Sunday, May 27, 2012

Tips Membeli Atau 'Belah' Di Vietnam




Assalamualaikum


Sebelum saya sentuh tentang tips berhati hati berurusan dengan teksi di Vietnam dan kurangnya budi bahasa dikalangan peniaga di sini, saya beri sedikit sebanyak tips membeli atau 'belah' sahaja di Vietnam.

Bershopping di Vietnam sama macam anda bershopping di Beijing, Shanghai atau yang paling dekat depan mata  sama saling tak tumpah adalah bershopping di Petaling Street.Kalau anda adalah peminat tegar Petaling Sreet maka anda boleh bayangkan bershopping di Pasar Malam Depan Ben Thanh Market sama macam anda berada di Petaling Street atau mana mana market china. Keturunan Vietnam adalah sebahagiannya adalah keturunan china maka budaya berniaga mereka lebih kurang sama.

1) Mereka akan suka suki letak harga tinggi melambung gila saja saja mencabar minda dan sejauh mana kebijaksaan anda menunjukkan skil tawar menawar.

Bagi anda yang lembut hati ketaq lutut pasti keliru buntu sekiranya dia letak harga satu set cadar tilam  king size berkualiti dengan harga 1 juta setengah sama nilai dengan rm275.  Setelah otak memikirkan dengan kain yang berkualiti begitu kalau kat Malaysia mana nak dapat. Kat IKANO paling koman rm300. Kat Debenham paling koman rm400. Maka sekiranya anda berhati lembut pasti tak sampai hati nak menawar harga yang paling rendah dan berbaloi.

Tetapi kalau anda pembeli yang bijak maka anda harus sebijak mereka. Hati harus berkata begini 

" Hek eleh, set cadar macam ni rm275...lebih aku beli kat Harvey Norman ke Debenham...kalau rm400 sekalipun dah tentu tentu harga dia sesuai dengan tempat dia yang glemer. Apa kelas  aku nak beli harga lebih kurang jer dah tu kat pasar yang cenggini dan jauh jauh naik kapal tebang tambang lebih rm800.

 600 ribu dong  boleh?...Insyallah jika anda sanggup bertahan anda akan berjaya membeli dengan harga yang berpatutan. Contohnya  Ela yang sungguh tahu selok belok  cara cina/vietnam berniaga, berjaya membeli mafla harga 80 ribu dong walhal  harga yang diletak lebih satu kali ganda iaitu 180 ribu dong.

2) Jangan ke Vietnam time cuti sekolah atau weekend atau dekat perayaan atau pendek kata waktu Vietnam dikunjungi begitu ramai orang malaysia maka dengan selamba mereka akan menaikkan harga gila-gila dan mereka tidak akan begitu melayan anda dengan menjawab pertanyaan anda secara endah tak endah.. Jangan harap anda boleh dengar mereka memanggil manggil anda seperti kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga. Selain dari susahnya mereka mengucap tq atau Kam Ong (bunyinye kam eng) iaitu ucapan terima kasih setelah anda membayar harga barangan.

3) Kalau bertanya harga barang suruh terus deal. Misalnya tanyakan how much dan pastikan dia terus menyebut harga barangan tersebut. Sebab dalam kes kami terkena ini saya sempat menyelamatkan diri tetapi tidak Zana. 

Sewaktu kami bertanya harga tshirt adidas pasar malam, peniaga itu tidak mahu memberitahu harga. Berkali kali saya bertanya dia tetap tidak mahu memberitahu harga malahan hanya menuyuruh kami duduk dan meminta kami memberi tahu tshirt size apa dan warna apa yang kami mahu. Setelah saya meminta tshirt mana yang saya mahu, saya terus menerus bertanya..peniaga itu hanya berkata dia akan beri good price untuk kami. Setelah selesai hal saya dan Zana barulah dia menunjukkan calculator tshirt sebanyak 8 helai saya berharga 2.9 juta dong iaitu hampir rm300. Lalu saya merasa amat tertipu  kerana takkan beli 8 helai tshirt pasar malam sampai mahal begitu..Apalagi saya pun bergegas bangun mneinggalkan gerai itu.

