Friday, May 11, 2012

Kenangan Kota London...Di Situ Aku Kenal Siapa Kau




Akhirnya ada satu perkara aku belajar dari suami. Mungkin kerana aku dilahirkan bulan Disember dan bukan bulan July seperti kebanyakan orang-orang yang terlalu rapat dengan aku iaitu hampirnya semua yang rapat dengan kehidupan aku lahir bulan July. Emak aku, suami aku, menantu aku, adik aku nana dan teman-teman yang paling dekat di hati aku lahir bulan July. Mereka ada satu sifat  memang sukar mengungkap cerita peribadi mereka..apatah lagi yang bermasalah......kalau ada mungkin cerita yang  cover-cover jer...Orang lahir bulan July pandai cover cerita peribadi tetapi pandai pula korek cerita orang...betul tak....hehehe ok sori bergurau

Aku belajar dari suami yang kukagumi kerana sukar bercerita hal peribadi...pandai simpan rahsia peribadi hinggakan kini dah hampir mengesot tua usia perkahwinan tetapi tak seorang pun bekas teman wanita suamiku dulu sebelum kahwin dapat ku ketahui siapakah gerangannya...so sampai sekarang aku masih assume yang akulah satu satunya  perempuan yang dicintai  oleh suamiku dari akil baligh hingga ke saat ini...fuyoh..ko mampu?

Sedangkan dipihak aku...tidak tertinggal seorang pun bekas teman lelakiku yang tidk diketahui oleh sang suami. Kalau ada yang aku buat-buat malas nak ingat...dia tolong ingatkan aku (rythmm lagu'tolong ingatkan aku')..


Ok mungkin sebab orang bulan Disember ni gemar bercerita, tidak suka berbohong atau tidak pandai menyembunyikan perasaannya. 

Padan muka aku...olahkan semua yang dirasa, hamburkan segala yang dijiwa maka bila tak semua orang boleh menerima........hambek ko...

Memangkan...tak boleh nak puaskan hati semua orang...tetapi selagi aku masih mahu bercerita..maka selagi itu aku tak mampu (ko mampu?)nak menghalang adanya orang yang rasa haru biru dengan cerita ceritaku...

Tak mengapalah.

Aku mahu redha bila ada orang yang  begitu membenci dengan ayat-ayat ku 
Aku mahu redha bila ada orang mahu menyakiti hatiku dengan ayat-ayatnya

Aku  memang mahu redha kerana manusia manalah tak ber DOSA.Tambah-tambah AKU.



Sebenarnya aku patut war-warkan rancangan bercuti ke London  sebelum bertolak tapi cuak jugak rasa hati nak join JOM HEBOH...yalah JOM HEBOH setakat ni baru sampai di bandar-bandar di Malaysia ni...belum sampai lagi ke London...khen....



Oklah sebelum lidah aku berbelit speaking London macam Alisya...lebih baik aku berbalik kepada topik asal...walaupun idakler rajin aku nak menghurai pasal percutian aku ke London tetapi aku pasti akan bercerita dengan ribuan cerita sensasi hanya dengan menempelkan  beberapa keping gambor bak kata pepatah London khen............ a picture tells a thousand words.






Cun tak aku...
Cun tak anak aku...

Cun tak pagar aku....





Cun tak bunga yang aku tanam....

Ok-ok cukup cukup sudah.....



Ok aku ni memang pencinta makhluk mahkluk yang berbulu-bulu gebu  ni ya...termasuk si dia ni...alololololo si demok ni...rasa nak bawa balik....



Sebenarnya masa ni dah hari yang last 3rd day dah nak balik sini...alololo badan mak ai....jangan terkezut...aku tumpang timbang berat badan kat rumah  hila...6 kg kilo naik...nak kata naik sebab  baju... memang pun baju aku pakai kalau tak 6 lapis atas 6 lapis bawah mengalah kueh lapis sarawak maka tak terlangkah kaki nak meredah dingin kota london....tapi masa aku timbang berat badan tu aku belum berbaju lagi...wllawei demok dempol aku....


