarostam@yahoo.com







Anggun kan.....




Saya masih percaya pada makeup yang natural tetapi menaikkan seri wajah.






Kadang-kadang ada makeup artist yang syok sendiri...makeup ikut suka hati dia tanpa memikir kan pandangan tetamu yang memandang. Sampaikan pengantin lelaki sendiri komplen bila rimas tengok pengantin perempuan makeup tebal.....








Pengantin dikenakan tol ini mengimbau kenangan lama. Biasalah orang johor kalau bersanding tak sah tak da tol. Tapi kat sini bukan setakat tol simpang renggam, tol machap, yong peng, pagoh segala......kesian pengantin lelaki....lambat benar baru dapat duduk.











Liana yang inesen tak tahu apa-apa ni pun dapat bayaran tol....bukan apa..sebab mak andam tu cakap kat pihak lelaki bayar kat liana baru liana boleh bukan kipas kat muka tu...huhu...














Liana dan ofismatenya Lia.





Ha dah selesai jadi pengapit....balik aku pulak kena drive...huhu...sampai rumah kaki memang tegang...belum hilang penat berjalan sakan di bandung dah kena drive johor kl-kl johor...berasaplah....


















Demikian

aku duduk jauh di kerusi hujung
sambil menonton
sebuah drama pentas
kau dan dia pemeran utama
walau watak bersahaja
cerita belum tamat
klimaks dah dapat
aku angkat punggung termangu
memikir tentang kesudahannya
cerita hebat mengapa diolah begitu
demikian
bila kaulah pelakon kaulah juga pengarah
pentas itu kau yang kuasai.

Monday, May 16, 2011

Apa Yang Aku Kagum Tentang Kota Bandung

Pesawat sedang berada di langit kota bandung.

Indah.

Hati ku terbetik ketika meninjau pemandangan dari tingkap pesawat. Cahaya lampu neon berselerakkan rapat-rapat dan padat. Sorotan lampu kereta berselirat di jalan-jalan kecil yang menambah indah malam dikota bandung ku kira.

Tepat jam delapan malam pesawat tambang murah menyentuh landasan. Ku lihat sorang-sorang pramugari dan pramugara berwajah lega seolah-olah dah tak kuasa nak pandang apatah lagi walau sekadar ingin lemparkan senyuman sumbing terhadap muka-muka murahan yang konon nak melancong jauh tapi tambang nak murah..termasuk akulah tu.

Tak mengapa.

Tetapi dalam hati tetap berkata, inilah nak murahkan...jangan harap lah senyuman harum manis dari pramugari melambai-lambai kau pergi. Dapat lari dari segala bau tengik ketiak yang dah berjam-jam berumahtangga di lapangan terbang tambang murah tadi pun dah cukup bagus.

Cukup bagus.

Yang penting aku patut mengucap syukur pada Allah bila dapat melangkah keluar dari perut pesawat dengan selamatnya.

Alhamdulillah.

Sampai di pemeriksaaan kastam bandung...kesabaranku dalam agenda menunggu terpaksa ku teruskan. Hanya terdapat dua kaunter dan pelancong yang sekali serbu lebih kurang seratus orang maka menunggu memang agenda utama dalam pengembaraan ini.

Tiada apa yang membuat aku keterujaan menunggu keseorangan dan berada dua jam dilapangan terbang bandera, bandung kecuali bila aku dapat tahu bahawa tambang teksi dari lapangan terbang ke hotel amaris tempat menginap hanyalah 40 ribu rupiah.

Setelah liana sampai kami pun terus menelefon supir. Supir yang bernama yayan terus membawa kami menuju ke hotel penginapan.

"wah ramai orang malaysia kamu kenal ya yayan.".

"rame jugak kak, kak ainur...

" oh kak annur?"

"ya kak ainur".

"pak puji"....

" oh fauzi?"

"ya pak puji"..

"Itu dari celcom, maxis, digi semua saya kenal kak"

"wah untung kamu ya kenal semua orang malaysia yang datang sini".
kamu pernah datang malaysia enggak?

"ya tidak pernah kak".


Apabila kereta hampir memasuki kawasan hotel amaris, aku bertanyakan yayan berapa caj dari lapangan terbang ke hotel yang harus ku bayar.

