Monday, February 7, 2011

Segalanya Di Sini Yummy Berrieessss!!!!!!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...saya masih kelam kabut..lintang pukang...tunggang terbalik...tersasul-sasul...tersasar-sasar....ternyanyuk-nyanyuk..semalaman tertidur sambil duduk di atas sofa...alhamdulillah kerana itu semua menandakan saya masih bernafas...masih sihat...masih bersemangat untuk terus membancuh kek dan bergelumang dengan tepung, coklat, krim dan buah berriesssss!!!!


Ok banyak orang yang belum jelas tentang perniagaan saya mungkin.

Maka di sini biar saya paparkan segala-galanya agar mudah untuk pelanggan yang saya hormati.


Kad perniagaan saya....




Trifle Yummy
Yummy
Trifle dengan lapisan swiss roll, strawberriessss syrup, vanila krim, konyaku jelly, krim putar dan buah-buahan cocktail, kacang macadamia, berriessss syrup dan berriess segar!!!



Harga satu bekas queen anne hanya rm75. Tetapi bekas harus dipulangkan semula. Terima kasih.
Gulp....
Red Velvet Cuppies......Yummy....berukuran paper cup 2oz siap dengan topping marcarpone cheese yang menggiurkan....hanya rm2.50.
Strawberriesss Moist Choc Kek....yang tidak dapat dilupakan.....seberat 2kilo dengan harga rm70.
Baldu Merah atau Red Velvet yang mengasyikkan....rm90 dengan berat lebih kurang 1.7 - 1.8 kg.
Red Velvet Cuppies dengan paper cup yang lebih lembut 20z dengan harga rm2.50 setiap satu.
Dihias mengikut kesesuaian.

Berries Pavlova. Satu dengan harga rm120....







Sekiranya berhajat jangan segan-segan menalipon saya...nani rostam di talian 012 3959779. Terima kasih.




Untuk Perhatian : Bahan-bahan segar sebagai hiasan bergantung/tertakluk kepada bekalan dipasaran. Sekiranya tiada, akan digantikan dengan bahan hiasan yang bersesuaian.

Sunday, February 6, 2011

Bukan Lebai Malang

Aku menghela nafas lega bila kek yang ke 4 aku siap pagi itu. "Ok ini last....lepas ni tak boleh terima order. Cooking chocolate dah habeh!!!".Beritahu aku pada diri sendiri tetapi didengar oleh anak-anakku sambil mereka serentak berkata..."iye keeee......".



Alisya dari semalam dah siap dah mengemas baju yang mahu dibawa. Sungguh teruja dia!!.



"Ma, kita bertolak pukul 2 pm ya" jerit Liana dari depan laptop.Ok !!!!......jawap aku tanpa nada sedikit ragu pun.

Kejap!!! catatan nama pelanggan di whiteboard tepi pintu koboi dapurku semua dah settle, cuma belum ku padam. Kemudian aku capai henfon nokia kesayanganku lalu melihat balik semua sms inbox ku. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu sms dari suzai yang memesan triffle dan chocolate kek untuk besday anak dia. Ini mesti kes aku lupa nak salin balik sms ke whiteboard.



"Alamak...pengsan gurl....mama lupa ada orang order triffle dengan strawberry choc kek"...



"Ok mama duduk rumah, biar kita orang jer pergi!!"



Aku pun capai tu capai ni...tengek tu tengek ni...tung tang-tung tang...gedebak gedebuk....tepat jam 2 petang masih tak siap lagi....



"Ma nak pergi pukul berapa ni.....jadi pergi ke tidak?



"Jadi. Tunggu mama siap order orang ni".



Akhirnya tepat jam 4.30 petang aku berjaya keluar dari dapur kesayangan. Eh tidak...Liana yang berjaya membuat aku keluar dari dapur. Kalau ikut aku memang foreverla duduk dapur....

Sampai di Air Keroh lebih kurang jam 6. Sambil singgah di beberapa buah hotel kami meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka. Cantik Bandar Melaka. Dulu masa Lebuh Raya Utara Selatan belum ada, setiap kali balik kampung, lalu Bandar Melaka.