Siapakah yang harus dipersalahkan....pasti jalan jalan cari makan di UK ni memang sedap-sedap belaka...kolagen pulak terus aku lupakan ketika di sini...hambek ko...


Mak dan anak...oopps baju jer dekat sama...kulit idakler...


Di depan House of Fraser...tempat aku belikan handbag Long Champ merah untuk anak perempuan ku yang cantik rupawan, berseri bagai purnama penuh dipagari bintang, yang  kini menjadi isteri orang...


Alisya menangis kesedihan akibat di bebeli oleh ku atas kecuaiannya menjaga bag belanja dari Gap...sekelip mata disambar oleh penyampun harun...yang aku sumpah seranah berbakul dalam hati...lepas tu aku pun lupa dan mahu redha bahawa mungkin kejadian hari itu berlaku kerana manusia mana tak buat dosa...tambah-tambah AKU.


Pernah tak dalam hidup aku boleh berenggang dari jalan jalan cari makan...








Cili jeruk yang rangup, dan segar bugar seperti bunga dari jambangan....


Inilah sebenarnya tujuan utama aku bercuti ke London. hehehe .setakat jalan-jalan cari makan kat Melaka...belum cukup cun...lepas ni aku nak jalan jalan cari makan kat Vietnam pulak...mudah tak aku jumpa makanan halal kat situ seperti mudahnya aku cari makanan halal di Kota London...




Aku dan bunga seperti romeo dan juliet....CINTA BETUL!!!





Alisya senyum!!!Jangan nak sedih-sedih lagi...ok dah mula senyum dan melupakan kesedihan atas kehilangan baju-bajunya yang kubelikan dari Kedai Gap..tak mengapalah.."Innalillahi wainnalillahi rojiun" itu sahaja yang mampu aku ucap apabila aku sedih kehilangan barang....segalanya dari Allah...insyallah Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik...lepas beristifar begitu...hati terus jadi tenang...masyallah..indahnya hati yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah.



Kannnn.....





Ok hari aku bersantai berdua dengan Alisya....dari Whitton (rumah Hila) aku ambil train sampai ke Waterloo. Sampai di Waterloo tukar naik tube pulak guna Jubilee Line untuk ke Wesminster...sampai di Westminster tukar District Line untuk Ke Tower Hill.....here we are........orang luar panggil tempat ni London Bridge tetapi nama sebenarnya adalah Tower Bridge.


Hehehe bukanlah sebab takutkan papparazi...tetapi kat Kota London ni seronoknya redah hujan tanpa payung pun palo tak pulak poning atau demam....aku setakat tutup kepala dengan mafla....






















































Aku dan bunga...seciput pun jadilah....








Sebelum sampai di Tower Brigde, tersergam dengan gahnya sebuah Castle peninggalan nenek moyang mereka.
Add caption

Dari Station Tunnel Bawah Tanah Tower Hill kami melalui jalan ini untuk ke Tower Bridge....









Selesai berjimba jamba di Tower Bridge...kami meneruskan perjalanan ke St James Park Station untuk berjimba jamba di Buckingham Palace pula....



















































Tanpa sampai ke halaman Buckhingham Palace kami dah tersangkut dek begitu leka dengan bunga-bungaan tulip dan tupai yang begitu manja makan kacang dari tapak tangan Alisya..kami teruskan perjalanan bershopping di Oxford Street...








Sambil bershopping kami makan sahaja apa-apa yang dijual di tepi-tepi jalan oleh Pak-Pak arab...yummy sedapnya hot dog daging yang diperbuat dari daging segar.....


30 comments:

Cik Eka said...

wowww bestnya auntie.terpaku ai...


hihihihihi

Angah said...

mak cun, anak cun...tupai pun cun

Huda said...

Kak Nani dah macam kakak pada alisya..seronoknya jalan ke luar negara..