Namun tidak semudah itu. Salah seorang dari mereka terus menarik beg saya dan tidak mahu melepaskannya. Adegan tarik menarik pun berlaku. Namun saya berkeras juga terus berlalu. Nasib baik...selamat saya. Tetapi zana yang lambat bertindak tidak berjaya melepaskan diri  terus diminta membayar harga 900 dong untuk 4 helai t-shirt. Sejurus selepas itu dengan perasaan mengeletar dan terkejut saya singgah digerai berdekatan dan bertanya harga t shirt yang sama. 8 helai t shirt yang sama di gerai tadi saya hanya membayar dengan harga 800  ribu dong.







Penyediaan makanan di pesawat MAS.




Langit di Ho Chi Minh City iaitu ibu negara Vietnam yang dulu dikenali sebagai Saigon





Kepulan awan yang berat elok duduk bawah pesawat kalau atas atau  berada sama paras dengan pesawat mahu rasa nak ter ken.....






Bila peswat berlegar ke paras rendah untuk landing maka saya rasa macam saya burung helang..menyenget nyenget....

Sungai mekong....ingat waktu belajar geograpi dulu...

Ho Chi Min City macam kawasan di  PJ atau  Damansara mungkin

Oh ok sebijik  petaling Jaya




Bila mendukung baby menaiki motor ada cover muka begitu...








Seperti di Indonesia, buah jambu batu merah jambu banyak dijual sepanjang kaki lima kedai.



Bila buah yang sepatutnya besar..di sini kecil kecil belaka...epal yang sebesar limau nipis. Rasanya pula  tidak masam dan tidak manis.



Terpikat betul yanti dengan keharuman dan gubahan bunga di sini.


Sediakan kekuatan untuk berjalan. Harus berjogging sebelum anda akan habiskan  separuh hari berjalan di bandar vietnam. Mujurlah saya mengamalkan kolagen maka alhamdulillah kaki tak pancit. "nikmat mana yang mahuku dustakan".amboi...promote nampak!!



Topi ala ala gitu banyak dijual di sini...cun tak?


Menjual buah-buah tempatan disepanjang kaki lima diseberang Cho Ben Thanh.




Hotel  An Tham (antam sajalah labu) sediakan penimbang untuk yang menginap menimbang baju kurung yang dibeli...sekalipun untuk berniaga anda harus berkira-kira berapa helai nak beli agar tidak melebihi timbangan di airport nanti.Boleh tak 20kg membawa 100 pasang baju kurung.?



Kedai sapa ni... Tujuan utama kami ke sini hanyalah ingin mencari barangan yang murah murah belaka maka kedai kedai seperti di atas ni kami ignore jer.

Dan yang ini pun dah tentu ler kena ignore jugak...ko sanggup.....?




Tapi yang ini tak leh nak ignore....sebab cute dan kretip.

Yang ni pun....




Tangan sapa tuh??




Perkara biasa di sini...anjing dan kucing pun jarang kelihatan...dimanakah mereka???huhu



Ini betul-betul pelancung....siap beg belakang...


Comelnya vespa yang bersepah-sepah ditepi, di atas, dilorong di segala tempat.

Buaya pun jahanam di sini alangkah ..... kalau sungai sarawak terusan nya tak putus bersambung dengan sungai mekong maka bujang senang tak sempat kawen terus membujang kat dinding kedai.....



Fotographer mana ada dalam gambar......




Channel ? hmmmmmmm









Sebenarnya Vietnam ni bukan bandar yang besar...jadi ini adalah kawasan yang ada di sekitar hotel ah tham tempat kami tinggal....kecuali Cho Bin Tay anda harus menggunakan khidmat teksi untuk kesana.(Cho Bin Tay adalah pasar borong yang dimana peniaga dari Cho Ben Thanh mendapat barangan untuk di jual di situ.)





Takkan ko datang sini nak beli LV...cuci mata jer....





No komen....

 Mak ai Gucci!!!!


Tiada gambar seindah lukisan....sungguh bakat seni  melukis dan mewarna mengalir darah  dalam masyarakat mereka....



Lukisan dan warna yang sungguh hidup.....


Mesti best hotel ni.....nampak cosy sangat dari luar.....

 Back packers....