Tu dah 25 tahun yang lepas. Sekarang Melaka dah pesat membangun. Harga bilik hotel pun melambung tinggi. Satu bilik deluxe harga rm700 pun licin kena sapu. Nak booking online kena awal-awal. Kalau setakat main redah memang melopong. Ada lebih kurang 50-60 buah hotel kat Melaka ni satu bilik pun tak da yang kosong. Siap guard yang terpacak kat lobby hotel boleh beritahu kami dah dekat 50 orang datang tanyakan bilik tetapi hampa...walah.

Kalau terus terusan mencari bilik hotel mahunya kami terlepas Ikan Bakar Umbai dan ronda di Jonker Street.

Maka kami memutuskan untuk pergi makan ikan bakar di Umbai. Nasib kami baik kerana kami adalah pelanggan terakhir yang di terima. Beberapa orang lain yang lambat seminit dari kami hanya disambut dengan kata-kata "maaf kami dah tutup".

Walaupun muka masing-masing nampak macam kekenyangan tetapi taklah sampai macam rupa ular sawa kerana masih begitu bertenaga dan bersemangat seolah-olah nak borong semua barang di Jonker Street tu....

Mujurlah kami cepat sedikit. Sempat juga menyoppink walau pekerja kedai baju tshirt beberapa kali telan air liur sebab tengok kami macam nak tolong tutupkan kedai ke apa ntah.

Sebenarnya tak puas lagi di Jonker Street tu. Lagi-lagi Hafiiz. Satu barang pun dia tak dapat-dapat. Sungguh indecisive....

Kami menyambung semula perjuangan mencari bilik hotel atau apartment.Akhirnya lebih kurang jam 2.30 pagi kami temui sebuah apartment 3 bilik yang bernama De Nice Hotel. Mujurlah masih baru dan masih cantik. Dalam pada itu mujurlah kami tercepat seminit dari sebuah keluarga yang kebetulan mencari bilik hotel juga. Harga semalam rm268. Itu pun dah last.

Itulah namanya langkah kanan...walau macam mana last minit...kami berjaya mendapatkannya. Kalau tidak terpaksalah kami berpatah balik ke KL tanpa dapat makan nasi kenduri seorang kenalan di dewan Asmavilla.

Maka perjalanan ke Melaka adalah cuti yang paling menyeronokkan walaupun dari mula sampai habis asyik last minute tetapi inilah pertama kali dapat makan kek kahwin 5 tingkat dan menonton pengantin menari poco-poco kerana semua orang dah balik dan tinggal sedara mara pengantin sahaja. Kami adalah tetamu terakhir disebabkan kesesakan lalulintas di Bandar Melaka menuju ke Ayer Keroh


Cantikkan .......Bandar Melaka. Itupun aku lupa nak tangkap pemandangan waktu malam di depan Dataran Pahlawan. Happening beb!!!




Kedai lukisan artis...di T shirt-t shirt...aku tak masuk. Cuma berdiri diluar sambil seronok tengok gerai jual bangku kecik dan payung kertas zaman aku kecik2 dulu.
Galery Jonker Street. Jumpa pembaca blog di sini. Malu I......



Kalau nak harap tunggang yang hidup tak kot.....dapat naik replika kerbau pun ok dah...gayat jugak!!!
Berlagak jakun sebab kalau yang hidup...tak cukup tanah kot nak lari...

Melepaskan lelah yang panjang...eceh-ecehhh.
Prawn Butter yang pucat.......tapi boleh tahanlah....



Ikan pari bakar....boleh lah....


Di Parameswara, Umbai. Aku order lala sweet sour, ikan pari, ikan cencaru, udang butter, sup sayur...semua untuk dua orang makan. Rasa biasa sahaja tambahan service agak mengecewakan..... Len kali kami datang nak cuba di gerai pertama DMuara pulak.
Buat-buat happy....padahal waiter tu serve nasi dalam mangkuk nasi tambah dan biar je pinggan masih tersusun sambil tolak dengan kasar tanpa memandang ke arah kami...sungguh rude....




Sungguh ceria wajah anak-anak dapat juga jumpa tilam dan bantal di Klebang, Melaka.
Perjalanan mencari sarapan pagi di teruskan.
Cantik.
Indah.


Terimbau kembali zaman rumah kedai dolu-dolu.
Di hadapan Dataran Pahlawan.


