Assalamualaikum
Amboi TAJUK......tak cukup sensasi lagi majalah Mangga ko..sensasi ke basi ke tak tahulah. Orang dulu-dulu sebut katil RANJANG. Kalau sekarang aku sebut ranjang mahu terpelanting kau dengar.
Tambah... ujung ujung tu aku sebut asmara.khenzzz
Okla oklah...sahaja nak bagi tahu dalam banyak-banyak ruang dalam rumah aku..bilik tidur aku adalah medan yang paling aku suka bersantai. Bukan bertempur ya..sebab disinilah aku selalu bergayutan ditelefon melayan para peminat kolagen dan sebagainya.
Tapi walau tempat aku bersantai....tapi sebenarnya tak pernah tenang...sorang sorang anak aku keje ketuk pintu. Sorang sorang masuk. Pendek kata, katil aku ni tempat anak-anak membuang badan bila masuk...terutama Hanis. huh.
Kan baru -baru ni aku berjalan sakan...maka korang nak tahu apa aku suka beli....selain baju kurung di Vietnam yang orang satu Malaysia kesana akan beli baju yang sama dan tak tahulah aku kalau raya ni aku beraya ke rumah orang dan akan sentiasa terserempak baju yang sama....huhuhu
Masa pergi London aku beli lah 'luxury throw' yang warna hijau pucuk pisang berharga rm25 untuk aku baling atas katil...gebu jer bila kau usap-usap dia... sama gebu dengan bulu JAGUH.
Masa aku pergi Vietnam baru-baru ni juga aku beli set 'duvet covetr' berserta sarung bantal warna putih dan cokelat. Yang warna coklat simpan dulu..buat salin-salin.Yang aku pakai kan sekarang warna putih mulus seratus peratus kain kapas bermutu tinggi bersulam bunga kecil warna warni berharga satu set King size rm 120.
Baru baru ni semasa bercuti di Tambun Waterpark, mata terpandang sepasang bantal sofa bertekat benang emas dan perak...lalu ku beli untuk ku hias Ranjang Asmaraku dengan harga satu rm40.
Ranjang Asmara yang sentasa menggamit aku dan anak-anak untuk berulit di atas sepanjang masa 24 jam sehari 7 hari seminggu...begitulah selalu...
Aku cinta padamu.
11 comments:
Salam Kak Nani sayang,
wahhhh!!!! mcm ni memang tak keluar bilik la, hehehe...Saya suka hiasan bilik Kak Nani, mcm hotel ala bali. Kak Nani memang ada taste, I Like!
uits...
romantik mendengarnya...
cantik dan nampak selesa sgt bilik kak nani.patut la anak2 suka masuk.hihi...
waaa..nampak nyaman je tu kalo landing hehehe
nice....love love love in t making..hihi
waaahhh...bestnya...nampak tenannnnngggg je
Ye, orang yang suka menenggek atas katil mama ni jugalah yang mama call tanya kain gebu atas katil tuh panggil apa. Hehehe ingat 'luxury throw' sampai bila-bila :P
hey eehhh cantiknye bilik kak nani ...macam kat resort
bilik kita kan...jauh beza ngan bilik kak nani...
bilik kak nani cantik sgt bilik kita cantik sikit jer..huhuu
motivasi diri : YUN BALIK G KEMAS BILIK KAU IKUT CAM BILIK KAK NANI TUH !!! hahaaa ...
amboi tajuk, ikan pun boleh stim duduk atas katil tu..
cantik macam memanggil2 je utk baring hehe
betul tu...rasanya katil bilik mak ayah la menjadi pujaan anak-anak bila nak bercerita...
saya suka katil kak nani!
nanti ada ceritanya...gara-gara asyik bergossip
http://myhayatiz.blogspot.com/2011/03/oh-notoo-short.html
Post a Comment