Waktu malam di Tugu Negara Vietnam kot......cantikkan....




Disini sekadar mampu memandang.....


Di sini memang harus membeli....sinilah tujuan kami datang dari jauh.....apa guna datang ke Vietnam kalau tak lalu untuk bergelut di pasar malam...


Malam itu Yanti jadi model of the year...
Khenzzz....



Baju raya..'.kita serupa'. Ada aku kesah? Kalau aku kesah tak dalah borong sampai ribu raban purse aku rebeh...



Baju Kurung ni 50 hengget aje. Harus begitu kalau 100 hengget buat apa i nak borong sampai  kapal terbang MAS senget sebelah...hehe


Walaupun mereka tidak pandai berbahasa melayu atau apa...tetapi senyuman bagi mereka sangat mahal sebab mereka pun tak pandai senyum.


Elmet untuk basikal atau motor budak budak....




Yang ini kami jeling pun tidak....



Ha hambek ko...bersimpang siur  motor sesuka hati...Melintas di Vietnam tidaklah harus memandang kiri kanan dan kiri..terpelantinng ko mak.....harus memandang kesemua arah kecuali ataslah kan......ntah tetiba.....dari celah  pintu, lorong mana dia muncul ......kalau nak senang ko ikut jer..orang-orang tempatan di situ melintas...selamat pengantin baru, selamat hari raya, selamat hari jadi,  insyallah selamat sampai ke seberang.....





Eheheheheh...yang ni nak pergi mana yang tu nak pergi mana.....Ko bayangkan....baru dua kali aku klik ...dua gambar di atas menunjukkanarah motor yang tak tentu arah yang dari sana ke sini yang dari sini kesana mengalahkan  kereta kebal nak bertempur dalam perang....tapi yang menakjubkan...mereka memang cekap sehingga tidak terjadinya sebarang tingkah laku dan salah mengerti....heheh


Jarang kelihatan traffic light di Bandar Vietnam...selain  harus tahu skil tawar menawar kau juga harus tahu skil lintas melintas...


Pelancung tegar...di sini kami tidak mengalami melancong secara mak-mak datin ya seperti di Jakarta-Bandung yang memnggunakan supir sepanjang masa.. di sini kami harus berterima kasih pada kaki yang gagah perkasa.








Lautan topi.....tapi sentuh sikit marah peniaga di sini...sungguh kedekut....inilah pembandagan di Cho Bin Tay (iaitu Pasar Borong yang harus menggunakan teksi ke sana sekiranya anda tinggal di hotel kawasan Cho Ben Thanh.


Kopi yang sungguh enak...saya borong sebanyak 5 kotak. 20 sachet satu kotak berharga 40 ribu dong. Untuk peminat kopi yang tegar ianya adalah item mesti beli.....






Beli buah buah yang sepatutnya bersaiz kecil...besor besor ler pulok....




Mereka begitu suka lepaking di kaki lima....





Nenas...my peberet...di kopek situ dan dijual sebiji sebiji begitu...lalu pelanggannya membawa bekal sebiji buah nenas untuk di makan dipejabat mungkin......












Salvatore Ferragamo



Chanel








Asek dok tangkap gambar ni sahaja. Rasanya ini adalah tempat yang paling cantik di Vietnam...


































Di Vietnam mereka suka benar duduk dengan segala apa jua aktiviti  di kakilima menggunakan kerusi kecil begitu....meja pun kecil juga....macm kat Tadika lah pulak!!.





Walau hensem tapi bila saya minta tshirt punya size L, M m XL pun dia tak faham. Minta warna baju pun harus menggunakan khidmat jurubahasa...walah...


Datang ke Vietnam harus...eh mesti singgah ke VIETNAM DELIGHT. Makanan di restoran ni sedap kerana owner mereka adalah rakyat Singapura..maka semua hidangan memang superb. Maklumlah singapura terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Kalau tak mahu berjalan boleh  telefon untuk mereka hantar ke bilik hotel. SILA MENELFON Encik Fazil  kalau dari Malaysia boleh call + 006596881146 untuk bertanya.








Di sinilah RESTORAN VIETNAM DELIGHT yang mesti anda kunjungi bila berada di Vietnam.