Ma....posing..jangan tido.....dahlah kat traffic light tadi...letak gear parking tarik handbreak...terus tertido.


Yang lain ceria sungguh. Muka penat aku tak habis-habis.


Menuju ke Muzium Kecantikan. Pasal-pasal cantik ni memang tak boleh belah ya...






Lunch yang paling best di Bandar Melaka. Len kali mesti singgah lagi.


Ikan bakar terubok tak da dalam gambar sebab dah macam kebulur apa ntah...tapi seyes memang menyelerakan....
Udang galah yang paling besar pernah aku jumpa...range harga sekor antara 25 hingg 30 hengget. Ha.. hambek ko!!!

































































Thursday, February 3, 2011

Sepi

Hari ini hari Sabtu. Mendung di sini. Ada hati yang sepi. Aku kehilangan kata-kata sejak beberapa hari yang lalu.

Tak semena-mena Audi tenat selepas aku lihat darah menitik-nitik di atas lantai yang kusangka air mentuban. Aku tahu dalam perkiraanku Audi belum cukup bulan untuk beranak. Agaknya akibat turun darah yang banyak Audi jadi begitu lemah. Aku segera bersiap untuk membawa Audi ke hospital. Aku cuci bahagian bawah perut Audi. Aku lap Audi kering-kering. Aku nampak Audi lemah sangat. Hati aku jadi cemas. Aku cium muka Audi.

Mulut aku kumat kamit baca selawat dan berdoa moga Allah selamatkan Audi.

Dalam kereta aku peluk Audi kemas-kemas. Aku usap-usap kepala Audi. Tiba-tiba aku dengar Audi seperti tersedak. Aku cuba alihkan tangan yang menampung kepala Audi. Lembik terkulai. "Dy...kenapa Audi ni...Audi dah mati ke?...Audi dah mati ke???...suara aku tersekat-sekat menahan tangisan.

Audi mati dalam pangkuanku. Aku peluk Audi dengan deraian mata. Aku tak pernah rasa sesedih itu bila kehilangan kucing-kucing ku sebelum ini.

Sampai di rumah... aku panggil Hafiiz. "Hafiiz ...Audi dah matii!!!. Beritahuku dengan sedu sedan. Hafiiz pun tunduk menangis bila melihat aku menangis.

Aku biarkan Audi dalam balutan tuala. Biarlah begitu. Aku mahu menunggu Alisya pulang dari sekolah untuk melihat Audi buat kali terakhir. Sekejap-kejap aku selak kain tuala yang membalut Audi. Aku masih mahu melihat Audi. Aku usap bulu gebu di kepala Audi. Setiap kali melihatnya airmata merembes tak dapat ku tahan. Sebak sangat.

Belum hilang sebak yang membungkam, tepat jam 12 tengahari, suamiku menalipon dari kampung. Nenek dah tak ada katanya di talian memberitahu Liana kerana aku sedang memandu. Tiba-tiba aku rasa sepi sangat. Betul-betul rasa kehilangan.

Aku tahu Allah lebih sayangkannya. Dia pergi dengan tenang. Melihat wajahnya kali terakhir dia seperti tidur yang sangat nyenyak. Perasaan pilu dan tersangat sebak bila melihat suamiku memberi ciuman kali terakhir dipipi arwah ibunya dan aku pun sempat memberi ciuman terakhir di kedua belah pipinya yang dingin.

Bagi aku arwah ibu mertuaku adalah seorang ibu dan isteri mithali yang sentiasa menjadi idolaku selama ini. Banyak jasa dan budinya yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ketika aku berpantang dulu, dialah yang menjagaku. Dia yang menjaga aku bertungku. Menyediakan air mandiku, memasak makanan untuk ku dan menemani tidurku.

Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Monday, January 24, 2011

Kalaulah Dia Berkata Depan Saya

Assalamualaikum...

Entri ini saya tujukan khas buat pembaca blog saya yang tersayang. Boleh pulak dia kata betul ke gambar-gambar pokok yang saya letak kat blog ni pokok yang saya tanam. Entah-entah tangkap gambar pokok kat mana-mana entah kemudian dengan rasa seronok letak dan cerita pokok tu saya yang tanam. Kalau lah dia berkata-kata begitu di depan saya memang saya cubit-cubit dia sampai lebam.










