Pagi tadi aku cuma bersarapan secawan teh strawberry yang aku beli dari London kemudian aku balas dengan susu segar campur satu sudu teh kolagen. Dah berapa hari roti wholegrain breakthru dan kepingan cheese aku beli terbiar sepi. Bukanlah aku tak sudi, tapi perut ni sentiasa kenyang lain macam rasanya sejak kolagen jadi makanan ruji aku.
Ok ini adalah sambal tutuk. Cara-cara membuatnya:
Lainlah kalau anak-anak bujang balik asrama yang selera tekak macam raksasa...sekelip mata satu peti sejuk aku habis ditibainya. Namun bila tengok makanan penuh dalam peti sejuk tak berusik rindu sangat kat anak-anak.
Itulah aku dan diriku, tak beli salah dah beli pun salah sebab esok lusa mesti roti wholegrain brekthru yang aku beli 4 hari lepas terpaksa berlepas.
Sejak kebelakangan ini aku semakin kurang semangat nak memasak. Mungkin sebab aku sendiri tak berselera nak makan.Namun aku ni bukanlah manusia yang fikir tembolok sendiri. Jadi kena fikir jugak tembolok orang lain Maka dengan penuh keriangan aku berlari lari menuruni anak tangga..walaupun aku sedar memang tiada bapak tangga sebenarnya....
Belum sempat aku tenggek kuali atas dapur..tiba tiba sony eriksen aku berkumandang lagu sixth sense bertajuk 'tanpa' merintih minta di layani. Aku tekan dan kedengaran suara 'low profile' anak ku liana di ujung talian. "Hallo ma, mama masak?. Cepat-cepat aku jawab, "masak!, nak balik makan ke..? Haah. pendek jer.
Lepas tu aku pun ting tong ting tong elekzander....campak..jadi sotong kunyit, campak jadi sup sayur bayam, campak jadi sambal tutuk.
Tengah sedap-sedap menumbuk sambal yang pasti jadinya sedap, Alisya menegur, hah ma, yang ini batu lesung kan...yang anak dia ni alu kan? sambil menyambung kisahnya di sekolah tadi."
Cikgu Azleedanya yang garang gegak gempita tu hari ni datang kesekolah membawa lesung batu kerana mahu mengajar anak anak murid yang sungguh urban dah langsung tak kenal apa itu lesung batu...
" Ok kamu semua ini lesung batu." Sambil sebelah tangan mengangkat anak lesung batu bertanyakan kepada anak muridnya yang sungguh urban itu, "yang ini apa pula? A......
A....? Tetiba ada sorang anak murid yang sungguh blur bukan kerana tak tahu panggilan anak lesung tetapi tak tahu impak maksima kegarangan cikgu Azleeda. " A..ayong cikgu.
Dengan mata yang bundar sebundar bergedil ayam, dengan suara yang berdentum bagai bedil meriam, cikgu Azleeda, menjerit memecah kesunyian, "Ayong...ayong...kang aku mangkok ayongkan kau kang!!!." ini alu la!!" Seluruh kelas jadi gegak gempita ketawa melihat Cikgu Azleeda menyebut mangkuk ayong.
Kelas jadi bising tak semena mena. Anak murid bercakap sesama mereka.
"Hoi mahkluk dengar sini!!! suara nyaring Cikgu Azleeda menjadikan kelas sunyi seperti hanya kerusi meja sahaja yang ada.
"Hoi mahkluk dengar sini!!! suara nyaring Cikgu Azleeda menjadikan kelas sunyi seperti hanya kerusi meja sahaja yang ada.
" Kau, Mashita tengok ni!!! sambil menunjukkan alat-alatan memasak itu...sambungnya lagi " mak kau tu dahlah tak selalu masak! Hari-hari beli makan kat kantin!!"
Kantin sekolah kebangsaan bukit jelutong memang terkenal dengan menjual pelbagai jenis makanan, roti canai, nasi campur dengan macam-macam lauk semua ada. Jadi ramai ibu bapa yang ambil jalan mudah, sambil mengambil anak singgah membeli bungkus lauk pauk yang dijual dikantin.
Murid-murid terkebil-kebil macam katak puru memandang Cikgu Azleeda memarahi anak muridnya Mashita. Namun jauh di sudut hati mereka, mereka langsung tidak menaruh simpati apabila Mashita dihina begitu oleh Cikgu Azleeda. Mungkin kerana Mashita adalah anak Cikgu Azleeda.
Ok ini adalah sambal tutuk. Cara-cara membuatnya:
goreng ikan bilis, garing-garing dengan api yang kecil supaya tidak cepat hangus
masukkan dalam batu lesung
masukkan cili padi 20 biji yang telah dibuang tangkai dan basuh bersih
masukkan sedikit ajinomoto sebagai mengimbangi rasa masin ikan bilis.
tumbuk lumat.
hidang bersama nasi, sup sayur, ayam goreng KLG dan ikan masin kapak.
Hmmm bertambah tambah buncitlah....