"yayan berapa kakak nak kena bayar yayan?"

"100 ribu saja kak"

Hah!! kamu biar betul yan...la lagi mahal dari teksi...buat apa susah2 kakak panggil kamu kalau kamu caj mahal dari tambang teksi. Tambang teksi pun baru 40 ribu!!!.

Aku lihat yayan termangu.

"berapa betul-betul ni yan?"

"Ya 40 ribu sudahlah".

"Habis untuk esok sehari dan lusa setengah hari berapa kamu caj?"

"700 ribulah kak!"

"Hee mahalnya...tak naklah ambil dua hari mahal"..kalau satu hari esok sahaja berapa kamu caj?"

400 ribulah kak!"

"Kuranglah yan...."

"Saya memang biasa harga segitu kak. Kak ainur pun bayar saya segitu".

"Yan, ainur tu orang kaya, kakak biasa-biasa saja...kakak datang pun sebab tambang murah"..

"Tambang promosi ya kak?"

"Jadi berapa kamu nak caj kakak ni?"

"400 ribu kak, saya sewa kereta, minyak lagi"...

"Tak apalah nanti kalau kakak mahu, kakak telefon kamu".



Sampai di kamar penginapan aku terus menghempaskan badan keletihan. Sambil tangan terus menelefon nombor nombor supir yang diberi oleh beberapa kawan blogger dan facebook.

"400 ribu kak...enggak boleh kurang..memang itu harganya". Sayup-sayup suara para supir yang hanya bagi peluang aku untuk telan air liur tanpa dapat menyambung kata-kata.

Aku telefon yayan semula.

"Yayan, 300 ribu sudahlah".

"Oklah kak tapi sampai jam enem saja".

"Gurl kalau 300 ribu yayan kata sampai pukul enam ok ke?" Aku terpaksa bertanya bakal pengantin yang akan membayar. Maklumlah perkahwinan budget jadi semua perkara harus dibudgetkan.

Liana setuju. Maka setelah hal supir selesai, kamipun pengsan sampai pagi.

Tepat jam 6 pagi waktu tempatan iaitu waktu indon aku sudah bangun mandi dan bersiap untuk turun bersarapan di rumah kopi di lobi hotel.

Kami amat berpuas hati dengan waktu hanya sehari kami dapat membeli pakaian dan barangan untuk majlis perkahwinan liana disamping berbelanja tas tangan, kasut dan sebagainya.

Sepanjang hari yayan menghantar kami ke hampir semua factory outlet di bandung seperti TERMINAL TAS, RUMAH TAS, THE SECRET, DONATELO, BLOSSOM, JETSET, VICTORIA,GRANDE, RAFLES, EPISODE, CARLA,GLAMOUR, TEH HERITAGE, CASCADE, UNUSUALLS, RENARITY, THE SUMMIT, BRANDEED CLUB. OASIS, STAMP dan pasti ketinggalan Pasar Baru.

Sepanjang perjalanan berbelanja (mereka tidak memanggil pusat membeli belah tetapi pusat belanja, kami tidak lupa membelanja dia makan dan minum. Itulah agaknya dia tidak sampai hati menamatkan servisnya sehingga jam 6 tetapi diteruskan sehingga jam 10.30 malam.

Sepanjang perjalanan banyak yang aku lihat tentang bagaimana rakyat bandung yang miskin sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan nyawa untuk bernafas sehingga hari esok.

Apabila senja mula berlabuh aku lihat dua orang kanak-kanak kecil yang seusia 7tahun mengatur kotak-kotak ditepi-tepi gerai untuk dibuat tempat menumpang tidur.

Aku lihat bagaimana gigihnya seorang wanita tua yang begitu uzur terbongkok-bongkok,mengais-ngais tong sampah untuk mencari barang-barang buangan yang boleh dijual untuk kitar semula.

Manakala anak-anak muda yang berbakat dan berbekal sebuah gitar kapok menunggu angkutan kota iaitu bas mini kecil untuk menghibur penumpangnya dengan harapan ada tangan-tangan yang sudi menghulur dua tida puluh sen nilai wang kita.

