Wednesday, May 30, 2012

Seronok Berjumpa Penjaga Tandas



Bismillahirahmanirrahim,


Assalamualaikum,

Perjalanan menaiki pesawat yang memakan masa berbelas jam tidaklah 'cool'. Saya yang penakut dan gayat dengan tempat tinggi, merasa sangatlah lamanya perjalanan itu. Setiap kali berlakunya air pocket...saya akan mengucap dan baca selawat.  Mujurlah ada jugak filem OMBAK RINDU yang saya tengok berulang kali. Setiap kali tengok air mata mengenang-genang...gembeng saya ni...apatah lagi kalau pasal cintan cintun..terasa terbuai buai perasaan. Jadi perasaan bosan menaiki pesawat hilang apabila perasaan sayu tengok OMBAK RINDU mengatasi segalanya..

Dah lah penakut, bertambah cemas apabila pesawat  mahu mendarat di Lapangan terbang Heathrow, terasa  kapal itu terhoyong hayang seolah olah pilot tu saja-saja jer nak henjut henjut  kapal buat  jantung saya  rasa macam nak tercabut....

Akhirnya alhamdulillah saya dan Alisya selamat sampai. Sewaktu jejak kaki di luar perkarangan airport menuju ke parking tempat di mana Hila menunggu, Alisya menjerit kesukaan. Giler teruja sebab pestime merasai kedinginan yang mencengkam. Sehinggakan  bila Hila bertanyakan sesuatu dia tak dengar langsung. Hehe..excited betul Alisya.

Memang betul Alisya adalah orang yang paling bahagia berada di Kota London. Kalau selama ini dia sering mengeluh kenapa kulit dia paling hitam dalam keluarga tidak seperti kakak Hanis. Pernah juga dia bertanya macam mana cara nak putihkan kulit. Saya selalu memujuknya dan mengatakan..Alisya, cantik, oklah kulit macam ni mana ada hitam..manis jer dipandang.

Alhamdulillah banyak hikmah saya bawa dia  melancong ke London. Sepanjang di sana, dua tiga kali dia ditegur oleh orang putih disana. Mereka sungguh admire dan teringin memiliki kulit macam Alisya. Alangkah....sejak dari itu dia semakin pandai bersyukur walaupun tidak memiliki kulit yang putih. Baru dia tahu yang hanya orang melayu sering menganggap cantik itu putih..dan putih itu cantik. Tetapi orang putih menganggap yang sawo matang itu menawan dan menarik.


Baru seminggu berada  di London, Alisya menelefon daddy dia, mengatakan yang dia nak duduk di London. Dia suruh daddy di cari kerja di London.

 Dia tak tahu daddy pernah dapat offer set up dan manage company di London tetapi biasalah tak semua orang berani mencuba sesuatu maka daddy dia menolak tawaran itu. Begitulah peluang tak selalu datang lagi.......bila terlepas..maka bukan rezeki.





Anak-anak hanya Hanis dan Khairi yang dapat menghantar saya ke airport....




Pasti saya bersedih kerana melancong tidak membawa semua anak-anak bersama.......belum ada rezeki dan kesempatan nak bawa semua anak.  Insyallah hujung tahun ni kalau murah rezeki, dapat duit kuih raya, selain merancang untuk umrah saya ingin sangat membawa seluruh keluarga melancong ke Europe.




Nasi tomato, ayam merah, bun, butter, salad, puding strawberry, tea coffee dan jus buah, teringin tak nak terbang guna pesawat MAS? Saya selalu begitu, selesa benar dengan penerbangan negara sendiri, maklumkan nak mintak kacang ke, jus ke, macam rumah sendiri..tak teragak-agak atau takut takut.






Sampai di rumah Hila, di Whitton, dekat jer dengan airport, hidangan nasi pilau, kebab daging, rendang limpa yang saya bawa khas buat Maria dan Hila  5 kilo daging dan limpa saya masak untuk itu, asam pedas kepala ikan salmon, kari ayam, dan sambal tomto...yummy...alhamdulillah...nikmat mana yang mahuku dustakan.


Untung benar dapat kawan pandai masak macam Maria ni, ia ia saya merancang untuk masak, lambat sikit bangun dari katil, dah terhidu hidu aroma masakan yang sungguh membahagiaka perasaan..apatah lagi bila di sapa angin dingin yang membuat aroma masakan sungguh harum.




Perkarangan belakang rumah yang Hila sewa.



Bunga-bunga yang tumbuh meliar..bangun pagi alisya terus cari kasut dan menjerit-jerit kegembiraan di belakang rumah.




