Tuesday, May 29, 2012

Selamat Tinggal London Selamat Datang Cardiff




Bismillahirahmanirahiim,

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, masuk kali ini sudah 3 kali saya makan  angin di Kota London.

Dalam bulan madu yang hanya tidur beralaskan sekeping tilam tanpa katil, dalam susah payah saya membawa perut yang sarat turun naik bas ke pejabat....dalam saya bangun 3 pagi masak untuk berniaga kuih muih sambil bekerja...dalam segala jerih payah itu siapa sangka Allah tetap mahu melapangkan pintu rezeki buat saya. Jatuh di sini bangun di sana. Teraniayai di sini terbela disana.Dibenci di sini, di sayangi di sana...begitulah jatuh bangun saya...tidak membuat saya putus asa. Malah saya banyak mengenali lebih dalam erti kehidupan. Saya banyak mengenali lebih banyak hati budi orang. Siapa sangka kehidupan yang pernah saya lalui begitu akhirnya dapat membwa saya  menjejakkan kaki ke Tanah Inggeris itu.. Alhamdulillah itulah rezeki yang Allah caturkan untuk kita.Nikmat mana yang mahuku dustakan.

Syukur pada Allah setelah 2 kali ke sana...saya tidak pernah bermimpi untuk menjejaki kaki lagi ke Kota Besar London. Namun kuasa Allah memberi saya rezeki dan sahabat yang saya kenali di FB tetapi  begitu baik bersungguh-sungguh mempelawa saya sehingga saya begitu tertekan dengan pelawaanya. Maklumlah siapa yang tak terharu bila dipelawa begitu. Nak ditolak tak sampai hati...nak diterima belum bersedia untuk pergi.Namun siapa sangka kalau itu  memang rezeki yang Allah caturkan buat saya. Alhamdulillah..Nikmat mana yang mahu kudustakan.

Syukur kali ini bukan sahaja ke London, tetapi saya diajak Maria untuk pergi ke Cardiff di Wales. Satu pengalaman yang sungguh indah dan tidak dapat dilupakan kerana Cardiff adalah sebuah bandar lama yang sangat humble, tenang dan cantik.

Sesiapa yang ingin menjelajahi seluruh UK, jangan lupa meletakkan Cardiff salah satu bandar yang harus anda kunjungi. Selain banyak barangan yang murah di jual di sini, makanan di Cardiff juga sangat murah dan sedap.

Kawan saya Maria adalah seorang sahabat yang sangat baik. Begitu prihatin dan penyayang. Seorang yang sangat caring sehingga begitu risau dan  tidak mahu melepaskan saya berjalan sendirian di London. Kawan yang mahu saya bergembira. Sanggup tidur dilantai semata-mata mahu saya tidur di atas katil. kawan yang risau saya tiada dalam gambar ketika berclip clap mengambil gambar.Kawan yang sanggup bersusah payah membawa saya ke tempat makan yang sedap-sedap. Kawan yang tidak berkira  bila membayar bil. Kawan yang suka memberi saya hadiah. Kawan yang saya pinjam bajunya dan kelihatan cantik lalu mahu saya pakai terus baju itu..Kawan yang sanggup bangun awal pagi masak untuk kami. Kawan yang begitu ikhlas menemani saya setiap hari sehingga ambil cuti bekerja selama 10 hari saya di sana.

Alhamdulillah saya dipertemukan kawan yang sebegini baik buat saya. Tidak ada kepuraan. Tidak ada kepalsuan. Pasti saya amat bersyukur kerana walau ada dikelilingi teman-teman yang hanya pandai bersandiwara kononnya sebagai teman baik walhal banyak membuat saya berkecil hati., namun kesedihan saya terubat bila mengenali  sahabat-sahabat  lain yang  betul-betul ikhlas suka berkawan dengan saya. Alhamdulillah.Nikmat mana yang mahuku dustakan.