Lelaki dengan monyetnya beraksi ditepi jalan dengan harapan yang sama.

Begitu juga aku melihat lelaki yang berlagak seperti polis traffik mengawal lalu lintas sambil tangan-tangan pemandu kereta membuka cermin dan menghulur wang tanpa paksaan.


Aku rasa agak terkilan bila mendapat tahu bahawa pendapatan sebulan jurujual di kedai-kedai factory outlet cuma 500 ribu rupiah sedangkan tas tangan kiriman Hanis yang ku beli di situ berharga 2 juta rupiah.

Melihat semua itu membuat aku cukup insaf dan berfikir betapa bertuahnya aku jadi rakyat malaysia yang aman makmur dan kaya dengan sumber rezeki.

Cuma satu perkara yang amat aku kagumi tentang kota bandung, iaitu sepanjang aku berjalan dan berbelanja di situ, tidak sekali pun aku bertembung dengan para peminta sedekah atau orang yang gemar meminta-minta melainkan hanya di kerumuni oleh orang orang yang hanya menjual segala jenis barangan souvenir dan sebagainya.






Sewaktu nak bersalam dengan Alisya tiba-tiba dia menangis kerana terlalu sedih mahu ditinggalkan. Maka aku terpaksa menyuruh dia turun dari kereta dan makan di lapangan terbang.
Hampir 4 jam menunggu tiba-tiba kami diarah untuk beratur mengambil burger dan air mineral kerana kapal delay.


Burger dan air mineral.


Inilah bilik penginapan kami di Hotel Amaris. rm130 satu malam termasuk sarapan pagi.


Liana mengibas comforter kerana berpasir..


Saja jer kamera ni nak tangkap gambar-gambar pelik orang berpakaian.....



Aku dengan sarapan pagi yang macam nak isi perut untuk bekal seharian berjalan.




Kan.....




Minum kopi selepas bershopping...


Mencari rezeki ......








Mencari kartu undangan untuk liana...

Liana borong kain untuk berniaga...kalau sesiapa yang berminat datanglah rumah tengok...boleh buat baju raya.
Kain lace merah jambu untuk baju nikah
Liana suka dengan kain pengantin ala india...
Kain untuk perkahwinan budget....so harga sangat budget...



Singgah makan di restoran sunda....



Rasa boleh tahan...harga pun boleh tahan...


Bila berkenankan mangkuk nasi tambah tadi...tiba-tiba ternampak kedai jual barangan anyaman maka pasti tak mahu terlepas..... apatah lagi dengan harga yang terlalu murah....tikar mengkuang berharga rm7, mangkuk pengukus dimsum 4 biji rm3.85, tempurung kelapa buat penceduk air 70 sen, mangkuk nasi tambah rm2.Selepas itu terfikir betapa murahnya hasil penat lelah diaorang menganyam begitu tekun untuk menghasilkannya.


Bergaya didepan kedai kek Kartika Sari...aiskrim yogurt dia kalah tutty fruity dan baskin robbin ya....



semuanya mengancam.....
kan....


kan...dan semuanya sedap-sedap belaka.

Wednesday, May 11, 2011

siapakah itu yang pernah ku cinta.....

Mengapa begitu dalamnya rasa kehilangan
resah pun berselerak di merata pelosok
menyiat-nyiat seluruh jasad
berhiba hiba sendiri
mengapa begitu dalam rasa cinta
rindupun berselirat menyumbat nadi
kasih tertanam tak mungkin mati
tangis memecah seluruh alam
melumpuh sekujur badan
mengapa cinta perlu hilang
sedang balutannya kemas
kuncinya kau pegang.

Monday, May 9, 2011

entahlah....

Assalamualaikum semua....

Masih tak dapat nak menyambung cerita kerana cari kabel kamera tak jumpa and rushing nak keluar beli barang kedai......


Maka....berpuisilah kiter........



siapa yang ku cari
siapa yang kutinggalkan
bila kedua-dua pun tak menambah rasa bahagia dihati
malah hujan semalam membasahi seluruh hari....

Friday, May 6, 2011

Bebaskan aku?

Maaf sibuk sangat sampai cerita ke bandung tidak tersambung...tak pa sambung esok maknanya esok-esoklah tu.....