Seronok memasak di sini...setiap hari saya masak ayam merah, sup sayur dan ikan masin kapak yang saya bawa dari KL,kegemaran Alisya



Setiap kali nak makan, harus panaskan nasi dalam microwave ni, maklumlah cuaca sejuk cepat sangat mendinginkan nasi...

Rice cooker untuk masak nasi beras TILDA yang membuat saya termimpi-mimpi keenaknnya. kalau saya ambil keputusan untuk berhijrah ke sini, pasti kerana beras TILDA semata-mata hehehe.


Baby cute, Medina dan si mulut pot pet, Imran, anak Hila........setiap kali bertanyakan Alisya ' why you go to airport? why you go to airport?"..setiap kali!!...tetapi bila hari betul-betul saya dn Alisya mahu berangkat ke airport...dia langsung tak bertanya...sob-sob ;(


Tahu kenapa saya panggil dia Maria sedangkan saya patut panggil dia makcik. Semata-mata saya mahu kami akrab macam rakayn sebaya...



Hila memandu membawa kami bershopping di Bicester, di pinggir London... factory outlet untuk high end branded item. Perkhidmatan bas khas ada di sediakan untuk ke Bicester dengan bayaran 25 pound sterling..sila google untuk tahu lebih lanjut.







































































Suka tengok tandas awam yang sungguh menawan. Id nya yang harus saya tiru untuk tandas di rumah satu hari nanti.

Menunggu medina di luar tandas...
Hasil tangkapan... prada.....bahagia beb...memang idaman saya sejak dulu.




Hasil tangkapan kedua... Micahel Kors hasil hasutan Maria..nak sangat saya pakai Micahel Kors sebab dia pun pakai...hehehe





Sale giler-giler...mari ramai ramai ke London....kalau pandai cari tambang murah dalam rm2 ribu...jom!!! makan murah, barang pun murah...tempat cantik, orang menawan dan friendly...







"Nak tengok, nani punyer shopping beg tadi..!"Maria tumpang seronok!!
























Sudah mula melaram denga prada....










Walau bukan cendikiawan seperti rakan-rakan baiknya, walau cuma orag tua lama, tapi maria memang antu novel...sebab tu novelis di Malaysia ni semua kawan dia....dalam train khusyuk membaca.







































Kenal baik dengan Maria kerana dia adalah pelanggan Kolagen saya....huhu rezeki berkawan pun dpat.....














     Huhu, Alisya cari train kunun.....








Tandas di Harrod, cnatik sungguh dengan deretan minyak wangi , CD, Chaneel, YsL dan sebagainya percuma untuk semburan badan. Disedia bekas cawan plastik untuk cebok.

Seronok sangat...sampai nak seratus sepuluh kali masuk toilet dengan keramahan penjaga toilet yang sungguh helpful, siap tolong ambilkan air dan  iring kita sampai ke pintu tandas sambil berkata:-

 " Hi darling, this toilet is empty, you can enter it. Do you want some water, darling? Let me take you some water..."

Pastuh...nanti jumpa Alisya suruh dia imitate..siap denganslang sekali....



Terima kasih banyak-banyak Maria atas gambar-gambar semua tadi. Kalau tak saya akan jadi photographer yang tiada dalam gambar...Tanpa effort seorang sahabat baik macam Maria, maka gambar-gambar kami berdua tidak akan terakam.."Hoi bak lah kamera tu, I tangkap gambar you all berdua"!! Garang betul Maria...tapi hati dia baik.hehe

35 comments:

MizzTina said...

bahagianya....

ReeneeRaaid said...

Rindunye nak gi sana..

Paling tak suka toilet kat UK sbb tak ade air. Tapi most of toilets kat sana bersih :)

esmiera said...

bestnya.. cantiknya beg tu.. geramnya kak

Puan Eka said...

bestnya bestnya bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


hehehe

auntie nani cantik betol..alisya pun eii comel...

wahh dah bergaya dengan beg baru gitu

ceklala said...

bestnyeeeee! untung aunty gi sane ade kawan :)

Niza K. said...

alisya sungguh manis ;)

Rozita said...

Cantik betul beg prada tu. Sesuai kak nani bergaya kat london tu...Bila lah saya dapat ke sana..

Raden said...

mampu tengok je... :)

Alyza Fisol said...

bestnyeeee...
cantik la beg2 tuu..nak satu...ehehehe

honey bedazzled said...

masya allah cantik la alisya


terimgin nk p london tp sy x suka travel

Mooniqueen said...