Nazirah Azeman said...

nampak macam kakak alisya ngan hanis.bukan mama.

tupai tuh comel nyer

Fazlinil Irma said...

alahai sian alisya. tp dkt sana mmg penyeluk saku sgt profesional. sekelip mata dah hilang. lg2 tempat sesak mcm oxford street.

bila tgok gambar kak nani dgn alisya terubat rindu sy. tak berubah bunga2 yg ditanam dkt st james park. sama warna. sama letak. org je yg lain. :)

Molly said...

Salam Kak Nani,

Bestnya tengok gambar-gambar percutian akak. Tentu lebih seronok kalau satu family ada kan? Masa akak bercuti tu, mesti akak rindu ingatkan anak-anak dan suami yang tidak ikut sama. Takper, lepas ni plan holiday untuk semua yek?

Suka tengok gambar-gambar tu semua, lepas ni akak post lagi tau. Walaupun dah banyak gambar akak letak tapi still tak puas...hehehe...sayang Kak Nani :)

NenetPenne (NP) said...

menggamit kenangan setahun lalu berada di kota london..
i love oxford street....

maszull said...

assalamualaikum Nani...seronoknya pergi bercuti n jenjalan makan angin...:)

aniza kareem said...

this is my first time browsing through your blog.. a pretty muslim mother that really loves her children.. when i'm starting to get proud of you then i found out that you let your daughters put such big sins on your husband.. no you did not only let them, you actually teach them to do so.. and i'm actually now dissapointed of you. this is not mean to shame you. this is a thought from me, a not-so-beautiful mother with not-so-beautiful daughters but loves them for the sake of akhirat..salam.

susumanis said...

Salam kak nani, dalam banyak banyak blog bercerita ttg travelling, paling suka kak nani punyer, sebab gaya penceritaan, ada kelass g2..keep it up sista, love it very much !

aizeepesona said...

waaahhh kali nih betol2 puas nengok gambar kak nani..

beruntungnya Alisya muda2 dah dpt jejak kaki ke Kota London...

geram betol nengok gambar bunga2 tu rase cam nak golek2 jer kat situ....hee

Chekgu Azrine said...

terbaek la..mmg jeles tgok sis g LOndon.. hahaha..nak gi jugak!!

mamasuri said...

syok nyer...bila sy nak sampai ke kota london lak..huhuhu

Mooniqueen said...

Bestnya kak nani?teringin nak pi overseas but taktau la bile...Kene kumpul duit banyak2 kot baru dapat gi sane...berangan diri sendiri yg gi sane bile tgk pic kak nani..

Sekali Cinta said...

jatuh cinta dengan page kak nani ni...

-Nini

NaniRostam said...

Aniza karem : Insyallah doakan ya....

kasihredha said...

bestnya...suka tengok semua pics di atas.

Dinas Aldi said...

Puas hati sungguh tengok semua gambar!

aimi said...

cantik nya aunty & alisya. :)

aimi said...

cantik nya aunty & alisya... :)

ash ahmad said...

syok best mantap!

ash ahmad said...

syok best mantap!

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

salam.
aunty, minta ijin set gambar bunge2 tu jd wallpaper desktop saya ye?
sukerrrrr sgt.
sejuk mate memandang.
huhu...
tenkiyu!
=)

Niza K. said...

ailebiu.. hehe.
vouge gitu akak kitew nih..
alisya, sungguh manis wajahnya, i like.

lily lotus said...

semuanya cantik2 pic kat sini :) pasnih boleh berjalan negara lain pulak...

Azie said...

Nani masih vogue dan glam. Terpesona melihat gambar gambar yang cantik. Kamera apa yang digunakan ya

Azie said...

Nani masih vogue dan glam. Terpesona melihat gambar gambar yang cantik. Kamera apa yang digunakan ya

Azie said...

Nani masih vogue dan glam. Terpesona melihat gambar gambar yang cantik. Kamera apa yang digunakan ya

Azie said...

Nani masih vogue dan glam. Terpesona melihat gambar gambar yang cantik. Kamera apa yang digunakan ya

Peri PiA said...

semoga dpt ke sane,Amin :)