Suka sangat lagu ni.....








I love you
but I gotta stay true
my morals got me on my knees
I'm begging please stop playing games

I don't know what this is
but you got me good
just like you knew you would

I don't know what you do
but you do it well
I'm under your spell

[Chorus]
You got me begging you for mercy
why won't you release me
you got me begging you for mercy
why won't you release me
I said release me

Now you think that I
will be something on the side
but you got to understand
that I need a man
who can take my hand yes I do

I don't know what this is
but you got me good
just like you knew you would

I don't know what you do
but you do it well
I'm under your spell

You got me begging you for mercy
why won't you release me
you got me begging you for mercy
why wont you release me
I said you'd better release yeah yeah yeah

I'm begging you for mercy
yes why won't you release me
I'm begging you for mercy

you got me begging
you got me begging
you got me begging

Mercy, why won't you release me
I'm begging you for mercy
why won't you release me

you got me begging you for mercy
I'm begging you for mercy
I'm begging you for mercy
I'm begging you for mercy
I'm begging you for mercy

Why won't you release me yeah yeah
break it down

Wednesday, May 4, 2011

Kerusipun dah berasap.....

Kelmarin aku ke Bandung.

Bandung....

Walau samar-samar tapi aku ingat dulu bila baca majalah -majalah fesyen pasti penulis gemar melabelkan begini.... Kota fesyen...Paris-New York-London-Jakarta-Bandung....

Wah begitu besar nama Bandung....

Setiap tahun pasti berjuta pelancong mendatanginya. Rakyat malaysia pasti dalam kelompok yang teratas paling ramai.

Pun begitu pertama kali menjejakkan kaki di airport yang nama kotanya begitu gah, aku jadi tertanya apakah aku masih berada di era 70 an ? Subang airport berpuluh kali ganda lebih menggamit.

Aku telah meng sms supir mengatakan tidak perlu menunggu aku di airport. 'Esok sahaja' kata ku. 'Nanti biar kakak ambil teksi'.

Sms dibalas oleh supir 'biar saya ambil kakak di airport, kalau naik teksi nanti macam-macam harganya'

Penerbangan aku jam 3.30pm waktu berlepas. Jam 1.30pm aku sudah berada di airport kerana 2 jam lebih awal harus ada di sana untuk penerbangan antarabangsa.

Sampai di kaunter check in, aku diberitahu bahawa flight delay 2 jam. Jadinya hanya akan berlepas jam 5.30pm.

Woh..woh..woh...maknanya total waktu aku menunggu di airport yang penghawanya tidak dingin adalah selama 4 jam. Wah ini dengan 4 jam aku membayangkan kalau aku naik kereta ke selatan sudah melepasi kluang...tetapi malangnya kedai kopi di kluang railway station sudah dilabel sebagai tidak halal maka tidak ada sebab untuk aku ke sana.huh..tak perlu bayangkan.

'Kakak, ada lugage nak check in...boleh check in dulu". "Kena bayar rm50 untuk check in lugage"."La...rm50 ke...ini beg kosong sahaja". "Bawah 15 kg rm50".

Ok mujur aku cepat berfikir. Buat apa nak bayar rm50 untuk beg kosong. Lebih baik sampai di sana nanti aku beli beg. Cepat-cepat aku telefon zainal suruh dia tunggu, jangan balik dulu. Sebab aku tak naklah bawa beg kosong tapi kena bayar sampai rm50.

Setelah duduk melangut di airport selama beberapa jam, pesawat hanya berlepas jam 6.15pm. Berasap jugaklah kerusi yang aku duduk tadi.

Penerbangan ke bandung selama 2 jam. Tetapi aku harus menunggu penerbangan Liana yang berlepas jam 7.15pm yang tak sama dengan penerbangan aku kerana kapal penuh. Malangnya flight Liana pun delay 1/2 jam maka jadilah aku penunggu lapangan terbang untuk hari itu. Kami berdua hanya bertemu di airport bandung jam 10.30 mlm.






..........................................



bersambung esok.

Monday, May 2, 2011

Saat Yang Dinanti

Assalamualaikum...