Itulah sebahagian photo photo yang ada dalam kamera saya....insyallah kalau ada rezeki untuk saya bercerita lagi maka saya sambung di entry akan datang......pengalaman yang sungguh berharga yang saya kutip di sepanjang perjalanan ke Vietnam.












18 comments:

Pka Rahim said...

akak tak tido lagi ke or baru bangun tido.. hehe. awal gila hapdatee.
best la dapat bercuti :)))

Oyis said...

wah best nya kak nani jln2. thanks for uploading. seronot tgk bandar yg x pernah lg saya jejaki ni.

Cahaya hidupku said...

Assalamualaikum kak nani...

MasyaAllah...nikmat mana mahu aku dustakan...Allah bagi saya seorang sahabat blogger yang sangat jujur...

Alhamdullilah...

Mîss Rôry said...

serOnOknyerr tgOk auntie dpt jln2 di negara Org.. ^_^

herlyna said...

as salam. tks for info, if any pls post more coz i'm going early July. hehehe betul2 kena hati kering ye kak sbb Petaling Street pun dah berkurun tak p. Insyallah ok

aizeepesona said...

byk betol kak nani amek kar sane...heee..meriah betol

Terima kasih kak nani kerana berkongsi pengalaman semasa di Vietnam...

Bersyukurlah jadi orang Malaysia kan....pening nengok lalulintas dorang ...bersimpang siur...

azrinna said...

Kak, membaca catatan akak buat saya tersenyum2 sorang di pagi hari bekerja ni.

Cik Puan Nurul said...

terimbau kenangan tgk gambar2 ni sebab tempat2 ni saya penah pegi..akak tak gik masuk post office dia yg sangat klasik ade gambo ho chi min sebesar dinding..
tak pergi muzium perang dorang sekali ke huhu atau naik bot menyelusuri sungai mekong yg besar dabak itu

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Waahhh!! seronoknya baca entry yang panjang berjela dengan gambar-gambar yang cantik. Akak memang sesuai jadi hos untuk "jalan-jalan" Rasa mcm kita terikut sama dengan jalan cerita. Best la kali ni bercuti dengan BFF. Saya tak pernah ker Vietnam, tak sangka diaorang kuat mencekik yek, iskk..iskk..pastu sombong pulak tu. Orang malaysia juga bagus, peniaga kita sini semua suka senyum kan? kan? kan?

Qaseh said...

Hi K.nani,

Menarik sungguh cerita k.nani pasal vietnam nie ea. suka tengok semua gambar yang k.nani ambilmasa dekat vietnam tapi tbe2 pelik pulak tengok gambar k.ella tu, ape motif k.nani letak gambar k.ella macam tu nak malukan k.ella ker?

Atie said...

Wah syoknya K.Nani dpt melancong bila anak2 dah besar sumanya kan..best la baca bila K.Nani wat entry jalan2 ni..byk pic diupload utk tatapan mata..

izaFiza said...

saya pun baru balik dr vietnam kak nani.yg paling best kat sana adalah makanan.setakat yg saya mkn tak mengecewakan la =)

Missis Nouvel said...

Esok sy dah pegi Vietnam..
Waaaa..tak pernah shopping kat Petaling Street..tp skill tawar menawar mmg ada sbb dah biasa tgk mak tawar menawar sampai dia dapat harga yg dia nak..anyway, sgt berinformasi!!i like!

p/s : u sgt gorgeous!

zatsh said...

salam,
nak tanya agak2 kalau 20kg tu berapa pasang kain ela dapat yer??
me & my friend sedang berkira2 berapa kilo beg nak kena ready :)
thanks

Berjaya88travel said...

Nak best kalau korang ikut Berjaya88travel.Service diaorg bagus dan cekap.Guide dia boleh cakap Melayu lagi!!.

Mohammad Hery said...

nak tanya skit kalau borong pakaian kanak2 kat vietnam kat mane market yang sesuai

Mohammad Hery said...

nak tanya kalau nak borong pakain kanak-kanak di vietnam area mane yang sesuai

nuur raubiah said...

assalamualikum... sy nk tanya shopping paling murah n makanan halalserta hotel paling senang n selesa dpt kat mn?? any idea??