Dalam pada itu Maria memperkenalkan saya pada Hilla seorang doktor di London     Hila yang sangat baik pada saya sanggup menumpangkan saya di rumahnya di London. Saya ada mendengar yang Hila memberitahu Maria, bahawa dia tidak mahu menumpangkan kenalan Maria yang lain kerana tak kenal. Tetapi dengan saya alhamdulillah..nikmat mana yang mahu kudustakan. Dia terima dengan kami hati terbuka. Dia sanggup meluangkan masa membawa kami pergi bershopping dengan menaiki kereta Audi Q7nya. Wah memanglah saya jakun..pestime naik kot.

Terima kasih Maria. Terima kasih Hilla. Budi baik kau orang berdua, hanya Allah yang membalas. Kenangan ke Kota London kali ini seribu kali lebih indah dari yang terdahulu. Dari gambar-gambar boleh lihat kegembiraan saya dan Alisya bercuti di sana.








 Saya menunggu bas untuk ke Cardiff...manakala Maria membawa Alisya cari makanan sebab Alisya tetiba rasa lapar. Bila cuaca sejuk..memang ingat makan jer...huhu






 Pemandangan waktu senja melewati sungai dan jambatan dipinggir Kota London untuk ke Cardiff






Antara bangunan-bangunan dan jalan jalan yang kami lewati melalui laluan bas menuju ke Cardiff.


Bilik air Maria....berkenan sungguh saya....





 Satu hari saya ingin mempunyai bilik air seperti ini. cantik!!


Saya dan Alisya tidur di atas katil, sedangkan Maria tidur di atas lantai ditepi katil.



 Awal pagi kami bergegas ke bus stop untuk menaiki bas menuju ke Bandar.







 Sebenarnya malas nak bawa payung....tapi Maria risau saya kena hujan....hujan renyai jer...ok kalau tak pakai payung...












 Rumah-rumah agam yang sungguh menawan...



Masih spring......












 Di tepi mail box.....


Di bus stop .......

  Jadual bas yang sungguh tepat dan teratur...walau penumpang tak ramai mana....



Siapa tak teruja dengan keindahan pagi yang dingin....

 Saya adalah pencinta alam semula jadi...tambah bila dikelilingi pokok pokok dan bunga bunga yang cantik...walah....













 Bandar Cardiff yang tenang...tidak sibuk...apatah lagi hiruk pikuk...



 Kami memang serasi...suka menyanyi bersama, masak bersama, posing-posing tengah jalan...memang gila gila.....










Di sini boleh cuba apa sahaja...


Alisya..agak-agak pakai tak kalau beli?


 Dan pekerja department store yang sungguh helpful, peramah dan sporting...



 Burung ni sentiasa ikut kami sampai nak terlanggar-langgar. Next entry saya akan bercerita jalan jalan cari makan di Cardiff.

23 comments:

Nur-nba said...

Beruntung Kak Nani mempunyai sahabat baik seperti Kak Maria.. Teruja melihat gambar2 di atas. Tak sabar nak tunggu entri seterusnya..

Zharif Azis said...

seronoknya aunty pergi sana ^^ oneday insyaAllah saya pon nak pergi jugak =)

Oyis said...

Cardiff saya rasa antara cities di UK yg plg best. masa kami pegi dulu mmg enjoy sgt. dia x sepesat London (ramai2 org pening sgt), dan x sepencil tmpt kami di Plymouth (kedai2 utk shopping lebih byk dan kedai mknan halal jg lebih senang dicari berbanding plymouth, walau x sebyk di London).

apapon, untung kak nani ada sahabat2 yg baik mcm tu. bln senang nak cari :)

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Iya Nani, seorang sahabat yang sejati tidak akan tahu berkira atau berdalih dengan sengaja... Nani begitu bertuah punyai seorang sahabat bernama Maria yang berhati murni lagi berbudi pekerti tampak menyerlah diwajahnya nan lembut.