Lama saya tak update blog. Jalan merata woh. Haha...jadi saya muntahkanlah entri saya dengan segala puisi yang emosi begitu kerana kita selalu lupa yang emosi perlu dalam setiap orang justeru bila dia ada emosi maka sebenarnya mereka masih mempunyai hati dan perasaan kemanusiaan dalam diri.

Orang kata jauh berjalan luas pandangan...luas pandangan tu bermakna...bila pandangan kita luas maka permikiran pun luas. Bila pemikiran luas jadinya banyak tenaga atau aura positif mengalir dalam diri.

Contohnya...sikap akan lebih terbuka, jadi pemurah, tak suka tipu, bersyukur, berhati lembut, bertanggungjawab, tidak ego, prihatin, tidak tergamak, dan segala sikap yang baik-baik akan meresap dalam diri kita insyallah.

Oklah saya akan bercerita panjang mengenai perjalanan saya selama seminggu ini di entri akan datang, insyaallah.

Kali ini pula, saya letak berderet gambar sempena liana tunang.

Saya kagum dengan gambar-gambar majlis tunang liana yang dihasilkan oleh pemuda pemalu Affandi.

Bagi saya seorang jurufoto yang bagus mampu menghasilkan gambar seseorang yang kelihatan seperti model. Mampu merakam sesebuah suasana dan sebuah cerita tak ubah seperti gambar-gambar iklan atau katalog.

Saya juga kagum hasil seni tangan Annurnajwa dan Arlinarosli yang menata rias liana menjadi begitu anggun. Mungkin hasil didikan yang diperolehi dari akademik kepunyaan mereka iaitu Redglow yang setiap bulan menyediakan kursus makeup secara percuma kepada sesiapa yang berminat.








Walaupun saya nampak moden tetapi sebenarnya banyak perkara saya lebih sukakan yang klasik. Contohnya konsep hiasan dan dulang hantaran. Saya masih suka dulang hantaran sytle lama seperti ini. Kalau dapat saya lebih suka dulang hantaran dulu-dulu yang disepuh dari besi kuning atau tembaga.




Asas sireh junjung pula saya gubah menggunakan nenas madu bukan span bunga dan bunga hiasan paling atas disireh junjung itu saya gunakan beberapa bunga kantan yang saya ambil dibelakang rumah hasil tanaman saya sendiri.





Gula-gula mint yang saya gubah menjadi sebiji buah dengan daun perak sebahagian hantaran yang saya gubah sendiri.







Kamar tidur liana yang saya hias sendiri dan bunga-bunga gantung yang saya beli untuk mencantikkan khemah.








Liana seorang model bagi saya.










Liana seorang model yang anggun.







Bisik-bisik.....







Si cantik jelita dihati saya....






Hafiiz dan Imran yang banyak membantu.....








Penyediaan makanan oleh saya......








Rombongan yang ditunggu-tunggu...












Hantaran yang ditunggu-tunggu....hehe







Majlis bermula...






Tetamu yang hadir.....







Menyarung cincin pertunangan dijari manis.....








Ku panjat doa memohon restuMu.......doa dibaca oleh bapa Ahmad.








Dua rumpun menjadi satu........







Liana dan keluarga Khairi.....







Wajah empat beradik..anak pertama..bahaudin, anak ke 13 zainal, anak ke 14 nazrin, anak ke 17 mazlan.







Tas tangan, kain lace, kasut zang toi dan coklat patchi......





parfume, cheque dan kek.......







nani rostam dan kakaknya.....liana dan rakan-rakanya.....






Liana, Hanis, nanirostam, ieza (ibu ahmad), nadia dan shaza.







noughat...sian...kandang dahlah buruk....rasa nak keluarkan dan peluk kuat-kuat...tapi apakan daya mummy sibuk......





Sicantik manis liana dan sicomel Ahmad...banyak orang tanya ini anak mat salleh ke?






Si rajin Hafiiz membantang kan sejadah untuk solat berjemaah.





















Liana bersalam-salaman dengan pihak lelaki....






























Menghantar tetamu pulang hingga ke luar pintu...hanis dan ehem-ehem....serta bapa Ahmad.







Ok semuga berjumpa di bulan Disember nanti...insyallah.