Aku Anak Penoreh Getah

Assalamualaikum....


Baru semalam hujan turun renyai-renyai. Basah hujung-hujung rumput. Hujung-hujung daun. Tanah pun basah. Angin dingin naik ke muka. Perut merintih-rintih minta di isi. Aku masuk ke dapur. Ku pandang dua biji periuk belanga yang baru semalam disental dengan sabut kelapa bercecah abu kayu api oleh kakak sulong ku berjaya menjadikannya separuh hitam separuh berkilat tersusun atas para.

Perut makin rancak berlagu. Ingatan ku pada zaman aku jadi anak penoreh getah yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang padam tiba-tiba. Itu zaman era bumi melayu baru terlepas dari ikatan yang mencekik leher oleh penjajah. Sekarang kalau aku jadi anak penoreh getah...setakat viva elite tu memang hari-hari aku bawa ke sekolah menengah.

Sudahlah. Pagi-pagi yang basah ni boleh pulak terkenang pokok getah. Aku capai roti yang dah dua hari tak sempat nak makan. Aku capai mangkuk caserrol putih. Aku susun roti di atasnya. Bermulalah acara memasak Puding Roti Bersoskan Krim.






















Ok resepi puding.


Bahan-bahan :-


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb



Cara-caranya:



Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit




Sos Krim.



Cara-caranya.



Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.


Sunday, January 23, 2011

Siapa Kata

Siapa kata dalam hati kita penuh dengan ketulusan. Siapa kata ramai diantara kita sanggup mengorbankan kebahagiaan hati sendiri.Siapa kata mahu membahagiakan hati sendiri perlu memikirkan hati-hati yang lain.

Untung badankan bila kebahagiaan hidup itu datang bagai arus deras melimpah-limpah membanjiri hati. Tak perlu berasak-asak, bertolak tolak untuk menggapaikannya.

Namun selalunya tidak semudah yang dicita. Adakalanya arus perlu ditongkah untuk mencapai impian hati,

Kita boleh membentuk jati diri. Menggarap prinsip seteguhnya. Namun perjalanan yang panjang itu pasti ada liku-liku yang tak mampu kita tafsiri.

Hari ini kita berpegang janji pada diri. Kononnya tidak mahu menyakiti hati orang lain. Tak ingin berkompromi tentang berkongsi kasih, berpaling kasih. Tetapi esok lusa lain ceritanya. Segala prinsip yang digenggam mudah benar terlepas jatuh terhempas. Segala ego tercalar balar.

Tiba-tiba mengapa yang lain bukan lagi penting. Hati dan jiwa raga orang sekeliling nyah dipersetankan. Hati sendiri lebih penting. Perasaan sendiri lebih utama.

Kerana itulah kebahagiaan yang harus di kejar. Benarlah rupanya untuk mencapai impian dan kebahagiaan hati kita harus tidak memikirkan siapa-siapa yang lain. Kita harus jadi manusia yang mementingkan diri sendiri.

Kalau selama ini selalu berkata aku tak ingin ada hubungan dengan suami orang. Tup-tup hari esok termeterai akad sebagai isteri kedua.

Bagaimana kita menangani soal hati terpulang pada pertimbangan kita tentang orang-orang disekeliling. Adakalanya hubungan yang tidak direstui ibu bapa misalnya harus kita lupakan kerana kita tidak mahu mementingkan diri sendiri. Tak tergamak melukai hati orang-orang menyayangi kita walaupun hati sendiri hampa terluka.

Memang sukar untuk tidak mementingkan hati dan perasaan sendiri.Lalui itu semua jika perlu. Hati kita, jiwa kita adalah hidup kita.

Namun banyak hati yang perlu dijaga. Banyak kali hidup ini memaksa kita membuat pilihan. Samada memilih untuk fikirkan orang-orang lain yang kita sayangi atau memilih untuk membahagiakan hati sendiri.

Usahakan dan yang selebih biar Allah s.w.t yang menentukan.

Kalau berani berumah ditepi pantai, pasti sanggup sanggup dibawa ombak ketengah lautan. Esok-esok kalau terdampar di pantai lain...jangan dipandang masa silam kerana itulah kehidupan yang telah kita pilih.