Adore dengan aksi-aksi gambaran bergaya secara natural tampak menawan cantiknya Nani juga Alisya begitu comel dengan aksinya ketika di-department store itu.

Photo yang Ratna adore sekali ialah photo di-department store bersama Maria, Nani juga pasangan pekerja dengan senyuman yang terpaling manis lagi terpaling photogenic.

Blog itu juga umpama sepasang topeng... banyak atau kebanyakkan wajahmuka diri mereka yang disorokkan jauh dari kenyataan yang sebenarnya...

Salam manis semanis madu.

zino said...

seronok nya dapat kawan macam tu.... zino tak ada pulak kawan kat london ni hehe....

Cik Puan Nurul said...

best ada kawan dok kat oversea dapat menumpang utk bermalam pun jadi lah kan..kalau saya pun tak kisah tido di mana pun atas lantai ke apa huhu..
apapun sahabat sejati memang susah dicari kak..bila dapat hargailah dia sampai bila2..kdg2 sedih gak ade org yg selalu rasa kawan tak penting,sebab famili ada..tapi cuba bygkan kalau satu masa nnt ade bencana dimana seluruh famili hilang sekelip mata bukankah kawan juga yg kita cari utk mengadu duka nestapa kan.

MizzTina said...

akrabnya..suke tgk.. plus suke tgk aksi² ada semua.. comel.. pemandangan kt sn sgt cantek..

Unknown said...

seronoknya dapat ramai kawan2 baik camtu....

ibuhebat said...

nampak happy kak nani.. alhamdulillah.. :)

mama leen said...

alisya memang comel.. macam yaya jugak.. :)

ascil.punye.lah said...

bestnya dapat jalan jalan negara orang.pastu dapat kawan yang baik baik belaka. ^^

iekaz said...

i miss cardiff! used to stay there during primary school.. i can even still remmber my hse address.. 15, Dogfield Street.. hehe.. dont ask me why the name of the street is such.. xde anjing pun situ.. :p. n my school is just a walking distance away.. Junior Gladstone School. hope 1 day, bley jenjalan sana lagi.. insyaallah..

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Yayyy!!! akak dah sambung balik journey to London! Saya suka sangat! Alhamdulillah akak ada kawan-kawan yang baik dan tidak bermuka-muka. Bukan senang nak jumpa kawan sejati sekarang ni kan Kak? Sebab akak baik dengan semua orang maka, ramai la kawan-kawan yang baik dengan akak. Alisya memang photogenic! Suka tengok dia mengayakan scarf kat kedai.

Sayang Kak Nani :)

Anonymous said...

saya selalu masuk dan baca, now nak tinggalkan jejak...

bestnya, tak sabar nak tunggu entry terbaru.

macam nak je duduk sane :)

deena said...

kak nani bestnye dpt pegi sna....teringin nk pegi.....

LINA EVERLYNN said...

KEM SLM DKT AKAK MARIA...SUKA TGK DIE..:)) BERMASTAUTIN D NEGARA ORG.HEEEEEEEEE

Mooniqueen said...

Kawan senang mudah dicari,kwn susah memang Sukar di cari...beruntung kak nani dapat kawan sebaik kak Maria..kaknani, bestnya...tahun cuti2 dunia kaknani ni...hehhe..

The Cendol Champion said...

I like :)

aNIe said...

Salam Nani... cantik2 gambar kat sana...akak suka.. nanti nak tengok lagik lah...mesti banyak yang nani simpan kan...?

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Salam Aunty,

Singgah tak Cardiff Castle? Castle tu sgt cantik!

burst said...

saya plak yang terharu baca entry nih hihihi =)

GadizGula said...

Salam Aunty Nani,

Teruja nya tgk gmbr2 holiday kt london ni. rasa teringin pulak nk pegi. next time kalau gi kita nak ikut jgk lah..hehehe ;D

Puan Eka said...

untungnya auntie ada sahabat yang baik hati..kita tengok gambar pun rasa seronok je..hehehehe..