Apa kata kaknani buat trip bersama bloggers ke sana?

imalause said...

bestnye London.kak nani tangkap gambar kat tmpat shopping tu tak de guard marah ke?

Mrs. Norrie said...

KAK NANI,
mANA GAMBAR HILLA...NAK TGK GAK RUPANYA

Filla said...

cantiknya prada ;) nice pics jugak!!!!

yusrina said...

cantiknya bg prada tu.... nak gi London la....

Darling Pya said...

acu tergolong dalam golongan yang berkulit cerah...acu teringin sangat nak gelap kan kulit...kalau dapat warna kulit mcm Alisya mesti cantik :)

susumanis said...

tqsm bawak i g london virtually kak nani..besttttt sangat, May Allah grant my wishes to be there physically one day..soon..insyaAllah..

Chekgu Azrine said...

Satu je ayat.."jeles!!"

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Teruja... teruja, sesungguhnya dengan gambaran photos lawatan semua! Puas hati karena Nani ada kelihatan dimana-mana...

Teruja-ruja juga dengan pilihan itu tas tangannya aka h-bags yang berjenama glam itu...

Teruja-ruja dengan kecantikan&kejelitaan Nani juga kecomelan&kemanisan Alisya yang begitu natural aksinya bilamasa acara tangkap menangkap gambar semua...

Panjangkata... semuanya yang digambarkan begitu glamourrr...

Salam manis semanis madu.

Fazlinil Irma said...

haha.. tergelak sy baca ayat last tu. boleh bayang mimik makcik bila ckp mcm tu. :)

Anonymous said...

auntie,

saya ada 3 org anak,yg sulung berkulit gelap (dulu masa kecik ada kes pernah tukar darah),yg lain agak putih sedikit,selalu kna tegur "kakak gelap sikit,adik2 cerah skit.." sedih juga bila org tegur depan2 kakaknya..walaupun baru usia 7 tahun,saya tahu perasaannya camne..hati saya yg menangis..and kakaknya selalu tanya mcm yg alisya tanyakan tu la..sampai ada satu hari,saje saya jemur bagi nampak tan skit nak samakan kulit dgn dia..

Oyis said...

untung alisya kecik2 lg dah dpt pegi London. Semoga menjadi peransang smgt utk belajar bersungguh2. Mana tahu rezeki suatu hari nnt dpt belajar/kerja di London jg :)

Azza Azman said...

wah seronoknya... seronoknya pergi london. saya dulu naik air asia je. tapi tak pe tu tak penting. yang penting trip kat sana best sgt tiada tolok bandingnya.

Unknown said...

medina tu anak nurulism.com kan?

Unknown said...

cantiknya alisya :)

mikamusz said...

memory london 2011 terimbas balik lepas tgk gambar yang akak upload... tengok waffle Alisya makan, teringat Belgium... hhmmm Kalau ada rezeki memang nak ulang balik and saya jadi Alisya suruh husband carik keje and tinggal sana..

Molly said...

Salam Kak Nani sayang :)

Yesss!! entry macam ni yang saya tunggu akak tulis. Saya suka akak cerita dari mula dari KLIA. Jeles mak tengok handbag Prada. Suka tengok yang warna krim tu, serius OMG!

Akak belikan apa untuk anak-anak dan suami tercinta?

najatulanirah said...

wahhh!! best ny dpt pegi!! :) tingin nk g jln2 cmtu..tp parent sy x kasi..uwaaa! btw auntie..sy de order kolagen dgn hanis..da byr sume da..tp still xde reply dr die.. cner eh? da email detail sume..

Deera Zahrin said...

haha.. saya pun gelap berbanding dengan kakak or adik adik saya and sometimes pun rasa sedih, but then, bila dah makin besar, dah mula appreciate so tak rasa kurang dari orang lain. Soon, Alisya pun akan rasa mcm tu jugak :)

Unknown said...

bestnya!!!insya allah march 2013 akan ke sana dgn paris jugak!!!
btw pb corset now ada promo rm1800 sahaja!tq;)

auwcak said...

tengok pic akak buatkan saya teringat kenangan kat sana....bestkan?.....insyaAllah..akan pergi lagi...

Anonymous said...

Bila la saya dpt gi sana? Tunggu 10 tahun lg kot! Kumpul duit dulu...

Anonymous said...

Bila la saya dpt gi sana? 10 tahun lagi kot! Tunggu kumpul duit...

EyEdA said...

dress tu cantik la kakk

earthhana2 said...

meriahnye kak!!! boleh sy dpt kontek akak sbb sy nk g london ni...weeeee!! ni mail sy kak whiteybunny2@gmail.com hopexakak buzz saya :)